Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

Tips Mencari Resepi Cempedak Goreng Rangup!

Blog ni memang tak banyak entry resepi.. Tapi entry jalan-jalan cari makan (JJCM) banyak jugaklah..  Maklumlah tuan blog bukanlah teror sangat nak memasak ni.. Masa mula2 kahwin tu memang banyak google jer bila blur nak masak apa.. Lebih2 lagi kalau bulan puasa, memang google tu jadi teman setia nak cari resepi.. Hehehehe.. nasib baiklah masa nak masak cempedak goreng rangup aku tak google resepi kalau tak memang kena bahan la sampai ke tua.. hehehe



Cempedak goreng kesukaan kami sekeluarga!


RESEPI GOOGLE

Cakap pasal resepi ni sebenarnya kita boleh cari dekat google atau tanya dengan mereka yang teror dan selalu masak ni.. Kalau dekat google tu, cari resepi yang mudah nak dapat barangnya.. Yang penting ramuan utama ada.. Contoh kalau nak masak Ikan Siakap Stim Lemon tapi lemon tak ada, boleh ganti dengan limau kasturi atau asam boi.. Kena cari alternatif dan pelbagaikan resepi ikut selera kita..

3 SUMBER, 3 RASA

Kadang tu kalau search resepi kita cuba search lebih daripada 3 sumber berbeza.. Contohnya cari 3 orang blogger yang ada share resepi yang masakan yang sama.. Daripada situ kita boleh agak mana bahan yang penting dan mana bahan yang sampingan sahaja.. Bila ada sumber berbeza, kita akan dapat lebih banyak ilmu tentang resepi tu.. Macam aku nak buat sotong celup tepung dulu pun kemain banyak sumber aku rujuk.. Padahal sotong celup tepung jer tapi sebab nak dapatkan sotong celup tepung yang memuaskan hati kenalah study jugak kan..

MASTERCHEF 

Kalau yang baru nak belajar memasak tu kalau boleh jangan la terus cari resepi daripada chef terkenal.. Boleh pengsan nak ikutnya.. Sebab kalau dah chef tu mestilah bahan2 yang digunakan agak banyak dan kadang tu kita tak pernah tau pun tentang bahan tu.. So nak senang, cari blogger2 yang baru berkahwin atau blogger yang rajin memasak ke kan.. Sama2 belajar.. Macam aku buat puding roti guna pemanggang ajaib tu dulu pun aku ambik info daripada blogger yang baru kahwin.. 

TRY & ERROR ALA-ALA TUNJUK TEROR

Masak ni kena try dan error jugak.. Kadang bahan semua ada tapi teknik pulak salah.. Patutnya bakar tapi kita kukus pulak ke.. Kadang tu teknik dah betul tapi masa pulak salah.. Patutnya bakar 10minit tapi kita bakar 30minit sampai hangus rentung.. Kadang time dah ok tapi sukatan pulak salah.. Macam2 faktor jugaklah kena ambik kira.. Kalau sekali buat tak berjaya tu normal.. Jangan tak jadi terus give up jer.. macam mula2 aku buat cheesekut, tak berapa nak umph rasanya.. kali kedua try tukar susu segar fresh kepada susu segar stoberi jadi sangatlah yummy!!! try & error la namanya tu.. 

TIPS MASAK DENGAN HATI DAN ZIKIR

Tips masak yang aku suka kongsi adalah ikhlas hati dan zikir.. Masak dengan niat seikhlas hati nak bagi orang yang makan tu rasa sedap & kenyang walaupun menu tu simple.. Mulakan memasak dengan Bismillah dan zikir sambil memasak supaya rezeki makanan tu lebih berkat..


RESEPI CEMPEDAK GORENG RANGUP!

Cempedak goreng! Siapa yang tak tau resepi cempedak goreng??? Semua orang tau kot.. Hahahaha.. Tapi sebab aku nampak gambar cempedak goreng dalam handphone ni jadi marilah buat resepi cempedak goreng.. 

Cempedak
Tepung gandum
Minyak
Garam
Air masak putih 

Bancuh tepung gandum dengan air masak putih.. Letak secubit garam ke dalam adunan.. Tips untuk adunan tadi adalah jangan terlalu pekat dan jangan cair.. Kalau terlalu pekat bancuhan tu nanti akan jadi terlalu tebal tepung tu.. Kalau terlalu cair nanti tepung tu tak melekat sepenuhnya dengan cempedak..  Pastikan adunan bancuhan tepung tadi tak berketul2 yer.. Bancuh sehingga adunan tepung sebati.. 

Tips lagi, kalau nak tepung tu rangup dan tak melekat antara 1 sama lain, letakkan sedikit minyak masak ke dalam adunan bancuhan tadi.. Gerenti cempedak goreng korang akan rangup! Yummy2!

