24 Julai - awal pagi lagi kitaorang suami isteri dah bangun.. lepas selesai segala tanggungjawab dan urusan, maka perjalanan ke Cameron Highlands (CH) dimulakan pada jam 8.30 pagi.. sepanjang perjalanan memang hati dah berbunga riang.. sememangnya x sabar sangat nak bercuti di CH..
Perjalanan dari Putrajaya ke CH mengikut Simpang Pulai, sebab ramai yang sarankan ikut jalan tu, so ikutkan sajer.. Alhamdulillah pukul 11.30 pagi kitaorang dah sampai CH..
Perjalanan dari Putrajaya ke CH mengikut Simpang Pulai, sebab ramai yang sarankan ikut jalan tu, so ikutkan sajer.. Alhamdulillah pukul 11.30 pagi kitaorang dah sampai CH..
First destination, Rich Flora Strawberry Centre.. kiranya tempat ni lah yang pertama kitaorang jumpa & terus berhenti sebab teruja lebih..
Memandangkan dah tengahari, so kitaorang terus decide nak check in bilik.. untuk percutian ni, aku tempah Rumah Peranginan Persekutuan, CH.. RPP ni disediakan untuk kakitangan kerajaan yang ingin bercuti dengan kadar bilik yang sememangnya teramat murah.. kitaorang ambik bilik kecik dengan harga RM50 untuk 3 hari 2 malam.. sangat berbaloi2.. bila harga bilik adalah murah, maka duit yang selebihnya dapat digunakan untuk shopping!! belanjawan yang berhemah kan..
Walaupun namanya bilik kecik, tapi kalau setakat nak main kejar2 & nyorok2 dengan encik suami kat dalam bilik tu pun boleh jugak ok.. hihihi..
Lepas check in terus ke Brinchang untuk lunch.. then masa ni jugak kitaorang gie cari map CH.. beli map ni atas nasihat DD sebab DD kata map ni banyak membantu.. thanks DD sebab cadangkan kitaorang beli map ni.. memang betul2 membantu.. semua tempat menarik & info2 terbaru ada dalam map tu.. syok!!
Lepas lunch, kitaorang terus ke Healthy Strawberry Farm.. tempat ni betul2 depan RPP.. menapak cikit jer dah sampai.. dari bilik pun dah boleh nampak orang nak pergi petik buah strawberry kat situ..
Dekat farm ni, boleh beli pokok bonzai dengan harga yang murah.. kalau nak petik strawberry sendiri pun boleh.. harga bunga kat sini biasa2 jer, x murah & x mahal..
Dekat situ kitaorang sempat makan aiskrim strawberry.. serius sedap!! sampai sekarang rasa teringat2 lagi.. balik Putrajaya cari jugak aiskrim perasa strawberry, tapi feel makan tu x sama lah.. feel masa makan aiskrim kat CH tu lebih cikit la.. kalau CH tu dekat, nak jugak pergi setiap minggu.. hahahaha..
P/S: bersambung part 2 sebab aku x sempat nak taip panjang2.. keje makin banyak la pulak sekarang ni.. tapi aku cuba untuk update x lebih dari 5 part sebab takut ada yang bosan dengan cerita CH dari aku.. niat aku just share pengalaman aku dengan semua pembaca blog ni & mungkin review aku ni boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang nak pergi CH nanti..
whoaaa, bestnyeee honeymoon, sy x sempat lg honeymoon, nk jgk p cameron..sobb..sobb
ReplyDeletewow
ReplyDeletedlu ain pegi CH pun stay kat rumah peranginan persekutaun jgk..
ReplyDeletetempat dia best kan ?
eh biarlah update part 5 pun..ade jek nak bace..xbosan pun..:)
waaaa akakkk berjalan je keje kn..
ReplyDeletenak ikot gakk pi petik2
staberi kat situuu..
grrrrrr...pehhhh
mesti romantik kn berdua ke situ..
hihi =)
berapa bulan da booking RPP tu Zana? Tgk mcm lama giler je nak kena book, tu maleh tu.
ReplyDeleteTp mmg murah kan. Jimat da duit tol n minyak di situ
wee...beshnyerr g cameron..N da lame x g...dr br kawen smpai skg request nk pegi asik x approve jekk..sob..sob..
ReplyDeleteIda pun pergi Healty Strawberi ni !! HEHE~
ReplyDeletehttp://msieda.blogspot.com/2011/05/selamat-hari-buruh-cameron-highlands.html
wah, kecikla sgt biliknya kan? hihihi..
ReplyDeletetringin la plak nk g sana..huhu
fuh best nya ieyza....rasa mcm xsbr lak nak naik ch....tapi umah tu msti ieyza dh tempah awal kan..mya tgk masa bln 5 dah penuh smpi ujung thn...
ReplyDeleteRasa-rasa macam buat komen gak kat sini hari tu... tak kluar ker?...
ReplyDeleteerm...camane nak booking bilik tu dieyza, murah sgt tu...?
ReplyDeletebagus dik saaaangat untung dan berbaloi2 duduk kat rumah persekutuan tuh.
ReplyDeleteInsyaallah nanti akak pun nak terjah sane lah. sebelum ni tak terpikir pun kat sane ade rumah persekutuan tuh okeh.
Mekacih la dik sebab membagitau ni hihihi.
gambar2 semua cantik dan membuatkan hakak jeles okeh...:)
ReplyDelete3hari 2mlm RM50??? murah tu. nantikalo akk gi sana nk apply juga la
ReplyDeletehi..kat mana nak beli map CH ya bila dah smp sana?
ReplyDeleteboleh beli dekat kedai2 jual cenderahati yer..
Delete