Jamuan Hari Raya dekat pejabat dibuat secara sederhana.. masa pilih tarikh tu ramai yang masih "kosong" dengan tarikh tu.. kiranya masing-masing belum ada meeting atau perbincangan tarkh tu.. sekali nak dekat tarikh makin ramai yang ada hal dan mesyuarat.. tapi nasib baik mesyuarat dekat dalam MOF jugak.. so boleh la lari2 kejap kan..
Menu utama jamuan raya adalah Mee Betawi.. ada sorang masterchef dekat office yang sudi sponsor.. Mee Betawi ni macam Mee Hailam tapi rasanya jauh beza gak la.. warna kuah tu jer macam Mee Hailam.. hehehe.. then ada menu satay, nasi goreng cina, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, lemang, lasagna, puding karamel, kuih muih, kuih raya, cupcake dan kek untuk birthday bulan Julai dan Ogos..
Kak Sarimah dah masak kuah Mee Betawi tu kat rumah.. tapi dia bawak periuk untuk panaskan kuah tu dekat pejabat.. so time nak makan tu, dia panaskan kuah.. makan panas2.. memang sedapppp.. sampai mengalir air mata masing-masing sebab pedassss dan panassss.. tapi yang penting sedappppp..
Masing-masing memang tak sabar nak makan time ni.. lagipun Kak Sarimah masak Mee Betawi ni setahun yang lalu tme jamuan raya jugak.. kiranya Mee Betawi ni ada time jamuan raya kat pejabat ni jer.. hahaha.. so masing-masing memang jadi tak sabar la kan.. tambah lak semua tengah lapar..
Aku tak ingat berapa kali makan.. kejap makan tu, kejap makan ni.. kejap ulang makan tu, kejap ulang makan ni.. lupa semua istilah diet.. hahaha.. yang pasti sampai petang asyik la makan dan bergambar.. kali relaks cikit tak payah pegang DSLR sebab ada anak staff datang beraya sekali.. dialah yang mengusung DSLR aku ke sana ke sini.. asal nak bergambar jer panggil dia, tau2 gambar jadi jer.. pandai ok ambik gambar padahal baru darjah 4.. huhuhu..
Petang lepas sembahyang Jumaat, potong kek birthday untuk mereka yang lahir bulan Julai dan Ogos.. patutnya ada 7 orang tapi 2 lagi hilang tanpa dapat dikesan, jadi berlima jer la potong kek.. kek super duperrrr sedappppp.. sampai sekarang masih teringat lagi.. tapi sebab dah kenyang, makan cikit jer.. kalau belum kenyang, ada yang aku makan banyak kali kek tu.. hahaha..
Sebelum balik bergambar dengan siapa yang ada.. separuh lagi hilang tanpa jejak.. so, siapa yang ada jer la kita bergambar.. dekat Bahagian ni memang payah nak berkumpul semua lagi2 pegawai.. sebab kitaorang pegawa kader daripada Jabatan Peguam Negara, so kalau ada apa2 meeting dekat sana pegawai kenalah pergi.. tu tak campur dengan meeting dekat Kem. Kewangan ni lagi.. jadi, dekat pejabat ni nak berkumpul semua agak susah.. tapi, tak ada hal semua tu.. sebab yang ada pun dah cukup meriah! dan yang ada pun dah boleh habiskan makanan... hehehe.. :)
InsyaAllah kalau ada lagi gambar raya dalam DSLR tu aku update la cerita raya lagi kat sini.. kalau tak ada lagi, malas la pulak nak update.. lagi2 aku kalau beraya rumah orang memang malas sikit nak keluar kamera.. so, kalau gi open house tu memang jarang sangatlah bergambar.. lagi banyak dihabiskan dengan berborak dan makan2.. hehehe.. kalau tak ada gambar lagi yang sesuai dalam DSLR tu, maka inilah penamat entry raya aku tahun ni.. hahaha.. lagipun raya dah nak habis kot.. baik kita update cerita kehidupan biasa selepas hari raya.. huhuhu.. apapun, kita tunggu la nanti yer..
Hari terakhir di Grand Lexis Port Dickson..
