Encik Adiey yang berangan nak jadi Pak Arab.. hihihi..
Isnin yang indah.. bangun pagi dengan rasa yang sangat tenang.. terlalu banyak peristiwa indah yang berlaku waktu hujung minggu lepas.. seronok bila dapat luangkan masa dengan suami, keluarga & sempat jugak tengok seorang lagi hamba Allah yang baru lahir ke dunia.. so sweet!! insyaAllah akan ada entry yang menyusul..
Dah 2 minggu tido sorang, sekali bila ada ada teman kat sebelah dan berkepala botak, agak terkejut2 gak la.. hihihi.. tajam2 rambut kat kepala encik adiey tu sekarang ni.. masuk hari kedua dah biasa dengan kehadiran abang botak di sebelah.. hihihi..
Aku dari kecik agak takut dengan orang yang botak.. tapi bila encik suami botak, hilang terus rasa takut tu.. lagipun berani ke nak rasa takut?? nanti kena tido sorang lak.. x mo!!! hihihi..
Tu yang aku update status kat FB tentang hal ni.. sekali ada member blogger, Ain yang bagitau "Botak is Sexy!".. hihihi.. gelak2 aku baca komen dia.. entah, aku rasa macam betul pulak apa yang dia cakap.. rasa cool bila encik adiey botak.. hahahhahha..
Untuk pagi ni, x sempat nak taip entry panjang2.. banyak kerja yang menanti.. semuanya perlu disiapkan segera.. entry lepas ni semua dah auto publish.. dah siapkan hujung minggu lepas since takut x sempat nak update masa rehat di pejabat..
Nota Cinta: bila kita menghargai kehadiran seseorang dalam hidup kita, kebahagiaan itu akan sentiasa mengiringi kehidupan kita.. hargailah setiap saat yang ada bersama insan tersayang, insyaAllah kehidupan kita akan terasa lebih bermakna..
Syukur Alhamdulillah...
Alhamdulillah semalam encik adiey dah selamat sampai dari mengerjakan Umrah.. pelukan dan ciuman pertama daripada suami buat isteri selepas 2 minggu berjauhan sememangnya terlalu indah.. pengalaman yang terlalu indah untuk dikenang..
Nampak jer suami, terus hati ni rasa terlalu gembira & terharu.. sesungguhnya perasaan rindu yang dipendam telah terubat walaupun hanya sekadar melihat wajahnya..
Tapi rindu tu semakin terubat bila mana suami mengucup dahi isteri sambil mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Allah.. Ya Allah, kucupan dengan lafaz Alhamdulillah itu sememangnya membuatkan hati ini terlalu bahagia.. terima kasih Ya Allah..
Rindu yang membara makin terubat bila mana suami mengatakan bahawa perasaan sayang kepada isteri semakin mendalam selepas berjauhan.. berkali dia mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana sudi menjadi seorang isteri yang mampu membuatkan dirinya semakin bahagia..
Hati isteri terus dipenuhi rasa kebahagiaan bila suami berkali2 mengatakan semakin dia mendekatkan diri kepada Allah, semakin dalam perasaan sayang kepada isterinya.. semakin membuatkan dia bersyukur kerana memiliki amanah yang cukup bermakna kurniaan dari Allah..
Ya Allah, terima kasih atas rasa kebahagiaan ini.. syukur di atas segala hikmah di sebalik pemergiaan suami menunaikan ibadah Umrah.. semoga akan lebih banyak kebaikan, keberkatan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga selepas ini.. insyaAllah..
Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan kesihatan & kesejahteraan sepanjang encik adiey di sana..hanya Allah yang mampu balas jasa baik anda semua.. semoga kita semua terus berada di bawah keberkatan dan perlindungan Allah hendaknya..
Pagi Khamis yang betul2 indah.. hati ni melonjak keriangan kerana hari yang ditunggu telah tiba.. gembiranya hati ini sehinggakan senyuman tidak mampu diberhentikan.. gembiranya perasaan sehinggakan aku hampir gila bayang! *habislah budak jiwang karat dah mula nak berfeeling2 ngada2..ampun yer!
