Showing posts with label Cuti Cinta - Gold Coast Morib. Show all posts
Showing posts with label Cuti Cinta - Gold Coast Morib. Show all posts

Friday, February 17, 2012

SILA BELI DEAL GOLD COAST MORIB RESORT NI!!!






Saya dengan ini mencadangkan kepada anda untuk membeli deal bercuti di Gold Coast Morib Resort ni.. 

Kenapa saya cadangkan?? sebab saya dah rasa pengalaman best bercuti di sana.. kalau x percaya, sila rujuk balik semua entry Cuti Gold Coast Morib Resort saya.. 

Jangan lepaskan peluang best ni!! percutian budget yang best.. rugi kalau x mencuba menginap di sana.. 

Nota Cinta: kalau buat gathering kat situ pun best.. tetiba nak plan gathering kat situ pulak.. hihihihi..

Nota tambahan : sebagai excited nak cerita, lupa pulak nak bagi link untuk yang nak beli deal ni.. pada yang berminat, click link ni ok!

Deal Gold Coast Morib


Photobucket

Thursday, February 16, 2012

Gold Coast Morib Resort - Water Theme Park

Lepas dah puas berjalan sekitar Gold Goast Morib Resort, berposing dalam Studio Suite with private jacuzzi & bercanda di tepi pantai morib tibalah masanya untuk merendamkan diri..


Sebenarnya yang membuatkan aktiviti di GCMR ni lebih best, bila ada water theme park dalam resort ni.. memang mengujakan! walaupun hanya ada 6 game dalam water theme park tu, tapi tetap best!!



Mula2 macam takut jugak nak cuba game tu, tapi encik adiey paksa jugak naik.. lagipun daripada dalam bilik lagi dah mengadap water theme park tu, jadi haruslah hati teruja nak cuba kan.. takut tolak tepi.. 


Lagipun kat dalam water theme park tu, boleh nampak yang semua game tu budak2 pun berani naik.. so, xnak lah malukan diri sendiri kan.. hihihi..


Petang tu memang syok habisssssssss.. asyik ulang2 naik semua game.. sebab memang x ramai orang pun kat water theme park tu.. cuma ada dalam 10 orang jer.. so, setiap kali nak main game memang x payah nak beratur pun.. sampai 1 game tu boleh main lebih dari 10 kali.. huhuhu..



Game yang paling mendebarkan, slide yang segitiga ni.. mula2 nak meluncur tu macam ok gak la.. tapi masa dah kat tengah2 tu, memang terasa gerunnnnnnnnn... 


Aku x baring pun masa turun slide ni, aku duduk sebab kalau baring lagilah rasa takut.. yang buatkan aku jeles sebab encik adiey boleh buat aksi baring tapi kepala turun dulu.. gabra aku tengok! 



Slide yang 3 ni pun best gak.. mula2 ingatkan macam gelongsor jer.. tapi bila dah main, rasanya x sama macam gelongsor, lebih feel gerun cikit.. tapi best! slide ni paling banyak kali aku naik sebab rasa gerun dia best.. hihihi..




Slide pusing2 kat situ sama macam kat water theme park lain jugak.. tapi yang buatkan best, sebab aku & encik adiey leh naik semua game banyak kali tanpa perlu langsung beratur.. kalau kat water theme park lagi, gerenti dah beratur panjang kan.. dah nama pun pergi bercuti masa weekday, maka haruslah x ramai orang kan.. 


Water theme park kat GCMR ni nampak simple jer.. tapi bila dah start main, rasa nak main jer.. faktor terbesar yang buat aku layan semua game ni sebab tak ramai orang.. so nak jerit pun x segan.. hihi.. tapi mula2 jer jerit.. dah naik 2,3 kali gelak2 adalah..



Pagi hari ke2 tu, lepas breakfast kitaorang bergambar kat water theme park.. masa ni memang x ada orang pun kat theme park.. awal pagi lagi kan..  



Ternyata, GCMR bijak menarik perhatian pengunjung.. selalunya hotel atau resort ada swimming pool jer kan.. tapi bila ada water theme park ni, memang best la kan.. budak2 gerenti suka stay hotel ni since diaorang boleh main game kat situ sepuas-puasnya.. mana x puasnya, dari check in sampai check out leh main game kat situ kan..


