Menipu Kawan Kerana Nak Untung Besar?
Rasa serik bila ada member yang beria ajak jumpa tanpa bagitau apa tujuan untuk berjumpa.. sampai2 tempat nak jumpa, terbentang la segala barang & risalah perniagaan.. arrgggghhhh!!!!
Aku pun berniaga.. walaupun baru jer mulakan, tapi aku tetap happy.. sebab tak ada paksaan untuk aku buat sales.. aku beli vitamin untuk makan sendiri pun dah boleh dapat bonus.. badan sihat, duit poket pun sihat la jugak.. Alhamdulillah.. bila rasa kesan baik, aku kongsi kat kawan2..
Tapi, kalau aku nak ajak orang jadi ahli, aku share jer kat FB or blog.. tak ada aku panggil semua berkumpul dengar ceramah aku.. tak ada aku paksa orang untuk jadi ahli sampai kena berhutang sana sini.. ko jadi ahli sebab ko nak beli Vitamin dengan harga ahli, silakan.. ada jugak pelanggan aku yang tak nak jadi ahli sebab katanya nanti aku kurang sorang pelanggan.. hahahaha.. sampai gitu sekali kan..
Aku bukan nak kata Shaklee jer ok yang lain x ok.. semua perniagaan ok jer.. semua jual produk yang bagus.. semua ada business plan yang bagus..
Yang jadi tak bagusnya, macam mana kita nak tarik orang untuk beli atau join perniagaan tu.. aku nak ingatkan kat diri aku sendiri & dekat semua, kalau boleh berniaga tu biarlah jujur dari awal.. jangan nak selindung2 tentang bentuk perniagaan yang dijalankan..
Kes pertama, tetiba ajak Encik Adiey jumpa sebab nak cerita something.. time ni Encik Adiey bawak la aku.. sampai tempat tu aku dah rasa lain macam.. apasal bersusun kerusi bagai macam nak dengar ceramah ni kan.. terus terfikir, "sah, ini mesti nak dengar tentang business plan!!".. sekali betul ko.. patutnya pagi sampai petang, tapi lepas sejam aku paksa Encik Adiey balik! nak habis sejam tu pun hati aku dah panas sangat2!
Aku bukan marah dekat Encik Adiey.. tapi marah kat kawan dia.. nape tak bagitau nak jumpa sebab nak kitaorang dengar tentang marketing dan business plan tu??? bagitau jer la secara jujur kan.. kalau betul business ko mantap,mesti orang akan ikut ko.. ni ko risau orang tak ikut ko sebab business ko pun belum kukuh ke?sebab ko nak kejar untuk cari ahli bawah ko?adoiiiiii...
Kes kedua, beria ajak aku jumpa sampai aku nak tengah makan pun tercekik2 la sebab dia suruh datang time tu jugak! aku jumpa atas dasar kawan.. sekali sampai sana, bersusun barang dalam bag & penuh katalog atas meja! tak pasal2 aku kena dengar ceramah dengan keadaan menu lunch yg x sempat lagi nak hadam! baik aku makan lagi bagus!
Aku terasa hati gak la dengan kawan aku.. sebab patutnya dia bagitau jer apa tujuan dia nak jumpa.. kalau betul aku berminat, mesti aku jumpa.. percayalah.. tapi, bila ko dah macam ada unsur tak jujur di awal2 tu kan, terus aku jadi hilang mood.. tambah hilang mood sebab nak jadi ahli & beli barang aku kena berhutang dengan buat pinjaman pulak!!!
Aku ni berniaga kecik2 jer.. tapi order selalu la jugak masuk.. tapi semua tak keluar modal pun.. customer bank in duit, aku order.. untung cikit, aku buat pusing modal untuk beli vitamin so boleh COD direct kat customer or beli terus vitamin untuk aku & family..
Ni kalau nak beli barang pun kena berhutang bagai, aku tak berapa nak minat la.. ni dah macam terdesak lak sampai berhutang semata nak beli barang & jadi ahli untuk dapat untung!
