Showing posts with label KaD KahwiN. Show all posts
Showing posts with label KaD KahwiN. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Suami Borek Isteri Rintik - Pengaruh Suami Isteri Dalam Perkahwinan

Pernah dengar pepatah "bapa borek anak rintik"? Selalu dengar kan.. tapi pernah dengar tak pepatah "suami borek isteri rintik"??? Siapa pernah dengar sila angkat tangan tinggi-tinggi.. 

Aku pun x pernah dengar pepatah tu.. sesuka hati aku jer letak pepatah tu.. hahaha.. sebenarnya nak cerita tentang pengaruh suami dekat isteri.. ambik contoh pengaruh yang Encik Adiey bawak dekat aku jer lah yer.. dah kata ni blog aku kan..  mestilah ambik contoh aku, x kan nak ambik contoh suami/isteri orang lain.. hehehe..


Ada pengaruh yang terpaksa dirahsiakan daripada family aku terutamanya mak aku.. *mak aku x baca blog aku ni,so x perlu risau rahsia tu pecah.. tapi aku sanggup jer berahsia sebab aku suka dengan pengaruh tu! hahaha..

Mandi malam
Sebelum kahwin, aku memang x berani nak mandi malam.. sebabnya mak aku memang pantang sungguh kalau ada antara kitaorang adik beradik mandi lepas pukul 7 malam! dia kata nanti dah berumur badan cepat sakit2.. kalau korang tahan nak dengar mak aku membebel dari pukul 7 malam hari ni sampai 7 malam esoknya, silakan mandi malam.. hihihihi..

Tapi lepas aku kahwin, Encik Adiey memang suka mandi malam terutamanya sebelum tidur.. petang balik kerja dah mandi, tapi nak tidur mandi lagi.. mula2 aku pelikkkk gak apasal dia suka sangat mandi malam lagi2 mandi dengan water heater.. tapi bila sekali aku dah cuba, hari2 rasa nak buat!! sebabnya, aku rasa selesa sangat nak tidur! 

Ni kalau mak aku tau perangai mandi malam ni, ada yang Encik Adiey kena dengar mak mertua dia bebel 7 malam berturut2.. sebabnya, kalau balik kampung, kitaorang x kan buat perangai ni.. cari nahasssssssss kalau kitaorang buat macam tu! 

Eh, tapi kan, mandi malam sebenarnya elok jer.. kalau x percaya, baca artikel tentang mandi malam ni.. dalam artikel tu ada bagitau tentang:

  "Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu"

"“Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur),.Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur ” 

So, sebenarnya boleh jer mandi malam.. dan amalan mandi sebelum tidur rupanya boleh diamalkan!! 

Ni mesti kes mak aku terpengaruh dengan atok aku yang kata x elok mandi malam ni.. padahal atok aku x bagi mandi malam sebab zaman dulu nak pergi bilik mandi kan kat luar rumah, so agak bahaya la kan kalau keluar waktu malam untuk mandi.. tu yang keluar teori kata x elok mandi malam tu.. huhuhu..


Ada jugak pengaruh bab makanan yang Encik Adiey bawak dekat diri aku.. kadang2 macam x percaya jer aku banyak terikut perangai dia sedangkan aku x pernah buat pun perkara tu sejak aku membesar dengan family sendiri ..

Makan roti telur dengan sos
Sebelum aku kahwin, family aku suka makan roti telur dengan gula.. sambil makan roti telur, sambil cicah cikit dengan gula.. maybe ada yang kata pelik! tapi dah family aku suka cara makan macam tu, so dah jadi x pelik.. 

Tapi lepas aku kahwin, family aku pulak yang pelik tengok aku sebab makan roti telur dengan sos cili! tapi aku faham perasaan family aku time tu.. sebab masa mula2 kahwin aku pelik bila Encik Adiey makan roti telur dengan sos cili! tapi bila aku dah start rasa makan roti telur dengan sos cili, aku jadi sukaaaaaaaaa.. terus x mo makan dengan gula.. hehehe.. semuanya kerana pengaruh suami kan??

Sebenarnya banyak cara makan dan menu masakan yang aku dah terpengaruh dengan Encik Adiey dan keluarga mertua.. hehehe.. tetiba boleh buat pepatah "mertua borek menantu rintik".. boleh?? hahaha..

Banyak lagi pengaruh yang aku terikut sebenarnya.. tapi sebabnya nanti entry ni jadi panjang sangat, so lain kali la aku sambung.. tu pun kalau sambung.. hehehe.. biasalah, aku kan suka tangguh entry.. lalalala..

