Showing posts with label Senyum. Show all posts
Showing posts with label Senyum. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Kata-Kata Indah Di Hari Jumaat

Jom kita tengok beberapa kata-kata hikmah yang baik yang ada di status FB kawan-kawan kita pada hari Jumaat.. kebanyakan daripada kawan-kawan kita akan tulis status kata-kata yang baik-baik dan positif hari ni.. syukur Alhamdulillah.. 




"Senyumlah.. dengan senyuman kita dapat membahagiakan orang disekeliling kita"

"Think good thoughts, speak kind words, take good action"

" Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya"





     “Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

 "Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan"

"Seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia"




"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK"

"Kebijaksanaan pada lelaki, kesabaran pada wanita akan membawa kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga.. perkahwinan yang berlandaskan kesabaran akan membawa lebih kegembiraan dan keberkatan"

 "Mulakan pagi dengan sedekah.. berbuat baik pada semua orang.. jangan pernah membalas kejahatan dengan dendam, tapi balaslah ia dengan senyuman dan kesabaran.. "




"Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya dengan meminta pertolongan daripada Allah untuk mempermudahkan segala urusannya"

"Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya cukup berani untuk membetulkan kesilapannya"

"Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka"



"Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi"


"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya"

"Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur"





- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 

"A Miracle is Another Word for Effort"


******************************************************************************

Clink link entry di bawah untuk lebih banyak mutiara kata dan kata motivasi untuk anda:

"KATA INDAH HARI JUMAAT"

"MOTIVASI SELAMAT PAGI"
"ALLAH UJI TANDA ALLAH SAYANG"



Photobucket

Thursday, February 14, 2013

3 Tahun Lalu.....

3 tahun lalu, pada tarikh yang sama dengan hari ni, 14 Februari...

Bermulanya langkah baru dalam hidup aku dan Encik Adiey.. mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan setelah 9 tahun mengenali hati budi masing-masing.. 


Tarikh 14 Februari yang dipilih oleh kedua keluarga menjadi bukti restu kedua belah keluarga.. cinta yang pada asalnya hanya 'cinta monyet" kekal utuh selama 9 tahun berikutnya..

Alam pertunangan itu tersangatlah indah pada kami berdua.. tiada masa untuk bergaduh.. tiada masa untuk bertengkar.. yang ada hanyalah masa untuk mengatur majlis perkahwinan yang hanya 5 bulan dari tarikh pertunangan.. segalanya indah!!

Syukur Ya Allah kerana kini dia jodoh untuk diriku.. syukur kerana ada seorang insan yang bergelar lelaki yang sudi menerima kekurangan dan kelebihan diriku.. syukur Alhamdulillah..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Tuesday, February 5, 2013

Anak Dara Saya!


Anak dara saya yang dah makin membesar dengan comel dan bijak.. lagi beberapa bulan genap anak dara saya setahun.. rasa macam baru lagi pegang dia yang baru lahir..

Tak sabar nak tunggu dia tau jalan.. nanti boleh curi dia selalu bawak pergi shopping! boleh culik dia untuk bawak pergi makan2! boleh bawak lari dia untuk pergi jalan2! hehehehe.. 

Sesuka hati kan nak culik anak orang? ada saya kisah?? ni kan anak buah saya.. jadi secara automatik, dia anak saya!!!! hihihihi..

Alya, Acu rindu sangat kat Alya.. sayang Alya ketat2... mmmuuuaaahhh!

Salam sayang untuk semua!!!
 
With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Wednesday, January 23, 2013

WordLess Wednesday - Samsung Galaxy Note II


Mula-mula beli 1.. beli awal bulan hari tu.. since Note II tak ada warna pink, so beli warna putih.. tapi lepas beli, laju2 cari casing pink!! over budak sorang ni!!

 Lepas tu sedih pulak tengok bila ada orang tu asyik sebut pasal handphone kita..  jadinya, marilah kita berlaku adil dan saksama antara suami isteri.. menjelang beberapa hari sebelum birthday dia, kita beli 1 lagi Note II sebagai hadiah birthday dia yang ke 30.. 


Walaupun sebenarnya plan nak beli hadiah lain sebenarnya.. tapi xpelah.. kasi special sikit untuk birthday dia yg ke 30 tahun ni kan.. sajer beli grey untuk dia sebab x nak kasi sama dengan Pinky Note II kita.. hahahaha.. 
Syukur Alhamdulillah bila dia gembira.. Syukur Alhamdulillah di atas rezeki daripada Allah.. 

Nota cinta: terima kasih untuk semua yg wish birthday dan mendoakan yg terbaik untuk Encik Adiey.. hanya Allah yang mampu balas jasa baik korang semua..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Tuesday, January 22, 2013

Birthday Encik Adiey : Surprise, Hadiah, Pavlova!!

20 Januari 2013, genap Encik Adiey 30 tahun.. Syukur Alhamdulillah kerana di ketika tarikh bermakna tu, aku masih berada di sisi dia untuk menjaga dan menyayangi dia..

