Showing posts with label aDieyZa. Show all posts
Showing posts with label aDieyZa. Show all posts

Monday, January 1, 2018

2018.. Rindu adieyza.blogspot..


Selamat datang tahun 2018..

Azam tahun 2018? 
Semoga diri boleh menjadi lebih baik daripada tahun2 sebelumnya dan hidup sentiasa mendapat hidayah daripada Allah..

Impian tahun 2018?
Biarlah semuanya dipermudahkan Allah dengan usaha serta doa sesungguhnya dan yakin sampai masa yang sesuai Allah akan tunaikan semua impian..

Tahun 2018, umur kita bertambah lagi setahun.. Semoga amal ibadah serta kebaikan kita juga dapat bertambah.. InsyaAllah..

Monday, January 4, 2016

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua..

5 bulan menyepi dari dunia blogging.. 5 bulan yang memerlukan diri ni lebih fokus pada diri sendiri dan keluarga.. banyak perkara yang lebih penting perlu diutamakan dalam masa 5 bulan tu.. Alhamdulillah, sekarang dah boleh mulakan semula menulis dekat blog kesayangan.. kalau tak dapat setiap hari, dapat seminggu sekali pun oklah kot.. hehehe...


Banyak nak cerita.. terutamanya pengalaman paling manis yang berlaku selama 29 tahun hidup di muka bumi Allah ni.. pengalaman manis menjadi tetamu-Nya.. terlalu manis dan rugi rasanya kalau tak disimpan dalam blog kesayangan ni.. walaupun dah sebulan berlalu, tapi rasa macam baru semalam.. masih termimpi2 berada di Masjid Nabawai dan Masjidil Haram.. masih terbayang2 suasana tawaf dan suasana di dalam Raudhah.. Allah.. rindunya.......

Ada kesempatan masa dan kesihatan, Zana akan ceritakan dekat blog ni yer.. semoga tahun 2016 ni, blog kesayangan ni akan dipenuhi dengan cerita2 menarik.. insyaAllah..

Salam sayang,
- Zana Adieyza -

Photobucket

Thursday, July 23, 2015

Happy 5th Wedding Anniversary ADIEYZA

Thank you for being my wonderful husband, partner, friend and lover.. I'm so proud to be your wife.. Every momemnt spent with you is like a beautiful dream come true..

HAPPY 5TH WEDDING ANNIVERSARY"


Alhamdulillah.. 5 tahun yang penuh kenangan.. terlalu banyak perkara yang kami belajar.. setiap hari adalah proses belajar memahami hati dan perasaan satu sama lain.. setiap hari belajar untuk menjadi lebih sebagai seoarang suami dan isteri.. setiap hari belajar untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan..

Bohong kalau kata tak pernah ada selisih faham.. pasti ada.. tapi sebab selisih faham tu la yang membuatkan kami belajar untuk memahami hati pasangan.. cuma kalau boleh perselisihan faham jangan sampai seharian.. sebelum tidur, bincang dan memaafkan antara satu sama lain.. insyaAllah setiap hari baru akan dilalui tanpa ada rasa tak puas hati.. 

5 tahun berkahwin tanpa anak.. apa rasanya? Allah Yang Mengetahui.. Allah tahu kenapa masih berdua.. Allah tau apa hikmahnya.. Allah tahu bila masanya sesuai.. Allah tahu segalanya.. kita sebagai manusia hanya berusaha dan berdoa.. selebihnya, serahkan pada Yang Maha Esa.. 

Terima kasih Ya Allah untuk rezeki jodoh ni.. semoga perkahwinan yang dibina ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan jodoh berpanjangan hingga ke syurga.. 

Photobucket

Thursday, July 9, 2015

Kisah Ramadhan dan Persiapan Raya 2015

Lama senyap.. sibuk sikit nak siapkan kerja-kerja sebelum cuti hari raya.. nampaknya misi untuk update 2 cerita cuti2 terpaksa ditangguhkan selepas hari raya nanti.. ada jugak draf beberapa entry cuti2 tu tapi sebab gambar tak habis transfer lagi so kita terpaksa simpan dulu.. 

Puasa tahun ni rasanya paling berjaya untuk bangun sahur.. tak pernah lagi lewat bangun sahur.. set jam pukul 4 pagi, pukul 4 pagi terbangun.. ada masanya set lebih awal, dan Alhamdulillah berjaya jugak bangun awal.. walaupun hanya panaskan lauk2 tapi still bangun awal sebab curi2 masa mengemas rumah sekali..

