Showing posts with label Cuti Cinta - Lost World Of Tambun. Show all posts
Showing posts with label Cuti Cinta - Lost World Of Tambun. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Cuti Cinta Lost World of Tambun - Tin Valley

Dah ramai yang bising bagitau aku ni suka sangat hutang2 entry.. jadinya terus la aku update laju2.. malu sebab suka sangat buat cerita gantung2.. hihihi..

Sambung cerita di Lost World of Tambun.. lepas seronok2 di Petting Zoo, kitaorang baru perasan yang ada 1 tempat tu kitaorang x pergi lagi.. tengok dekat map untuk cari lokasi tu.. sekali, kitaorang kena patah balik! dah la jauh.. dengan cuaca panasnya.. tapi sebab nak sesangat gie kat situ, jadi gagahkan jugak la kaki tu.. air mineral dah berbotol aku minum masa tu.. huhuhu.. 

Tambun Tin Valley!!


Jom kita cari bijih timah! bawak balik Putrajaya.. hihihi.. 



Masa sampai kat situ, aku memang dah penat sesangat.. kat situ aku lebih banyak ambik gambar encik adiey jer.. tu pun ambik gambar dari jarak jauh sebab nak berteduh kat bawah pokok.. hahahaha..




Punyalah berangan x nak kulit makin gelap berjemur tengah panas.. padahal dah memang semulajadi kulit ni gelap.. gambar aku kat Tin Valley ni sikit sebab aku betul2 dah rasa penat! dasar budak debab, jalan cikit dah penat.. hahahaha.. 



Tapi serius aku cakap, pemandangan kat Tin Valley adalah antara pemandangan yang paling cantik & suasana yang paling menenangkan dekat Lost World of Tambun ni.. 



Sambil korang bergambar kat situ, boleh dengar lagu zaman 50-an yang dipasang di radio berhampiran kawasan Tin Valley.. terasa macam zaman dulu2 tau!! 




Siap ada basikal zaman dulu lagi.. klasik sangat suasana kat situ.. tapi tetiba ada TV LCD.. motif??? hahahahaha...


Sebelah Tin Valley ni ada tempat untuk Team Building.. aku masuk pusing2 kejap jer.. staff kat situ peramah.. suruh aku try aktiviti kat situ.. sorry la! aku dah penat tahap giler masa tu.. *padahal penakut! hahahaha..




Seminggu sebelum pergi Tambun, ada rancangan game show 'Cornetto Uda & Dara" kat Astro.. diaorang shooting kat Lost World Team Building ni then kena main semua game kat situ.. aku tengok pun dah seram, so memang mimpi la aku nak panjat & terjun semua tu.. hihihi..



Kalau ikut hati, aku memang nak lepak lama2 kat Tin Valley tu.. sebabnya, memang boleh layan perasan habis kat kawasan tu.. tapi sebab waktu tu kejar masa untuk solat & lunch so memang x dapat la nak santai2 kat situ.. sebab ada 1 lagi kawasan yang wajib dikunjungi..


Next entry - Tambun Hot Spring!


Wednesday, July 18, 2012

Cuti Cinta Lost World of Tambun - Petting Zoo

Sambung balik entry cuti-cuti di Tambun.. maaf lambat sambung entry ni sebab banyak komitmen yang lebih penting perlu diutamakan.. 



Lepas jer seronok bercanda di tepi tasik, penjelajahan diteruskan ke Petting Zoo.. serius perasaan teruja memang jelas terpancar di wajah encik adiey masa tu.. encik adiey ni memang suka perkara berkaitan haiwan.. pencinta haiwan orang kata.. kalau family kitaorang memang dah tau sangat minat encik adiey ni..






Masuk2 jer Petting Zoo ni, terus nampak ada haiwan berjalan2 kat atas kepala aku ni ha.. seronok betul dia lepak2 kat atas tu ok! bila kita berdiri kat bawah dia, bukan main lagi dia berposing.. 


Aku masa tu memang x tau apa nama haiwan yang berjalan2 tu.. nasib baik encik adiey tau, beria dia ajar aku macam cikgu tadika, "itu Racoon.. cuba sebut, Racoon..." orang kat situ semua pandang aku.. hihihihi..

