Wednesday, December 31, 2014

2014 Kenangan, 2015 Harapan

Entry terakhir di tahun 2014.. hampir dua bulan tak mencoret apa2 cerita di blog kesayangan.. rindu nak menulis.. tapi ada beberapa sebab yang menghalang aku mencoretkan cerita2 menarik sepanjang 2 bulan ni.. tapi, InsyaAllah tahun 2015 akan bermula kembali aktif untuk menulis.. semoga semangat rajin update pun berkobar2 la setiap hari.. :)

Tahun 2014 ni masih banyak impian yang belum tertunai.. masih banyak misi yang belum sempurna dibuat sepenuhnya.. masih banyak kelemahan diri yang perlu diperbaiki.. masih banyak kekurangan dalam menjadi seorang hamba-Nya di muka bumi ini..

Kenangan manis sepanjang sepanjang tahun 2014?

"Setiap hari adalah kenangan manis"

 Terlalu banyak kenangan indah sepanjang tahun 2014.. kalau nak dicoretkan, sehingga esok pun belum tentu habis kan.. Apa yang pasti, setiap kenangan tu ada yang sempat dokongsi dalam blog kesayangan ni.. ada juga yang menjadi rahsia dalam diri.. dan ada juga yang tak sempat nak dicoretkan di blog kesayangan ni.. Tapi kenangan paling terkesan adalah bila dapat "full sponsor" daripada Shaklee untuk bawak mak abah bercuti ke Pulau Pinang pada bulan Mei 2014.. lain sungguh perasaannya bila dapat bawak mak abah bercuti bersama.. walaupun sekadar ke Pulau Pinang, tapi perasaan gembira tu tak terucap dengan kata2.. melihat senyuman mereka bila dibawa bercuti, merupakan kenangan yang sukar untuk dilupakan.. :)

Perniagaan Shaklee sepanjang tahun 2014?

Alhamdulillah.. setiap bulan jualan diri sendiri dan kumpulan semakin meningkat.. bulan April, aku berjaya juga dapatkan Car Bonus daripada Shaklee.. bila dapat Car Bonus ni, memang sangat2 membantu aku untuk lebih bersemangat bantu team Miracle untuk dapat Car Bonus tu jugak.. sebab nilainya memang berbaloi! InsyaAllah juga, tahun 2015 akan lebih ramai leader yang aku akan lahirkan dalam team Miracle aku.. semoga dipermudahkan hendaknya.. 

Azam tahun 2015?

"Ingin menjadi lebih baik setiap hari"

Bukan tak ada azam yang spesifik.. banyak.. sangat banyak sebenarnya.. banyak azam, impian dan hajat yang diharapkan.. tapi rasanya, biarlah ianya menjadi rahsia peribadi diri sendiri.. cuma, aku berharap sangat setiap hari di tahun 2015 nanti akan ada perubahan positif yang aku tambah setiap hari dalam kehidupan seharian.. insyaAllah..

Tahun baru, umur baru dan menandakan bahawa kita semakin dekat menemui pencipta Yang Maha Esa.. semoga Allah sentiasa mendekatkan hati kita kepada-Nya dan menjadikan kita hamba-Nya yang taat setiap masa.. 

Selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015.........
Photobucket