Nota cinta : siapa ada kes terpengaruh dengan suami?? meh story cikit bab "suami borek isteri rintik" ni.. mana tau korang punya story lagi best! 
Photobucket

Sunday, July 25, 2010

WaLiMaTuL uRuS aDieyZa



Secara rasminya pada hr ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengundang semua rakan2 yang mengenali diri saya, rakan2 blogger, silent reader untuk sama2 menghadiri majlis perkahwinan saya & en adiey..



Majlis nikah adalah pd 23/7/2010, hr Jumaat..


Majlis persandingan akn diadakan pd 24/7/2010 bersamaan hr Sabtu di Bandar Seri Jempol, N9..



Majlis resepsi menyambut menantu akn diadakan pd 25/7/2010 bersamaan hr Ahad di Felda Pasoh 2 ,N9..




Kepada yang sudi attend majlis perkahwinan kami nanti, boleh tinggalkan alamat utk invitation card.. pada sesiapa yg mmg suka simpan kad kahwin teman2 pun bolehlah tinggalkan alamat sbgai tnda kenang-kenangan..

Boleh tinggalkan alamat kat entry ni atau e-mail ke adieyza_1110@yahoo.com..

Semoga dengan kehadiran teman2 semua akan memeriahkan lg majlis perkahwinan kami..

Kami berharap agar teman2 dpt mendoakan agar perjalanan majlis berjalan lancar & semoga ikatan perkahwinan yang bakal kami bina ini kekal bahagia hingga akhir hayat hendaknya..

Wednesday, June 30, 2010

KaD KaHWiN SuDaH DiPoS!!!


Minggu ni aku mmg bz dgn kad kahwin..

Last week msg kwn2 mntk alamat.. Alhamdulillah semuanya dh reply msg tu.. ada yg msg kat fb, ada yg msg kat hp & ada gak buat phone call..

Start last week dh print nama & alamat kwn2.. time ni mmg sgt teruja.. esp bila semua kata "CONGRATS ZANA".. bahagianya rasa.. msti ex B2B pernah rasa semua ni kan??

So smlm kirim cik adiey setem.. sbbnya office dia dekat dgn pjbt pos.. mlm td tampal setem pd sampul kad kahwin..




Sepanjang operasi menampal tu, hati ni rasa berdebar.. mcm x caye pun ada yg aku bakal menghantar kad kahwin aku sendiri kat kwn2..

Total 145 pcs kad kahwin utk diposkan.. balance bg by hand jer.. esp member sekolah dulu sbb rumah family masing2 dekat so hntr trs ke rumah family diaorg..

Member office aku akn bg be4 weekend ni.. kena bg kat big boss dulu, but nk bg kena tgk masa.. skrg ni big boss manjang bz jer.. tp ikut mana pun, kena bg dia dulu baru boleh bg kad kahwin tu pd yg lain..

Member2 yg prnh bg kad kahwin tu, aku mmg x mntk alamat diaorg.. aku just rujuk kad kahwin yg pernah diaorg bg dulu..

Ada juga ye rupanya blogger yg sudi bg alamat kat fb aku.. ingatkan xde blogger yg sudi dtg mjlis aku nnti.. hehehe.. really appreciate it & x sabar nk jumpa member blogger tersebut..

Dh bape kali tgk album blogger ni sbb nk kasi cam muka dia.. xdelah time dia dtg mjlis kahwin aku nnti aku x kenal dia kan.. even first time jumpa, mestilah aku cuba layan dia sehabis baik kan..

Pagi td dh bg kad kahwin kad cik adiey.. tghr td cik adiey msg bgtau yg dia dh pos kad kahwin tu.. aku harap kad kahwin tu akan sampai ke tgn kwn2 aku dgn selamat..

So skrg ni dh masuk fasa terpenting.. harap2 semuanya berjalan lancar seperti yg aku, cik adiey & keluarga harapkan..

Thursday, June 3, 2010

KaD KaHWiN DaH SiaP!!!


Macam x percaya bila tgk nama sendiri kat kad kahwin.. sgt teruja..

Mesti semua B2B pun teruja kan bila tgk nama sendiri & pasangan kat kad kahwin.. then mulalah rasa excited, berdebar, bahagia & takut utk menanti tarikh bersejarah tu..

Last week aku & cik adiey gie ambik kad kahwin, dgn ditemani oleh bakal adk ipar aku..

