Showing posts with label Cuti Cinta - Genting Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cuti Cinta - Genting Highlands. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Second HoneyMoon - Day 2


Sambungan Second Honeymoon Day 1
 

Hari Isnin aku & encik suami bangun awal macam biasa.. lepas bersiap semua, terus turun ke First World Cafe untuk breakfast.. masa ni x ramai orang sangat.. so nak makan pun tenang cikit.. lepas habis breakfast, sambung beli cenderahati.. 
 

Since kat luar First World Cafe tu ada banyak kedai cenderahati, so makan masa dekat sejam lebih kat situ.. kedai cenderahati kat situ dari banyak negara contohnya India, Jepun, Korea, Singapura, Indonesia, Thailand & banyak lagi.. kiranya boleh shopping macam kita berada kat negara tu la.. 
 

Lepas beli cenderahati, terus balik bilik.. kemas barang untuk balik.. check out lebih kurang pukul 10 pagi.. 

Masa nak naik cable car tu, ada jugak photographer yg nak ambik gambar.. kitaorang senyum jer la.. tapi x kan beli la gambar tu kan sebab masa nak sampai Genting dah beli kan.. xmo la membazir beli gambar dalam cable car lagi.. cukuplah ada 1 jer.. dalam cable car, sempat ambik peluang makan gula2 kapas.. macam budak2.. hihihi



Sampai Skyway terus gie kat parking kereta.. then kitaorang terus keluar dari Skyway & cari banner Genting Highlands Strawberry Farm.. dekat jer dari Skyway, dalam 5 minit dah sampai..

Sampai jer Genting Strawberry Farm terus excited.. sebabnya, ni lah pengalaman kali pertama aku nak petik buah strawberry yer.. sebelum ni x pernah.. sila jangan gelakkan aku yer.. memang ni la kali pertama so agak teruja sangat.. 
 

Masuk2 jer Genting Highlands Strawberry Farm tu, senyum sampai nak ke telinga.. bau strawberry kat sana betul2 buat aku gembira.. terus ambik bakul untuk petik buah strawberry.. lepas tu pilih kawasan untuk petik buah strawberry..
 


Sambil petik buah strawberry, sambil bergambar.. cuaca masa tu panas sangat.. tapi sebab excited so xkisah pun nak petik buah strawberry masa panas2 tu.. maklumlahkan, pengalaman kali pertama.. 
 


Lepas dah puas petik buah strawberry & bergambar terus ke kaunter pembayaran.. for info, minimum kita kena petik buah strawberry kat situ sebanyak 100gram.. 100gram bersamaan RM6.00.. ok lah tu kan..
 

Tak jauh dari Strawberry Farm, ada beberapa kedai jual cenderahati.. rambang mata gak la tengok.. ada jugak kedai yg jual minuman & chocolate campuran strawberry.. since orang tu bagi rasa & rasa sedap kat tekak aku ni so beli la beberapa jenis minuman & chocolate tu cikit.. 
 

Since dah lama jugak kat situ, so decide nak balik.. nampak la anak panah keluar.. ingatkan terus keluar ke tempat parking.. rupanya keluar dari Strawberry Farm tu kita akan ke Genting Highlands Flower Farm pulak.. wah, teruja balik!! biasalah orang perempuan kan, kalau nampak bunga kalau boleh semua nak dibelinya.. hihihi.. 
 

Kat sepanjang Flower Farm ni pun ada banyak kedai untuk kita cuci-cuci mata & beli cenderahati.. since aku gie Hari Isnin, so x ramai orang sangat.. bila x ramai orang, memang best untuk kita beli barang kat situ since dapat harga murah..
 

Keluar jer dari Flower Farm, sampai pulak ke Genting Highlands Mushroom Farm.. masa ni dapat la tengok macamne diaorang nak hasilkan cendawan tu.. tempat untuk hasilkan cendawan tu luas jugak la.. 
 

Memang puas hati dapat gie situ.. sebabnya dalam 1 kawasan ada 3 taman yg berlainan.. so xperlu nak pergi jauh2 dari 1 taman ke 1 taman yg lain.. jimat masa & tenaga.. tapi jimat belanja tu agak susah sebab banyak sangat kedai sepanjang Genting Highlands Strawberry Farm, Flower Farm & Mushroom Farm tu.. hihihihi..


Dalam pukul 2 lebih kitaorang keluar dari Genting Highland Strawberry Farm tu.. memang aku happy sangat2.. pengalaman kali pertama petik buah strawberry yg memang sukar untuk dilupakan!!!
 

Syukur Alhamdulillah kerana Allah memberikan peluang untuk aku & suami menikmati saat2 indah berdua.. walaupun bercuti kat tempat dekat2 jer, tapi aku dah cukup berpuas hati.. lagipun bukan senang encik suami nak dapat cuti rehat, so bila dapat peluang ni memang aku bersyukur & gembira sangat.. 


Istimewa untuk encik suami, "terima kasih sayang untuk percutian yg indah ni!!"
 


Pengalaman second honeymoon yg sememangnya indah untuk dikenang!! semoga kebahagiaan ni akan berpanjangan hendaknya..

Tuesday, March 8, 2011

Second HoneyMoon - Day 1


Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman yg indah bersama suami tersayang.. pengalaman second honeymoon yg cukup indah untuk dikenang!!


Hari Ahad lepas, awal2 pagi bangun dengan penuh semangat.. lepas breakfast, terus mulakan perjalanan ke Genting Highlands untuk second honeymoon.. perasaan sangat bahagia & teruja.. walaupun dulu pernah 6 bulan menetap kat Genting Highlands & dah beberapa kali pergi bercuti kat sana, tapi perasaan teruja tetap ada..