Gaul cempedak ke dalam adunan bancuhan tadi.. Ada orang suka letak kunyit tapi mak kata tak perlu nak letak kunyit sebab warna asli oren merah cempedak tu dah boleh jadikan cempedak goreng tu akan kekuningan.. Panaskan minyak masak dan goreng! Goreng sampai kekuningan, jangan sampai hangus lak.. Dah siap!

So tu jer serba sedikit tips yang boleh dikongsi tentang resepi masakan.. Tips yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang baru berkahwin rasanya sebab yang dah lama kahwin mesti dah sedia teror.. Hihihihi..

Selamat mencari resepi dan selamat memasak..

With love,
~ Zana Adieyza ~


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING

Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 


Photobucket

Monday, July 21, 2014

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

Last week berkesempatan buat puding roti dan sos kastard guna pemanggang ajaib.. buat puding roti tu sebagai pencuci mulut lepas berbuka.. resepi puding roti dan sos kastard senang dan bahan mudah nak dapat.. selalunya bahan dah memang ada kat rumah kita.. nak lagi mudah bila resepi puding roti dan sos kastard ni masak guna pemanggang ajaib.. kejap jer dah siap!

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

Since ramai pulak yang tanya resepi, so jomlah kita share resepi mudah ni.. yang paling best ada 2 orang kakak senior masa sekolah yang request resepi ni.. so Kak Nurul dan Kak Salmah, ni Zana dah share yer resepi puding roti dan sos kastard tu.. harap-harap lepas ni dapat bagi baby comel dalam perut tu makan yer.. jangan terliur lagi yer.. hehehe..

Selalunya aku buat puding roti ni bila roti dah nak dekat expired dan rasa tak kan sempat nak habiskan.. maklumlah duduk berdua.. beli roti yang panjang tapi tak habis.. lagi-lagi bulan puasa ni kan.. jarang gak makan roti kecuali kalau rasa tka nak makan nasi waktu sahur barulah makan roti.. buat roti telur atau roti pizza segera jer.. ni pun guna pemanggang ajaib.. hehehe..

Puding roti dan sos kastard ni memang kesukaan Encik Adiey.. kalau hidang dekat dia, sekejap jer boleh habis.. nak2 kalau puding roti tu sejuk2.. lagilah dia suka.. jom tengok bahan untuk resepi puding roti dan sos kastard ni..

Untuk puding roti

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

roti (dalam 7-10 keping atau ikut saiz ketebalan yang kita nak)
500 ml susu segar (kalau agak2 roti banyak kena letak lebih lagi)
1 biji telur
5 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega 
kismis & chocolate rice (boleh ganti dengan choc chips jugak)

Untuk sos kastard 

1 tin susu cair atau 1 1/2 cawan fresh milk (ikut tahap kemanisan dan kepekatan sos yang diinginkan
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1/2 cawan air (jika sos kastard terlalu pekat)



Cara membuat puding roti
1) koyak-koyakan atau potong roti.. zana selalu potong roti tu.. susun terus di dalam pemanggang ajaib

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

2) taburkan kismis, chcocolate rice atau chocolate chip di atas roti tadi..

3) cairkan butter dalam kuali.. 

4) dalam satu adunan, campurkan gula, telur, esen vanilla dan kacau rata.. masukkan susu segar dan butter yang dah dicairkan ke dalam adunan dan kacau lagi sehingga adunan sebati..

5) bila adunan dah sebati, curahkan ke atas roti yang dah disusun di atas pemanggang ajaib tadi..

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

6) tekan-tekan roti bagi padat dan sekata.. tabur lagi kismis kalau suka.. lagi banyak kismis lagi sedap!

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

7) terbalikkan pemanggang ajaib jika bahagian bawah dah masak.. tempoh memasak tak lama, dalam 5 minit sahaja dengan api yang kecil.. so, dah agak-agak 3 minit terbalikkan pemanggang ajaib then lepas 2 minit dah boleh padamkan api.. so, dua-dua bahagian pusing roti akan masak sempurna.. 

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

*ada jugak yang masukkan terus roti ke dalam aduanan yang dibancuh tadi.. rendam semuanya sekali then baru letak dekat pemanggang ajaib.. cara ni pun boleh jugak yer.. 



Cara buat sos kastard

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

1) masukkan susu cair dan gula.. kacau sebentar..

2) masukkan tepung kastard dan kacau sehingga sebati.. kalau rasa sos agak pekat, boleh letak air sikit.. ikut kepekatan yang kita suka.. tak terlalu pekat, tak terlalu cair..

3) sejukkan sos kastard dan tuang sos kastard pada puding roti (dah dipotong) yang dah siap dimasak tadi.. 

*macam aku, suka sejukkan puding roti dan sos kastard tu dulu.. simpan dalam peti sejuk dulu.. then bila nak makan, potong puding roti dan tuang sos kastard tadi.. so dapat makan sejuk2.. lagi sedap!

