Showing posts with label Mood. Show all posts
Showing posts with label Mood. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

Februari Bulan Cinta

Hari pertama bekerja di bulan Februari.. bulan yang mana ramai menggelarkannya sebagai "BULAN CINTA" 

Badan aku ni baru nak elok dari demam.. tapi selsema & sakit tekak masih lagi terasa.. demam teruk hari Jumaat.. dah la masa tu tengah holiday kat Kuala Terengganu dengan family mertua.. memang mencabar sebab nak pastikan keadaan demam aku x menyusahkan orang lain.. 

Hari ni banyak perkara nak uruskan.. jadi mungkin akan ada kelam kabut sikit.. jangan badan ni demam balik sudah la.. tapi, kalau Allah dah berikan kesakitan tu kenalah terima seadanya.. sakit tu kan penghapus dosa2 kecil.. ;)

Jom layan sekeping gambar masa bercuti kat Kuala Terengganu.. serius, jatuh cinta dengan kecantikan air laut kat sana.. sangat2 cantik & mempersonakan!
Photobucket

Monday, June 3, 2013

6 Bulan Berlalu...


Sekejap jer dah masuk bulan Jun.. rasanya baru jer melangkah ke tahun 2013.. semuanya berlalu dengan pantas.. 

Impian untuk mendukung baby sendiri di tahun 2013 nampakya belum diizinkan Allah lagi.. ada lagi baki 6 bulan jer.. tapi impian untuk hamil tu masih banyak masa lagi.. terus berdoa, berusaha & bertawakal agar Allah makbulkan impian tu.. kalau belum ada rezeki jugak, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku & Encik Adiey..

Bulan Mei sendiri dah bagi banyak berita gembira dekat diri aku.. dan aku betul-betul teruja nak melalui hari-hari yang menggembirakan sepanjang Jun ni.. 

Aku tak pernah sangka bulan Jun tahun ni akan bawak macam2 berita dekat aku.. tapi, sebelum bulan Jun lagi aku dah terima banyak berita gembira yang akan aku lalui sepanjang bulan Jun ni.. serius aku teruja sangat2 dengan bulan Jun tahun ni!


Selamat menempuhi bulan dan minggu baru dengan penuh kegembiraan yer.. semoga korang akan melalui bulan Jun ni dengan seribu rasa kebahagiaan.. insyaAllah..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Monday, May 27, 2013

Minggu Yang Bersemangat!!!

Mulakan hari anda dengan senyuman.. 



Terperanjat tak tengok muka bolat tu?? hahaha.. sama2 berlumba muka sape lagi bolat.. tapi, dah tentu2 Encik Adiey tak mengaku muka dia bolat.. ceh!

Minggu ni semangat aku luar biasa cikit.. semangat membara untuk melakukan yang terbaik pada tarikh penting yang akan menjelang tak lama lagi.. dah kena mula fokus untuk memenuhkan segala macam ilmu dalam minda ni.. orang kalau dah lama tinggalkan dunia pembelajaraan macam ni lah.. otak dah sedikit "sejuk".. huhuhu.. apapun, semoga segala urusan pada tarikh penting tu dipermudahkan Allah.. semoga impian aku untuk "sesuatu" tu akan tercapai..

So untuk semua, selamat menjalani minggu baru dengan penuh kegembiraan, kebahagiaan dan keberkatan.. 


Photobucket

Monday, May 20, 2013

Hari Isnin Saya.....

Hari Isnin yang agak meletihkan...

Minggu lepas sibuk di kampung halaman dengan kenduri kahwin adk ipar.. kenduri kali ni aku memang tak sempat nak snap gambar.. harap gambar kat photographer jer la.. semua biras sibuk dengan anak kecik.. makanya, sebagai seorang menantu yang belum beranak lagi ni kenalah tolong lebih cikit.. kena tolak ansur la dengan biras2 yang lain kan.. 

Habis kenduri pukul 3 petang hari Sabtu.. pukul 4 petang aku dah sakit kepala! sakit sangat2! seorang biras, seorang adik ipar, mak mertua dan Encik Adiey urut kepala aku secara bergilir-gilir.. tapi sakitnya hilang 10 minit lepas tu jadi balik.. nak tidur jer masa tu, tapi orang lain tengah sibuk mengemas & memasak tak kan la aku nak tidur kan?? so, rest jer dekat ruang tamu.. 