Sampai Genting Highland pukul 10 pagi.. encik suami parking kereta dekat Skyway Cable Car since aku beria2 nak naik cable car.. lagipun aku takut naik kereta sampai puncak Genting tu.. hihihi.. lagi teruja nak naik Genting Highlands dengan cable car..




Masa naik cable car tu, ada pulak photographer yg ambik gambar kitaorang.. siap bagitau gambar boleh ambik masa turun dari cable car tu kat atas nanti.. turun jer cable car, gambar kitaorang dah terpampang kat pintu keluar tu.. since nampak gambar tu ok, so beli jer lah.. kenang-kenangan la kononnya kan..


Terus ke First World Hotel.. aku memang dah buat online booking seminggu sebelum pergi.. so dapat kurangkan banyak belanja & masa.. ye lah, online booking ni memang murah then x perlu susah2 nak tunggu lama untuk dapatkan bilik.. murah + cepat + mudah!!!

Pukul 12 keluar dari bilik hotel.. macam biasalah kalau sampai Genting mesti banyak bergambar kan.. banyak tempat yg cantik untuk bergambar.. kitaorang memang dah decided yg x pergi main outdoor pun.. sebabnya dah banyak kali main game kat outdoor tu.. so cuti kali ni just nak jalan2 & relaks2 jer..



Ahad tu memang ramai orang.. kebanyakkannya pelancong asing terutamanya 'pak Arab'.. kalau ikut pengalaman aku 6 bulan kat Genting tu, 'pak Arab' ni akan stay kat Genting paling sekejap sebulan.. pelik gak, ntah apalah yg diaorang suka sangat kat Genting tu kan..



Pukul 3 petang baru kitaorang luch.. seronok berjalan & shopping sampai lupa masa makan.. tempat makan kat sana kan banyak fast food.. so lunch kitaorang kat McD.. lepas lunch encik suami mintak aku bawak dia pergi taman tempat kitaorang pernah dating masa dulu.. hihihi.. konon nak imbas memori lama la tu kan..

Mula2 tu agak sesat gak la jugak nak ke taman tu.. sebabnya aku terikut jalan jauh.. padahal ada jalan yg dekat.. since dah dekat 2 tahun x pergi Genting, tu yg sesat cikit.. tapi akhirnya berjaya jugak aku penuhi hajat encik suami untk ke taman tu..

Taman ni ada yg panggil Taman Astakona, ada jugak yg panggil Taman Jepun.. mana 1 yg betul pun aku xtau..

Masa kat taman ni mulalah encik suami ingatkan balik kenangan lama.. tetiba feeling romantik lebih.. opppssss...

Tapi x puas hati sebab dulu taman ni lagi cantik.. sekarang dah kurang cantik sebab pokok bunga banyak dah xde.. tapi still best sebab dapat tengok KL dari Genting Highlands.. cuma x berapa clear since kabus tebal..

Petang balik bilik kejap.. rehat2kan badan sebab penat.. lepas Maghrib baru keluar balik.. terus ke Snow World Genting Highlands.. dah beli tiket awal2, so terus masuk Snow World.. first time masuk Snow World dengan encik suami.. teruja.. siap main kejar2 sambil baling ais kat encik suami.. dah macam budak2.. tapi memang seronok!!

Dah masuk situ, haruslah x lepaskan peluang bergambar kan.. since kamera sendiri x dibenarkan bawak masuk, so ambik gambar guna photographer dalam Snow World tu jer.. gambar memang cantik, tapi macam biasalah.. kita dapat gambar jer.. kalau nak cuci lagi kena scan la gambar tu kan.. so gambar kat bawah ni aku snap gambar yg dah siap tu guna kamera sendiri.. tu yg gambar agak low quality..



Balik dari Snow World baru kitaorang mula shopping cikit.. beli cenderahati sebagai kenang-kenangan.. sekarang ni makin banyak pulak cenderahati kat sana, dulu x banyak pilihan.. so tu yg teruja nak beli macam2..

Lepas dah penat main salji & shopping semua, pukul 10 mlm baru nak dinner.. gerenti terus naik mendadak berat badan aku ni.. mana x nya, dinner KFC.. lepas dinner balik bilik terus.. confirm aku akan makin debab lepas ni.. hihihi..

Next entry - Genting Highlands Day 2

p/s: perasan x watermark baru tu.. hihi.. pemberian dari seseorang.. akn update entry tentang watermark tu dalam masa terdekat ni..



Sunday, March 6, 2011

Second HoneyMoon


Sewaktu entry ni dikeluarkan untuk tatapan semua Lovely Readers & Followers, aku & encik suami tengah menikmati saat2 bersama di Genting Highlands.. ingat lagi kan entry "holiday" aku Jumaat hari tu..

Kiranya ni second honeymoon la kot.. dah 7 bulan kahwin so rasanya perlu untuk honeymoon kali kedua.. hihihi

Sebenarnya rancangan bercuti ni last minute jugak.. maklumlah, encik suami memang sibuk sikit kebelakangan ni.. tapi sebab dah lama sangat x bercuti, so encik suami decided untuk ke Genting Highlands..

Walaupun dekat, tapi aku teruja nak bercuti kali ni.. agaknya feel nak bercuti dengan encik suami tu memang lain la kan.. even dapat bercuti 2 hari jer, tapi aku tetap rasa happy..

Balik bercuti nanti aku sambung cerita lagi ok.. take care guys!!