Sambung kisah percutian dengan kawan2 di Grand Lexis Port Dickson semalam..
Masa tengah seronok BBQ, Cinta & Yana bagi alasan nak ke hotel untuk check in.. tapi agaenda sebenarnya adalah untuk buat surprise!
Aku, Cinta, Nana & Yana dah plan nak buat surprise untuk Yannie.. nak buat baby shower unuk dia.. kitaorang buat awal sebab rasanya ni jerlah masa yang paling sesuai nak buat.. nanti masing2 dah sibuk & dah dekat tarikh Yannie nak bersalin..
Cinta & Yana check in hotel dan terus mendeko.. time ni aku, Nana & Yannie still kat pantai lagi.. aku dah berdebar2 nak buat surprise ni.. dekat setengah jam gak la kitaorang lepak tepi pantai sementara diaorang mendeko2 tu.. nasib Yannie tak bising kena tunggu lama.. sebab time tu dia dah panas sangat lepak kat pantai lama sangat..hehehe..
Setel deko, Cinta & Yana ambik kitaorang.. masa ni dah excited sangat.. tak sabar nak tengok reaksi muka Yannie.. teruja sangat!
Sampai depan pintu bilik, suruh Yannie masuk.. dia masuk tengok deko tu terus dia diam.. SURPRISE!!!
Yannie speechless!!! kitaorang tau dia happy & teruja sampai tak terucap apa pun kat mulut dia masa mula2 tu.. dia senyum sampai ke telinga jer masa tu! hehehe.. terus dia peluk sorang2 sambil cakap TQ..
So, lepas dah drama peluk2 & gelak2 tu Nana & Yana pakaikan Yannie sash.. sash ni Cinta buat sendiri.. then pakaikan dia crown.. bagi dia pegang belon! serius, Yannie nampak berseri & cantik sangat time tu..
Deko2 ni Yana & Cinta yang banyak uruskan.. aku beli belon & tiara.. Nana uruskan untuk baju, stokin, seluar semua.. bagi bab tu kat Nana sebab dia banyak pengalaman beli baju baby... hehe.. tapi beli baju ni semua sebelum Yannie scan baby dia.. beli warna selamat tapi lebih banyak warna untuk baby boy.. hehehe..
Suruh mak yong ni posing2 dulu.. seronok sangat tengok muka Yannie time tu.. time ni Adam asyiklah cakap "antik.. antik.. (cantik.. cantik)... berulang2 kali dia sebut macam tu sambil main belon.. dia seronok sangat tengok kitaorang gelak2.. Adam buatkan suasana time tu makin meriah!
Lepas dah suruh mak yong berposing, turn posing ramai2 lak.. masa ni makin happy sebab aku set continuos shoot dekat DSLR aku.. sakan masing2 buat aksi depan kamera sambil gelak2..
Kebanyakan gambar Adam tersepit di antara kami semua.. dia pun sama gelak bila kitaorang posing.. nasib baik mood dia ok time tu.. so dapatlah kitaorang berposing tanpa risau keadaan Adam.. dia suka sangat, maybe sebab ada banyak belon.. asyik berulang "antik.. antik"..
[Boleh jenguk Album Gathering & Baby Shower ni kat FB Zana Adieyza untuk tengok gambar lebih banyak]
Dear Yannie, kami semua sentiasa doakan agar segala urusan bersalin nanti akan dipermudahkan Allah.. semoga penantian Yannie & Rizal selama ni akan lebih bermakna dengan kehadiran baby comel tu nanti.. doakan agar ada peluang untuk kami yang masih TTC ni untuk merasai nikmat mempunyai zuriat sendiri.. insnyaAllah..
Dah puas posing2, masing2 berendam dalam swimming pool.. serius best sangat2 time ni.. Adamlah yang paling teruja.. excited dia semua layan dia.. hehehe.. swimming pool ada dalam bilik, memang berendam jer la kan..
Lepas maghrib semua malas keluar.. semua nak lepak bilik.. nasib baik barang makan banyak.. so makan malam kat bilik jer.. sambil borak2.. seronok!
Adam seronok sangat sampai banyak kali mengigau.. mengigau sebut. "antik.. antik".. nampak sangat dia memang teruja dengan deko baby shower tu.. mengigau macam berenang pun ada.. comel sangat budak sorang tu!
Last entry tentang gathering ni aku akan cerita tentang aktiviti tukar2 hadiah yer.. tunggu ;)
Alhamdulillah.. weekend hari tu adalah antara weekend yang terindah untuk dikenang.. percutian dengan kawan2 yang pada awalnya hanya melalui blog.. lama2 menjadi rapat dan semakin rapat.. syukur untuk ukhwah yang terjalin ni..
Kitaorang kumpul duit sama2 nak gie holiday kali ni.. setiap bulan masuk duit dalam tabung khas.. hehehe.. budget macam nak jalan jauh jer kan? padahal PD jer uols.. hehehe..
Percutian 2 hari 1 malam di Grand Lexis Port Dickson.. pilihan hotel dibuat memandangkan masing2 nak berendam dalam swimming pool yang ada kat bilik.. lagipun nak ambik 1 bilik yang boleh muat masuk 5 orang.. tak nak bilik asing2 kononnya.. hehe..
