Showing posts with label BaBy. Show all posts
Showing posts with label BaBy. Show all posts
Wednesday, September 11, 2013
WordLess Wednesday : Impian Kami Suami Isteri
Tuesday, February 5, 2013
Anak Dara Saya!
Thursday, November 1, 2012
Budak Pakai Headband Pink Jatuh Walker
Wednesday, October 31, 2012
WordLess Wednesday - Seperti Anak Sendiri
Dukung baby Alya sambil berangan dukung anak sendiri.. sesuai x kalau nak mengaku Alya ni anak sendiri? orang kata pipi Alya dengan pipi aku sama.. hihihi
Alya dah makin suka buat suara "manja gedik" dia.. kalau kita borak, mesti suara manja gedik dia keluar.. suara macam nak menggoda orang jer.. hehehe..
Monday, October 15, 2012
Walaupun Kami Belum Ada Anak, Tapi.......
Walaupun kami belum ada anak, tapi kami peka dan simpati dengan penderitaan yang perlu ditanggung oleh seorang ibu dalam menjaga anaknya yang sakit.. kami juga merasa simpati jika anak orang lain sakit walaupun anak itu bukan darah daging kami..
* Ada
yg kata, kami yg belum ada anak ni x faham perasaan seorang ibu yang terpaksa
bersengkang mata dan berhabis duit demi menyembuhkan penyakit anak mereka.. tapi
sebenarnya, kami faham perasaan mereka.. kami juga wanita, ada naluri seorang
ibu walaupun kami belum bergelar seorang ibu..
Walaupun
kami belum ada anak, tapi kami mengerti perasaan seorang ibu yang sedang
mengandung yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi daripada orang
sekeliling.. kami juga sedaya upaya menjaga hati mereka dan prihatian dengan
setiap gerak geri mereka walaupun anak yang mereka kandungkan bukanlah anak
kami..
* Ada
yg kata, kami yg belum ada anak ni x faham perasaan orang mengandung yang sensitif
sebab kami belum pernah mengandung.. tapi sebenarnya, kami faham perasaan
mereka.. kami juga wanita, berjiwa sensitif dan lembut walaupun kami belum
pernah mengalami nikmatnya mengandungkan zuriat sendiri..
Walaupun
kami belum ada anak, tapi kami juga mempunyai sifat penyayang kepada
kanak-kanak walaupun mereka bukan anak kandung kami.. kami juga sentiasa ingin
memanjakan dan memegang anak kecil itu serta melayan mereka sebaik mungkin
walaupun mereka bukannya zuriat sebenar kami..
* Ada
yg kata, kami yg belum ada anak ni kurang sikap sayangkan kanak2 sebab kami x
ada lagi anak yg perlu dijaga.. tapi sebenarnya, kami juga ada sikap penyanyang
pada kanak2 dan selalu berhati-hati bila menyentuh dan bermain dengan anak yang
bukan lahir daripada rahim kami..
Walaupun
kami belum ada anak, tapi kami juga boleh bercerita tentang pengalaman menjaga
anak daripada pengalaman orang lain cuma pengetahuan kami hanyalah pada teori
dan belum pada praktikal secara menyeluruh.. kami juga boleh memberikan
pendapat tentang soal penjagaan anak walaupun hakikatnya kami belum melaksanakan
apa yang diperkatakan itu pada anak kami sendiri..
* Ada
yg kata, kami yg belum ada anak ni x tau langsung soal penjagaan &
urusan
berkaitan kanak2 sebab kami belum melahirkan zuriat sendiri.. tapi sebenarnya,
kami juga ada mencari bahan pembacaan dan mendengar segala informasi berkaitan
penjagaan kanak2 kerana kami berharap informasi tu akan dapat digunakan bila
kami mempunyai zuriat sendiri..
Jadi,
janganlah anggap bahawa kami yang belum mempunyai anak sendiri ini tidak pernah
tau soal penjagaan anak & tidak pernah tau soal hati seorang ibu.. kami tau
cuma pengetahuan kami tidaklah sepakar wanita yang sudah bergelar ibu.. tapi
janganlah anggap bahawa kami tidak tau apa2 hanya kerana kami belum bergelar
seorang ibu…
Nota
cinta: hanya pendapat peribadi sendiri.. maaf jika ada yang tersinggung dengan
pendapat aku.. Cuma,aku mengharapkan agar ada yg faham betapa kami yang belum
ada anak ni terlalu menghargai kehadiran anak kecil itu walaupun mereka
bukanlah anak kami sendiri..