Bangun pagi terus masing-masing cakap lapar.. lapar tapi malas keluar.. hehehe.. nasib baik bekalan makanan kat bilik tu banyak.. tu yang kata, perginya 2 hari 1 malam tapi bonet kereta penuh macam pergi 10 hari! tu semua penuh macam2 makanan..
Buffet breakfast suruh makyong & Nana jer turun.. sebab kesian pulak Adam tak ada makanan yg sesuai untuk dia pagi tu.. dan risau pulak kalau makyong x kenyang makan light2 ni.. hehehehe..
Lepas breakfast, apa lagi aktiviti kan? terjun kolam la! sejukkkkk giler air dalam swimming pool tu.. terketar-ketar kitaorang mandi.. masa mandi ni Cinta beria ajar aku berenang tapi dia pun pakai pelampung.. apa citer??? hahahaha.. lepas tu dia sakat kata aku terbayang2 mandi dalam swimming pool masa first honeymoon kat Grad Lexis masa baru seminggu kahwin dulu.. over tau Cinta ni!
Lepas mandi, siap2 untuk aktiviti tukar-tukar hadiah.. sebelum bercuti, dah deal yang masing2 beli hadiah yang x lebih RM15.. then nanti kita cabut nama untuk tentukan kita dapat hadiah daripada siapa..
Masa nak cabut nama pun kemain lama.. sebab ada jer yang terambik nama sendiri.. hahaha.. mintak Adam tolong cabutkan nama & bagi kat kitaorang tapi kemain lama Adam nak bagi kertas nama tu.. hehehe..
Yana dapat hadiah daripada Cinta.. hadiah Cinta kecik tapi comel ok!!! unik!!! comel jer bila Cinta pakaikan gelang kat tangan Yana..
Yannie dapat hadiah daripada Nana.. Nana bagi shawl pashima yang cantik!!! makyong mesti suka.. sebab mak yong Yannie ni memang suka belit2 tudung & shawl.. hahaha..
Cinta dapat hadiah daripada Yana.. Yana bagi toiletries bag yang memang buatkan Cinta melompat happy sebab dia memang baru cadang nak beli.. x payah beli sebab dah dapat hadiah!
Nana dapat hadiah daripada aku.. aku belikan jam dinding yang ada gambar bear comel.. hehehe.. teruja Adam tengok jam tu ada bear comel.. siap ada bateri tu tau Nana.. hahaha
Aku dapat hadiah daripada Yannie.. ni aku rasa lebih daripada RM15 ni! hahaha.. macam2 benda dia sumbat.. fridge magnet ada 2, keychain, tudung & kitchen towel ring bentuk gajah.. comel sangat2!!
Lepas dah tukar2 hadiah, posing2 cikit2.. then masa untuk mengemas barang.. ohoii, part ni kecoh sebab nak make sure tak ada barang tertinggal.. dan nak make sure barang masing2 tak bercampur dgn barang orang lain..
Siap kemas dekat pukul 12 lebih.. check out dan berhenti makan dekat PD Waterfront.. makan seafood.. kemain banyak menu.. ikan siakap sambal la, kerabu sotong, daging masak kicap, sambal petai udang la, lala masak sambal, tom yam, sayur kailan ikan masin, telur dadar.. makan 5 orang baru RM84 siap air semua.. rasa sedap, harga murah.. cuma service lambat cikit..
Settle makan dekat pukul 2.. masa gerak balik ni mula2 panas then dah nak sampai hujan lebat. aku memang tahan mata, ngantuk wei.. aku kan memang jenis kuat tido.. hehehe.. diaorang pun dah tau perangai aku tu.. tapi sebab masing2 borak sakan, tahan la mata tu.. hahaha.. sampai Putrajaya dekat pukul 3.30.. husband masing2 dah tunggu kat bawah lobi rumah aku.. dah macam suami jemput isteri balik kem motivasi pun ada aku rasa.. hahaha..
Apapun, percutian singkat 2hari 1malam yang semenangnya best! dapat borak2, dapat masak & makan sama2.. dapat buat surprise! seronok dapat pakai tudung Aidijuma design sama cuma warna jer lain.. hehehe..
