Monday, December 30, 2013

Azam Tahun Baru 2014 - Blog Adieyza



Azam blog Adieyza ( http://adieyza.blogspot.com/ ) untuk tahun 2014.. blog pun nak ada azam kan? hehehe..

[/] Update sekurang-kurang 5 entry seminggu.. kiranya setiap hari bekerja akan ada entry baru.. kalau x ada cerita best, kita share jer apa2 yang bermanfaat.. hehehe.. janji blog ni "hidup" semula..

[/] Nak rajin blogwalking semula.. kalau ada yang sudi nak tinggalkan link blog untuk zana jenguk blog tu, meh bagi link blog korang.. nanti zana terjah blog korang & tinggalkan komen kat blog korang yer..

[/] Belajar untuk reply balik komen daripada pengomen.. yang ni memang payah jugak sebenarnya.. tapi nak jugak cuba sebagai tanda penghargaan kepada kawan2 blogger yang sudi singgah kat blog ni..

[/] Cuba untuk banyakkan review tentang apa2 sahaja produk, tempat menarik, makanan sedap, blogshop/kedai best & segala yang berkaitan dengan perkongsian.. secara tak langsung nak kurangkan membebel perkara2 yang x bawak faedah.. hehehe..

[/] Sebulan sekali cuba nak review beberapa blog yang best & boleh dijadikan panduan untuk blogger lain.. sekurang-kurangnya dapat jugak bantu blogger lain untuk dapat followers/rakan blogger yang baru.. 

[/] Awal tahun nanti la nampaknya baru nak update entry pergi bercuti di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Singapore & Melaka.. tak pe, kita mulakan awal tahun nanti dengan cerita pergi bercuti.. ambik mood untuk mulakan cuti2 untuk tahun 2014 pulak.. hehehe..

Harapnya azam ni bukan sekadar di mulut tetapi hakikatnya gagal dilaksanakan.. penat wei kena perli sebab ramai tegur dah lama x update blog.. nampak sangat diri sendiri x sayang dekat blog..

Love my blog so much!!!

Salam sayang untuk semua,
- Zana Adieyza -

Photobucket

Tuesday, December 24, 2013

Kenangan Aidiladha 2013 : Tema Warna Oren Jadi Pilihan



Hari Raya Aidiladha hari tu bertemakan warna oren.. ha, ngada nak bertema bagai kan? padahal raya sehari jer... but, being adieyza memang suka bertema dan bersedondon..

 
Turn tahun ni rumah Encik Adiey.. pagi2 makan rendang ayam mak mertua memang boleh buat baju raya jadi sendat.. hahha.. lepas solat raya, Encik Adiey dah follow ayah mertua untuk ibadah korban.. aku tinggal kat rumah asyiklah kena paksa makan dengan mak mertua.. hahahha..


Petang balik rumah abah mak.. sempat bergambar kejap.. since hanya aku & kakak yang nombor 4 jer yang ada, jadi gambar memang tak banyak.. raya tahun ni kan hari Selasa.. Isnin tu abang2 ipar aku semua keje, so masing2 tak dapat nak bercuti raya.. tapi mak tetap buat sambal kacang, nasi impit, kari ayam, rendang daging...


Sedondon tau mak & abah.. lama gak aku & encik adiey mencari baju sedondon untuk mak abah kali ni.. sebabnya aku gie beli dulu baju mak.. kalau beli baju mak dulu memang payah nak cari baju abah.. tapi kalau cari baju abah dulu senang jer nak cari baju untuk mak sebab baju perempuan banyak pilihan kan..

  

Raya tahun ni best sebab anak dara kitaorang dah makin bijak.. dah makin rapat dengan kitaorang.. dah makin becok bercakap.. seronok sangat layan karenah dia.. 



Paling best bila dia dah pandai panggil nama kitaorang.. so sweet!!! manja sangat tau anak dara sorang ni..


Raya tahun ni sempat belikan 2 pasang baju raya untuk dia.. sehelai tu dia yang pilih sendiri.. tengok tu, kecik2 dah pandai pilih baju sendiri.. hehehe.. Alya, jadi anak yang bijak & solehah yer sayang.. Acu sayang Alya.. mmmmuuaaaahhh!!!
  

