Monday, May 27, 2013

Minggu Yang Bersemangat!!!

Mulakan hari anda dengan senyuman.. 



Terperanjat tak tengok muka bolat tu?? hahaha.. sama2 berlumba muka sape lagi bolat.. tapi, dah tentu2 Encik Adiey tak mengaku muka dia bolat.. ceh!

Minggu ni semangat aku luar biasa cikit.. semangat membara untuk melakukan yang terbaik pada tarikh penting yang akan menjelang tak lama lagi.. dah kena mula fokus untuk memenuhkan segala macam ilmu dalam minda ni.. orang kalau dah lama tinggalkan dunia pembelajaraan macam ni lah.. otak dah sedikit "sejuk".. huhuhu.. apapun, semoga segala urusan pada tarikh penting tu dipermudahkan Allah.. semoga impian aku untuk "sesuatu" tu akan tercapai..

So untuk semua, selamat menjalani minggu baru dengan penuh kegembiraan, kebahagiaan dan keberkatan.. 


Photobucket
www.tips-fb.com
Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, May 23, 2013

Fridge Magnet Jerami

Semalam terima 1 parcel daripada PnStoberi @ Kekda..


Teruja bila buka bungkusan ada Fridge Magnet (FM) yang diperbuat daripada jerami.. unik & menarik! yang pasti, Kekda beli FM ni masa hari Hari Kraf Kebangsaan (HKK) kat office dia.. 

Kekda hadiahkan FM ni sebab hari tu dia ada buat simple GA.. dia suruh teka dia akan holiday ke mana.. aku pakai teka jer yang Kekda nak ke Genting Highlands.. sekali, tekaan aku betul.. tu yang dapat FM ni.. suka sangat!!!

TQ Kekda untuk hadiah ni.. since now Kekda tengah "berehat panjang", so Zana doakan Kekda sihat selalu yer.. insyaAllah pasti ada kebahagiaan yang Kekda harapkan lepas "berehat panjang" ni..

Nota cinta: yang makin suka bila koleksi FM bertambah.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket
www.tips-fb.com
Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, May 22, 2013

2 tahun tanpa MC.. Tapi akhirnya.........

Last MC pada 1 April 2011.. dan setelah 2 tahun sebulan tiada sebarang MC, semalam 21 Mei 2013 kesihatan aku betul-betul tak mengizinkan untuk aku bekerja.. jadi, terpaksalah menguburkan rekod "No MC" seperti tahun lepas.. 

Hari ni kesihatan beransur pulih.. cuma tinggal sakit tekak, selsema dan batuk jer.. kalau ikutkan badan ni masih sakit2 tapi sebab semalam aku betul2 rehat dan makan vitamin ikut jadual, jadinya hari ni rasa bertenaga cikit.. Alhamdulillah..

Sebelum ni ada jugak rasa tak sihat.. tapi masih larat lagi nak bangun pagi.. tapi semalam badan betul2 lemah.. 

Dah ditakdirkan memang Allah nak bagi demam.. nak suruh berehat.. nak suruh sentiasa beringat yang kesihatan tu salah satu nikmat hidup dan sakit tu salah satu ujian hidup..

Tapi salah satu punca lain yang boleh membuatkan aku demam adalah bila 4 hari aku tak makan vitamin.. selalunya memang aku ikut jadual makan vitamin, tapi balik kampung last week boleh pulak stok vitamin Shaklee aku tertinggal kat rumah.. memang badan rasa letih bila sibuk kenduri kahwin tapi badan tak dapat khasiat yang secukupnya..

Cuaca sekarang pun memang tengah panas membahang kan.. so, tu jugak salah satu faktor yang buatkan ramai rasa tak sihat kebelakangan ni.. so guys, banyakkan minum air masak yer.. kurangkan aktiviti luar if tak perlu.. sebab bila terdedah dengan cuaca panas terlalu lama, boleh jugak buatkan kita mudah demam..

Nanti ada masa aku update lagi k.. bulan ni memang masa dengan blog sangat2 kurang.. rasa kesian dekat blog sendiri.. orang lain update sehari 2,3 entry.. aku nak update entry sehari sekali pun payah.. hehehehe..

Take care guys!