Baru 3 kali ke bazaar Ramadhan.. kali pertama just beli air tebu dan kuih karipap.. kali kedua beli murtabak.. kali ketiga beli roti john masa balik kampung.. dan setiap hari berjaya masak walaupun simple2 jer..

Puasa tahun ni Alhamdulillah rasa ada banyak perubahan positif yang aku cuba buat.. walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada penambahbaikan daripada tahun sebelumnya.. ujian bulan Ramadhan kali ni hebat dari segi "hati".. diuji dengan perkara yang melibatkan hati, susah nak digambarkan.. hanya Allah yang mengerti.. nasib baik ada Encik Adiey.. nasihat dia setiap perkataan masuk ke dalam hati ni.. Allah hadirkan dia dalam hidup aku bukan semata2 sebagai pelindung tapi juga sebagai penenang di saat2 hati diuji..  

Persiapan raya kali ni lebih pada untuk keluarga.. tahun ni memang rasanya lebih fikir pasal rumah mak abah daripada rumah sendiri.. baju raya, kuih raya, tudung raya, keperluan rumah ke semua lebihkan pada keluarga sendiri dan mertua.. rasanya bila lebih pada orang yang kita sayang lebih bermakna..

Since memang aku dan Encik Adiey jenis suka beli baju raya awal, so memang awal2 dah siap semuanya.. x kisah harga dan design, konsep baju raya pertama hanyalah mesti warna sama.. design, corak, harga, jenis kain tolak tepi.. janji warna sama.. hahaha..

Baju melayu Encik Adiey tempah kat tempat biasa kat kampung.. sejak bujang memang tempah situ jer.. awal2 dulu RM70 jer sepasang baju melayu sekarang naik RM120.. tu harga dekat kampung.. dekat bandar mesti lagi mahal.. baju raya aku tempah dekat akak sendiri jer.. buat baju kurung moden jer then hantar jahit manik cikit.. baju raya kedua ketiga dan seterusnya pun akak aku yang jahit.. tapi baju tu pun bukan pakai raya semuanya, nanti pakai ke jamuan raya dan ke pejabat jer.. hehehe..

Cuti raya tahun ni pun ambik 4 hari jer.. nak simpan cuti.. insyaAllah nak guna untuk perkara yang lebih baik nanti.. jadual giliran tidur dekat kampung pun tak buat lagi.. kena ada jadual walaupun dekat jer rumah mak dan mertua tu.. supaya adil dan dapat gembirakan hati kedua keluarga.. 

Tahun lepas tak dapat buat BBQ raya dengan family sebab ramai yang raya rumah mertua dan tak ramai dapat cuti lama.. tapi tahun ni akan teruskan balik aktiviti BBQ raya dengan keluarga ni.. siap aku dah belikan semua yang perempuan tudung Aidijuma sama warna.. sedondon la semua malam tu nanti.. hehehe.. tak sabar nak berkumpul ramai2.. anak sedara makin bertambah.. maka, Acu ni pun makin pening nak melayan.. nasib baik ramai jugak yang dah masuk sekolah menengah so bolehlah tolong jagakan askar2 kecik yang lain.. hahahah..

Ada seminggu lagi sebelum Hari Raya.. insyaAllah cuba update beberapa entry sebelum hari raya.. lepas raya nanti kita marathon cerita raya dan cerita cuti2 sebelum pergi bercuti ke destinasi lain tak lama lagi.. hehehe.. 

Salam Ramadhan untuk semua.. :)
Photobucket

Friday, June 12, 2015

Fasa 5 Tahun Pertama Perkahwinan Tanpa Anak

 Kadang tak terasa macam masuk tahun kelima kahwin.. terasa cepatnya masa berlalu.. orang kata 5 tahun pertama perkahwinan antara fasa yang agak sukar.. sukar nak memahami perangai sebenar pasangan kita.. ambil masa nak faham dan tau apa yang pasangan suka atau tak suka.. fasa untuk belajar lebih memahami hati dan perasaan pasangan..


Lima tahun bagi pasangan lain, mungkin lagi banyak kenangan indah dan memori yang tercipta.. kenangan bersama suami dan isteri ditambah dengan kenangan bersama anak.. yer, mungkin ramai yang kahwin sama tahun dengan kami dah mula berfikir tahun depan anak dah mula masuk taska dan bersekolah.. ada yang dah mula sibuk uruskan anak-anak yang dah masuk 2 orang dan ada jugak yang dah masuk 3 orang.. bagi kami berdua, semua tu masih belum dapat dibuat.. tapi insyaAllah masanya akan tiba..