Yang penting, semua happy.. paling happy Adam kot sebab dikelilingi mommy yang ramai.. kecoh pulak tu.. nasib baik Adam ni memang jenis senang nak dengan orang.. so boleh gilir2 jer jaga dia.. x banyak meragam pun.. asyik buat muka kelakar adalah! so cute! nanti tunggu baby Yannie keluar lak.. mesti Adam lagi tunjuk macho! eh? hahahha
Jumpa lagi untuk next vacation.. insyaAllah..
Sambung kisah percutian dengan kawan2 di Grand Lexis Port Dickson semalam..
Masa tengah seronok BBQ, Cinta & Yana bagi alasan nak ke hotel untuk check in.. tapi agaenda sebenarnya adalah untuk buat surprise!
Aku, Cinta, Nana & Yana dah plan nak buat surprise untuk Yannie.. nak buat baby shower unuk dia.. kitaorang buat awal sebab rasanya ni jerlah masa yang paling sesuai nak buat.. nanti masing2 dah sibuk & dah dekat tarikh Yannie nak bersalin..
Cinta & Yana check in hotel dan terus mendeko.. time ni aku, Nana & Yannie still kat pantai lagi.. aku dah berdebar2 nak buat surprise ni.. dekat setengah jam gak la kitaorang lepak tepi pantai sementara diaorang mendeko2 tu.. nasib Yannie tak bising kena tunggu lama.. sebab time tu dia dah panas sangat lepak kat pantai lama sangat..hehehe..
Setel deko, Cinta & Yana ambik kitaorang.. masa ni dah excited sangat.. tak sabar nak tengok reaksi muka Yannie.. teruja sangat!
Sampai depan pintu bilik, suruh Yannie masuk.. dia masuk tengok deko tu terus dia diam.. SURPRISE!!!
Yannie speechless!!! kitaorang tau dia happy & teruja sampai tak terucap apa pun kat mulut dia masa mula2 tu.. dia senyum sampai ke telinga jer masa tu! hehehe.. terus dia peluk sorang2 sambil cakap TQ..
So, lepas dah drama peluk2 & gelak2 tu Nana & Yana pakaikan Yannie sash.. sash ni Cinta buat sendiri.. then pakaikan dia crown.. bagi dia pegang belon! serius, Yannie nampak berseri & cantik sangat time tu..
Deko2 ni Yana & Cinta yang banyak uruskan.. aku beli belon & tiara.. Nana uruskan untuk baju, stokin, seluar semua.. bagi bab tu kat Nana sebab dia banyak pengalaman beli baju baby... hehe.. tapi beli baju ni semua sebelum Yannie scan baby dia.. beli warna selamat tapi lebih banyak warna untuk baby boy.. hehehe..
Suruh mak yong ni posing2 dulu.. seronok sangat tengok muka Yannie time tu.. time ni Adam asyiklah cakap "antik.. antik.. (cantik.. cantik)... berulang2 kali dia sebut macam tu sambil main belon.. dia seronok sangat tengok kitaorang gelak2.. Adam buatkan suasana time tu makin meriah!
Lepas dah suruh mak yong berposing, turn posing ramai2 lak.. masa ni makin happy sebab aku set continuos shoot dekat DSLR aku.. sakan masing2 buat aksi depan kamera sambil gelak2..
Kebanyakan gambar Adam tersepit di antara kami semua.. dia pun sama gelak bila kitaorang posing.. nasib baik mood dia ok time tu.. so dapatlah kitaorang berposing tanpa risau keadaan Adam.. dia suka sangat, maybe sebab ada banyak belon.. asyik berulang "antik.. antik"..
[Boleh jenguk Album Gathering & Baby Shower ni kat FB Zana Adieyza untuk tengok gambar lebih banyak]
Dear Yannie, kami semua sentiasa doakan agar segala urusan bersalin nanti akan dipermudahkan Allah.. semoga penantian Yannie & Rizal selama ni akan lebih bermakna dengan kehadiran baby comel tu nanti.. doakan agar ada peluang untuk kami yang masih TTC ni untuk merasai nikmat mempunyai zuriat sendiri.. insnyaAllah..
