Friday, February 15, 2013

Tiada Anak - Kami Berhati Walang

Pagi ni awal pagi dah meleleh air mata.. sedih! 

Baca 1 blog kawan TTC.. tajuk "KAMI BERHATI WALANG"...

Baca dengan linangan air mata.. aku faham perasaan kawan yang terlalu mengharapkan kehadiran anak dalam kehidupan suami isteri.. aku faham sangat betapa sedihnya hati seseorang yang terlalu mendambakan untuk bergelar ibu & ayah.. aku faham sangat2.. terlalu faham.. mungkin sebab tu lah aku menangis sepanjang membaca entry tu.. 

Antara kata-kata yang buatkan hati aku cukup tersentuh,


"Terkadang kami rasa semangat kami hilang bila melihat seorang demi seorang rakan yang turut sama naik pelamin telah mula menambah anak. Yang kawen setahun selepas pun anak dah pandai membaca ABC. 
Terasa sungguh kekurangan diri ini. Hati yang walang bertambah walang. Tapi.. ingat.. kami adalah yang terpilih. Mereka tak merasa begini, sebab ini bukan 'nikmat' Allah berikan pada mereka. Sabar. Pasti ada hikmahnya."

"Tersentuh rasa hati bila ada yang mengatakan 'ini mesti orang yang takde anak yang cakap ni' tatkala ada isu yang membuat hati ibu sensitif. Kami yang berhati walang ini dijadikan mangsa. Adakah orang yg ada anak semuanya berhati mulia, tak pernah menuturkan sesuatu yang luar jangkaan. Yer, kami memang tiada anak, tapi kami bukan tiada perasaan belas. Perasaan ihsan. Perasaan kasih. Mana mungkin kami tega, senang lenang melihat anak-anak yang sakit, yang menderita."

"Kiranya ditafsirkan bahasa lain bilamana ada yang berkata 'dah ada anak, tak sempat nak membaca novel' seolah menyesal ada anak dan tidak dapat membaca novel? Orang lain ada yang beranak pinak, sempat saja baca. Itu yang terkadang aku tafsirkan, ada sesuatu yang ingin diperbandingkan. Tak boleh nak buat sesuatu hanya kerana ada anak."

"Mungkin, ada yang terasa hati dengan penulisan kali ini. Ada yang mencemuh. Mencebik. Mengatakan aku ni terlalu sensitif. Sentap. Tapi, sebenarnya persekitaran ini lah yang membuatkan kami berhati walang ini makin sensitif. Tiada anak diandaikan seolah satu kekurangan, musibah yang amat dasyat. Seolah olah menjadi golongan yang cacat. "

"Kami mohon juga, terkadang jangan lah terlalu membandingkan anugerah yang kami masih belum berpeluang itu dengan segala apa yg ada  di dunia ini. Kami tahu, ianya tak ternilai. Memang tak ternilai. Jadi, kami mohon, usah dibandingkan lagi. Sememangnya ianya tak sama dengan keseronokan membaca novel, keseronokan pergi bercuti, keseronokan menonton wayang dan segala keseronokan yang ada dimuka bumi ini. Aku yang berhati walang ini bersungguh memohon."

"Sememangnya, kami berhati walang kerana masih belum belum diberikan peluang menjadi ibu dan ayah. Tapi kami tahu, kami antara yang terpilih. Kami kuat untuk menghadapi dugaan yang diberikan ini."


Kami bukanlah mohon untuk dijaga hati kami setiap masa.. kami bukan minta semua menjaga tutur kata dengan kami setiap masa.. tapi cukuplah sekadar memahami bahawa setiap yang berlaku itu adalah ketentuan daripada Allah.. siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah? siapalah kita untuk bertanyakan bila rezeki anak itu akan dimiliki? siapalah kita untuk menolak ujian daripada Allah?

Sesungguhnya, saya berhati walang... 

Photobucket

24 comments:

  1. :(...insyaallah moga kita terus tabah dan akan ada berita gembira buat kita semua TTC..AMIN..

    ReplyDelete
  2. Sabar lah kak. Hanya yang pernah duduk di situasi tu je faham apa yang mereka rasa. Saya faham apa yang akak rasa. Sbb saya pun dah 2 tahun. Bukan orang mcm kita ni tak berusaha tapi Allah belum nak berikan nikmat tu. Mungkin nikmat yang akan kita dapat lebih lagi dari mereka-mereka yang senang dapat anak. Itulah ketentuan Allah yang dijanjikan. Yang penting kita hanya perlu sabar.

    ReplyDelete
  3. ada pasangan akan sensitif bila sebut hal anak...moga family akan fahami jiwa pasangan ini juga...jangan terlalu mendesak
    in shaa allah....

    ReplyDelete
  4. jgn sedih & stress,saya pernah mengalami pengalaman tu..mmg perit tp kita lalui dgn sokongan suami

    ReplyDelete
  5. hmm xtau nk ckp cane,kalo nk suruh sabar,rasanya x payah disuruh,mmg tgh bersabar.berdoalah.mintak pada Allah.moga mereka kuat.