Ada orang kata, rugilah masa muda tak ada anak.. nanti dah berumur baru nak sibuk jaga anak.. orang lain sebaya kita mungkin anak dah masuk Universiti.. kita masih sibuk nak fikir anak2 sekolah.. tapi, tak apalah.. Allah bagi masa kami untuk belajar tentang cara mendidik anak2 dengan tengok dan dengar pengalaman lebih ramai orang dulu agaknya, nanti bila ada anak sendiri mungkin boleh gunakan pengalaman tu sebagai panduan.. 

Ada orang kata, rugilah kahwin tapi hidup berdua jer.. sunyi jer rumah.. tapi, tak apalah.. Allah nak bagi kami lebih masa untuk bersama.. kenal hati budi masing2.. belajar untuk lebih menghargai.. mungkin inilah peluang yang Allah beri untuk kami tambahkan amal kebaikan sebagai suami isteri.. bukan bermakna ada anak susah nak buat amal, tapi bila berdua ni orang kata masa rehat tu lebih terluang, jadi bolehlah tambah2 amal ibadat untuk lebih dekat kepada Allah Maha Penyayang.. 

5 tahun berkahwin tanpa anak.. hanya yang melalui akan faham apa yang ada jauh di sudut hati kami.. 

5 tahun berkahwin tanpa anak.. isteri sendiri susah nak tau apa yang suami rasakan.. suami juga susah nak tau apa yang isteri rasakan.. 

5 tahun berkahwin tanpa anak.. hanya melihat dan mendengar cerita tentang anak daripada kawan-kawan dan keluarga.. 

5 tahun berkahwin tanpa anak.. diasak dengan soalan tanpa mengira tempat dan masa.. di rumah mertua di hadapan sanak saudara.. di rumah sedara ketika berhari raya.. di hadapan teman2 ketika lama tidak berjumpa.. di pasar raya, di pasar malam, di rumah jiran, di pejabat atau di mana sahaja.. soalan yang sama diajukan, sampai kami rasa adakah perkahwinan kami untuk menjawab soalan yang satu itu sahaja? 

Isteri menangis setiap kali datang bulan.. isteri sayu setiap kali ternampak baju-baju si comel ketika membeli belah .. isteri dihimpit rasa hiba melihat suami mendukung dan memegang anak orang lain untuk bermanja menumpang kasih sayang.. isteri marah bila ada yang mengatakan suami tak cukup hebat menjadi suami.. kata nista tentang pasangan ditelan, dihadam tanpa bicara.. 

Suami sentiasa meredakan hati isteri setiap kali "kawan baik" datang setiap bulan.. suami menenangkan isteri setiap kali isteri sedih dikatakan belum cukup sempurna menjadi seorang perempuan.. suami berusaha menceriakan suasana bila ada yang mula bercakap yang bukan2 tentang perkahwinan.. suami sentiasa menjadi tisu bila mana air mata isteri mula tumpah saat hati goyah.. 

Cukuplah sekadar doa agar Allah kuatkan hati kami.. cukuplah sekadar doa agar Allah memberikan yang terbaik untuk kami.. kami yakin, Allah sedang merancang yang terbaik untuk kami.. ujian itu tanda Allah sayang.. :)

Photobucket

Wednesday, May 27, 2015

Sunset di Krabi


Sunset di Krabi... waktu petang hari pertama dekat krabi tu memang kitaorang dah plan nak tengok sunset tepi pantai Ao Nang.. masa sampai tepi pantai tu memang dah ramai orang duduk lepak kat pantai.. yang mandi manda pun ada.. yang bercanda bercumbuan kat tepi pantai nak tengok sunset pun ada.. hihihi..


Cantik sangat suasana sunset tepi pantai Krabi ni.. kat sini memang mood bercuti kalau dengan pasangan sentiasalah rasa romantik.. sebab kebanyakan pelancong pun datang sini untuk honeymoon.. 


Rindu nak tengok sunset kat tepi pantai.. terus rasa nak pergi bercuti tepi pantai.. duduk berdua tepi pantai tengok keindahan ciptaan Allah.. memang buatkan hati sebak.. dekat Krabi memang kitaorang banyak nak mengalir air mata setiap kali duduk menghadap laut yang terbentang luas tu.. :)



So siapa ke Krabi silalah ambil peluang untuk tengok sunset tepi pantai yer.. suasana yang mungkin sama dengan tengok sunset di mana2 tapi pengalamannya berbeza.. cubalah dan rasa sendiri pengalaman tu..

