Thursday, June 14, 2012

Spontaneous Thursday - Happy



Percayalah! dengan membuatkan orang lain tersenyum bahagia, pastinya kebahagiaan itu akan sentiasa tersemat di dalam diri kita.. apabila kita menghulurkan senyuman kepada orang lain & orang tersebut membalas senyuman kita bermakna kita telah membahagiakan orang tersebut.. 





Kita yang menentukan sama ada kehidupan kita dipenuhi dengan kegembiraan atau kesedihan.. jika beribu dugaan mendatang sekali pun, kita sebenarnya masih boleh tersenyum.. semuanya terletak di dalam diri kita.. jika kita memilih untuk menghadapi dugaan dengan kesedihan, itu adalah pilihan kita.. jika kita memilih untuk menghadapi dugaan dengan kegembiran, itu juga adalah pilihan kita.. 

Wednesday, June 13, 2012

Tips - Mencium Dahi Isteri


Semakin hari semakin suka dengan rutin mencium dahi.. kalau dulu hanya dibuat lingkungan 7 kali sehari.. sekarang ni dah cuba diamalkan lebih daripada 10 kali sehari.. berkesan!! 

Berkesan dari segi meningkatkan sikap menghormati pasangan.. sambil suami mencium dahi isteri, berdoalah sesuatu yang baik untuk isteri.. kesan dekat aku, "kurang dah perangai mengada2 & cepat membebel" bak kata encik adiey.. hihihi.. 

Cubalah! galakkan suami untuk melakukannya lebih kerap setiap hari.. pasti suami korang pun akan lebih teruja.. korang pun akan rasa satu perasan yang sangat indah bila suami menitipkan doa buat korang sambil mencium dahi korang.. kaedah ni jugak dapat mengurangkan sedikit sikap ego dan cepat marah kita..

Selamat mencuba!

WordLess Wednesday - Awan


Taken by Encik Adiey Adieyza


Pemandangan yang sungguh menenangkan.. cantik!


Tuesday, June 12, 2012

Popia Goreng Sedap - Bangi


Popia goreng sedap!!


Semakin ketagih dengan popia goreng sedap ni.. tengoklah sambal popia ni.. banyak lak tu sambal popia goreng ni.. sambal dia memang boleh buatkan separuh hati aku ni di awang-awangan.. *konon ayat sedap ala2 pengacara jalan2 cari makan.. hihihi*

Taburan kacang & bawang goreng dekat di atas popia ni betul2 menjadikan aku makin nak beli hari2... *ayat pengacara jalan2 cari makan lagi!*..

 
Lokasi gerai popia goreng di Uniten Bangi.. cari jer signboard Uniten Bangi, sebab memang senang nak cari kawasan gerai ni.. kat situ memang setiap hari ada banyak gerai yang jual makanan & minuman.. nak kategori macam bazar pun boleh jugak.. waktu petang sangat ramai orang.. kebanyakan makanan yang dijual sesuai untuk dimakan di waktu petang..

Gerai popia goreng ni terletak di bahagian hujung sekali.. setiap kali singgah asyik lupa snap gambar gerai ni sebab nampak popia dia dah terus rasa nak balik rumah terus makan.. hihihi.. tapi x payah risau, memang gerai tu sajer yang jual popia goreng & popia basah kat area situ.. 

Harga popia rm0.50 sebiji.. rasanya? memang sedappppppppp.. tapi x tau la kalau korang rasa x sedap.. setakat ni, semua family aku yang datang rumah aku mesti nak beli & makan popia ni.. ketagih sama dengan aku.. hihihiih.. *bila buat ayat ketagih dah macam orang ingat aku ni jahat pulak.. hahahha*


Pada yang duduk kawasan berdekatan Putrajaya, Bangi ataupun Serdang, boleh cuba rasa popia ni yer.. kalau nak beli, better pergi sebelum pukul 6 sebab selalunya kalau lewat jer dah habis.. aku selalu datang pukul 4.45 pun beratur panjang menunggu giliran.. 

Popia jer pun.. tapi leh jadi 1 entry.. kalau bukan blogger mesti cakap, "beli popia pun nak kecoh???".. eh kamu diam yer.. x suka baca sila jangan baca.. huhuhu.. 

Photobucket

Newborn - Anak Bekas Pengapit Kami

Seronoknya bila tengok kawan rapat dah ada anak sendiri kan.. setiap kali melihat wajah anak kawan tu, terasa seperti anak sendiri pulak..

Sabtu lepas, isteri kawan baik encik adiey dah selamat melahirkan bayi lelaki kat Hospital Serdang.. kawan encik adiey ni merupakan pengapit encik adiey masa kitaorang kahwin dulu.. dia kahwin setahun lepas kitaorang kahwin.. rezeki diaorang cepat, x lama lepas kahwin isteri dia disahkan pregnant.. 

Baby tu betul2 sama dengan muka mak dia.. dari jauh kitaorang dah boleh tau tu anak diaorang.. hihihi.. orang kata kalau anak lelaki ikut muka mak ni elok, sejuk jer.. betul ke? 



Seronok bila tengok baby ni.. rambut lebat.. pipi tembam.. masa kitaorang datang tengok dia, encik adiey bagi air zam zam, letak kat bibir dia.. dia jilat2 air tu.. untung kamu, baru beberapa jam lahir dah merasa air zam zam kan.. semoga dapat menjadi anak yang soleh, terus membesar dengan sihat & bijak.. 

Bila dia tido rasa nak kacau2 dia suruh dia bangun.. hihihi.. nakal tau aunty zana ni.. kecik2 jer aunty zana dapat kacau, dah besar nanti mesti kamu asyik sibuk ikut ayah & encik adiey gie lepak kedai mamak.. hihihi.. 

Nota cinta: berharap agar ada rezeki kami suami isteri untuk mempunyai zuriat sendiri.. insyaAllah..





Photobucket