Pagi ni aku nak korang hayati lirik lagu dari Bedroom Sanctuary - LAGU.. lagu ni memang aku akan ulang2 jer la hari ni.. sebabnya macam kena dengan mood aku hari ni.. walaupun lagu ni nyanyian penyanyi lelaki untuk seorang wanita, tapi aku nak gak tujukan lagu ni untuk suami tersayang.. huhuhu..
Sorry x dapat nak bagi video lagu ni.. sebab youtube kat office kena block.. hihihi.. siapa2 yang terlebih rajin tu boleh la cari kat youtube video lagu ni.. mana tau lepas dengar lagu ni pun hari korang akan lebih ceria & bahagia macam aku.. hihihi..
Teruja untuk berjumpa kekasih hati malam nanti! doakan agar semuanya selamat & berjalan lancar..
Ya Allah, terima kasih untuk rasa rindu itu.. terima kasih untuk rasa gembira itu.. terima kasih kerana rasa cinta itu.. syukur Alhamdulillah..
Kejap2 pandang kalender.. kira berapa hari lagi..
Kejap2 tengok gambar kat phone.. lepaskan rindu secara maksimum..
Kejap2 tersengih sorang2.. memikirkan apa nak buat bila berjumpa nanti..
Kejap2 terasa berdebar-debar memikirkannya.. jantung berdegup kencang setiap kali teringat muka si dia tersayang..
Kejap2 terasa macam bakal pengantin baru.. sungguh!
Oh, mengadanya perasaan Zana Adieyza di waktu ini!!! menghitung hari untuk bersama suami tersayang.. memang terasa macam nak first date ok!! hihihihi.. ok, saya memang over! abaikan entry mengada ni yer.. tuan blog dah mula melayang2 fikirannya.. huhuhu..
Nota Cinta: Doakan encik adiey selamat pulang ke sisi isteri dan keluarganya yer.. insyaAllah esok selesai urusan encik adiey mengerjakan ibadah Umrah.. Ya Allah, permudahkanlah segalanya..
Jumaat penghulu segala hari.. Jumaat hari ni dimulakan dengan situasa kelam kabut.. terbangun setengah jam lewat daripada biasa.. tergopoh2 nak bersahur.. huhuhu.. ni semua gara2 anak2 buah main game kat handphone aku then lepas main letak jer kat ruang tamu.. jadinya aku x dengar bunyi alarm pagi tadi.. terbangun sebab terdengar suara kakak aku yg dah bangun sebab nak bagi susu kat anak dia..
Padahal dah pesan kat anak2 buah suruh bawak masuk handphone tu ke bilik aku sebab malam tadi aku tido awal, dalam pukul 10.30 aku dah masuk bilik.. ngantuk sesangat.. diaorang pukul 1 pagi baru nak tido.. dengan yg main gamenya la.. dengan yg layan drama/lagu korea la.. dengan yg main robot2nya la.. dengan yg main laptopnya la.. macam2 perangai..
Nasib baik family ada kat rumah.. cuti sekolah so gilir2 jaga aku ni.. *untung jadi anak bongsu kan? hihihihi..* walaupun bangun lewat, sempat jugak sahur nasi & lauk yg mak masak.. nasib baik sempat.. tapi dalam pada tengah sahur tu, sempat jugak aku bebel2 pasal handphone tu.. padahal anak2 tengah tido.. bukannya diaorang dengar pun.. tapi aku tetap bebel.. tapi aku yakin diaorang bangun nanti mesti kena marah dengan mama diaorang.. hahahaha.. padan muka! sape suruh x ikut cakap acu? *patutlah diaorang kata aku ni x best, pak cu diaorang lagi best.. sebabnya aku suka bebel2..*
Penat gak nak menjawab soalan2 dari setiap anak buah yg asyik tanya pak cu diaorang gie mana.. yg tanya tu semuanya kecik2 lagi.. belum tadika pun.. yg dah sekolah tu dah boleh faham pak cu gie Umrah.. tapi yg kecik2 ni x sudah2 bertanya mana pak cu.. adoiiiiii, letih acu nak jawab tau! ulang2 jawapan tapi korang tanya jugak.. *motif acu nak sentap?? sebabnya setiap kali korang tanya, acu ni makin la teringat kat pak cu korang.. huhuhuhu..*
Bila pak cu call, masing2 berebut nak cakap dengan pak cu.. siap nak bersoal jawab la pulak.. "pak cu buat apa? kenapa x blk rumah? kitaorang dh lama tunggu ni, lama lagi ke nak blk? kat sana ada apa? betul ke ada unta? unta tu tengah buat apa? banyak x unta tu? acu ni memang garang la kan pak cu?