Mula2 macam takut jugak la nak bergambar kat bawah Racoon tu.. tapi sebab encik adiey beria paksa, aku gagahkan la jugak.. dalam hati berdoa supaya Racoon tu x turun kat kepala aku.. hihihi.. serius comel tau Racoon ni!




Tapi kan, aku rasa Racoon tu jantan la..sebab bila aku datang dekat, dia macam pandai jer posing baik.. tapi bila encik adiey datang dekat, dia buat muka macam malas2 & nak gigit2 encik adiey.. hahahaha..




Then, terus ke bahagian burung.. kat situ, rasa nak bawak balik jer burung2 tu.. cantik2! 




Yang kat atas ni memang pandai posing.. kita berdiri sebelah jer, macam2 aksi la nak dibuatnya..



Yang kat atas ni garang! kita dekat jer dia nak bunyi2.. tapi bila encik adiey berdiri sebelah dia, dia ok pulak.. 




Motif dengan encik adiey dia ok dengan aku dia nak marah?? nyampah tau! mesti burung betina la tu kan?? hahahaha..



Yang ni asyik la nak berkepit jer.. loving sungguh la kononnya kan.. hihihi.. ada lagi 3-4 ekor burung dalam Petting Zoo ni.. yang pasti, semuanya duduk bertenggek jer.. x terbang2 pun.. so senang la nak pegang2 & bergambar dengan burung2 tu..



Dekat bahagian burung ni dekat sejam.. encik adiey suka sangat lepak kat situ.. lagipun kat situ ada kerusi untuk lepak2 sambil dengar bunyi burung yang becok2 tu.. hihihi..



Kat dalam petting zoo ni memang ada banyak haiwan.. ular pun ada.. geli! kalau ada anak2 bandar yang x pernah tengok kambing tu boleh la datang sini.. hihihi.. boleh pegang2 ok kambing tu.. tapi make sure lepas tu korang basuh tangan tau!



Masa aku datang tu, pekerja tengah bersihkan kolam kura2.. so x dapat nak tengok kura2.. merak pun ada kat Petting Zoo ni.. yang x bestnya, merak tu semua nampak jinak bila di sebelah encik adiey tapi bila aku berdiri sebelah merak tu, boleh nak mengejar aku lak.. nyampah!! ni mesti merak betina ni.. gataiiiiii..

Banyak gak haiwan yang pertama kali aku jumpa.. serius aku x pandai bab2 haiwan ni.. tu pun rasanya sejak kahwin ni pandai la cikit, sebab hari2 encik adiey tengok Nat Geo Wild saluran 550 kat Astro tu.. hahahhaha..



Seronok sangat lepak kat dalam Petting Zoo ni.. kalau ada anak2 mesti lagi best bawak diaorang tengok haiwan kat situ.. lagipun kat sini dapat bergambar dengan haiwan secara dekat.. nak pegang2 pun boleh.. 


Tips untuk pengunjung:


- make sure korang tengok jadual untuk feeding show.. kitaorang terlepas semua feeding show sebab leka bergambar.. hahahahaha..


- since Petting Zoo ni dalam bersebelahan kawasan water theme park, so korang boleh jugak masuk tengok haiwan2 ni walaupun dengan keadaan baju korang basah.. hihihi.. kitaorang x masuk pun sebab x selesa nak masuk situ dengan keadaan basah kuyup lepas berendam dalam air..

Next Entry - Tin Valley!

Wednesday, July 11, 2012

Racoon!! Racoon Petting Zoo



Daripada 9 orang yang bagi komen, hanya seorang jer yang berjaya meneka dengan betul nama haiwan yang posing atas kepala aku tu!! 

Teror la BE!!! Terbaikkkkkk...


Racoon dalam Bahasa Inggeris.. Rakun dalam Bahasa Melayu..

Masa gie Lost World of Tambun tu la first time aku tengok Racoon tau! jangan gelakkan aku k.. serius sebelum ni aku x tau pun Racoon ni apa.. hahhaha.. aku memang x berapa nak ke arah pencinta haiwan.. hihihi..