Photobucket
www.tips-fb.com
Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, May 20, 2013

Hari Isnin Saya.....

Hari Isnin yang agak meletihkan...

Minggu lepas sibuk di kampung halaman dengan kenduri kahwin adk ipar.. kenduri kali ni aku memang tak sempat nak snap gambar.. harap gambar kat photographer jer la.. semua biras sibuk dengan anak kecik.. makanya, sebagai seorang menantu yang belum beranak lagi ni kenalah tolong lebih cikit.. kena tolak ansur la dengan biras2 yang lain kan.. 

Habis kenduri pukul 3 petang hari Sabtu.. pukul 4 petang aku dah sakit kepala! sakit sangat2! seorang biras, seorang adik ipar, mak mertua dan Encik Adiey urut kepala aku secara bergilir-gilir.. tapi sakitnya hilang 10 minit lepas tu jadi balik.. nak tidur jer masa tu, tapi orang lain tengah sibuk mengemas & memasak tak kan la aku nak tidur kan?? so, rest jer dekat ruang tamu.. 

Masa ni semua paksa makan panadol.. aku ni x suka dah nak makan2 panadol ni.. stok vitamin Shaklee aku boleh pulak tertinggal kat rumah.. masa hari Sabtu tu kiranya dah 3 hari aku tak makan vitamin.. tapi, bila dah pukul 10 malam masih lagi sakit sangat2, terpaksalah aku makan jugak panadol.. hukhuk..

Semalam, badan dah mula rasa tak sihat.. cuaca panas.. ditambah badan letih lagi dengan kenduri kahwin tu.. tambah pulak dah 3 hari tak makan vitamin Shaklee.. so memang pakej la untuk aku rasa petanda nak demam tu...

Hari ni, demam pun menjenguk.. badan rasa sakit-sakit.. selsema dan sakit tekak pun dah mula menyapa.. harap-harap cepat sembuh.. tak selesa sangat bila nak buat kerja dengan badan yg tak sihat ni.. 

Nanti free aku update lagi.. tu pun kalau larat.. take care guys!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket
www.tips-fb.com
Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, May 15, 2013

WordLess Wednesday : Ayam

Check2 gallery phone pagi tadi, terjumpa gambar ni.. 


Ntah bila masanya Encik Adiey melukis gambar ayam dekat handphone aku ni agaknya.. ni mesti time handphone dia tengah charge then tak tau nak buat apa agaknya.. tak pun time tengah tension tak lepas level main game candy crush.. hahahaha..

Comel jer gambar ayam tu.. agaknya kalau ada anak nanti, Encik Adiey ajar tak anak lukis gambar ayam? ajar melukis kat handphone gitu.. jimat tak payah beli kertas lukisan banyak2.. hahahaha..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~ 





Photobucket
www.tips-fb.com
Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, May 14, 2013

Keburukan dan Kebaikan Minum Ais

Dengan cuaca yang agak panas sekarang ni, hari2 rasa nak minum ais.. dah lama sebenarnya aku cuba kawal daripada minum ais ni.. seminggu limit 2kali jer.. tapi minggu lepas nampaknya dah banyak kali pulak minum ais.. not good.. not good.. not good..



Dulu memang "hantu ais" aku ni.. tengok perut pun boleh tau.. hihihih.. ye lah, orang kata minum ais ni tak elok.. boleh buat perut buncit la, tak baik utk kesihatan, menyebabkan masalah penghadaman & macam2 lagi la..

Tapi, ada jugak yang kata minuman ber"ais" ni elok.. ha, macam mana tu? ada baik & buruknya pulak kan.. jom kita tengok keburukan & kebaikan tu.. 
  • Keburukan Minum Ais Untuk Manusia :
    • Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda. Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.
    • Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.
    • Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.


    Kebaikan Minum Ais Untuk Manusia :
    • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
    • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
    • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
    • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan 

Sebenarnya, boleh jer nak minum minuman ber"ais" ni.. tapi, jangan la kerap sangat kot.. maybe sesekali tu oklah kan.. tengok keadaan jugak.. kalau dengan cuaca yang agak panas sekarang ni, kalau boleh nak minum ais jer.. sedap!!

Nota cinta: korang suka minum minuman ber"ais" jugak ke???

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket
www.tips-fb.com
Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