So, aku sarankan pada parents untuk bawak anak2 pergi bercuti kat resort ni.. sekurangnya2 anak2 boleh main game kat dalam tu.. memang diaorang x kan rasa bosan la.. maybe kena paksa diaorang naik bilik adalah kot sebab syok sangat main.. hihihi..



Pengantin baru yang nak honeymoon pun boleh stay kat resort ni.. banyak aktiviti dalam air bersama pasangan yang boleh dilakukan.. hihihi..

Nota Cinta: rasanya ni last part untuk Cuti-Cuti di Gold Coast Morib Resort.. nanti aku akan cuba buat entry untuk jawab semua soalan yang ditanya di kotak komen.. bukan apa, senang sebagai rujukan bagi sesiapa yang nak bercuti kat kat sini.. 



Photobucket

Tuesday, February 14, 2012

Bersantai Di Pantai Morib



Waktu petang dapat lepak tepi pantai sambil ditemani angin sepoi2 bahasa memang mengasyikan.. dengar bunyi deruman ombak.. tengok anak2 kecil kutip siput tepi pantai..


Leka melihat keseronokan kanak2 bermain layang2 tepi pantai.. jeling2 pasangan kekasih yang berjalan di gigi pantai.. seronok sangat...



Walaupun pantai Morib ni tak sesuai untuk bermandi manda, but still ramai pengunjung kat pantai Morib ni.. ramai jugak yang berkelah kat bawah pokok..



Kat pantai ni, aku dan encik adiey just lepak tepi pantai sambil bergambar kat kawasan pantai.. lepak tepi pantai macam pasangan baru bercinta.. hihihi.. seronok!


Nota Cinta : next entry Gold Coast Morib Resort Water Theme Park



Photobucket

Gold Coast Morib Resort - Studio Suite

Promosi deal untuk percutian di Gold Coast Morib Resort ni membolehkan aku menginap di bilik jenis Studio Suite.. urusan check in dengan menggunakan deal ni sama macam check in biasa.. cuma since beli promosi melalui deal, jadi kena tunjukkan nombor siri voucher yang kita terima lepas beli deal tu.. memang mudah!

On the way nak pergi check in, berharap sangat dapat bilik menghadap water theme park.. risau kalau dapat bilik menghadap jalan raya atau bangunan resort.. hihihi.. masuk jer bilik, suka sangat sebab memang studio suite tu menghadap water theme park..

Lepas letak jer barang, haruslah posing dalam bilik kan.. 

Studio suite yang kitaorang dapat ni bagi 2 single bed.. tapi malam haruslah cantumkan jadi 1 kan.. hihihi..


Kemudahan dalam bilik memang memuaskan hati.. siaran tv ok, fridge, aircond, kipas dan peti besi berfungsi dengan baik.. tambah best bila ada balkoni yang cukup selesa untuk lepak2 & bersantai..



View dari bilik ni sangat best.. boleh lepak2 sambil tengok orang mandi manda.. boleh borak berdua di tengah malam dengan ditemani bunyi ombak dan angin sepoi2 bahasa..


Ada tingkap comel antara katil dan bilik mandi.. boleh jenguk pasangan masa tengah mandi?? hihihi..



Part yang paling best, ada private jacuzzi!!! memang syokkkkkk... dah lama x berjacuzzi bersama encik adiey... hihihi.. last rasanya kat D'Aura Spa bulan 11 tahun lepas.. haruslah seronok kan bila bilik tu ada jacuzzi.. feeling2 romantis makin menjadi2 la kan... hihihi (gelak nakal!!)


Secara keseluruhannya, memang studio suite di resort ni memuaskan hati.. kemudahan, design dan dekorasi sangat menarik serta cantik.. kebersihan resort ni memang boleh dipuji.. memang rasa berbaloi stay kat resort ni..


Nota Cinta : next entry, sekitar pantai morib dan makan2..

- sambil2 baca entry ni, boleh tolong like gambar anak buah saya x? tolong like gambar melalui link kat bawah ni yer.. TQ semua!!