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard Guna Pemanggang Ajaib

Antara tips atau cadangan lain:

- masak puding roti dengan api yang kecil atau sederhana untuk elak puding roti hangus.. masak sekejap jer.. terbalikkan pemanggang ajaib untuk tau bahagian bawah dah masak atau belum.. 

- kacau sebati sos kastard untuk elak tepung kastard daripada berketul-ketul..

- kalau nak buat kelainan, boleh cuba makan puding roti dengan coklat yang dah dicairkan.. sedap jugak!

Selamat mencuba!


Photobucket

Wednesday, July 16, 2014

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Guna Pemanggang Ajaib

Semalam untuk menu berbuka puasa Encik Adiey request nak makan Ikan Siakap Stim Limau.. nasib baik semalam cuti so sempat la awal pagi pergi pasar beli ikan sebab kat rumah jarang ada stok ikan besar-besar ni.. hehehe.. so, semalam lepas dah siap masak tu letak la gambar dekat Instagram & Facebook.. sekali ada pulak yang tanya resepi Ikan Siakap Stim Limau tu.. resepinya mudah jer.. lagi bertambah mudah bila resepi  Ikan Siakap Stim Limau masak guna pemanggang ajaib jer.. jom tengok resepi  Ikan Siakap Stim Limau guna pemanggang ajaib ni..

Resepi Ikan Siakap Stim Lemon Guna Pemanggang Ajaib

Bahan-bahan nak masak Ikan Siakap Stim Limau ni senang nak dapat.. rasanya bahan yang memang selalu ada dekat dapur dan peti sejuk kita.. 

- ikan siakap
- bawang besar (dihiris nipis)
- bawang putih (dihiris nipis)
- halia (dalam 2-3cm & dihiris nipis)
- serai (1 batang & diketuk)
- lobak (dipotong bulat atau memanjang)
- tomato (sebiji & dipotong dadu atau 6 bahagian)
- cili merah atau cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
- limau kasturi (setengah biji untuk ditabur & setengah biji untuk dijadikan jus)
- secubit garam (untuk menambah rasa sahaja)
- secubit gula (untuk menambah rasa sahaja)
- sos tiram (3 sudu besar)
- air masak (1 cawan)

Resepi Ikan Siakap Stim Lemon Guna Pemanggang Ajaib
1) lumurkan ikan yang dah disiang dan dibersihkan dengan perahan limau kasturi.. ikan yang dah dilumurkan dengan limau kasturi tidak perlu dibasuh dengan air semula.. perap seketika..


2) masukkan ikan dan semua bahan di atas ke dalam pemanggang ajaib kecuali tomato, lobak dan hirisan limau kasturi.. 

3) masukkan 1 cawan air (ikut suka banyak kuah atau tidak), 2-3 sudu sos tiram & perahan jus limau kasturi ke dalam bahan tadi..

4) tutup pemanggang ajaib untuk memasak ikan tersebut (lingkungan 10minit dan bergantung kepada saiz ikan)..

5) 3-5 minit sebelum api dipadamkan, masukkan lobak, tomato dan hirisan limau ke dalam masakan.. 

6) Ikan Siakap Stim Limau siap untuk dihidangkan!
Resepi Ikan Siakap Stim Lemon Guna Pemanggang Ajaib

*Antara tips atau cadangan lain:
- boleh gantikan limau kasturi dengan lemon.. 
- boleh masukkan cendawan, jagung muda atau kubis bunga kalau suka
- boleh tabur daup sup sebagai hiasan hidangan

Resepi ni mudah jer sebenarnya.. semalam pukul 7 malam baru aku start mengukus.. sebab nak makan panas-panas.. lagipun kalau masak guna pemanggang ajaib ni memang sekejap jer.. yang tak biasa masak pun akan rasa mudah jer *aku la tu.. hehhee..

So, sesiapa yang belum pernah mencuba resepi tu boleh la buat lepas ni.. masakan tanpa minyak! berkhasiat! 

Selamat mencuba!
Photobucket

Tuesday, February 18, 2014

Resepi Cheesekut

Beberapa bulan lepas, memang sana-sini fenomena chhesekut.. sebab nampak sedap, jomlah kita buat.. since tak perlu nak membakar segala kan, so memang pejam mata jer buat.. *ceh, ayat macam pro sangat jer memasak.. hahaha.. so kat bawah ni aku ada bagitau resepi cheesekut.. manalah tau ada yang terasa nak buat tapi tak tau caranya kan.. resepi cheesekut ni sangat mudah yer!


Bahan-bahan sangat2lah senang nak cari.. kat kedai runcit biasa pun boleh cari.. jangan pening kepala yer.. sesuai sangat untuk aku yang tak berapa nak rajin dan mahir buat segala jenis kek.. kalau nampak bahan susah jer terus malas nak buat.. hehehe.. 