Bab unta tu mesti encik cakap tengah tengok unta.. yg sampai korang nak tau unta tu berapa ekor nape?? adoiiiiii... lepas tu, motif ngadu dengan pak cu cakap yg acu garang?????? nyampah!
Jumaat minggu lepas, hati ni betul2 sedih kerana berjauhan dengan suami.. tapi Jumaat minggu ni, hati ni betul2 rindu berjauhan dengan suami.. Jumaat minggu depan insyaAllah hati ni betul2 gembira menanti kepulangan suami tersayang..
 |
Seminggu yg lalu.. |
Aku memang x buat entry tentang masa aku hantar encik adiey nak pergi Umrah.. sebab nanti aku sedih then terus banjirrrrrr.. hahahahha.. tunggu encik adiey balik Malaysia jer la baru update eh.. insyaAllah..
Nota cinta: motif tajuk entry aku macam tu?? hahahahha..
*Hari ke 5 melalui pengalaman yang membuatkan aku lebih menghargai kehadiran insan tersayang dalam hidup.. semoga kembalinya suami di sisi mengukuhkan lagi hubungan kami suami isteri..*
Masa weekend hari tu, x berapa terasa sangat berjauhan.. maybe sebab kat kampung.. dikelilingi keluarga, anak buah & saudara mara.. bila balik Putrajaya hari Ahad hari tu, mula terasa lain.. nasib baik anak buah sulung aku stay kat rumah aku sepanjang tempoh encik adiey x ada.. adalah jugak peneman tido kat sebelah.. hihihi.. dasar penakut punya mak cu ni, anak buah pulak lagi berani.. nyampah!
Setiap kali encik adiey call, rasa macam berdebar2 lak.. hihihi.. kelakar sungguh perasaan tu.. macam mula2 nak bercinta dulu.. jantung berdegup kencang setiap kali sang kekasih menelefon... oh, tiba2 terasa diri terlalu muda remaja.. huhuhu..
Setakat ni aku masih stabil.. *dah macam pesakit lak nak bagitau stabil ke atau kritikal.. poyo ok puan zana!*.. kesihatan masih baik, emosi pun tenang.. encik adiey pun bagitau dia sihat.. beberapa jemaah lain dah mula demam.. harap encik adiey dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang dia kat sana.. insyaAllah..
Klau ikut nasihat seorang kakak blogger yang agak rapat dengan aku, Kak Ann, dia nasihatkan aku supaya x rindu lebih2 kat encik adiey.. takut terganggu ibadah dia kat sana..
So nak pendam rindu tu, aku cuba elak dari terlalu fikirkan dia.. memanglah sentiasa ingat, tapi ingat biasa2 jer.. x nak lah ingat sampai menangis2.. lagipun nampak benor over kalau asyik menangis.. macamlah aku sorang jer yang berjauhan dengan suami kan?? aku pun x sms dia melainkan dia sms aku.. setiap kali dia telefon, aku buat suara ceria sebab x nak bagi dia risau.. berkesan gak cara tu.. dia happy, aku pun happy..
Bila kat rumah asyik la pakai baju yang ada bau encik adiey.. sebelum dia pergi hari tu, 5 hari dia tido pakai baju yang sama.. hahahaha.. *dapat bayangkan x betapa baju tu melekat kuat dengan bau encik suami.. hihihi...* tu semua sebab petua orang lama2 lah.. bagitau supaya tinggalkan baju yang ada bau orang yang berjauhan dengan kita sebagai pengubat rindu.. member aku & merangkap seorang blogger jugak, Cik Pidah Laser pun bising2 suruh aku amalkan petua ni.. hihihi..
Eh, tapi memang best aku tido dengan baju tu tau.. terasa dekat jer dengan encik adiey.. *tapi rasanya masuk seminggu baju tu dah bau aku pulak, hilang bau encik adiey.. hahahaha.. over betul puan zana ni tau!!*
Nota Cinta:
- sorry kalau asyik cerita tentang encik adiey.. harap x adalah yang menyampah asyik aku dok ulang cerita ni jer.. nanti aku selang selikan dengan cerita lain k..