Next entry kita cerita tentang aktiviti Island Hopping yang popular kat Krabi yer..

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~
Photobucket

Banana Pancake Yaminlah Krabi

Sebelum datang bercuti kat Krabi dah plan nak makan Banan Pancake Yaminlah dekat pantai Ao Nang, Krabi.. ramai yang cakap kalau datang bercuti kat Krabi tapi tak cuba makan pancake Yaminlah ni tak lengkaplah percutian tu.. :)


Petang hari pertama lepas balik daripada Elephant Trekking tu, kitaorang terus mandi dan solat.. lepas tu terus tahan tuktuk depan hotel untuk ke kedai banana pancake Yaminlah ni.. boleh jer jalan kaki, tapi kita orang tengah penat masa tu, so decide naik tuktuk jer.. bayar BTH50 untuk naik tuktuk dari depan hotel ke kedai pancake Yaminlah.. 

Korang cakap jer kat tuktuk tu nak pergi kedai pancake Yaminlah ni.. famousssssss kot kedai ni.. semua orang Krabi tau.. hehehe.. masa kitaorang sampai tu, tengah tak ada orang sangat.. excited nak makan banana pancake Yaminlah tu.. 


Kitaorang order 1 banana pancake nutella yang superrrrrr sedappppp! then 1 lagi order banana pancake chocolate yang sangat ohsem! dua2 sedap tapi paling win dah tentu banana pancake nutella.. sambil makan, borak dengan pelancong daripada Malaysia jugak.. orang Selangor.. borak sakan macamlah dah lama kenal.. hehehe..



Sorry tak dapat bagitau harga sebenar banana pancake ni sebab pelancong yang borak2 dengan kitaorang yang bayarkan.. diaorang nak balik dulu, sekali diaorang terus bayarkan.. Alhamdulillah, rezeki.. semoga orang tu pun terus dimurahkan rezeki.. tapi anggaran harga masa tu BTH40-80 bergantung kepada jenis banana pancake yang kita order.. 


Kalau nak kedai ni daripada pekan Ao Nang area McD tu, korang terus jer sampai jumpa pantai.. terus lagi sampai korang jumpa ada banyak deretan kedai makan tepi jalan belah kiri.. diaorang semua jual makanan halal kat situ guna lori/van.. 

Makcik Yaminlah ni pandai cakap bahasa Melayu.. dia memang agak peramah.. kalau kita datang kedai tu, macam2 dia tanya.. dari mana, datang berapa hari, duduk hotel mana, dah buat aktiviti apa hari tu dan macam2 lagilah.. mesra sangat! tak sempat pulak snap gambar dia.. hehehe.. tapi yang pasti banana pancake Yaminlah ni sedap.. lembut dan cukup rasa.. 

Balik daripada makan pancake tu kitaorang jalan kaki jer ke tepi pantai nak tengok sunset.. tak jauh pun, dalam 5minit.. dan tak rasa jauh sebab kiri kanan ada kedai2 jual cenrehati.. cantik2!

Next entry kita cerita tentang sunset di pantai Krabi yer :)
               


Photobucket

Tuesday, May 26, 2015

Hotel Murah dan Selesa di Ao Nang, Krabi

Kitaorang booking dekat The Garden Dream Hotel untuk penginapan selama 4 hari 3 malam di Krabi, Thailand.. last minute booking hotel ni sebab plan nak ke Krabi pun last minute.. aku just pilih yang dekat nak ke Pantai Ao Nang dan prefer tengah2 pekan so x payah banyak sangat naik tuktuk.. jalan kaki jer.. dan nak hotel yang murah sebab bukan stay kat hotel sangat sebab aktiviti padat sangat sepanjang kat sana.. 

Hotel Murah dan Selesa di Ao Nang, Krabi

Masa kitaorang booking hotel ni, harga untuk 4 hari 3 malam termasuk tax adalah RM414.03.. setiap hari diaorang datang bersihkan bilik.. ni pun penting gak sebab ada hotel kat sana memang murah tapi tak datang bersihkan bilik setiap hari.. kena rajin review komen2 pelancong sebelum tu.. 