- Nak sedap memang guna biskut Hup Seng Deluxe Crackers.. rasa lemak manis masin tu akan buat cheesekut tu lagi sedap yummy2.. aku pernah gak try biskut kering biasa.. tak sedap la.. rasa tak berapa nak "masuk".. 

- Susu HL Marigold tu aku prefer perisa stoberi.. lagi sedap perisa stoberi daripada pure susu sebab akan buat rasa cheesekut tu ada rasa stoberi yang boleh membuatkan kita membayangkan kita berada di Cameron Highlands.. eh? hahaha..

- Susu pekat manis jangan dilupakan.. x kisah nak beli jenama apa pun asalkan susu pekat manis.. 

- Dan yang paling penting cream cheese.. nak sedap guna jenama Philadelphia.. tapi sebab stok kat rumah ada yang jenama Tantura, so aku pakai tu jer.. tapi sedap jer cheesekut aku buat tu.. hehehe.. 


Cara-cara membuat cheesekut:

1) Mula2, putarkan cream cheese.. aku guna spearuh jer sebab memang nak buat dalam bekas kecik jer.. hehehe.. putarkan sampai kembang tapi jangan terlalu cair sangat.. 

2) Lepas tu masukkan setengah susu pekat manis dalam adunan cream cheese tu tadi.. kalau kuat manis, letak la lebih cikit.. mixkan dua-dua bahan (cream cheese & susu pekat manis) tadi.. time ni boleh rasa sama ada aduanan tu ok ke x.. kalau kurang manis, tambahkan susu pekat manis tu..

3) Masukkan dalam 3 sudu susu HL stoberi tu ke dalam adunan tadi.. putarkan lagi sikit aduanan tu.. pastikan step 1,2,3 ni dibuat sekali dengan memastikan adunan tak terlalu pekat & tak terlalu cair.. pekat ok lagi, tapi kalau cair kurang menjadi nanti..bancuh adunan ni sekejap jer sebenarnya, sebab tu jangan sampai cair yer..


4) Asingkan susu HL stoberi tu dalam 1 bekas.. then celupkan dulu biskut ke dalam susu HL stoberi tu.. celup jer yer, jangan rendam.. celup dalam 2 saat jer untuk basahkan cikit biskut tu.. jangan sampai lembik pulak biskut tu yer..


5) Susun biskut yang dah dicelup dengan susu HL stoberi dalam bekas yang sesuai.. kemudian lapiskan adunan cream cheese tadi ke atas lapisan biskut.. then mulalah menyusun biskut dalam bekas & lapiskan dengan adunan cream cheese tadi selapis demi selapis, di selang selikan dengan biskut..



6) Untuk topping boleh la letak ikut selera masing2.. boleh letak taburan oreo chocolate yang dihancurkan.. sedap.. nak tabur milo pun boleh.. chocolate chips pun boleh.. ikut selera masing2.. nak letak buah pun boleh jer...

7) Lepas dah letak topping tu, boleh la sejukkan dalam peti untuk semalaman.. kalau tak sabar sangat, lepas sejam dua boleh la keluarkan dan hidangkan.. makan sejuk2 memang sedapppp... *sambil taip ni pun aku terliur2 gak ni.. hehehe..

Resepi yang sangat mudah & cepat untuk disediakan.. bahan pun senang nak dapat.. rasa cheesekut tu tak perlu cakaplah, memang sedap sangat2.. setakat buat bekas kecik tu, sekejap jer dah boleh habis.. yummy2 ;)

Selamat mencuba!

* Lepas makan kek bercheese semua ni ada rasa risau berat badan naik? boleh click link di bawah untuk rahsia penurunan berat badan dengan kos yang rendah dan hasil yang terbaik.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

SET PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT!


Salam sayang untuk semua

 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket

Tuesday, April 10, 2012

Resepi Sotong Goreng Tepung


Encik adiey sekarang ni makin ketagih pulak dengan sotong goreng tepung.. kerap sangat permintaan ni diterima.. kadang2 tu seminggu sampai 3 kali dia mintak aku masak sotong goreng tepung ni..  



Bahan2

300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
garam (secubit rasa)
lada sulah (kalau suka)

Cara-cara

1.  Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya sampai kering.
2. Gaul sotong dgn garam dan lada sulah.
3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih. 
4. Masukkan sotong ke dalam telur. 
5. Gaul tepung dgn baking powder. 
6. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. 
6. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min untuk elakkan sotong terlalu liat.



Tapi bagi aku biasa2 jer sotong goreng tepung aku ni.. nak cari tips bagi sedap cikit la.. sebab kalau makan kat kedai lain pulak rasanya.. hihihihi.. korang ada tips bagi sotong goreng jadi lebih sedap?? jom share..


Photobucket