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=128386253979494&set=a.128005964017523.29275.100004243603738&type=3&theater



Photobucket

Monday, February 13, 2012

Gold Coast Morib Resort - Sekitar Resort

Percutian selama 2hari 1 malam di Gold Coast Morib Resort(GCMR) ternyata percutian santai yang indah untuk dikenang!

Secara jujurnya, aku x pernah tau tentang kewujudan GCMR ni.. tau tentang resort ni masa tengah cuci mata tengok deal kat Everyday.. dengan harga RM200/night, memang buatkan hati ni teruja sangat nak pergi.. dengan RM200 tu, dapat bermalam di studio suite yang ada private jacuzzi, 2 set dinner, 2 set breakfast & 2 water theme park ticket.. murah kan? berbaloi sangat harga tu!

Kitaorang ambik keputusan untuk ke GCMR pada cuti Hari Wilayah, 1 Februari 2012.. memang nak pergi weekdays.. kalau weekend terlalu ramai orang, so kurang privacy.. hihihi..

Gerak ke GCMR pukul 11 pagi.. ikut Dengkil dan Banting untuk ke sana.. perjalanan memakan masa sejam dari Putrajaya ke Morib.. jalan lengang sebab weekdays kan.. cuma banyak lori since kitaorang ikut jalan kampung..




Sampai GCMR terus jalan2 sekitar resort.. since belum masa untuk check in, tu yang kitaorang ambik peluang untuk bergamabr sekitar resort..





Jumpa tempat makan yang cantik di tepi pantai, The Pier.. tempat makan ni hanya bukak waktu malam.. so masa kitaorang sampai tu, memang masuk untuk bergambar jer..



Cantik sangat tempat makan ni.. menghadap laut.. ada gazebo yang cantik.. serius jatuh cinta dengan pemandangan kat The Pier tu..



Dengan angin yang kuat masa tu, x rasa langsung terik matahari walaupun masa tu pukul 12 tengahari.. dekat sejam lebih lepak kat The Pier tu.. sambil bergambar, sambil layan perasaan romantis tepi pantai.. feeling2 pengantin baru.. hihihi..



Pantai sekitar resort ni memang cantik.. banyak pokok2 yang cantik sekitar resort ni.. duduk berdua di bawah pokok di tepi pantai memang best!


Pukul 1.30 kitaorang terus check in.. sepatutnya check in pukul 3 tapi sebab x ramai orang, so pekerja resort tu bagi kitaorang check in awal.. lagi untung sebab kitaorang dapat studio suite yang mengadap theme park! syokkkkkk..


Mood pengantin baru makin menjadi2 lak time cuti kat Morib ni.. hihihi..



Nota Cinta : next entry Studio Suite with private jacuzzi..




Photobucket

Friday, February 10, 2012

Gold Coast Morib Resort - Intro


Dah seminggu lebih balik dari bercuti di Gold Coast Morib, tapi entry tentangnya masih belum dibuat.. sorry yer.. banyak emel dan sms dari kawan2 tentang Gold Coast Morib ni.. nampaknya ramai yang bercadang nak bercuti ke sana.. kebanyakannya dah berkahwin & ada anak kecil.. 
 
 
Aku memang cadangkan diaorang pergi situ untuk bawak anak2 bercuti.. syok! diaorang boleh main theme park dari pagi sampai petang dan selagi belum check out untuk balik.. syok habis!!! nak lagi best, pergi weekdays.. masa aku gie hari tu, xpayah beratur langsung untuk main semua theme park! hanya ada beberapa keluarga jer yang bercuti kat situ.. 
 
Untuk yang dah kahwin, boleh la feeling2 honeymoon lagi.. studio suite dia best! tambah best bila ada private jacuzzi.. bertambah romantik u!!!!! 
 



InsyaAllah aku akan publish cerita tentang Gold Coast Morib tu dalam masa terdekat.. walaupun tu hanyalah percutian santai, namun tetap best!!!

Nota Cinta: seronok bila kita pergi satu2 tempat then ramai yang tanya info tentang tempat tu..

Photobucket