Masa ni semua paksa makan panadol.. aku ni x suka dah nak makan2 panadol ni.. stok vitamin Shaklee aku boleh pulak tertinggal kat rumah.. masa hari Sabtu tu kiranya dah 3 hari aku tak makan vitamin.. tapi, bila dah pukul 10 malam masih lagi sakit sangat2, terpaksalah aku makan jugak panadol.. hukhuk..

Semalam, badan dah mula rasa tak sihat.. cuaca panas.. ditambah badan letih lagi dengan kenduri kahwin tu.. tambah pulak dah 3 hari tak makan vitamin Shaklee.. so memang pakej la untuk aku rasa petanda nak demam tu...

Hari ni, demam pun menjenguk.. badan rasa sakit-sakit.. selsema dan sakit tekak pun dah mula menyapa.. harap-harap cepat sembuh.. tak selesa sangat bila nak buat kerja dengan badan yg tak sihat ni.. 

Nanti free aku update lagi.. tu pun kalau larat.. take care guys!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Tuesday, April 2, 2013

Biarlah Berdiam Diri.....

Bila lagi?
Bila lagi?
Bila lagi?

Terima kasih atas keprihatinan anda untuk bertanya.. tapi, maafkan saya sebab lepas tu memang saya akan mula mendiamkan diri.. diam itu adalah lebih baik.. takut bila ada jawapan untuk soalan tersebut, hati anda & hati saya terasa sakit.. jadi, pilihan berdiam diri itu adalah yg lebih baik untuk menjaga hubungan kita.. 

Jangan pelik kalau dulu tengok saya kurang mesra dengan seseorang tu tapi sekarang saya boleh beramah mesra dengannya.. jangan pelik kalau dulu tengok saya rapat dengan seseorang tu tapi sekarang saya banyak mendiamkan diri dengannya.. 

Biarlah saya berdiam daripada saya berdendam.. biarlah saya berdiam daripada saya membenci.. biarlah saya berdiam daripada saya mengasari dengan tutur kata.. biarlah saya berdiam daripada saya menjauhkan diri..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Monday, February 25, 2013

Berita Gembira - Setelah 3 Tahun

Hari pertama bekerja setelah  5 hari bercuti.. perasaan?? x payah nak cerita.. macam2 ada..

Patutnya, hari ni aku masih bercuti.. tapi sebab sebelum cuti aku dapat tau ada meeting hari ni, so aku datang jer lah keje hari ni.. tapi cuti masih belum cancel.. sekali, bila sampai office tengok memo atas meja bagitau meeting tangguh ke hari Jumaat.. perasaan????? serius aku sentap!! rasa nak balik rumah jugak time tu sebab cuti belum cancel lagi.. tapi dah alang2 aku dah sampai office & punch card semua kan, so pasrah jer lah...

Lepas breakfast, masuk laman web ANM untuk check payslip gaji.. maklumlah hari ni kan hari gaji.. hehehe.. sekali tengok, senyum lebar aku... syukur Alhamdulillah... bermula bulan ni, tiada lagi potongan KWSP untuk gaji aku.. 

Setelah 3 tahun lebih berkhidmat dalam sektor Kerajaan, aku pilih untuk "pencen" dan menolak "KWSP'.. rasanya memang kebanyakan penjawat awam memilih opsyen pencen ni.. aku hari tu terlupa bab ni lepas genap 3 tahun bekerja. dah dekat hujung2 tahun hari tu baru terhegeh2 nak uruskan untuk opsyen pencen tu..

Since aku lepas habis belajar terus bekerja, jadinya jumlah duit KWSP dalam akaun aku tu bukanlah berpuluh2 ribu.. kalau sebelum kerja ni aku dah kerja swasta, mesti lagi banyak kot duit dalam akaun tu.. hehehe.. tapi, syukur Alhamdulillah sangat2 sebab dapatlah menyimpan lebih cikit tahun ni.. terima kasih Ya Allah..