Mula2 diaorg tunjuk kad kahwin yg abh tempah.. check kad kahwin pihak aku semuanya ok.. cik adiey check kad kahwin utk pihak dia pun ok.. time ni dh lega sgt..

Bila diaorg kuarkan kad VIP, aku trs jd mcm confius.. cuba ingat blk betul ke aku tempah kad tu.. sbbnya cover depan dah sama.. cuma material kad tu mcm lain ckit..

Then aku ingat2 blk, mmg confirm material kad tu lain.. aku bgtau la kat vendor tu.. dia check blk resit.. rupanya mmg salah!!!

Even cover depan kad tu sama, but kualiti kertas tu lain.. sbnrnya ckit je beza, kalau btl2 x perasan pun.. but aku tetap kata xnak, sbb lain dr yg aku tempah..

So aku pun bgtau xnak kad yg dh siap tu sbb aku tempah lain.. even mmg xnmpk sgt beza but tetap nak mcm yg aku tempah tu..

Vendor tu ngaku dia salah.. then dia kata akn buatkan kad based on apa yg aku tempah sebelum ni.. tp kena seminggu.. aku ok jer.. sbbnya belum nak start edar pun..

But vendor tu tanya, kad yg salah buat tu mcmne??

Klau korang, korang buat apa?? sbbnya bukan salah kita kan..

Aku pun kata,

"kalau free nak la, sbb bukan slh saya"

Vendor tu jawab,

"oklah.. u ambik kad ni, saya simpan pun nak bg kat sape pulak, so u ambik & blh tmbh jumlah tetamu"

So, dpt la kad kahwin tu.. dlm hati suka lah sbb budget utk kad VIP just 400pcs jer.. but dpt 800pcs.. hehehehe.. syukur Alhamdulillah..

So bila kad VIP dh brtmbh, maka senarai baru nama tetamu utk edar kad kahwin VIP tu pun kena la tambah..

Nanti aku letak pic kad kahwin yg aku tempah tu k..

Then pd sesiapa yg nak kad kahwin aku tu & ada masa terluang utk datang majlis kahwin aku, aku akan buat entry khas utk mntk alamat korang ye.. tunggu k..

Tuesday, June 1, 2010

UpDaTe AkTiViTi HuJunG MinGGu


Berhabuk & berdebu dah blog aku ni.. mana xnya, dh 5 hr xde entry baru..

Tapi nak buat mcmne kan, bz yg melampau kat office.. so mmg xsempat nak update..

Last week aku & cik adiey blk kg.. Alhamdulillah blk kali ni dgn "sesuatu yg baru"..

Jumaat tu abh, mak, aku & cik adiey gie kenduri arwah abg ipar aku.. genap setahun pemergiannya.. rasanya mcm baru jer lagi.. apapun, Al-Fatihah utk arwah abg iparku..

Balik kenduri cik adiey gie solat jumaat dgn abh.. aku operasi membuta.. hehehehe.. ngantuk sbb mlm sblm tu sampai kg lewat ckit..

Lepas cik adiey blk solat jumaat, terus gie umh bkl mertua.. ada hal yang perlu dibincangkan.. bakal mak mertua rupanya dh beli mcm2 utk majlis sambut menantu..

Memang happy la bila bakal mak mertua keluar semua brg kelengkapan utk majlis.. makin ecxited.. syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..

Sabtu mmg x ke mana.. since cik adiey nak uruskan persiapan kat rumah dia.. aku lak follow abh & mak gie kenduri kahwin.. wrna tema utk 2,2 majlis kahwin tu sama dgn wrna tema LoVeLyDaY aku nnti.. so dpt la idea ckit2..

Ahad pg gie ambik kad kahwin.. ada kisah best disebalik kad ni.. next entry la aku citer kot.. tunggu k..

So kiranya balik kg ni just utk luangkan masa bersama family.. xde buat persiapan sgt pun.. maybe blk lg sekali akn buat persiapan dgn lebih rancak .. chaiyok2 zana!!

Monday, May 10, 2010

KaD KaHWiN & BunTinG DoNe By Me


Ingat lg x entry Kad Kahwin Done By aBah & Mak ni?

So last week aku gie la kedai kad kahwin ni.. nak check balik if ada kesalahan yg abah & mak terlepas pandang.. so far semua ok.. mmg abah & mak buat yg sehabis baik time tempah kad kahwin aku & cik adiey tu..

