Kalau bercuti ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah makan Mee Udang sedap dekat area Teluk Kumbar.. biasalah, Pulau Pinang kan memang terkenal dengan resepi menu Mee Udang.. masa bercuti kat Pulau Pinang hari tu, kitaorang sempat pergi ke gerai Mee Udang Ayu yang terletak di Teluk Kumbar untuk rasa Mee Udang yang dikatakan memang menggoda selera tu.. ramai review blogger yang kata Mee Udang Ayu adalah antara Mee Udang yang sedap di Pulau Pinang.. ada jugak yang panggil kedai Mee Udang Ayu ni kedai Mee Udang Cantik..
Bila tanya kenapa Mee Udang Cantik, owner kedai kata hanya udang yang cantik sahaja akan dihidangkan kepada pelanggan! Owner kedai ni kata lagi, kalau stok udang yang cantik tak ada diaorang tak bukak kedai.. sebab diaorang memang nak bagi pelanggan makan Mee Udang yang betul2 berkualiti dan sedap!
Lokasi kedai ni adalah dekat kawasan perumahan.. masa nak gie makan kat Mee Udang Ayu ni kan Encik Adiey asyiklah cakap aku salah jalan sebab dah masuk jeruk rumah orang semua.. tapi aku yakin! sebab aku guna Google Maps! hahahaha.. lagipun memang area Teluk Kumbar tu kawasan perumahan, bukannya kawasan pelancongan atau ada laut segala.. hehehe..
Masa sampai tu pukul 4.30 petang.. pergi makan sebelum balik since flight pukul 8 malam.. masa tu tak ramai orang lagi.. cuma kena tunggu lama jugak la untuk makan Mee Udang sedap ni.. bila sampai, macam tak percaya gak la.. sebab tak nampak udang langsung!!! tapi, bila start jer gaul Mee Udang tu terkeluarlah 3 udang yang besorrrrrrr.. udang tu disorokkan di dalam Mee Udang tu.. hehehe..
Aku memang tak makan udang! so untunglah mak, abah & Encik Adiey hari tu sebab dapat makan 4 ekor udang sebab aku dah bagi siap2 udang tu kat diaorang.. Encik Adiey kata 3 ekor udang tu pun dah jenuh nak habiskan, aku tambah pulak lagi sekor.. tapi diaorang kata udang tu freshhhhhh! eleh, tak jeles pun.. kita memang tak makan udang!
Harga Mee Udang Ayu biasa macam yang aku order ni RM13 Kalau x silap.. ke RM12.. lupalah pulak.. hehehe.. tapi berbaloi gak la sebab rasa sedap, udang besar, udang fresh dan kuah Mee Udang ni pekat! tak rugi jalan jauh nak makan Mee Udang ni.. daripada airport Pulau Pinang dalam 15 minit perjalanan.. aku memang 100% harapkan Google Maps.. sangat2lah membantu.. taip terus Mee Udang Ayu, Teluk Kumbar sampailah nanti.. jangan terkejut sebab kena lalu kawasan perumahan segala.. memang kedai ni kat depan rumah pun.. hehehe..
Jadi, kalau ada yang ke Pulau Pinang, boleh la cuba singgah makan dekat Mee Udang Ayu ataupun nama lainnya Mee Udang Cantik yang terletak di Teluk Kumbar.. lokasi mungkin agak jauh kalau dari area bandar tapi tak berapa jauh kalau dari kawasan airport Pulau Pinang tu.. selamat mencuba!
- Salam sayang untuk semua -
Zana Adieyza
"A Miracle is Another Word for Effort"