Monday, May 16, 2011

Betul2 Monday Bluesssssssss

Hari ni betul2 Monday Blues bagi aku.. serba kelam kabut.. serba kalut.. serba serbi ada.. semuanya gara2 weekend yg agak bz.. bangun pagi tadi pun agak malas2.. lepas tu fikir esok cuti, lagilah rasa malas jer nak gie keje.. hihihi..

Sabtu penat mengemas rumah dari pagi sampai ke petang.. sebabnya dapat last minit call yg mengatakan family mertua & sedara mara family mertua akan bermalam kat rumah aku.. kalau setakat family mertua mungkin ok lagi kot tapi bila melibatkan sedara mara, memang kena berkemas lebih cikit la kan.. kena siapkan tempat bermalam untuk untuk 15 orang.. terkejut jugak masa mula2 dapat info ni.. rumah x de selerak sangat sebab tinggal berdua cuma nak pastikan orang rasa selesa bila ada kat rumah tu agak mencabar jugak..


Wah, aku rasa nak terima tetamu yg agak ramai bermalam di rumah adalah cabaran yg besar bagi aku yg baru 10 bulan kahwin ni.. sebab selalunya yg datang bermalam kat rumah just family aku & family mertua.. tu pun paling ramai 5 orang.. tapi bila 15 orang, terus kira bantal & selimut.. hahahaha.. sungguh lawak masa kira bantal dengan encik suami.. siap pergi Alamanda untuk beli bantal sebab bantal x cukup.. hahahaha.. sungguh kenangan bila shopping bantal dengan banyaknya di hari tanpa bag plastik..


Masa family mertua & sedara mara dah nak sampai, bukan main risau lagi aku.. risau kalau diaorang rasa x selesa ke kan.. nasib baik semuanya ok2.. since katil ada 3 jer, so maka yg lelaki & bujang2 tu tido bawah la yer.. nasib baik jugak ada karpet lebih untuk aku bentang..

Syukur Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah.. walaupun last minit punya persiapan, tapi aku tetap happy.. aku selalu dengar orang tua kata, "kalau orang datang rumah kita, insyaAllah rumah kita akan berseri & dimurahkan rezeki.. insyaAllah"..

P/S: bagi aku betul2 cabaran untuk sediakan tempat bermalam untuk tetamu yg agak ramai jumlahnya tapi mungkin bagi sesetengah orang yg dah selalu terima tetamu ke rumah mesti rasa biasa jer kan.. so sorry la kalau ada yg kata, "eleh, baru 15 orang datang bermalam kat rumah pun nak kecoh".. yg penting aku dah rasa pengalaman berharga ni di usia 10 bulan perkahwinan..



Thursday, May 12, 2011

Panggilan Telefon Misteri

Tadi masa tengah blogwalking kat blog kesukaan aku, jumpa satu link yg sangat misteri.. terlalu misteri sampai aku x jadi nak buat keje.. misteri sampai aku rasa x tentu arah..

DD, link ni memang buat zana x senang duduk ok.. asyik teringat2 jer.. sekarang ni zana pulak yg takut nak angkat call.. hihihi.. lepas tu nak gelak pun teringat cerita misteri ni.. bila misteri ni nak berakhir???

Kalau korang nak rasa pengalaman misteri ni jugak, baca la kisah misteri ni.. tapi jangan salahkan aku if korang pun jadi x tentu arah macam aku.. sebab memang misteri..............

p/s: hope dapat tau ending cerita misteri ni...


MC

Semalam x sempat update blog.. sebabnya, tuan blog MC la.. demam yg agak teruk jugak.. dah pergi klinik kerajaan but still x sihat lagi so decided pergi klinik swasta.. suhu badan agak tinggi, so doktor bagi MC.. masa pergi klinik tu, selsema & batuk memang teruk... suara memang dah rock habis.. hihihi..

Hari ni dah rasa sihat sikit.. demam pun rasanya dah x ada, cuma still rasa lemah.. selsema masih x ok.. nak tido pun x lena sebab hidung tersumbat.. sakit tekak masih ada, cuma suara dah ok cikit & x rock macam semalam..


Masuk office hari ni banyak kerja nak kena siapkan.. lagi2 bila boss dah masuk office balik setelah seminggu x masuk office.. so banyak benda nak refer kat dia.. hope mood dia ok2 jer..


X sempat nak balas kunjungan korang lagi.. insyaAllah tengahari nanti aku blogwalking & balas comment2 korang..

p/s: doakan aku cepat sihat yer.. thanks guys!!



