Tuesday, June 24, 2014

Jalan-Jalan di Pantai Batu Feringghi & Padang Kota Lama

Siapa yang bercuti di Pulau Pinang, jangan lupa singgah berjalan-jalan dekat pantai Batu Feringghi yer.. kalau yang menginap dekat kawasan pantai, akan lalu dekat satu kawasan gerai makan kat tepi pantai.. ada jual laksa, cendol, char kuey teow dan macam-macam lagi.. maaf lupa nak snap gambar kawasan kedai tu.. yang pasti sebelum Hydro Hotel, kedai ni sebelah kanan kita.. cendol dekat situ sedapppppppppp!!!



Setakat berjalan kat situ, tak ada pulak yang bermandi manda.. tak sure la kalau area situ tak berapa sesuai nak bermandi manda ke atau masa tu panas lagi so tak ada yang nak mandi.. even dekat hotel sendiri senang nak terus ke pantai Miami Batu Feringghi tu, aku tak pergi pun pantai tu.. hihihi.. sebab memang tak ada plan nak bermandi manda pun.. 


Petang tu kononnya sajer nak jalan2 pusing2 Penang.. nak cari kedai makan.. cadangan awal nak cari Pasembor Menari yang orang kata popular tu.. bila tanya dekat penduduk setempat, diaorang kata better tak payah makan dekat situ sebab status Halal seperti boleh diragui.. katanya pemilik/pengusaha bukan Islam tapi yang ada kat kedai tu Islam.. so, nak selamat kitaorang tak pergilah makan kat situ.. sebab orang tempatan yang cakap macam tu kan..



So, lepak tepi pantai dekat Padang Kota Lama.. tengok orang memancing sambil borak-borak.. bila lapar, terus makan kat foodcourt dalam tu.. makan char kuey teow kat sana.. food court sentiasa penuh orang.. kita belum duduk, semua dah serbu tanya nak makan apa.. x tenang sungguh rasanya masa tu.. huhuhu..


Ada banyak gerai kat sana.. so, aku tak tau nak cakap kedai mana yang sedap.. ikut nasib la kot kalau kita pelancong ni tak tau kedai mana yang sedap.. tapi, nasib baik petang tu menu yang kitaorang pesan sedap dan harga berpatutan.. ada banyak jer kedai makan yang aku dah survey kat blog kata sedap.. tapi jauh dan lagi 1 kenalah ikut tekak abah mak jugak.. maklumlah, abah tu agak cerewet cikit bab makan ni.. hehehe..




So, siapa yang rasa nak lepak2 tepi pantai sambil makan2 tu boleh la try berjalan kat tepi pantai Batu Feringghi atau Padang Kota Lama.. lokasi gerai yang menghadap laut mestilah best kan.. :)

Next entry - Bukit Bendera dan Feri Pulau Pinang!

Photobucket



2 comments:

  1. huhuhu..sue penah kena "sembelih" harga dgn penjual pasembor kat padang kota lama..huhu

    ReplyDelete
  2. kat penang ni memang fiesta makanan, macam² ada... hihihihi ... rugi rasanya kalau tak rasa dah sampai sana.. cuma kena pandai pilih kan..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..