Dah puas posing2, masing2 berendam dalam swimming pool.. serius best sangat2 time ni.. Adamlah yang paling teruja.. excited dia semua layan dia.. hehehe.. swimming pool ada dalam bilik, memang berendam jer la kan..
Lepas maghrib semua malas keluar.. semua nak lepak bilik.. nasib baik barang makan banyak.. so makan malam kat bilik jer.. sambil borak2.. seronok!
Adam seronok sangat sampai banyak kali mengigau.. mengigau sebut. "antik.. antik".. nampak sangat dia memang teruja dengan deko baby shower tu.. mengigau macam berenang pun ada.. comel sangat budak sorang tu!
Last entry tentang gathering ni aku akan cerita tentang aktiviti tukar2 hadiah yer.. tunggu ;)
Alhamdulillah.. weekend hari tu adalah antara weekend yang terindah untuk dikenang.. percutian dengan kawan2 yang pada awalnya hanya melalui blog.. lama2 menjadi rapat dan semakin rapat.. syukur untuk ukhwah yang terjalin ni..
Kitaorang kumpul duit sama2 nak gie holiday kali ni.. setiap bulan masuk duit dalam tabung khas.. hehehe.. budget macam nak jalan jauh jer kan? padahal PD jer uols.. hehehe..
Percutian 2 hari 1 malam di Grand Lexis Port Dickson.. pilihan hotel dibuat memandangkan masing2 nak berendam dalam swimming pool yang ada kat bilik.. lagipun nak ambik 1 bilik yang boleh muat masuk 5 orang.. tak nak bilik asing2 kononnya.. hehe..
Percutian kali ni hanya melibatkan kaum isteri.. para suami tinggal rumah sekejap.. nasib baik suami masing2 dah saling kenal & bagi keizinan.. restu suami kan penting!
Aku, Yannie , Yana , Cinta & Nana memang excited la nak gie holiday sama.. sebab tak pernah lagi nak holiday sama2.. walaupun hanya kaum isteri, tapi angkut sekali sorang lelaki dalam percutian kali ni.. tak boleh tinggal sebab "bekalan minuman" dia ikut sekali.. hahaha.. Nana bawak anak bujang handsome dia, Adam.. budak Adam ni sepanjang 2 hari macam2 gelagat ok!
Gerak dari Putrajaya pukul 12.30 tengahari.. naik 1 kereta jer.. sebab nak jimat kos! bonet penuh barang macam nak bercuti 10 malam! hahaha.. dalam perjalanan singgah masjid utk solat, singgah beberapa kedai utk keperluan dan bekalan makanan..
Sampai PD terus menuju ke PD Waterfront.. kitaorang nak buat BBQ kat situ.. BBQ guna magic pan jer uols! bawak dapur gas kecik tu, then bakar ayam & kambing.. sedapppppp.. walaupun angin x bertiup kencang & cuaca sangatlah panas, tapi kitaorang happy jer..
Sambil makan, sambil borak.. sambil borak, sambil gelak2.. gelak sebab Adam ada jer perangai comel yg dia buat.. jumpa Adam kali ni bayak pulak dia tak puas hati dengan aku.. hahaha.. kalau sebelum ni ok jer, tapi kali ni asyiklah nak bergadoh! jalan2 tanpa pandang aku tapi dia cubit tangan aku.. lepas tu tunjuk2 jari kat aku macam marah sangat! kelakar ok!
Cinta yang bertanggungjawab perap ayam & kambing.. lepas tu dia gak yang membakar.. haha.. kesian dia.. makan dengan coleslaw, mash potatoes, sos black pepper.. memang sedap!
Baru perasan gambar aku tak de pun! hahaha.. sebab aku yang ambik gambar.. time ni monopod tertinggal dalam kereta malas nak ambik.. jadi sila pasrah muka aku tak ada dalam gambar.. korang memang sabotaj aku ke apa ni Yannie, Nana, Yana & Cinta??? hahahah..
Time tengah seronok makan, Cinta & Yana gie check in dulu.. sebenarnya tujuan asal bukanlah check in tapi ada agenda lain.. nak tau agenda apa? tunggu next entry yer.. hehehe..
Salam sayang untuk semua...