So, hari ni daripada mood marah dah bertukar menjadi mood happy.. jadi, marilah kita bekerja secara lebih tekun walaupun kalau ikutkan hati masih ada saki baki mood cuti2 tu.. hehehehe...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

Monday, February 18, 2013

Edisi "Bulan Entry Tertunggak"

Hari ni memang semput cikit.. awal ada meeting.. lepas tu cepat2 keluarkan surat atas meja.. reply emel.. sambung buat keje.. semuanya kena buat cepat.. maklumlah, minggu ni keje 2 hari jer.. hehehe..

Aku akan bercuti bermula Rabu ni.. hasrat di hati akan bercuti sampai Isnin minggu depan.. tapi sebab ada meeting yang aku kena pergi, aku batalkan jer cuti aku tu.. harap-harapnya larat la Isnin depan aku nak gie keje.. sebab start daripad Rabu sampai Ahad ni memang banyak tempat aku nak "check in".. maybe akan rasa letih tapi happy tu akan mengatasi segala-galanya.. hehehe..

Serius terlalu banyak entry bertangguh yang aku dah hutang kat blog sendiri.. aku sendiri rasa malu sebab x dapat jadi blogger yang rajin update entry terbaru.. banyak entry yang disajikan dah berminggu dan ada jugak berbulan2 berlalu.. adoiii, apa nak jadilah kan.. nak kata bz sangat x adalah.. huhuhu.. 

So aku dah jadikan bulan March 2013 ni sebagai "bulan entry tertunggak".. *boleh ko letak nama tema macam tu?? hahhaha.. 

Semua entry bulan March adalah stok entry2 yang kejadiannya telah berlalu berminggu dan berbulan2 lamanya... hahahha.. sila jangan bosan membaca cerita2 lama yang mungkin kejadiannya dah hampir luput di ingatan aku ni.. hehehe

Tapi entry baru pun aku buat jugaklah.. so maybe dalam bulan March nanti aku update entry2 baru di pagi hari & entry tertunggak di waktu petang.. nampaklah macam sehari tu terlebih rajin update banyak entry kan?? padahal entry basi! hahaha.. 

Jangan salah faham.. tujuan aku update entry lama tu bukan saja2.. kalau part entry tertunggak berkaitan pergi bercuti tu, ada beberapa emel yang aku dapat tanya tentang tempat yang aku pergi bercuti tu.. so, aku rasa x salah kalau aku kongsikan jer tempat bercuti tu.. walaupun pergi bercuti sehari dua, tapi kenangan tu still ada.. lagi 1, aku nak update sebagai peringatan dan kenangan dalam blog kesayangan ni.. nanti kalau diizinkan Allah aku ada anak, boleh la aku berangan anak aku baca blog aku ni.. hehehe... *jauh dah berangan aku tu..

OK lah.. ada 2 kerja penting nak kena siapkan before bercuti rehat selama 3 hari dan bercuti dihujung minggu selama 2 hari.. kali ni bukan pergi bercuti2 cinta tapi cuti untuk memenuhi masa bersama dengan orang2 tersayang.. 

Kalau aku x sempat buat entry autopublish masa cuti ni, aku update terus jer dari phone.. tu pun kalau sempat.. hehehe.. so kalau x ada entry baru tu, faham2 jer lah yer.. korang lawatlah blog orang lain sepanjang minggu ni.. *ayat macam ada ramai jer baca blog ko zana oiiiii... hehehehe..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

Monday, January 14, 2013

Minggu Penuh Bermakna


Selamat pagi semua!!

Semoga permulaan minggu ni membawa lebih banyak berita gembira untuk kita semua.. 

Minggu ni merupakan minggu yang teramat-amat aku tunggu.. hari Ahad nanti birthday Encik Adiey.. teruja nak sambut birthday dia sebab tahun ni dia dah masuk 3series..padahal x terfikir lagi soal hadiah, sambut kat mana, aktiviti apa.. semua masih belum ada keputusan.. *kadang2 macam sedih bila teringat suami dah masuk umur 30tahun tapi saya masih gagal menjadi ibu kepada anak beliau..sobsob...

Minggu ni jugak banyak perkara aku nak kena siapkan.. rasanya masa untuk "berehat" perlu dikurangkan.. kena tumpukan pada perkara yang dah mula menampakkan hasilnya.. 