Percutian kali ni hanya melibatkan kaum isteri.. para suami tinggal rumah sekejap.. nasib baik suami masing2 dah saling kenal & bagi keizinan.. restu suami kan penting!
Aku, Yannie , Yana , Cinta & Nana memang excited la nak gie holiday sama.. sebab tak pernah lagi nak holiday sama2.. walaupun hanya kaum isteri, tapi angkut sekali sorang lelaki dalam percutian kali ni.. tak boleh tinggal sebab "bekalan minuman" dia ikut sekali.. hahaha.. Nana bawak anak bujang handsome dia, Adam.. budak Adam ni sepanjang 2 hari macam2 gelagat ok!
Gerak dari Putrajaya pukul 12.30 tengahari.. naik 1 kereta jer.. sebab nak jimat kos! bonet penuh barang macam nak bercuti 10 malam! hahaha.. dalam perjalanan singgah masjid utk solat, singgah beberapa kedai utk keperluan dan bekalan makanan..
Sampai PD terus menuju ke PD Waterfront.. kitaorang nak buat BBQ kat situ.. BBQ guna magic pan jer uols! bawak dapur gas kecik tu, then bakar ayam & kambing.. sedapppppp.. walaupun angin x bertiup kencang & cuaca sangatlah panas, tapi kitaorang happy jer..
Sambil makan, sambil borak.. sambil borak, sambil gelak2.. gelak sebab Adam ada jer perangai comel yg dia buat.. jumpa Adam kali ni bayak pulak dia tak puas hati dengan aku.. hahaha.. kalau sebelum ni ok jer, tapi kali ni asyiklah nak bergadoh! jalan2 tanpa pandang aku tapi dia cubit tangan aku.. lepas tu tunjuk2 jari kat aku macam marah sangat! kelakar ok!
Cinta yang bertanggungjawab perap ayam & kambing.. lepas tu dia gak yang membakar.. haha.. kesian dia.. makan dengan coleslaw, mash potatoes, sos black pepper.. memang sedap!
Baru perasan gambar aku tak de pun! hahaha.. sebab aku yang ambik gambar.. time ni monopod tertinggal dalam kereta malas nak ambik.. jadi sila pasrah muka aku tak ada dalam gambar.. korang memang sabotaj aku ke apa ni Yannie, Nana, Yana & Cinta??? hahahah..
Time tengah seronok makan, Cinta & Yana gie check in dulu.. sebenarnya tujuan asal bukanlah check in tapi ada agenda lain.. nak tau agenda apa? tunggu next entry yer.. hehehe..
Salam sayang untuk semua...
Lama menyepikan diri.. tuntutan kerja di pejabat & hal peribadi yang menyebabkan blog lama menyepi.. rindu nak menulis macam masa mula2 berblogging dulu..
Dulu rajin menulis tu 1 hal.. ditambah pulak masa tu balik kerja memang boleh melepak jer terus.. so memang sekejap jer nak buat entry.. entry pulak santai2 jer.. sekarang ni tanggungjawab bertambah.. dekat pejabat dengan kerja yang memang tak kan pernah habis.. balik rumah terus sibuk dengan Shaklee.. coaching, COD, postage, check stok, study info produk & follow up customer.. penat? penat tapi seronok!
Geng2 yang dulunya rajin blogging pun sekarang dah kurang berblogging.. kebanyakannya jadi suam2 kuku.. ada yang terus sejuk kematu.. hahaha.. tapi ramai jer yang masih aktif macam selalu ;)
Sebenarnya nak menulis ni kena dari hati.. bukan menulis sekadar nak make sure pengunjung datang kat blog kita.. nak tulis dari hati pulak kenalah ada mood & masa yang sesuai.. so, sekarang ni aku dah ada mood nak berblogging balik.. cuma kena adjust masa balik.. insyaAllah..
Seronok sebenarnya blogging ni.. rasa macam dapat luah perasaan.. then cerita2 dalam blog ni boleh jadi kenangan dekat kita.. nanti kalau flashback cari jer entry kat blog.. benda ni berpanjangan.. sampai bila2 pun ada.. selagi x delete blog ni la.. hehehe..
Orang kata blogging ni salah satu cara untuk meluah perasaan.. tapi yang x bestnya bila part meluah rasa x puas hati.. tapi kalau boleh jangan la semua benda nak luah kat blog ni.. sebab nanti nampak macam kita ni nak menarik perhatian pulak kan.. kalau nak bagi pandangan pun rasanya kena fikir apa pandangan orang yg membacanya nanti.. kalau yg dah kahwin tu, kena pulak fikir maruah suami/isteri & keluarga bila menulis tu..
Bagi aku, blogging ni untuk tempat aku berkongsi.. berkongsi cerita.. kalau orang suka baca, Alhamdulillah.. kalau ada yg x suka, aku pun x paksa.. lagipun blog aku ni sekadar coretat peribadi yg nak dijadikan kenangan di kemudian hari.. ;)
I LOVE BLOGGING