Hotel Murah dan Selesa di Ao Nang, Krabi

Hotel Murah dan Selesa di Ao Nang, Krabi

Garden Dream ni memang betul2 depan McD kat Ao Nang tu.. so kalau sesiapa yang nak survey hotel dekat Agoda tu, check peta lokasi hotel tu.. kalau dekat dengan McD Ao Nang tu dah ok sangat la.. maknanya dekat nak ke pantai dan senang nak ke mana2 jalan kaki.. Hotel ni oklah, cuma tak ada almari.. tapi tempat sangkut baju ada, sama ruang macam almari cuma tak bertutup.. hehehe.. bilik mandi ok, bersih dan air laju.. tu yang penting.. aircond kipas tilam bantal semua ok.. 

 


Hotel ni jugak ada balkoni.. senang nak sidai baju basah sebab kat sana memang banyak aktiviti laut kan.. then malam2 boleh lepak kat balkoni sebab ada disediakan kerusi jugak.. masa kitaorang hari tu dapat bilik tingkat atas.. best gak la sebab tak dengar orang lalu lalang.. kalau tengok gambar kat bawah ni korang akan nampak yang hotel ni bukan ada banyak tingkat.. dia hanya 2 tingkat tapi ada banyak unit.. dari depan sampai ke belakang.. sepanjang jalan ada pokok buluh..

Hotel Murah dan Selesa di Ao Nang, Krabi

So secara keseluruhannya, kitaorang puas hati dengan service hotel ni.. lagipun hotel ni caj untuk driver yang ambik kita dari airport ke hotel dan hotel ke airport dengan harga yang murah iaitu BTH500 sahaja.. sebab masa survey tu, rate kebanyakannya untuk ambik dan hantar tu BTH600-BTH650.. 

Then boleh check in awal dan check out lewat tanpa caj tambahan.. setiap kali kita nak pergi buat aktivit laut, memang dia akan bagi tuala baru dekat kita.. so xpayah susah2 bawak tuala sendiri pulak yer.. dan kalau booking pakej2 dengan hotel ni lebih murah sebab aku ada gak survey2 beberapa travel agent sekitar Krabi tu untuk bandingkan harga.. 

Tips :

- baca review pelancong yang pernah stay hotel tu untuk dapat lebih banyak gambaran tentang hotel tu.

- better tak ambik pakej yang termasuk halal food melainkan kita dah tau hotel tu memang ada sijil halal untuk sediakan makanan.. lagipun banyak kedai halal sekitar Krabi tu..

- cari hotel yang dekat dengan pantai Ao Nang supaya tak perlu naik tuktuk banyak kali.

- cari hotel yang boleh tawarkan perkhidmatan ambik dan hantar ke airport dengan harga berpatutan..

- call hotel beberapa hari sebelum ke Krabi untuk confirmkan tentang driver yang akan ambik kita di airport.


Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

Photobucket

Monday, May 25, 2015

Bercuti di Krabi - Pemandangan Cantik dan Tom Yam Sedap

Sambung entry pengalaman bercuti di Krabi .. bukan tak nak update, tapi terlalu banyak kekangan yang perlu dihadapi.. so entry percutian ke Krabi pun tak sambung2 sampai sekarang.. tapi sebab ramai yang suruh update pengalaman dan tips percutian ke Krabi jadi kena kuatkan hati untuk update.. so entry kali ni tentang pengalaman hari pertama menjejakkan kaki ke Krabi.. tu pun kena buat 2 atau 3 bahagian la yer sebab kalau 1 entry sumbat semua lambat lak siapnya.. hihihi..



Since flight pukul 7.15 pagi, so kitaorang decide naik ERL dari Putrajaya Sentral untuk ke KLIA2.. ambik train paling awal iaitu pukul 4.52 pagi dan dijadualkan sampai di KLIA2 pada 5.12 pagi.. tiket ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 adalah RM6.20 seorang.. parking kereta dekat dalam bangunan parking berbumbung di Putrajaya Sentral dengan kadar sehari RM4 sahaja.. jimat banyak daripada parking dekat KLIA2 atau naik teksi ke sana.. 


Untuk yang tak biasa naik flight dari KLIA2, dinasihatkan pergilah awal yer.. kalau nasib baik dapatlah gate yang dekat.. kalau dapat gate yang nun hujung sekali memang menapak jauh.. so kalau yg bercadang nak ke luar negara tu, dinasihatkan berada di KLIA 2 jam sebelum waktunya.. Alhamdulillah, hari tu flight ikut jadual, x delay.. kali ni agak risau sebab teringat kes MH370 dan MH17.. just berdoa dipermudahkan segala urusan..