"Album Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha Zana Adieyza"
 
  Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Kenangan Merdeka Tahun 2013 : Kisah Anak Merdeka

Tahun 2013 sambutan Hari Merdeka lebih meriah buat keluarga aku.. setiap tahun pun sebenarnya boleh tahan meriahnya.. maklumlah abah kan anak merdeka.. lahir tepat2 pada 31 Ogos 1957..


Tapi tahun ni lebih meriah sebab Jabatan Penerangan Negeri Sembilan sudi untuk datang sambut birthday abah & sekali sambut Hari Merdeka kat rumah abah mak... siap panggil Pengarah Pejabat Penerangan Negeri Sembilan datang meraikan sekali.. memang best!

Nak tambah meriah lagi, Pejabat Penerangan N.S siap panggil orang RTM untuk buat liputan.. yang paling happy? dah tentulah abah! senyum meleret2 sepanjang hari..
 

Petang tu memang meriah sangat kat rumah.. ramai yang lalu lalang depan rumah dengan melaungkan "MERDEKA!".. memang orang kampung majoriti tau yang abah anak merdeka.. sebab tu masing2 lalu depan rumah mesti jerit merdeka!
 
Ramai gak yang datang rumah petang tu.. nasib baik juga semua makanan cukup.. sebab tak sangka ramai yang nak singgah kat rumah tu.. 



Masa liputan RTM, boleh pulak dia panggil aku untuk temuramah.. entah apa aku merepek.. hahahha.. tapi yang kelakarnya kitaorang tak tau pun bila keluar kat TV.. hahahaha..
 


Kek birthday abah disponsor oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan.. abah sukalah sebab kek tu gambar bendera Jalur Gemilang.. abah tu kalau nampak bendera lain macam sikit semangatnya.. sebab tu sentiasa penuh bersusun jer bendera kat rumah tu..

 
Tahun ni merupakan tahun terakhir abah masuk Pertandingan Keceriaan Rumah Merdeka.. dah 3 tahun wakil Negeri Sembilan untuk peringkat Kebangsaan.. tahun ni jugak merupakan kali ketiga berturut-turut abah jadi JUARA PERTANDINGAN KECERIAAN RUMAH MERDEKA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.. 


Abah tak nak masuk lagi tahun depan sebab nak bagi laluan kat orang lain.. dan tahun ni memang rekod la sebab paling banyak abah masuk surat khabar dan masuk dekat TV1 & TV3.. Alhamdulillah..




Sememangnya semangat patriotik abah sukar untuk kitaorang adk beradik warisi.. cuma, kitaorang sentiasa sokong apa yang abah buat.. bila bendera dia lusuh, kitaorang cepat2 belikan untuk dia.. kalau dia mintak kitaorang bagi idea, sentiasa bersedia dengan idea untuk menceriakan rumah tu.. tak dapat buat sama macam abah buat, dapat bagi sokongan kat abah pun dah cukup bermakna..

  

Kalau nak tengok gambar penuh berkaitan rumah merdeka abah ni, boleh tengok dekat link ni

"Gambar Rumah Anak Merdeka Mohd Jumaro"
 
Salam sayang untuk semua!!!
 
With love,
~ aDieyZa ~
 
 
 
 
 
 
 
Photobucket

Wednesday, December 18, 2013

Entry Tertangguh - Singapore, Family, TTC, Shaklee & Melaka

Genap sebulan tanpa sebarang entry baru.. jadi marilah mulakan misi mengupdate kisah2 lampau.. hahaha.. nampak sangat selalu abaikan blog tersayang.. 

Try habiskan entry tahun 2013 sebelum tahun 2013 berakhir.. ambik aktiviti yang penting2 jer la kot.. yg remeh2 x payah la update.. tahun 2014 kita kasi gegar balik blog ni.. * harapnya azam ni akan terlaksana.. insyaAllah..

List entry yang rasanya penting & perlu diupdate:


- Kisah bercuti di JB & Singapore




- Kisah business Shaklee yg makin berkembang maju


 

- Kisah abah sebagai seorang anak merdeka 




- Kisah kawan2 TTC yg sentiasa berkongsi kisah suka dan duka



- Kisah Hari Raya Aidiladha




- Kisah bercuti di Melaka



InsyaAllah sedaya upaya akan update entry tertangguh ni sebelum tahun 2014.. harapnya lepas ni blog ni akan lebih bersinar seperti sebelum ni.. *macamlah sebelum ni berseri sangat kan.. hehehe...

Salam sayang untuk semua!!!

Photobucket