Thursday, June 19, 2014

Bercuti Di Hydro Hotel Penang, Batu Feringghi

Pengalaman bercuti di Hydro Hotel Penang sangatlah memuaskan hati.. Hydro Hotel Penang ni terletak di Batu Feringghi adalah antara lokasi penginapan pilihan terbaik para pelancong yang datang bercuti di Penang.. istimewanya Hydro Hotel Penang, Batu Feringghi ni bila disediakan laluan khas untuk mereka yang menginap di hotel tu untuk ke Miami Beach, Batu Feringghi.. Miami Beach ni kiranya macam private beach.. pantai kat situ memang serius cantik!


  

Aku booking hotel ni melalui agooda.. masa beli tu ada tawaran best jugak la.. ambik siap2 pakej bilik termasuk breakfast so tak perlu susah2 cari breakfast kat luar.. lupa nak snap menu masa breakfast tapi memang banyak pilihan menarik.. yang pasti rasanya sedap! menu pun cepat jer restock bila dah berkurangan.. tempat makan ni konsep terbuka.. so memang santai.. 


Bilik yang kitaorang stay adalah bersebelahan.. memang request nak sebelah2 tapi tak sangka la pulak ada pintu antra bilik yang memudahkan kitaorang nak berjumpa.. hehehe.. kitaorang keluar daripada bilik guna pintu bilik utama yang ada kat bilik mak abah jer.. pintu tengah2 antara bilik tu kitaorang bukak jer.. tutup hanya time nak tido...eh??? hahahha... 



Mak abah kemain suka stay kat Hydro Hotel, Batu Feringghi ni.. first sebab bilik luas la untuk 2 orang kan.. ada pulak balkoni tempat lepak2 kan.. kat dalam bilik mandi ada bathtub.. susunan dalam bilik pun kemas.. kebersihan pun memuaskan hati.. ada gym kat bawah untuk kemudahan pengunjung.. abah & Encik Adiey kemain sakan kat gym ni.. kalau nak karaoke pun ada kat sebelah gym tu.. tapi kitaorang tak sempat nak karaoke la pulak.. 




Lepas check in, ambik gambar mak abah manja2 kat hotel.. hehehe.. seronoknya tengok muka diaorang tersenyum.. abah memang jenis romantik.. suka manja2 dan sakat mak.. mak pulak jenis suka merajuk manja.. comel sangat! hihihihi..



Kitaorang stay kat hotel pun tak lama.. check in pukul 1 tengahari, lepak sampai pukul 5 petang.. lepas Asar keluar jalan pantai then balik bilik kejap untuk mandi semua.. lepas Maghrib keluar gie pasar malam Batu Feringghi.. balik dah lewat malam terus tido pagi lepas breakfast dah check out.. tapi kitaorang puas hati sangat stay kat Hydro Hotel Penang ni.. harga pun sangat berpatutan.. lebih2 lagi kalau booking melalui agooda.. hehehe..



Kalau sesiapa yang bercadang nak bercuti kat Penang, rasanya Hydro Hotel boleh dijadikan pilihan untuk penginapan.. kalau baca review dekat blog ramai yang berpuas hati dengan hotel ni.. 

Lagipun kedudukan hotel ni dekat dengan pantai.. nak ke pekan pun tak jauh.. nak ke Pasar Malam Batu Feringghi pun dalam 5 minit naik kereta.. dekat jer.. senang cerita, kami berpuas hati bila dapat bercuti dan menginap di Hydro Hotel, Penang :)



  Next entry - Pantai Batu Feringghi & Padang Kota Lama

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

9 comments:

  1. salam kenal dari fifi..
    bestnye jalan2.. tetambah bawak familykan..

    ReplyDelete
  2. bestnyer cuti ngan mak ayah..fadh teringin nk bawak mak ayah cuti jauh2 gini..

    ReplyDelete
  3. best sgt situ kan? turun x miami beach dpn hotel tu? byk omputeh ehem ehem situ. haha

    ReplyDelete
  4. bestnya becuti 4 org zana.....

    ReplyDelete
  5. untung mak abah zana, dapat anak menantu kemain baik cenggini..mesti dorang happy kan.

    ReplyDelete
  6. wah besar betul biliknya...memang berbaloi-baloi ni!

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