Kena beri peluang untuk diri aku mencabar diri sendiri untuk lebih maju.. buat sesuatu dengan minat dan ditambah usaha yang cukup, pastinya membuahkan hasil yang lebih baik.. *berani mencabar diri untuk lebih berjaya merupakan antara salah 1 perkara yang nampak mudah tapi sukar dilaksanakan sebab ianya melibatkan diri kita sendiri..

Hari Isnin banyak benda nak kena siapkan.. so next entry hanya akan dipublish bila waktu betul-betul free.. take care guys!!

Salam sayang untuk semua!!

With love, 
~aDieyZa~


Photobucket

Tuesday, January 1, 2013

Entry Pertama Di Tahun 2013

Mulakan tahun 2013 dengan senyuman..

Mulakan tahun 2013 dengan rasa gembira..

Mulakan tahun 2013 dengan perasaan yang bahagia..

Mulakan tahun 2013 dengan amalan yang baik dan diberkati..

Mulakan tahun 2013 dengan segala kebaikan demi diri dan insan tersayang..


Salam sayang buat semua!! 

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Thursday, December 20, 2012

Wanita - Insan Teristimewa Buat Seorang Lelaki

Semalam antara hari yang pack.. 

~ petang keluar office awal sebab ada urusan.. 
~ lepas tu terkejar2 hantar vitamin yang customer order.. 
~ balik COD barang customer, balik rumah mandi dan solat..
 ~ lepas Maghrib jumpa geng Shaklee untuk pass barang dia.. 
~ lepas tu terus ke Alamanda nak pos barang customer.. 
~ balik dari Alamanda terus pergi SR nak beli kek untuk birthday officemate.. 
~balik rumah dah pukul 10..

penat?? penat cikit tapi happy!! Encik Adiey lagi penat kot sebab merata-rata tempat dia kena drive.. hehehe.. sokongan suami dalam apa pun yang kita lakukan sangat penting kan? 

Suami isteri memang kena saling menyokong kan? suami kena sokong isteri untuk menjadi isteri yang lebih baik.. isteri pulak kena sokong suami untuk memimpin keluarga.. selalu kan dengar pepatah, "di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita di belakangnya"..

Hari tu Encik Adiey ada suruh aku dengar lagu Wanita nyanyian kumpulan KRU.. laju-laju cari lagu tu kat youtube.. tapi x sempat cari lagi Encik Adiey dah bagi link lagu tu kat FB.. oh, indahnya rasa.. *sorry, mood gatal di hari Khamis malam Jumaat dah tiba.. hihihi..

Jom hayati lirik lagu Wanita ni.. bagi aku lirik lagu tu memang sangat2 sweet! memang lagu tu menggambarkan tentang perasaan dan naluri seorang wanita.. memang apa yang wanita selalu harapkan ada di dalam bait-bait lagu tu..


 
Lirik Lagu Wanita - KRU

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu 
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu

Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah 
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita

Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu 
Menenangkan kalbu
Jangan kau hampakan cintanya yang tulus

Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita



Untuk kaum lelaki, hargailah perasaan 2 wanita yang paling terpenting dalam hidup anda iaitu ibu dan isteri.. sayangilah wanita tersebut sepenuh jiwa dan raga.. belailah mereka selagi mereka ada di sisi anda.. 

Untuk kaum wanita, semoga kita semua akan terus menjadi wanita yang terbaik di sisi lelaki yang kita cintai.. hargai diri kita sendiri kerana Allah menciptakan kita sebagai wanita yang terlalu istimewa.. 

Nota cinta: semoga aku dapat melengkapkan diri aku sebagai wanita yang lebih sempurna sebagai anak, isteri dan ibu.. insyaAllah..
Photobucket

Wednesday, December 19, 2012

Syukur Alhamdulillah - 8A Dalam PMR

Syukur Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah

Hari ni merupakan antara hari yang paling bahagia bagi kami seisi keluarga.. linangan air mata kegembiraan mengalir tanpa diundang.. senyuman seikhlas hati dilemparkan tanpa henti.. 

Debaran kami sekeluarga sejak semalam telah berkahir.. berakhir dengan kegembiran dan senyuman.. hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku sekarang.. *sambil taip entry sambil menangis...