Wednesday, October 3, 2012
WordLess Wednesday - Alya 'Fotogedik & Fotogenik'
Friday, September 28, 2012
Permata Yang Dinanti - InsyaAllah
Wednesday, September 26, 2012
Penantian Rakan TTC Berakhir - Baby Adam
Tengahari tadi sempat pergi melawat Nana dan baby Adam di Hospital Putrajaya.. pergi sekali dengan rakan TTC, Yana ( http://leeyanaradhi.blogspot.com/)..
Baju Pink Untuk Baby Alya
Wednesday, September 12, 2012
WordLess Wednesday : Makan2 - Wedding Anniversary & Birthday
Wednesday, August 29, 2012
WordLess Wednesday - Melayan Anak Orang Lain Seperti Anak Sendiri
Gembira dalam tangisan melihat senyum tawanya bergurau senda..
Monday, August 6, 2012
Anak Buah Baru Zana Adieyza!
Semalam, kakak sulung aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup2 comel.. terima kasih pada semua yang mendoakan Kak Long selamat bersalin..
Hadirnya permata ini menjadikan jumlah anak buah yang aku ada seramai 16 orang.. 13 orang lelaki & 3 orang perempuan.. 16 orang ni hanya di sebelah keluarga aku yer, x campur belah keluarga mertua..
Ramai kan? di usia abah 55 tahun dan emak 56 tahun, memiliki 16 orang cucu sememangnya merupakan anugerah dan rezeki yang cukup membuatkan mereka berdua tersenyum lebar..
Syukur Alhamdulillah di atas rasa bahagia yang kami sekeluarga rasai setiap hari.. semoga keluarga kami terus diberkati dan dilindungi oleh Mu Ya Allah..
Semoga masih ada kesempatan masa & rezeki untuk aku memberikan abah & emak sekurang-kurangnya seorang cucu.. Ya Allah, kurniakanlah di dalam perkahwinan kami zuriat yang soleh/solehah.. hanya kepada Mu Ya Allah kami memohon dan meminta.. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin..
Wednesday, June 20, 2012
WordLess Wednesday - Baby Comel Dalam Perut Comel
Tuesday, June 12, 2012
Newborn - Anak Bekas Pengapit Kami
Seronoknya bila tengok kawan rapat dah ada anak sendiri kan.. setiap kali melihat wajah anak kawan tu, terasa seperti anak sendiri pulak..
Sabtu lepas, isteri kawan baik encik adiey dah selamat melahirkan bayi lelaki kat Hospital Serdang.. kawan encik adiey ni merupakan pengapit encik adiey masa kitaorang kahwin dulu.. dia kahwin setahun lepas kitaorang kahwin.. rezeki diaorang cepat, x lama lepas kahwin isteri dia disahkan pregnant..
Baby tu betul2 sama dengan muka mak dia.. dari jauh kitaorang dah boleh tau tu anak diaorang.. hihihi.. orang kata kalau anak lelaki ikut muka mak ni elok, sejuk jer.. betul ke?
Seronok bila tengok baby ni.. rambut lebat.. pipi tembam.. masa kitaorang datang tengok dia, encik adiey bagi air zam zam, letak kat bibir dia.. dia jilat2 air tu.. untung kamu, baru beberapa jam lahir dah merasa air zam zam kan.. semoga dapat menjadi anak yang soleh, terus membesar dengan sihat & bijak..
Bila dia tido rasa nak kacau2 dia suruh dia bangun.. hihihi.. nakal tau aunty zana ni.. kecik2 jer aunty zana dapat kacau, dah besar nanti mesti kamu asyik sibuk ikut ayah & encik adiey gie lepak kedai mamak.. hihihi..
Nota cinta: berharap agar ada rezeki kami suami isteri untuk mempunyai zuriat sendiri.. insyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)