- nak transfer gambar asyik lupa jer.. so kalau ada cerita bergambar, adalah.. kalau x ada, baca jer lah karangan budak booolat ni yer..
Assalamualaikum..
Salam pagi Isnin yang ceria.. semoga hari ni lebih baik daripada hari semalam.. hari ni masuk hari ke 4 berjauhan dengan suami tersayang.. setakat ni perasaan masih tenang, cuma sesekali perasaan sayu tu hadir.. perasaan rindu? haruslah sentiasa ada.. tapi dipendam jauh dalam sudut hati..
Untuk yang belum tau ke mana encik adiey pergi, maaf kerana lewat menceritakannya.. bukan sengaja, tapi keadaan belum mengizinkan..
Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah menjemput encik adiey sebagai tetamu ke rumah-Nya.. encik adiey telah pergi menunaikan umrah pada hari Jumaat, 25 April 2012..
Ayah encik adiey merupakan ketua rombongan bagi membantu jemaah yang ingin mengerjakan umrah.. jadi kali ni, ayah dia beria mengajak encik adiey untuk ke sana.. tapi berita tu hanya disampaikan sebulan sebelum tarikh berangkat..
Berita yang hanya diketahui sebulan sebelum tarikh berangkat menyebabkan perasaan kitaorang bercampur aduk.. memang gembira, dalam masa yang sama masih terkejut.. namun kitaorang panjatkan kesyukuran yang tak berbelah bahagi di atas rezeki yang dikurniakan-Nya..
Sememangnya kalau ikut perancangan sejak berkahwin, kitaorang memang nak pergi ke sana bersama.. namun, belum rezeki aku untuk ke sana sebagai tetamu-Nya.. memang ada beberapa sebab yang menyebabkan aku tak dapat nak ikut encik adiey kali ni, tapi biarlah aku simpulkan bahawa semuanya sudah ditentukan Allah.. Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami suami isteri.. insyaAllah..
Semalam hati ni makin sebak & sayu.. makin ramai pulak yang bertanya kenapa aku tak ikut encik adiey sekali? sayu kerana suami jauh di sisi, sedaya upaya nak elakkan perasaan rindu yang melampau kerana takut menjejaskan perasaan dia di sana.. tapi bila soalan tu diajukan, aku jadi sedih..
Siapalah yang tak nak ke rumah Allah? apatah lagi mengerjakan ibadah Umrah bersama yang tersayang.. isteri mana yang tidak mendambakan untuk bersama suami tersayang memohon hajat bersama di hadapan Kaabah?
Tapi, jika tertulis belum rezeki-Nya untuk kita ke sana, kita kena redha & faham ketentuan tersebut.. jika kita ada wang ringgit sekalipun, kalau belum tertulis rezeki kita untuk ke sana, kita x ke sana juga.. semuanya rezeki ketentuan daripada Allah..
Mungkin ada yang terguris hatinya bila aku buat kenyataan kat atas ni.. tapi, aku nak tekankan bahawa pergi menunaikan umrah tersebut bukanlah seperti kita pergi bercuti.. kalau bercuti, sememangnya pelik jika suami pergi bercuti meninggalkan isteri.. tapi, ini soal menunaikan ibadah sebagai tetamu Allah.. Allah dah menetapkan siapa yang bakal menjadi tetamu-Nya.. kita hanya berusaha & berdoa agar ada peluang untuk kita merasa menjadi tetamu-Nya untuk beribadah di sana.. insyaAllah..
Aku doakan agar ada rezeki untuk kita semua ke sana satu hari nanti.. aku jugak berharap akan ada rezeki dari-Nya untuk aku menjejakkan kaki ke sana, dan berharap kali itu aku pergi bersama suami yang mampu membimbing aku dengan lebih baik untuk beribadah di sana kerana pengalamannya kali ni..
Di kesempatan ni, aku nak minta jasa baik semua agar mendoakan agar encik adiey diberikan kesihatan yang baik, selamat menunaikan umrah dengan tenang & agar dia selamat pulang ke sisi keluarga hendaknya.. hanya Allah yang mampu membalas jasa baik korang dengan titipan doa tersebut buat encik adiey.. semoga Allah memurahkan rezeki & merahmati kehidupan korang hendaknya.. insyaAllah..