Atas flight tak sempat nak tidur walaupun mata mengantuk sangat.. Kena isi Borang Imigresen.. Borang ni nanti akan diperiksa dan diserahkan dekat kaunter Imigresen masa sampai Krabi nanti.. make sure korang isi borang tu betul2 yer.. kalau nak kepastian tanya jer pramugari kat situ.. 

Ada 2 borang yang kena isi.. satu nak bagi masa sampai Krabi.. satu lagi nak serahkan masa nak balik Malaysia nanti.. so make sure isi betul2 sebab 2 borang ni.. sebab ada kes orang depan kitaorang tu salah isi borang tapi diaorang perasan masa dah kat kaunter Imigresen so kena isi balik dan beratur balik.. lambat la kan.. so make sure isi betul2 tau..


Alhamdulillah, kitaorang selamat sampai dekat airport Krabi pukul 7.20 pagi.. Rasanya ramai yang tau kan waktu Krabi sejam lewat daripada waktu Malaysia.. masa turun flight tu memang kitaorang dah cepat2 turun sebab nak kejar waktu.. plan nak sampai dekat hotel 8.30 pagi sebab nak buat aktiviti pagi tu.. 

Dah turun awal pun still kena beratur panjang.. masa tu ada 1 kaunter jer buka.. pasrah walaupun hati gelisah.. dah la janji dengan driver hotel yang ambik pukul 7.30 pagi.. tapi pukul 7.30 pagi tu masih panjang lagi barisan.. so tips kepada sesiapa yang nak Krabi dan naik flight awal pagi sila pilih seat depan2 dan bila boleh turun cepat2 turun sebab awal pagi tak semua kaunter bukak.. kitaorang settle kat kaunter Imigresen pukul 7.55 pagi.. huwaaarghhhhhh...


Turun jer daripada kaunter Imigresen dah nampak driver yang tungu kitaorang..  terpampanglah nama aku.. nasib baik la dia tunggu.. dah la lama kan.. aku pun tanya dia sempat ke sampai hotel sebelum 8.30 pagi, dia kata maybe sempat if jalan tak sesak.. 



Dalam kereta asyik pandang jam jer.. berharap cepatlah sampai.. tapi jalan sangatlah jem.. awal pagi dengan orang nak gie kerja dan sekolah.. sampai2 hotel dah pukul 8.30 pagi.. selesaikan urusan check in then tanya sempat tak nak buat pakej yang macam aku call sebelum ni.. sebab plan aku nak ke Emerald Pool, Hot Spring dan Elephant Treeking hari pertama tu.. tapi tak sompek! kalau nak semua tu kena pergi sebelum 8.30 pagi.. so kitaorang just booked untuk aktiviti petang iaitu Elephant Trekking.. yang ni next entry la yer.. 



Makanya sampai2 check in dan terus jalan2 cuci mata sepanjang jalan Ao Nang tu.. banyak kedai dah bukak.. jalan slow2 dari hotel sampai dekat pantai dalam 10 minit.. bila sampai pantai terus lidah ni tak berhenti memuji2 keindahan alam ciptaan Allah.. cantik.. sangat cantik.. tenang.. sangat tenang.. lama gak lepak tepi pantai.. tengok suasana pagi kat sana..

Balik bilik rest jap.. then pukul 11 pagi kitaorang keluar makan.. lapar.. tanya dekat hotel kedai mana yang Halal dan paling dekat sebab malas naik tuktuk atau jalan jauh.. hotel cadangkan makan dekat Lemon Restaurant.. tak sampai 5 minit jalan kaki daripada hotel dah sampai.. 


Order nasi putih dan tomyam jer.. sorang ambik tomyam seafood, sorang lagi order tomyam ayam.. nak rasa perbezaan tomyam lagi, aku pilih tomyam kung (kuah warna putih) dan encik adiey pilih spicy tomyam (kuah warna merah macam kat Malaysia)..


Rasa? Tomyam Thailand kot.. haruslah sedappppp.. dah la perut masing-masing tengah lapar.. haruslah makan sampai licin.. both order ice lemon tea.. dah la kat kedai masa tu tak ada orang, sebab baru 11 pagi kot.. siapalah nak makan nasi time2 macam tu kan.. hahaha.. 