Sebabnya, kedai kahwin tu leh ingat semua details yg abh bgtau tanpa rujuk invois or resit.. bila aku tanya mcmne leh ingat, then org tu jwb,

"sbb u punya ayah sgt ecxited masa tempah kad kahwin u.. nmpk dia sgt happy.. mmg dia beria2 pilih kad kahwin yg cntik utk u"
(muka amoi ni pun excited bila citer ttg abah & mak)

Then discuss ttg bunting.. aku tunjukkan cnth bunting yg aku suke.. Alhamdulillah diaorg setuju utk buat design bunting mcm yg aku suke tu.. happy sgt..

So, 1/6 ni kad kahwin siap.. mmg x sabar nak ambik sbb msti excited bila nampak nama sndiri pada kad kahwin.. ye lah, selalunya nmpk nama org lain kan..

Bunting lak insyaAllah siap pertengahan bulan Jun.. hope design bunting adalah seperti yang aku & cik adiey harapkan..

Thursday, April 15, 2010

KaD KaHWiN DoNe By aBaH & MaK


Hari ni rasa nak balik kampung jer.. sbbnya dapat call dr abah yg bgtau tentang kad kahwin aku & cik adiey..tgklah tajuk entry tu.. nmpk sgt yg abah & mak bertungkus lumus buat kad kahwin aku..

Abah & mak call dr kedai kad kahwin tadi.. dia kata semua kad kahwin dah siap ditempah.. vendor kad kahwin tu suruh dtg lg esok utk check if ada kesalahan.. so, esok abah & mak akan gie kedai tu semula utk check if ada kesalahan dalam kad kahwin tu..

Hari Sabtu ni abah & mak akan dtg kat LoVeLyHoMe.. abh akan bwk kad kahwin tu utk aku & cik adiey check again if ada kesalahan yg abah & mak terlepas pandang..

If semuanya ok, Isnin ni dah boleh terus confirm utk printing.. aku betul2 percaya yg abah & mak boleh uruskan kad kahwin ni.. lgpun ni kad kahwin terakhir yg abh & mak akn uruskan.. lps ni abh & mak xyah fikir lg utk persiapan kahwin sbb semua anak abah & mak dah kahwin.. hehehehe

Balik kampung next month, aku & cik adiey akn uruskan utk banner jer.. abah kata kos utk banner dah settle gak.. tinggal nak tunggu design aku & cik adiey jer.. wah, cepatnya abah & mak bertindak!! sayang abah & mak!!!!!!!!!!

So aku harap agar proses kad kahwin aku ni berjalan lancar dan seperti yg kitaorg harapkan..

Monday, April 12, 2010

AnDaM UnTuK aNaK BonGSu SgT BesT!!


Salam sayang for my LoVeLy ReaDeRs..

Kejapnya rasa cuti hujung mggu.. penat blk kg pun x hilang lagi..

Exam hr Sabtu lepas, kira ok lah.. ada yg susah, ada yg senang.. tp bila kena jwb soalan math, aku mmg mcm budak sekolah rendah beb.. maklumlah dah lama x buat math kan.. sampai sifir pun ada yg terlupa.. hehehehe..

Semalam, aku & cik adiey sempat uruskan utk gie Butik Andaman utk LoVeLyDaY.. sbbnya, bila kitaorg nak gie tempah kad kahwin, abah kata dia yg nak uruskan..

Aku percaya dgn abah utk uruskan kad kahwin aku since selama ni semua kad kahwin adk brdk mmg abah yg uruskan & mmg semuanya terbaik.. so dh xyah nak fikir2 sgt.. just banner jer yg abah suruh aku uruskan.. thank u so much abah!!!

Pagi smlm aku & cik adiey gie Butik Andaman utk our LoVeLyDaY.. first gie Butik Andaman La Ross yg mana andam ni akn uruskan utk majlis sambut menantu di rumah cik adiey.. since andam ni andam yg sama time aku tunang, so dpt hrga yg terbaik..

Aku x request pelamin baru but aku request baju baru jer.. apa yg aku nak, semua andam ni bagi since dia kata aku ni anak bongsu so bg jer lah apa yg aku nak.. hehehe.. thanks Kak Ross!!

Petang lak kitaorg gie Butik Yatie Anggun yg mana andam ni akn uruskan utk majlis nikah, berinai & mjlis sanding kat umh aku.. since andam ni dah rapat dgn kak long aku, so mmg senang nak deal dgn dia..

Aku request baju baru utk majlis berinai & bersanding.. then dia kata dia boleh bg sekali pelamin baru utk mjlis akad nikah & bersanding.. padahal aku x mntk pun.. hehehe..

