Destinasi selepas Underwater World Langkawi adalah Kilang Gamant Nusantara.. lokasi adalah jalan menghala ke Hospital Langkawi.. sepanjang jalan tu ada bunting kat tiang lampu.. selagi korang jumpa bunting tu, selagi tu korang belum sampai..
Kalau dari Pekan Kuah, lokasi Kilang Gamat adalah di sebelah kiri dan kalau dari Pantai Chenang atau Padang Mat Sirat, lokasi adalah belah kanan yang mana korang kena buat pusingan/u-turn untuk ke kilang tu..
Sampai kat Klilang Gamat, harulaslah posing dekat botol gamat gergasi depan kilang tu.. besar ok botol tu! so, daripada jauh memang kita boleh nampak botol ni.. gerenti tak sesat punyalah.. hehehe.. lokasi kilang gamat ni betul-betul tepi jalan besar.. kawasan parking agak luas.. ada jugak gerai minuman..
Banyak giler pilihan produk berunsurkan gamat dekat kilang ni.. sabun ada, shampoo ada, shower cream gamat ada, minuman gamat ada, gel rambut gamat ada & macam2 lagilah! harga dah tentu jauh lebih murah.. dah kata beli terus dari kilang kan.. kalau beli lagi banyak, lagi banyak diskaun diberikan.. kebanyakan yang datang sini wajib la beli berbotol-botol minyak gamat warna kuning tu..
Dekat situ, kitaorang banyak borong cream gamat.. warna pink ok! tau pun daripada Yannie.. sebab dia kirim, sebab tu aku pun beli.. memang best pakai.. sebab aku ni cepat sakit kaki, maklumlah berat badan tak sesuai dengan ketinggian.. hahhahaha.. so, bila lenguh2 jer kaki ni, sapu cream gamat tu.. tak berapa panas pun cream ni, berangin yang menenangkan..
Sebelah tempat jualan barangan gamat ni ada kilang buat gamat.. panas sangat tempat tu.. tempat tu open, pintu tak tertutup.. risau lak aku kalau ada budak kecik masuk dalam tu.. eeiii, mintak dijauhkan.. so yang bawak anak2 ke situ, bagi lebih perhatian cikit kat anak2 yer.. takut diaorang main2 kat kawasan buat minyak gamat tu..
Lepas dah seronok memborong gamat, kitaorang menuju ke perkampungan Beras Terbakar.. ha, kat sini harga cenderahati lebih murah yer.. kalau korang rajin tawar menawar memang lagi boleh dapat murah.. baju tidur kelawar tu murah2 kat sana, cantik2, kain sedap! kain batik tak payah cakap la.. yang high kualiti murah2 jer kat sana tau..
Dekat sini tak de buat apa sangat pun.. just tengok kawasan beras terbakar tu jer.. tu pun dah takde berasnya kat laman tu.. tapi ada la 1 bekas yang dah diasingkan untuk bukti sejarah.. ada jugak rumah yang kampung lama yang cantik kat kawasan Beras Terbakar tu.. cumanya memang best beli cenderahati kat sini.. sebab diaorang bagi harga yang berpatutan & kita boleh tawar menawar.. seronok!
Next entry - Mardi Langkawi, tempat makan pilihan dan shopping chocolate!
x cube celup tgn dlm minyak gamat yg sdg dimasak tu ker?..x panas walaupun mengelegak.. :)
ReplyDeletedulu gi langkawi tak gi terjah pun tmpat gamat..xtahu kat mmana..hehehe..x survey btul2
ReplyDeleteZana, kilang gamat tu buka pukul brp? tahu tak?
ReplyDeleteSy Personal Shopper utk product gamat langkawi.sy boleh tlg belikan product gamat dgn hargai terbaik di langkawi.tak perlu dtg langkawi..sy tlg belikan...boleh kunjungi semuagamat.blogspot.com utk info lanjut
ReplyDeleteI like this site a lot, It’s a really nice situation to read and obtain information and also tips. testimoni gamat
ReplyDelete