Racoon ni kat Tambun tu memang pandai posing! kita berdiri jer kat bawah dia, dia akan berhenti untuk posing... gila kamera macam blogger la kiranya Racoon ni.. hahhahaha..

Nota cinta: lupa lak nak sambung entry gie Lost World of Tambun tu.. hihihi.. jap eh, aku nak sambung mengarang entry cuti2 tu balik.. jangan risau, aku masih ingat semuanya.. semuanya masih segar dalam ingatan aku.. hihihi..



WordLess Wednesday - Apa Tu?




Siapa tau nama binatang yang posing maut atas kepala aku tu?? ce teka...

Thursday, July 5, 2012

Cuti Cinta Lost World of Tambun - Tiger Valley & Swan Lake

Lepas kejadian seram di Kepura Cave, kitaorang terus pergi Tiger Valley.. masa aku gie tu, 2 ekor harimau tu tengah syok berendam!! maklumlah cuaca tengah panas kan, memang sesuai berendam! sambil berendam, mata melilau pandang orang keliling.. takut lak aku duduk lama2 kat situ.. hihihi..


Tiger feeding show adalah pada pukul 3 petang & 4 petang.. aku x sempat nak tengok feeding show ni pun.. pukul 3 kitaorang baru jer start nak bermandi manda sebab pukul 2.30 tu kitaorang balik hotel untuk solat dulu.. dah leka mandi manda, lupa pulak nak pergi yang show pukul 4 petang tu.. rugi betul rasanya.. 




So kalau korang pergi sini, jangan lupa time untuk feeding show ni k! aku rasa macam bersalah sebab x ingat second show tu sebab encik adiey beria nak tengok tiger feeding show ni.. agak2 kat zoo negara ada x tiger feeding show? nak bawak encik adiey tengok la kalau ada kat zoo negara.. hihihi.. 



Tapi harimau kat situ sentiasalah berlegar2.. jadi senang jugak nak bergambar berlatar belakangkan harimau ni.. kalau kat zoo biasa tu kebanyakan harimau asyik tidooooo jer kan.. kat sini harimau terlebih aktif.. asyik la berlegar2  sampai aku pulak yang rasa penat tengok harimau tu berpusing2 keliling kawasan sangkar tu..


Depan Tiger Valley ni, ada Lost World Swan Lake.. masa aku sampai kat situ, memang tepat2 pukul 1 tengahari.. maka, kitaorang memang x berhasrat langsung nak naik swan paddle tu.. matahari terpacak atas kepala.. x sanggup pulak nak bercinta kat tengah panas tu.. 



Lepak kat Swan Lake tu memang best.. angin bertiup sepoi2 bahasa.. dengar bunyi kicauan burung.. rasa tenang jer lepak depan lake tu.. sambil lepak2 tu, boleh tengok swan2 (kelakar pulak panggil swan2 ni.. hahaha) bermandi manda kat lake tu.. ikan pun banyak kat situ.. serius rasa tenang bila dapat lepak depan Swan Lake ni..



Kononnya petang2 nak naik la swan paddel tu kan.. tapi bila petang, dah penat main water theme park, jangan kata nak naik swan paddle, nak berjalan naik ke hotel pun dah x larat.. hahahhaha.. 




2 tempat ni banyak aku x dapat tengok & buat.. rasa rugi gak la.. encik adiey beria gak la nak tengok feeding show tu tapi x ada rezeki kan.. aku pulak beria menolak pelawaan encik adiey naik swan paddle tu waktu tengahari sebab nak naik waktu petang tapi sekali petang aku lak yang ngada2 x larat nak naik.. nasib baik encik adiey x merajuk! hihihi..

Next entry - Petting Zoo Lost World of Tambun





Wednesday, July 4, 2012

Cuti Cinta Lost World of Tambun - Amusement Park & Kepura Cave Tambun

Lepas check in hotel, kitaorang terus decide nak masuk Lost World of Tambun Theme Park.. since pergi hari Ahad, so memang ramai orang..