Aku rasa macam tak berapa sesuai if baru nak mula berniaga, tapi dah ada hutang keliling pinggang.. kalau buat pinjaman sebab nak buka business sendiri tu lain la cerita.. lagi tambah parah, kawan aku baru join business tu tapi dah beria suruh upline dia terang macam bonus dia pun dah beriban2.. lemas aku!
Sebenarnya, nak berniaga apa pun tak salah.. tapi, janganlah sebab nak berniaga, kita hilang kepercayaan daripada kawan2 @ family terdekat.. terus terang jer dari awal tentang business plan kita.. if orang tu minat, orang tu sendiri akan cari kita.. if orang tu nak beli, orang tu sendiri akan datang kat kita..
Rezeki Allah tu luas.. kongsi jer tentang kebaikan, khasiat, manfaat & kelebihan perniagaan/produk kita.. insyaAllah, perkongsian tu yang akan membuatkan orang yakin dengan kita.. kalau kita jujur dari awal, insyaAllah kebaikannya akan sampai.. biarlah lambat, tapi yang penting kita jujur dengan apa yang kita buat..
Nota cinta : bukan tujuan untuk jatuhkan mana2 perniagaan.. sekadar berkongsi.. dan sebagai peringatan untuk diri aku sendiri jugak agar jangan sampai kawan hilang kepercayaan & rasa tak selesa dengan perniagaan yang dibuat..
Salam sayang untuk semua!!!
With love,
~ aDieyZa ~
ramai yang macam nie
ReplyDeleteemm pernah kena jugak...kawan masa dekat u....dah lama tak jumpa tetiba ajak outing...sgp amek kita balik keje..ckp nk minu2 sembang2...sekali buka plan business dia...smpi pukul 3 pg baru balik rumah...serik dah.....huhu
ReplyDeleteeven bank pun dah pandai buat tektik mcm ni..
ReplyDeleteharitu Public Bank call, ajak dtg beramai2 ada makan2 katanya sekali dengan nak bagi birthday present.. skali dtg rupa2 nya nak jual insurance.. hurmmm
dear, ritu pun ada kawan duk pujuk2 saya utk joint 1 biz ni..modal permulaan mmg puluh ribu le..saya ni dh le jenis cepat terpengaruh,masa member duk pujuk tu macam nk terpengaruh jugak..nasib husband tak bagi sebab x konfiden saya leh jual produk tu..sbb produk tu mahai..lgipun kita biz ni bukannya nk kaya raya cuma kita cari duit backup bulan2..itu pun dh syukur alhamdulillah..
ReplyDeletesaya pun pernah terkene jugak.. geram ingatkan balik.. masa tu tak terpengaruh sebab hati panas.. nak jumpe sebab lain, cakap sebab lain
ReplyDeletewww.emmira.com
js pun xminat suka beli drp jual...hehe
ReplyDeletegud luck ye zana..
Assalamualaikum zana. kesiannya. sheila paling tak suka jumpa untuk diskusi pasal marketing bagai ni. hope zana tak marah2 lagi ye yanggg. semoga murah rezeki zana :)
ReplyDeletebab² menipu nak cr upline downline lah haihh mg x berkenan btl kalau nak buat business ni, lagi² yg x jujur .. mmg lps tu .. tawar hati dibuatnya nak berkwan tau...
ReplyDeletemacam2 taktik org sekarang nak bisnes...
ReplyDeletesaya dah bersara tahun lepas. pastu ada sorang ni ajak2 nak jumpa. masa kerja dulu, tak jenguk pun opis kita, bertanya kabar pun tak. BIla kita jak jumpa ramai2, tak mau pulak.... pastu baru dia ngaku nak ajak dengar skim pelaburan.... tak berkenan sungguh saya..... sabar jer lah ngan org2 macam ni
ReplyDeleteni mesti kes MLM ye zana? ida pun xberapa gemar. sbb dulu line MLM.rasa menyesal masuk pun ade... sib baik dah berhenti skrg.... baik biss dgn cara kita..... orang suka kita happy! heeeeeeeeeee
ReplyDeletemesti MLM tu..kak ita pun pernah kena..bengang pun ada...
ReplyDelete