Tuesday, June 7, 2011

Miss My Blog!!


Lama dah x update blog.. semuanya gara2 persiapan untuk audit 5S.. hari ni audit dah habis, so barulah free untuk update blog.. sebelum audit, jangan kata nak update blog, nak blogwalking pun x sempat.. tu yg dah lama x tinggal jejak kat blog korang.. sorry yer..

So petang ni nak transfer semua gambar dari kamera.. esok senang cikit nak update entry2 baru.. sedih jugak aku kat blog ni.. kalau dulu selalu jer aku update cerita2 baru.. sekarang ni seminggu 2,3 kali jer aku update.. so sorry my dear blog!!


Petang ni nak cuba balas kunjungan korang.. rindu nak blogwalking.. nak cuba balas komen2 dari blogger yg sudi tinggalkan komen kat blog ni.. hope ada kesempatan untuk semua tu.. harap2 boss x panggil la hari ni.. beberapa minggu sebelum audit pagi tadi memang penat sangat.. hari2 fikir untuk audit.. sampai termimpi2 sebab risau.. so petang ni memang nak hilangkan tension & penat tu..

P/S: harap2lah jangan ada gangguan..


Friday, June 3, 2011

Tips Memujuk Lelaki Merajuk

Jumaat yg indah!! hati berbunga2 riang.. perasaan yg cukup bahagia..

Hari ni jom kita kongsi tips lagi.. kali ni tentang tips memujuk lelaki merajuk.. siapa kata perempuan jer tau merajuk.. lelaki pun ada kalanya merajuk jugak.. tapi merajuk lelaki ni lagi susah untuk dipujuk.. kalau perempuan tu, cepat hilang merajuknya sebab hati perempuan ni kan lembut & mudah tersentuh.. kalau kena ayat2 manis masa tengah merajuk tu, cepat jer cair..

Tips Memujuk Lelaki Yang Merajuk

1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian

Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.

2. Sentiasa memberikan si dia sokongan

Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya

Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.

P/S: korang kuat merajuk x?? antara lelaki & perempuan, siapa yg lagi senang nak dipujuk?

Tuesday, May 31, 2011

Encik Suami Masuk Berita Harian!!!!


Hati berbunga riang bila nampak wajah encik suami masuk Berita Harian.. senyum sampai ke telinga hari ni.. x jemu2 menatap wajahnya.. susah nak dapat peluang berharga ni.. tu yg teruja nak cerita dalam blog ni.. hihihi..

Kisahnya macam ni.. encik suami pernah daftar untuk Cabaran Pematuhan Lampu Isyarat awal tahun ni.. lepas join cabaran ni, berangan la encik suami untuk jadi pemandu berhemah & cuba elak dari langgar lampu isyarat.. tapi ada kalanya gagal jugak.. huhuhu..

Tapi ada 1 hari tu, orang Perbadanan Putrajaya call encik suami.. katanya encik suami terpilih sebagai pemenang Cabaran Pematuhan Lampu Isyarat.. orang tu suruh encik suami datang ke pejabat Perbadanan Putrajaya untuk acara penyampaian hadiah.. masa tu,aku macam x percaya jugak.. tapi bila orang Perbadanan Putrajaya hantar sms, barulah aku percaya..

Memandangkan hari penyampaian hadiah (24 Mei) tu hari bekerja, aku x dapat la nak temankan encik suami.. so encik suami pergi ambik hadiah tu dengan kawan office dia.. sepanjang penyampaian hadiah tu, encik suami update la aktiviti yg ada kat situ dekat aku.. masa tu, dia ada kata tentang sesi bergambar dengan Berita Harian.. beria dia kata akan masuk surat khabar..

Makanya, selaku isteri yg prihatin, setiap harilah aku ni menatap Berita Harian di awal pagi.. punyalah semangat kan.. mana x semangatnya, bukan senang nak tengok gambar insan tersayang terpampang dalam surat khabar kan.. 6 hari menanti wajah encik suami masuk Berita Harian, tapi hampa sebab x de pun berita tentang tu (ayat macam putus cinta.. hahahaha)..

Malam tadi encik suami kata, maybe berita tu x kan masuk sebab dah seminggu kan.. so pagi tadi aku pun lambat la baca Berita Harian.. tapi bila tengah sedap belek2 surat khabar, nampak wajah encik suami!!!! happy!!!!

Bila nampak wajah & senyuman encik suami tu, terus call encik suami.. encik suami berkali ganda happy.. then, terus call family untuk "paksa" diaorang beli Berita Harian.. hihihi.. mestilah happy kan bila nampak wajah insan tersayang masuk surat khabar.. apatah lagi dengan berita yg baik.. berita tentang pemandu berhemah, siapa x happy kan??


P/S: senyum sepanjang hari..


Family Gathering at Port Dickson


Family gathering kat Port Dickson ni last minute punya planning.. walaupun last minute, tetap meriah.. sempat berkumpul dengan mak, abah & 3 orang adik beradik untuk family gathering kali ni.. 8 orang anak buah yg sememangnya excited nak mandi laut buatkan keadaan bertambah riuh rendah.. kalau dapat kumpul 12 orang anak buah, mesti bertambah heboh..



Sampai Port Dickson petang sabtu.. petang tu just sempat berjalan kejap jer kat pantai Teluk Kemang.. kitaorang sewa homestay jer untuk bermalam, sebab kebanyakan hotel dah fully booked.. kalau ada pun, dah tentu mahal.. homestay ni pun best.. harga pun sangat berpatutan..


Pagi Ahad aktiviti yg ditunggu.. mandi laut!!! dah lama sungguh aku x mandi laut.. beria2 nak mandi laut.. tapi sampai laut, mood nak mandi laut terus ke laut.. tetiba macam xnak mandi la pulak.. ngada betul perasaan aku masa tu.. mood nak bergambar jer lebih..

Encik suami sibuk melayan karenah anak buah.. lagipun budak2 tu memang suka lebih kat encik suami.. katanya "pak su baik, mak su garang".. huhuhuhu.. macam mana aku x garang, korang suka buat nakal..


Aku pulak sibuk buat aktiviti dengan anak buah aku yg sulung.. aktiviti bergambar di tengah laut!! hahahaha.. ni semua sebab anak buah aku la.. dia memang suka bergambar, so aku pun layan jer la.. lagipun dah lama mood nak bergambar tu hilang.. ntah pergi mana pun aku x tau.. maybe sebab rasa badan ni makin berisi so malu nak ambik gambar.. hahahaha..


Family gathering kali memang seronok!! hope ada kesempatan untuk luangkan masa bersama2 lagi.. happy!!


p/s: mood aku sekarang ni kerap berubah2..