Anak buah sulung aku ambik PMR tahun ni.. so hari ni result PMR keluar.. awal2 dah pesan dekat kakak aku yang kalau dia berjaya dapat 8A, terus call aku.. tapi kalau dapat 7A ke bawah, just sms jer.. *dari pagi berharap akk aku call dan berharap x de 1 pun sms daripada akk aku pagi ni..

Pukul 10.45pagi ni, tiba2 handphone bunyi.. keluar nama & gambar kak long aku.. perasaan masa tu???????? berdebar tapi hati dah menangis!!!!!!! masa tu menggeletar angkat phone.. jawab jer call dengar kak long tengah nangis.. *masa tu terfikir kak long nangis sebab happy ke sebab sedih?? perrrggghh, takut beb!!

Dengar jer kak long kata, "Dik, Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah".. dengar jer macam tu, air mata pun cepat jer nak turun.. terharu sangat2.. 

Syukur Alhamdulillah, 8A milik anak buah aku...

Masa tu x dapat cakap dengan anak buah lagi sebab dia kat atas pentas.. letak jer call kak long tu, aku menderu2 call keluarga terdekat.. happy beb! dekat officemate pun aku bagitau!! happy!!!

Selang 10minit, dapat lagi call dari kak long.. tapi anak buah yang call.. dengar suara dia, terus nangissssssss.. *giler meroyan mak su dia ni.. emosi sungguh!! 

Mana x gembira, dialah anak buah sulung aku.. dialah yang paling rapat dengan aku.. terlalu sayangkan dia sampaikan rasa kalau dia nak kahwin nanti aku mesti over emosi!!! *budak tu baru PMR tapi mak su dia dah fikir dia nak kahwin?? overrrrrr mak su dia!!

So, nampak gayanya sebahagian besar duit bonus semalam akan digunakan untuk beli something special untuk anak buah tersayang.. sesekali melabur lebih cikit untuk dia.. bukan memanjakan dia dengan material atau wang ringgit, tapi sebagai tanda penghargaan atas usaha dia selama ni..  



Untuk Intan Farhana, 

"ketahuilah bahawa Mak Su sangat2 gembira dengan kejayaan kamu.. Mak Su sangat2 bangga dengan usaha kamu selama ni.. kejayaan kamu akan menjadi pendorong pada sepupu2 kamu yang lain untuk sama berjaya macam kamu..kamu sememangnya "INTAN" yang amat berharga dan istimewa di hati Mak Su dan seluruh ahli keluarga kita.. MAK SU SAYANG INTAN..." 


Ya Allah, kami sekeluarga bersyukur di atas rasa kebahagiaan ini.. kami sekeluarga memanjatkan kesyukuran di atas nikmat kejayaan yang diberikan kepada anak/anak buah/cucu sulung dalam keluarga kami..


Photobucket

Wednesday, December 5, 2012

Entry Bergambar : Tambah Limit Gambar Dalam Blog

Yeaaaayyyyyy!! dah boleh upload gambar dekat blog.. rupanya senang jer cara nak tambah limit letak gambar dalam blog tu.. tapi aku jer yang tak ada banyak masa nak buat.. 

Seronoknya dah boleh letak gambar dalam blog!!!! sebagai tanda happy, kita letak gambar baby Alya dengan Acu dia yang tengah happy tu.. comel kan Alya & Acu dia.. hehehe..


Nota cinta: memang x bermakna sesebuah blog bila update entry tanpa gambar.. 

Monday, June 25, 2012

Monday, June 18, 2012

Tips Apabila Selsema dan Hidung Tersumbat

Dah nak masuk seminggu selsema.. ubat klinik dah habis.. pergi pulak farmasi.. tapi masih sama.. bila dah selsema teruk, hidung mesti tersumbat.. memang payah nak tido bila hidung tersumbat.. 


Aku memang kalau kena selsema, susah sangat nak elok.. dulu pernah sampai dekat sebulan selsema.. sampai 3 kali pergi klinik since selsema x elok2.. macam2 ubat doktor bagi.. last2 bila semua ubat dah habis, dia elok sendiri.. tapi nak tunggu elok sendiri tu makan masa gak la.. masa tu pantang minum ais la kononnya nak cepat elok, tapi masih sama.. 