Lepas makan balik hotel untuk rehat sebab aktivit seterusnya mula pukul 2 petang..  part hotel dan aktiviti petang pada hari pertama kita sambung entry lain yer.. 

Tips :

- sila datang awal ke KLIA2.. sebaiknya 2 jam awal
- isi borang Imigresen dengan betul. jika tak pasti, tanya pramugari yang ada.
- turun awal daripada flight jika dpat flight pagi untuk elak beratur lama di kaunter Imigresen

So, stop sini dulu.. nanti sambung lagi untuk entry berikutnya.. :)
Photobucket

Sunday, September 28, 2014

Lagu Cinta Untuk Orang Bercinta

5 lagu cinta yang aku selalu dengar masa zaman bercinta dengan Encik Adiey dulu.. zaman sebelum kahwin kan, masing2 layan lagu conta la bila teringat dan rindu.. lagu cinta, sinonim dengan orang bercinta.. 



Lepas kahwin pun kitaorang layan jer lagu-lagu cinta ni.. selalu gak karaoke lagu duet setiap kali pergi karaoke.. barulah feeling2 romantis selalu.. winkwink!
GURAUAN BERKASIH 
Lagu paling selalu kitaorang karaoke adalah lagu Gurauan Berkasih nyanyian Siti Nordiana dan arwah Achik Spin.. lagu ni kalau karaoke sama2 dengan Encik Adiey memang terbayang2 la kenangan masa awal2 bercinta.. pergghhh, terus rasa macam baru bercinta.. hahaha..

MY LOVE

Masa zaman sekolah dulu tengah popular kumpulan Westlife.. masa tu feeling2 pandai sangatlah nyanyi lagu omputih.. hahaha.. nyanyi lagu My Love tu sambil membayangkan wajah Encik Adiey.. gatal sangat kan, zaman sekolah dah bercinta.. sila jangan tiru perangai bercinta sejak zaman sekolah ni yer.. 

BIDADARI

Lagu cinta bertajuk Bidadari nyanyian kumpulan Lela.. walaupun tajuk Bidadari dan penyanyi lelaki, tapi layan sangat lagu ni.. lepas tu bayangkanlah Encik Adiey nyanyikan lagu ni untuk aku.. hahaha.. nak tunggu dia nyanyi atau buat lagu untuk aku entah bila kan, so feeling2 sendiri sudah.. hahaha..

 Kau hadir membawa erti
Penawar di kala sepi
Sehangat dian yang menyinari
Bersama cintamu abadi

KESETIAAN


Lagu seterusnya bila tengah bergaduh ke kan, layan la lagu jiwang sedih.. hubungan cinta mana yang tidak dilanda ombak dan taufan.. hahaha.. so, masa tengah2 selisih faham tu meh la layan lagu jiwang sedih sambil mengharapkan kekasih hati memujuk kita.. so layanlah lagu Kesetiaan nyanyian Siti Sarah Raisuddin.. dan kalau nak tau, ni lagu wajib setiap kali aku karaoke.. feeling suara tinggi sangat la nyanyi lagu ni.. hahaha..

LUAHAN HATI

Inilah satu-satunya lagu yang sampai sekarang menjadi igauan siang dan malam aku.. Luahan Hati nyanyian kumpulan Kristal.. memang lirik tanggap leleh.. hehehe.. lagu wajib Encik Adiey setiap kali kitaorang gie karaoke.. dan setiap kali nyanyi suka pandang muka aku.. Ya Allah, memang terasa mendalam sangat2 cinta dia setiap kali dia nyanyi depan aku.. 

Sayangku, pimpinkan tanganku
Menuju mahligai bahagia
Kita bersama nikmati kisah kita
Hidup bagaikan di syurga
Oh kasih........

So rasanya 5 lagu kat atas ni merupakan lagu yang kerap aku atau Encik Adiey nyanyi.. walaupun suara kami berdua takdelah sedap pun, tapi bila karaoke berdua, memang rasa macam masa awal2 zaman bercinta.. boleh cuba tips menyanyi sama2 ni yer.. kalau tak nak pergi karaoke, boleh nyanyi sama2 dalam bilik.. 

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Photobucket

Tuesday, August 19, 2014

Kisah Hari Raya Pertama - Syawal 2014

Baru berkesempatan untuk update tentang kisah Hari Raya pertama Syawal tahun 2014.. Syawal 2014 merupakan tahun kelima aku beraya sebagai seorang isteri.. tahun ni turn beraya rumah mertua.. 