    ReplyDelete
  6. zana: be strong.... semua org ada bahagian masing2.... ade sebab Allah tentukan semua nie...

    ReplyDelete
  7. kuatkan semangat ye zana.. mmg org yg x lalui x fhm.. dan semua yg berlaku atas kehendak Allah..

    ReplyDelete
  8. kite pun paham sgt3 perasaan tuh..sgt3 sokong part "Tiada anak diandaikan seolah satu kekurangan, musibah yang amat dasyat. Seolah olah menjadi golongan yang cacat. "..;(

    ReplyDelete
  9. itu tanda Allah sgt sayangkan korang...InsyaAllah, teruskan berusaha dan berdoa....sabar ye...

    ReplyDelete
  10. Assalam..salam kenal..baru semalam saya menangis tatkala berdoa semoga kawan baik saya dan sepupu yang rapat dengan saya dikurniakan anak..Sangat memahami walaupun tak melalui...Insyaallah..Percaya pada DIA..

    ReplyDelete
  11. Saya faham...terlalu memahami situasi mereka tapi bersabarlah...doa mereka akan dikurniakan rezeki itu secepat mungkin

    ReplyDelete
  12. terkesima~ .

    sesungguhnya saya pun seperti tu. hanya lakonan buat2 tak faham. buat2 tak tahu. buat2 tak peduli. kadang2 ambil pen kira. klu dulu beranak dari kawin. dh 3 kot. hua hua hua..

    tp ayat dia tu mcm aku nk tuju kat semua orang yg suka bandingkan "orang itu, orang ini". cthnya "org tu dh 10 tahun kawin xde anak". tak suka tau.. lainla yg bercerita tu mmg pengalaman dia. huuuuu...

    ReplyDelete
  13. insyaAllah rezeki ni dah ditetapkan, sentiasa think +ve ok :)

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah teruskan berdoa & berdoa puan-puan sekalian.
    Mungkin bukan tahun ini, tapi insyaAllah rezeki adalah Rahsia Allah.

    ReplyDelete
  15. Hai zana, sama lah kita ye. Akak thn ni dh masuk 5 thn ttc. 2,3 tahun pertama mmg terasa sgt setiap kali diajukan soalan. Tp skrg ni dh kebal dah. Buat dek je. Yg penting kita enjoy. Akak slalu travel dgn hubby, kdg2 last minute planning. Ada jg yg kata best lah xde anak boleh buat apa saje tp mereka x fhm keadaan kita. Mcm kwn akak ada 2 anak kalu janji nk jmpa dia mesti lambat dan biasa lah anak dijadikan alasan. Kalut dgn anak2 la, nak je mulut ni kata, xyah lah anak tu dijadikan alasan, boleh je klu awal2 nk siap. Tp tahan je la kan. Jgn sedih sgt zana k, ramai yg senasib dgn kita ni dan hanya yg senasib je faham situasi kita mcm mana.

    ReplyDelete
  16. Sabar insayallah sampai masa zuriat dr ALLAH akan dtg jua... Setiap yg berlaku itu ada hikmahnya...
    kita tak tahu apa yg allah telah janjikan kpd kita.kita rasa dah bersedia utk ada anak tapi allah tak bagi lagi sbb DIA tahu kita tak mampu untuk ada anak..jadi sampai masa DIA akan by jugak.ingat teruskan berdoa moga allah akan makbulkan doa zana dan Kwn2 yg senasib dgn zana..akak sentiasa mendoakan moga zana akan baby satu hari nanti

    ReplyDelete
  17. akak kuatkan semangat yer.. dengan ujian begini membuatkan kita kuat dan semakin dekat dengan Allah..rezeki ni rahsia Allah.. sampai masanya nanti Dia akan berikan.. berusaha dan berdoa banyak2 semoga Allah makbulkan doa2 semua..

    Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi.
    Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki.
    Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki.
    Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  18. Moga terus bersabar. Allah sedang menuji kita dan insyaallah pasti akan ada hikmah dan nikmat yang lebih tinggi daripada ujian yang kita tanggung. :)

    ReplyDelete
  19. Kita akan menghargai anak yang susah untuk kita mendapatkannya. Percayalah. Situasi ini akak alami sendiri. Anak itu akan kita jaga sebaik mungkin dan sayangi. Mereka tidak sekali-kali manjadi alasan buat kita. Jadi bersabarlah.Better late than never. Amin.

    ReplyDelete
  20. kita berada dalam situasi yang sama..walaupun usia perkahwinan saya belum memcecah setahun tapi saya dapat merasa semua perasaan itu..betapa tabahnya hati kita untuk menerima dugaan itu..tapi mereka semua tak tahu..moga adanya rezeki buat kita nanti..itu yang di harapkan dan sentiasa memohon pada yang Esa..

    ReplyDelete
  21. 9 tahun kawin lum ada anak.... member sama kawen anak dah p sekolah.. rindu untuk dengan panggil. tunggu kedatangan penyeri hidup sepanjang hayat...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..