Letak jugak status kat FB.. mintak petua untuk hilangkan rasa selsema & hidung tersumbat.. dah try semua tips.. aku nak sarankan kat sesiapa yang ada masalah selsema atau hidung tersumbat tu, trylah petua2 kat atas tu.. semuanya dapat redakan selsema.. cuma cepat atau lambat jer la..

Sememangnya vicks adalah terbaik!! rasa sangat2 selesa.. sapu dekat dada dan belakang badan.. boleh jugak sapu kat tapak kaki dan lepas tu pakai stokin.. nyaman jer rasa.. so, pastikan vicks ni sentiasa ada kat rumah.. banyak manfaatnya bila selsema ni..


Kalau sesiapa yang rajin, cuba letak vicks atau bam kemudian campur dengan air panas/air suam.. masuk dalam bekas kemudian cuba bernafas dekat bekas tu.. selubung atau tutup sikit dengan tuala macam gambar kat atas tu.. tu petua yang Nana bagi kat FB.. lega jugaklah.. dapat tido lena jugaklah.. 

Ramai yang sarankan minum air suam.. ada jugak yang sarankan minum air lemon yang dicampurkan dengan madu.. yang ni lepas minum beberapa cawan, memang rasa kurang selsema tu.. kalau nak minum madu sahaja pun boleh.. 

Part minum air lee chee kang tu elok gak sebab ada antara bahan2 dalam tu yang membantu untuk penyakit selsema, cumanya jangan minum air tu dengan ais ok! nanti elok2 dah nak pulih, jadi selsema balik pulak..

Takpelah, sakit ni kan tanda kasih dari Yang Maha Esa.. then sekarang ni aku cuba amalkan sekali makan Vitamin C dan Garlic daripada Shaklee.. kalau selalu sehari sebiji je, tapi bila selsema teruk ni aku ambik 4 biji Vit C dan 2 biji Garlic.. alhamdulillah, nampaknya makin cepat beransur pulih.. 

nota cinta : ada tips lain yang dikongsikan? sharing is caring :)

Photobucket

Monday, May 7, 2012

Celoteh Menantu Di Pagi Isnin

Selamat pagi semua..

Hari ni maybe x dapat nak update panjang2.. kesihatan agak kurang baik.. Jumaat lepas tiba2 jer demam.. mula rasa menggigil dekat office lepas lunch hour.. merana gak la nak tunggu waktu balik 4.30 petang tu.. masuk jer dalam kereta waktu balik tu, terus tido.. encik adiey punyalah pecut supaya sampai awal kat kampung.. 

Turun jer kereta, x sempat cakap apa, mak mertua dah tanya aku demam ke? maybe dia tau aku x sihat sebab selalunya turun jer kereta terus aku panggil dia.. ni aku diam jer sebab dah x larat sangat2.. masuk rumah, mak terus bentang tilam kat ruang tamu.. aku x sempat tukar baju terus baring kat situ.. serius punya x senonoh perangai menantu yang sorang ni.. dengan baju kurung, make up x sempat cuci terus baring.. tapi masa tu memang dah x tahan sesangat.. mak selimutkan aku dengan 2 helai toto tapi aku masih sejuk.. bila mak pakaikan stokin pun aku still rasa sejuk.. 

Lama gak mak urut2 badan, kepala dan kaki aku.. sambil sapu2 vicks sebab aku dah mula nak selsema.. sambil tu mak baca jugak doa.. masa mak baca doa tu, mengalir air mata.. terharu kerana dijaga dengan begitu baik.. mak duduk jer kat sebelah aku sampai pukul 10malam.. sampaikan mak terbaring & terlelap kat sebelah aku sambil tangan memeluk erat badan aku.. serius terharu buat sekian kalinya..

Tersedar pukul 10 lebih, perut rasa lapar.. walaupun demam still rasa nak makan.. dasar budak booolat.. huhuhuhu.. lepas makan malam, makan ubat terus rasa nak baring & tido lagi.. teruk kan?? bangun hanya untuk makan.. nampak sangat perangai x senonoh tu.. huhuhu..