Mula2 haruslah bergambar depan pintu masuk kan.. harga tiket untuk theme park kitaorang dah termasuk dalam harga deal RM258 tu.. masa check in, hotel akan bagi coupun untuk redeem tiket theme park ni kat kaunter.. 




Untuk masuk theme park ni, deposit RM10 seorang diperlukan yer.. deposit akan dipulangkan lepas kita nak keluar dari theme park..


Untuk sesiapa yang nak masuk theme park, harga tiket untuk dewasa RM45 dan kanak2 RM38.. bagi aku harga ni agak berbaloi memandangkan kat dalam theme park tu ada 7 tempat menarik (will update later).. lagipun pusing sehari dalam theme park tu memang rasa puas!


Dekat kawasan pantai buatan berdepan dengan water theme park memang best.. dapat lepak kat pantai ni sambil layan lagu2 yang dipasang di kawasan water theme park memang syokkkkk..






Amusement park kat dalam theme park x banyak.. ada dalam 5 game utama then ada beberapa buah gerai macam kat funfair tu.. 






Aku naik 2 game jer.. 


















Game yang ni jauh beza dengan game kat Genting.. kalau kat Genting rasa gak lah takutnya.. tapi kat sini macam x ada rasa apa2.. hahahah.. berlagak la pulak! tapi kalau yang dah basah2 lepas mandi kat water theme park tu, nak baju cepat kering boleh la naik game ni.. hihihi..




yang ni best!! tapi rasa rugi pulak naik masa awal2 sebab bila dah penat menjerit, x pasal2 rasa cepat penat.. hahahahaha.. so kalau korang pergi sini, rasanya boleh main game ni sebelum balik la kot.. dah penat2 jalan & main semua game water theme park tu, bolehlah tambahkan penat tu dengan jerit2 naik game ni.. hahahaha.. 


*sebenarnya game ni best, tapi aku jer yang over jerit.. padahal orang lain relaks jer.. huhuhu

Lepas aku penat jerit main game dekat amusement park, kitaorang masuk dalam Kepura Cave.. ada kisah misteri dalam gua ni.. nak tulis pun macam seram2 sejuk ni.. 




Dalam gua ni, keadaan x adalah gelap sangat pun.. kat situ adalah beberapa info tentang sejarah gua tu.. macam biasalah, mesti ambik gambar kat dalam tu kan.. ambik gambar kat beberapa sudut dalam gua..


Tapiiiiiiiiii, ada 1 sudut dalam gua tu yang buatkan aku terus rasa macam nak nangis.... tiba2 kamera bergegar ok! tengok dekat skrin kamera pun gambar bergegar2 gak!!!!! ni bergegar yang memang2 x beragak ok! x boleh nak click button capture langsung sebab kamera bergegar teruk!!!!!!! terus aku off kamera!!!!!!!!!!!!

Bagitau encik adiey x boleh ambik gambar kat situ sebab gelap.. encik adiey kata ambik jer dulu, dia nak jugak gambar kat sudut tu!!! aku x berani la pulak nak bagitau dia apa yang sedang berlaku kan.. takut aku bagitau dia, terus ada benda yang x elok jadi ke kan..

So, buat2 ambik jer gambar kat situ padahal x ambik pun... then terus aku laju2 ajak encik adiey keluar dari gua tu.. kat luar gua aku terus cerita kat dia apa yang terjadi kat dalam gua tu tadi.. terus dua-dua diam untuk seketika.. sampai sekarang xtau nape beda tu jadi.. dan sampai sekarang aku masih x dapat lupa apa yang jadi.. serammmmmmmmmmmmmmmmmm la pulak!!!!

Next entry - Tiger Valley & Lost World Swan Lake





Photobucket

Setiap Hari Cinta!


Jadikan setiap hari adalah hari istimewa buat anda berdua..

Luangkan setiap masa yang ada bersama si dia dengan sebaik mungkin..

Belajar untuk menghormati perasaan si dia setiap masa..

Letakkan diri kita di tempat si dia dalam membuat sebarang keputusan..

Hargai setiap apa yang dilakukan si dia jika anda juga ingin dihargai setiap masa..