Then semua yg aku suka & nak, andam ni bg jer.. sbb yg diberi sama mcm andam Kak Ross iaitu aku anak bongsu so bg jer lah semua yg aku hajatkan.. thank u so much Kak Yatie!!!

Kiranya, setakat ni aku & cik adiey mmg xde mslh utk andam for our LoVeLyDaY.. semua discussion berjalan lancar.. Alhamdulillah.. lgpun majlis dibuat sederhana jer, yg penting aku & cik adiey nak semua org happy time majlis tu nanti..

Sorry sesgt sbb xde pic time kitaorg gie butik andam ni.. sbbnya kitaorg over excited nak bincang sampai lupa nak snap pic.. sorry ye u all.. next appointment dgn both butik ni, kitaorg akn snap pic k..

Friday, April 9, 2010

WeeKenD YanG SuPeR DuPeR BZ


Kejap jer dah hari Jumaat.. cepat betul masa berlalu.. this week aku mmg penat.. banyak keje nak dibuat.. balik umh xdapat nak berehat sgt sbb kena study utk esok.. aku akn cuba buat yg terbaik.. if ada rezeki aku, Alhamdulillah.. if xde rezeki, cuba lagi la hujung thn nnti..

Petang ni aku akn blk kampung dgn cik adiey.. semuanya berkaiatan preparation utk LoVeLyDaY.. jadual cukup padat hujung mggu ni..

Malam ni sampai kampung msti around pkl 8.. sampai2 msti nak gosip2 & bincang2 dgn mak abah.. maklumlah dh sebulan x blk.. then msti nak study ckit lg utk exam pg esok..

Esok, pagi2 lagi dah kena gerak utk gie exam.. as usual, msti mak & abah hantar.. exam dr pagi sampai ptg..

Malam esok, nak gie butik andaman utk pilih baju & pelamin.. butik andaman ni yg akan handle utk majlis LoVeLyDaY kat umh cik adiey.. butik andaman ni sebenarnya butik andaman yg sama time aku tunang hr tu.. so memandangkan dah mmg kenal, dia x kisah aku & cik adiey nak dtg bincang kat butik dia wktu mlm..

Ahad lg super duber bz.. pagi2 nak kena gie umh cik adiey.. ye lah, xkan dah blk kg sekali tp x gie umh dia kan? nnti apa lak kata mak dia kan..

Tengahari ahad tu lak, nak gie tempah kad kahwin.. tempah utk both majlis terus.. utk majlis kat umh aku & utk majlis kat umh cik adiey.. malumlah, kitaorg jarang blk, so sekali blk msti nak buat semuanya sekaligus..

Lepas tu, terus nak gie furniture shop.. kitaorg nak beli set bilik tidur pengantin utk LoVeLyDaY umh cik adiey.. yg umh aku xbeli since baru jer beli utk tunang hari tu.. jimat.. lgpun baru jer beli 2 bln lps..

Lepas tu, aku & cik adiey dah ada temujanji kat butik tailor yg akn jahit baju nikah kitaorg.. mlm td aku & cik adiey dh bincang utk design baju nikah aku.. biasa2 jer since aku bukanlah artis.. hehehe..

Petang tu lak, nak gie bincang dgn Wawa since aku ada nak tempah cupcakes dgn dia.. memandangkan time tunang hr tu aku dah tempah cupcakes kat dia & ramai yg puji kata cupcakes tu sedap, so haruslah tempah lg utk LoVeLyDaY..

Then ptg tu jugak, kitaorg terpaksa bergegas utk gie butik andaman lg 1.. butik andaman ni lah yg akan handle majlis LoVeLyDaY kat umh aku.. since aku request mcm2 kat dia, so haruslah bincang dgn lebih mendalam & makan masa yg lama dgn dia..

Malam ahad lak, kitaorg akan gerak blk ke Putrajaya since Isnin dah keje.. kalau nak diikutkan mmg penat.. tp nak buat mcmne, dah kitaorg ddk jauh dgn family.. so preparation just boleh buat hujung mggu & time kitaorg blk kampung jer..

Hope semuanya berjalan lancar.. even penat, aku akan pastikan yg semua ni dibuat dgn hati yg gembira.. bila hati gembira, msti xde rasa sakit hati, penat or mengeluh..

Doakan agar aku dapat jawab esok dgn tenang ye.. doakan jugak agar segala yg akan aku & cik adiey rancangkan hujung mggu ni berjalan lancar..

Selamat berhujung minggu to all my dear LoVeLy ReaDeRs..