Malam tu encik adiey pulak yang ambik turn jaga aku.. tapi kesian gak la kat dia, sebab dia panas tapi x boleh on suis kipas since aku dah kesejukan.. bila dah dapat dijaga dengan begitu baik sekali, makanya esok tu badan dah x panas sangat.. tinggal sakit2 badan jer.. nasib baik cepat sembuh sebab petangnya tu aku nak balik rumah kakak aku yang baru bersalin tu.. nak gie gomol2 baby Alya, so kalau demam memang x dapat la nak manja2 dengan dia.. nanti takut berjangkit lak.. nanti aku update cerita & gambar baby Alya yer..





Oh, maybe ada yang kata, eleh kena jaga dengan mak mertua macam tu pun nak kecoh ker? eh, ni bukan soal kecoh tapi soal menghargai.. sebab wanita tu adalah mak mertua kita.. wanita yang melahirkan dan membesarkan suami kita.. bila wanita tu menjaga kita sehabis baik macam tu, haruslah hati ni terharu.. wanita yang bukan melahirkan kita, bukan menyusukan kita dan bukan membesar kita tapi sanggup menjaga kita di waktu kita merasai kesakitan.. betapa indahnya perasaan tu.. setuju x?

*eh, bukan kata x nak update panjang2 ke? ni dah panjang ni... huhuhu..

Nota Cinta: just demam biasa, bukan sebarang "petanda" kerana bendera Jepun sedang berkibar dengan gembiranya.. hihihi...
Photobucket

Monday, March 5, 2012

4 Hari Lagi Adalah Hari Jumaat!


Selamat pagi!

4 days till Friday!!

Tajuk entry adalah untuk memotivasikan diri sendiri.. xmo rasa Monday Blues sangat sebab lagi 4 hari dah hari Jumaat.. kalau fikir baru balik bercuti, mesti asyik rasa Monday Blues jer.. so marilah kita fikir positif walaupun sebenarnya memang kita tengah Monday Blues.. hihihi..

Hari ni kesihatan agak terganggu.. semalam pergi kenduri rumah member, malam tadi aku & encik adiey sakit perut.. dari pukul 11 malam sampai lah pagi nak pergi keje asyik ke toilet jer.. penat ooooooo...

Weekend lepas balik kampung.. rasanya berat badan naik mendadak.. mak & mak mertua asyik masak semua makanan kesukaan aku & encik adiey.. asyik kena paksa makan.. asyik tersandar kekenyangan jer.. kalau balik kampung jer mesti jadi macam tu kan?? semua menu mak nak masak.. semua kuih muih mak mertua nak buat.. yang jadi mangsanya, perut! makin membuncit.. adoiiiiiiii...

Entry tentang weekend ni aku cerita jap2 lagi eh.. now nak clearkan emel jap.. dah bertimbun emel office & peribadi tu.. kursus 3 hari minggu lepas memang x sempat nak tengok emel.. balik kampunng dari hari Jumaat lagilah x sempat nak bukak internet, asyik makan jer... hahahahampeh betul..

Hari ni ada beberapa "misi adieyza.blogspot" perlu dilaksankan:

1) nak contact pemenang GA hari tu.. ramai lagi yang x bagi details ni.. 
2) nak buat entry tentang "cari persamaan" hari tu.. nak bagi hadiah kat pemenang!
3) nak lawat blog member2 sebab dah lama sangat x menyinggah.. rindu!
4) nak buat entry baru sebab blog ni dah makin suram rasanya.. tapi idea jap ada jap xde!

Nota Cinta: hope misi dapat dilaksanakan..

Photobucket

Friday, February 17, 2012

Isu Panas!


Dari semalam "orang" tu sajer nak buatkan hati aku marah..




Semalam beria2 marah sebab majlis yang patutnya buat hari ni tangguh ke hari Isnin.. alasannya dia dah tempah makanan mahal untuk jamuan! bila last minute tunda, so dia bengang.. katanya dah tempah, orang tu dah start nak masak la..

Hello, bukan aku yang tunda la! dah big boss kata tunda, so aku emel la kat semua bagitau majlis tunda.. ko ingat aku suka2 hati nak emel ke? ko ingat aku ada kuasa besar sangat ke nak tunda2 majlis ni???

Kalau pasal ko tempah makanan yang mahal, staff & kakitangan kat sini x paksa pun ko bawak makanan tu tau!! dah kata konsep pot luck, siapa2 yang nak bawak makanan, boleh bawak.. tiada paksaan langsung.. 