Tahun ketiga beraya dirumah mertua pada pagi Syawal.. dah boleh faham adat dan tradisi keluarga ni.. mula2 agak kekok sebab ada beberapa perkara yang berbeza antara rumah sendiri dan rumah mertua tapi lama kelamaan perbezaan tu dah boleh diterima.. lain keluarga, lain ragamnya.. melalui perkahwinan la kita dapat belajar tentang keluarga orang lain kan?


Pagi raya dimulakan dengan bergambar berdua.. sebab kitaorang dah siap awal, so better bergambar berdua sebelum terlupa dan tak sempat.. kitaorang siap awal sebab masing2 siapkan diri sendiri jer.. tak kena siapkan anak sebab belum ada anak, sebab tu cepat jer kami bersiap.. hehehe..


Lepas dah bergambar berdua, susun kerusi untuk sesi bersalaman dan bagi duit raya.. lepas tu terus jer sesi bergambar bersama keluarga mertua.. tahun ni agak meriah jugak sebab dah makin bertambah anak buah Encik Adiey.. masa aku kahwin dulu ada sorang jer.. now dah bertambah nak masuk 9 orang.. :)



Tema kitaorang tahun ni last minute baru nak pilih.. pilih dekat kedai.. sebab sejak couple sampai sekarang baju mesti nak sama warna sampai Encik Adiey dah tak tau nak pilih warna apa since baju melayu dia dah banyak warna.. hehehe.. sebelum pergi kedai pilih warna coklat, sekali sampai sana warna coklat semua tak cun.. so, ambik jer warna navy blue.. 


Lepas bersalaman dan bergambar terus beraya ke rumah sedara mara mertua.. sedara belah ayah mertua dekat-dekat situ jer so senag jer nak gie ziarah diaorang.. gambar memang tak ada sebab aku sibuk makan.. hahaha.. entah la, masa ni bawak jer DSLR, tapi malasnya nak keluarkan.. phone pun dalam handbag jer.. hahaha..

Petang lepas zuhur tu gerak balik rumah sendiri.. tak sabar nak jumpa mak abah.. kali ni balik bawak family mertua sekali.. so memang meriah la kan.. walaupun dah rumah kelima tapi diaorang boleh jer makan rendang mak bertambah2.. 



Sementara diaorang makan, aku ambik kesempatan salam dan bergambar dengan mak abah.. as usual kalau salam mak mesti emo, tapi bila part nak salam abah mesti gelak.. sebab nanti abah akan buat lawak sambil perli apa kesalahan yang kita pernah buat.. kalau tak ada salah pun nanti dia kata, "oooo, ni budak yang mengada banyak sangat tu, cepat mintak maaf".. orang dah ready nak syahdu2 dia buat lawak pulak.. ngada tau abah ni..



Sempat la jugak posing2 sekejap dengan anak buah dan kakak2.. nasib baik keluarga mertua memahami dan boleh tunggu aku bergambar.. bergambar mana yang sempat jer.. bagi duit raya kat anak buah pun dekat luar rumah.. sempoiii lak aih!


Mak dan abah pun sempat la bergambar dengan besan diaorang di petang Syawal tu.. seronok tengok gambar ni.. rasa macam "mahal" sangat gambar ni.. terasa beruntung masih diberikan peluang oleh Allah untuk melihat mereka berempat sehingga ke saat ni.. 



Tak lepas peluang bergambar dengan anak2 dara yang makin cantik ni.. Intan dah makin besar.. tahun ni dah nak ambik SPM.. sekejap masa berlalu.. Alya pulak dah makin bijak.. dah mula becok asyik nak bercakap.. dah pandai pilih baju sendiri nak pakai  setiap hari.. semoga mereka membesar dengan baik dan berjasa kepada keluarga dan agama hendaknya..



Sebelum balik. posing dengan keluarga mertua dekat rumah mak abah.. seronok sangat bila keluarga sendiri dan keluarga mertua dekat2.. dalam sehari, boleh bahagiakan dua belah keluarga serentak.. rezeki yang Allah bagi kan.. jodoh dekat, rezeki daripada Allah.. :)



InsyaAllah, nanti bersambung untuk kisah raya seterusnya.. gambar lepas raya kedua pun tak banyak.. mana yang ada dalam DSLR tu kita update la yer.. :)

Nota Cinta: Syawal kelima sebagai suami isteri dan masih berdua.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua.. Alhamdulillah..

Photobucket