Friday, July 13, 2012

Malware Menyerang Blog Adieyza


Pagi tadi terkejut bukak blog keluar notice ni.. adoiiiiiiii, gabra ok! x senang duduk aku dibuatnya..

Memandangkan aku x nak menjangkitkan virus ni kat blog korang, maka aku privatekan blog kejap.. dalam sejam lebih aku private blog untuk cari penyelesaian kepada masalah aku tu.. 

Melalui apa yang aku baca kat google pagi tadi, virus ni datang dari blog yang ada dalam blog list kita.. kebanyakan blogger yang pernah jadi macam ni, diaorang cadangkan buang bloglist.. adoiiiiiii, sayang giler nak buang semua bloglist.. nak kena letak balik nanti leceh..

Kalau tengok daripada notice tu, macam blog yang aku kaburkan tu jer yang bagi virus kat blog ni.. maybe blog tu jugak x tau yang dia dah terbagi virus kat aku kot.. ntah la, aku x berapa nak faham konsep virus ni menyerang.. hahaha..

Blog yang aku kaburkan tu, kalau ikut nama adalah nama lelaki.. maka, aku cuba jalan pintas dengan buang semua bloglist bawah "Blogger Boys" yang aku letak kat side bar blog aku ni.. lepas aku buang gadget bloglist tu, terus ok blog aku ni ha.. 

Masa benda ni jadi, aku memang fikir berapa hari nak nangis la kalau tetiba blog aku kena delete.. punyalah sayang kat blog ni kan.. dari zaman bujang sampai zaman dah kahwin ni ha aku bela blog ni.. tapi nasib baik x jadi sesuatu yang teruk kat blog ni.. syukur Alhamdulillah..

So, lepas ni kalau ada blogger yang alami kes macam aku ni, jangan cepat gabra k (padahal aku punyalah gabra tadi kan.. hahahaha).. try cari url blog yang dikatakan membawa virus tu.. then delete url blog tu kat bloglist korang k.. maybe lepas tu dah ok.. kalau x ok gak, korang teruslah bertanya pada blogger2 otai atau meng"google" jawapan kepada permasalahan korang.. hihihi..

Nota cinta: sayang sangat kat blog ni.. sayang sangat perhubungan yang terjalin dengan rakan blogger selama bergelar blogger ni.. x kisah la korang suka ke x baca blog aku ni, aku tetap suka jer update selalu entry baru kat blog aku ni.. hahahahaha.. *nyampah!


Tips Menghargai Pasangan Terutamanya Isteri



1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.


2. Isteri bukan pembantu rumah

Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.


3. Isteri adalah manusia

Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.


4. Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.


5. Bantu ringankan tugas isteri

Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.


6. Bawa isteri berehat

Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan misalnya


7. Ciuman khas untuk isterimu

Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.


8. Beri pujian kepada isteri

Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.


9. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya.


10. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.



Thursday, July 12, 2012

Fridge Magnet San Diego

Seronoknya dapat hadiah fridge magnet!! 


Fridge Magnet San Diego yang super cool!!! i likeeeeeeee...


Terima kasih boss sebab selalu ingat dekat semua staff.. x pernah lupa untuk beli ole2 untuk kami semua.. semoga boss terus dimurahkan rezeki hendaknya.. 


Jangan x tau yang kebanyakan koleksi FM aku adalah cenderahati daripada boss tu.. yang bertambah best, boss yang sorang ni memang pandai pilih FM yang cantik2 tau! 

Nota cinta: yang teruja dapat FM cantik!

Warkah Buat Isteri - Pengorbanan Suami Demi Isteri

Semalam terjumpa 1 blog yang cukup2 membuatkan hati ni tersentuh.. mengalir air mata setiap kali membaca entry yang ditulis oleh seorang suami buat isterinya yang tersayang.. hati dihimpit rasa sedih yang teramat bila mengenangkan pengorbanan suami demi insan yang bergelar isteri.. 


Blog Warkah Buat Isteri.. blog yang dicipta oleh seorang suami untuk isterinya yang terlantar sakit.. blog yang dicipta oleh seorang suami bagi mencatatkan segala aktiviti menjaga isteri yang sedang dalam kesakitan.. blog yang mengisahkan tentang pengorbanan seorang suami dalam memastikan kehidupan isterinya sentiasa selesa dan sempurna.. blog yang menceritakan tentang harapan seorang suami yang berharap agar beliau dapat sentiasa disamping isteri walau dalam keadaan apa sekali pun..

Pengajaran terbesar yang aku dapat bila baca blog tu ialah "jika kita mengatakan bahawa kita sedang berhadapan dengan masalah yang besar, ingatlah bahawa ada lagi orang lain yang mempunyai masalah dan dugaan yang lebih besar daripada kita".. 

Ya Allah, berkatilah dan lindungilah pasangan ini.. kuatkan semangat mereka dalam meniti hari2 mendatang.. tabahkan hati mereka dalam menerima segala ujian dari Mu Ya Allah.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin..


Wednesday, July 11, 2012

Racoon!! Racoon Petting Zoo



Daripada 9 orang yang bagi komen, hanya seorang jer yang berjaya meneka dengan betul nama haiwan yang posing atas kepala aku tu!! 

Teror la BE!!! Terbaikkkkkk...


Racoon dalam Bahasa Inggeris.. Rakun dalam Bahasa Melayu..

Masa gie Lost World of Tambun tu la first time aku tengok Racoon tau! jangan gelakkan aku k.. serius sebelum ni aku x tau pun Racoon ni apa.. hahhaha.. aku memang x berapa nak ke arah pencinta haiwan.. hihihi..

Racoon ni kat Tambun tu memang pandai posing! kita berdiri jer kat bawah dia, dia akan berhenti untuk posing... gila kamera macam blogger la kiranya Racoon ni.. hahhahaha..

Nota cinta: lupa lak nak sambung entry gie Lost World of Tambun tu.. hihihi.. jap eh, aku nak sambung mengarang entry cuti2 tu balik.. jangan risau, aku masih ingat semuanya.. semuanya masih segar dalam ingatan aku.. hihihi..