Dalam emel yang aku hantar tu dah bagitau, kalau nak bawak makanan, bagitau aku supaya senang aku nak uruskan.. tapi ko x bagitau aku kan.. terus ko bagitau orang lain, pulak tu orang lain tu adalah orang yang diraikan & orang tu x tau pasal majlis ni.. memang semua emel tentang majlis ni aku x hantar ke orang yang diraikan tu.. kononnya surprise la kan.. tapi ko dah bagitau orang tu.. x pasal2 orang tu tau.. x ke namanya ko tu "terlebih bijak"?? 

Bila majlis tunda, ko ungkit2 pasal makanan yang ko tempah tu mahal.. asyik2 sebut pasal mahal.. dah macam x ikhlas la pulak ko nak bawak makanan tu kan??? 

Tak puas hati dengan kes aku emel tu, ko sajer la pulak nak bagi aku buat keje ko kan?? eh, ko ingat aku ni PA ko eh?? tapi memandangkan aku pernah keluarkan surat berkaitan kerja tu, aku leh terima lagi la.. tapi bila ko mula nak suruh aku keluarkan terus surat tu lepas pihak ke 3 call ko, x kiralah masa tu pukul berapa, itu dah MELAMPAU namanya!!!!

Kalau orang tu call ko semalam lagi beberapa minit sebelum pukul 4.30petang, then suami aku dah tunggu aku kat lobi nak ambik aku balik, apa kejadahnya aku nak tunggu untuk siapkan keje ko kan?? kalau orang tu call lepas aku dah sampai rumah, ko nak suruh aku balik office balik ke?? 

Nasib semalam orang tu xde call.. dah pagi ni aku kena standy untuk keluarkan keje ko pulak.. tapi kalau petang orang tu call? aku ada meeting petang ni so pandai2 ko la kan..

Aku ni bukanlah nak berkira sangat pasal buat keje orang, tapi cara nak mintak tolong tu biarlah betul cikit.. kalau kena caranya, orang nak tolong pun x sakit hati tau.. lepas tu kalau pasal makanan nak bagi orang makan pun ko nak mengungkit, renung2kan lah.. jangan sampai niat nak bagi orang rasa tu jadi x ikhlas la pulak sebab nak menunjuk makanan yg ko tempah tu mahal!

Nota Cinta: Tak pasal2 aku buat entry marah di hari Jumaat ni.. kesian blog aku ni.. dah tercatit pulak cerita tentang marah2.. mencikkkkkkk ah!

Photobucket

Tuesday, January 31, 2012

Hari Yang Padat & Sendat

Hadir perhimpunan bulanan Kementerian

Hadir ceramah bulanan Kementerian

Siapkan kerja-kerja tertunggak sebelum bercuti seminggu
 
Ke spa bersama encik adiey sebelum bercuti
 
Ke Jusco untuk beli keperluan rumah untuk elak bersesak membeli semasa cuti panjang
 
Packing barang untuk bercuti esok
 
Kemas rumah sebelum bercuti esok

Nota Cinta: Jadual yang agak padat hari ni.. awal2 dah makan vitamin supaya sentiasa cergas.. entry tertunggak makin banyak.. kesian kat blog sendiri.. kian terabai kerana tuan blog yang moodnya ntah hilang ke mana..
 
Photobucket

Thursday, January 26, 2012

Ke Laut

 


Mood update blog dah nak ke laut..

Mood upload gambar kat fb dah nak ke laut..

Mood blogwalking dah nak ke laut.. 
 
 
Adakah sebab masa untuk bercuti di tepi pantai makin hampir? hahahahaha..

Perlukan lebih banyak semangat lepas balik cuti ni.. tapi minggu depan cuti seminggu lagi.. so adakah mood tu akan balik semula pada pertengahan Februari nanti? sama2 kita nanti.. hihihihi..

Nota cinta: berusaha mendraf segala entry tertunggak..harapnya misi berjaya..

Monday, January 16, 2012

Idea!



Tak ada idea nak update entry apa..

Tak ada idea nak buat GA birthday konsep apa..

Tak ada idea! so marilah kita memerah otak untuk lebih banyak berfikir..

Nota Cinta: sorry, entry kosong di pagi hari..

 
Photobucket