Tuesday, May 10, 2011

SMS & HP Lepas Kahwin

Pagi ni dengar Hot FM.. isu tentang sms yg paling lama pernah korang simpan.. bila check balik hp aku, x banyak sms yg aku simpan.. maybe hp baru kan.. but bila check hp lama, ada sms daripada encik suami masa saat2 kitaorang nak bertunang setahun yg lepas.. tu lah sms yg paling lama aku simpan..

Masa zaman sebelum kahwin memang sayang nak delete sms daripada encik bf (encik suami la).. sebabnya kalau rindu boleh la jugak tengok semua sms tu kan.. hihihi..


Lepas kahwin, family banyak perli aku.. katanya kalau nak telefon aku, telefon waktu office hour jer.. tu pun bergantung pada nasib.. kalau aku x bz or x ada meeting, dapatlah aku jawab call tu.. lepas office hour, aku sendiri x pasti kat mana hp aku.. sebab tu lah family aku kata, "adk kalau dah balik rumah & berkepit dengan adiey mesti bunyi hp pun x dgr".. hahahahaha..

Sudahnya, family aku sekarang akan call encik suami jer.. sebab diaorang malas nak tunggu aku angkat hp..
kalau aku dengar pun x sempat nak angkat sebab membebel cari hp kat mana..

Aku just ingat tentang hp aku bila nak tido jer.. sebabnya nak make sure dah set jam untuk bangun esoknya.. so masa tu lah akan nampak segala sms & miscall yg x sempat aku jawab.. huhuhu.. teruk betul kan..

Perangai x ingat hp kat mana ni antara perubahan aku lepas kahwin.. kalau dulu, hp wajib dibawak ke sana sini.. kalau hp tinggal, rasa macam serba serbi x kena.. kalau yg tengah bercinta mesti faham situasi ni kan.. dulu masa hp aku hilang, memang macam orang gila.. sayang dekat semua sms & gambar dlm hp tu.. sengsara betul masa tu!

Tapi ni bukanlah bermakna semua orang x penting dalam hidup aku sampai aku x layan semua call & sms.. cuma, memang aku sendiri susah nak pastikan kat mana hp aku lepas office hour sebab bila balik rumah banyak jugak tanggungjawab yg lain menanti.. tapi aku akan pastikan jugak semua miscall & sms yg x berjawab tu akan aku reply sebelum aku tido..

Pengalaman sms & hp korang??

P/S: bahaya cara aku ni sebenarnya.. kalau ada hal kecemasan maybe akan jadi masalah kalau aku lambat angkat call kan.. so aku akan cuba berubah lepas ni..




Monday, May 9, 2011

Yong Tau Foo Buatan Zana


Lama dah x buat entry makan2.. maybe sebab kebelakangan ni aku & encik suami x berapa sihat so selera makan adalah ke laut.. bila selera dah ok, so mood nak masuk dapur tu agak lebih cikit la kan..

Minggu lepas aku cuba buat yong tau foo sendiri.. tapi xdelah 100% resepi aku.. hahahaha.. macamne tu??


Kisahnya, aku just beli bahan untuk buat yong tau foo.. balik rumah tinggal rebus & masak jer.. konon rajin nak buat sendiri & x nak beli yong tau foo kat kedai la kan.. beli segala macam bahan untuk yong tau foo.. encik suami kata aku beli bahan macam nak makan ramai jer, padahal makan berdua jer.. hihihi

Then beli 2 jenis sos untuk makan dengan yong tau foo.. senang betul zaman sekarang ni kan, sos untuk kuah yong tau foo pun ada jual..

Balik keje terus rebus bahan tu.. rebus agak lama jugak sebab nak pastikan semua bahan tu masak.. lepas tu masak 2 campuran sos tadi.. masa ni bau yong tau foo memenuhi ruang dapur.. terus rasa lapar.. hihihihi..



First time buat sendiri mestilah ada kekurangannya kan.. kuah tu agak pedas cikit.. kali kedua aku masak dah ok sebab aku dah lebihkan sos yong tau foo yg manis tu.. lepas ni kalau teringin nak makan yong tau foo boleh la buat sendiri jer kan..

P/S: sbb ada yg tanya beli sos ni kat mana, meh aku bagitau.. aku beli sos ni kat pasar yang jual bahan basah kat Presint 8 yer.. senang nak cari sebab kedai yg jual sos ni paling depan & tengah sekali..