Sama macam pasangan lain, genap pukul 12malam terus nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia.. walaupun suara x sedap, belasah jer lah! Masa tu memang kitaorang belum tido lagi sebab masing2 tengah layan drama kat tv.. lepas nyanyi, terus post e-card birthday kat FB.. buat e-card tu 10minit sebelum pukul 12 malam.. hihihi..


X kisah la orang kata e-card tu simple sangat ke apa.. janji aku buat dengan hati yang ikhlas & penuh kasih sayang.. *pergh, ayat nak sweet sokmo la kononnya kan??

Masa nak masuk tido tu, puaslah fikir nak bagi hadiah dia bila.. cadangnya nak bagi petang2 cikit.. tapi sebab aku mood over excited, so bagilah hadiah dia malam tu jugak..

Letak hadiah kat atas katil sebelum dia masuk bilik.. tak balut! tak ada kad! Giler pemalas punya isteri.. hahaha..nasib baik hadiah tu ada kotaknya.. kalau x ada kotak, letak kosong macam tu jer la kot..hehehe..


Note II.. a special birthday gift for his 30th birthday!

Encik Adiey nampak sangat teruja dengan hadiah tu.. rasa nak mengalir air mata bila berkali2 dia mengucup dahi aku sambil ucap terima kasih.. *sesungguhnya kerana sikap menghargai dialah yang membuatkan aku makin jatuh cinta dengan dia setiap hari!!!

Kenapa beli hadiah Note II? Later kita story la eh.. sebab macam panjang lagi jer entry ni.. nanti korang bosan pulak.. hehehe..

Bangun pagi tu agak sedih sebab birthday boy tu demam la pulak.. lepas solat Subuh, mandi & Encik Adiey request nak makan roti canai sardin.. selera orang demam hanyalah roti canai sardin..

Masa breakfast kat luar, Encik Adiey x perasan yang aku asyik berbalas sms dengan seseorang.. sms dengan seseorang untuk birthday surprise.. nasib masa tu dia x banyak tanya..

Balik rumah, x bagi Encik Adiey tukar baju.. dengan alasan nak ambik gambar dia dengan Note II tu.. padahal sebenarnya aku nak tunggu seseorang hantar surprise kat Encik Adiey.. orang tu dah otw nak datang rumah..


Sambil tunggu orang tu, aku buat2 suruh dia explore Note II tu sambil aku ambik gambar dia.. punyalah banyak aku ambik gambar dia masa tu! Sebab orang yg nak tolong surprisekan tu x sampai lagi..

Tetiba dengar orang bagi salam.. aku sajer suruh Encik Adiey gie bukak pintu.. aku ingatkan dia terus bukak, tapi dia gie tengok dulu kat teropong pintu!! Terus dia pandang aku yg kat belakang dia then bagitau, “baby order kek eh???”



Muka Encik Adiey masa tu ada terkejut & senyum x henti2.. serius rasa seronok tengok senyuman dia tu..


Pavlova for his 30th birthday!! Sangat2 sedap!! Entry pavlova ni kita buat entry lain eh.. macam panjang sangat kalau buat 1 entry.. hehehe..

Petang tu cadangnya nak pergi celebrate birthday dia.. tapi dia makin x sihat.. so just makan2 simple.. selera petang tu hanyalah chicken chop.. lepas makan terus balik rumah..

Nanti ada masa nak bawak jugaklah dia makan kat mana2 tempat yg dia suka sebab masa birthday dia tu memang dia demam yg agak panas just dia cuba untuk bertahan.. nasib baik esoknya masa gie klinik doctor bagi MC.. so dia boleh rest puas2 kat rumah sambil explore his new gadget.. hehehe..

Even tahun ni hanya dapat buat simple celebration, tapi still 2 surprise berjaya membuatkan dia tersenyum bahagia.. syukur di atas rasa bahagia ini Ya Allah..

Nota cinta: 
bermula kehidupan 3series buat dirinya.. tapi dia selalu kata dia maintain muda dan nampak macam sebaya dengan aku.. sangat perasan kan Encik Adiey tu!! ke memang korang rasa dia x nampak macam 30 tahun?? hihihihi..


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Thursday, January 17, 2013

Spontaneous Thursday - Positif!


Untuk berjaya, kita kena lebih positif.. banyak melakukan benda positif.. banyak mendengar kata-kata positif.. banyak bercakap tentang perkara positif..

Kadang-kadang kita dah cuba untuk menjadi positif.. cuba belajar untuk lebih bersikap positif dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.. 

Tapi kadang-kadang muncul orang yang bersikap negatif menggangu gugat sikap positif kita.. apa kita patut buat pada orang negatif ni?? kita balas negatif tersebut dengan sesuatu yang positif.. jangan biarkan kita balas dengan sesuatu yang negatif jugak.. sebab kita kan nak berjaya.. jadi biarkan orang negatif tu terus khayal dan leka sedangkan kita tengah menempah tiket kejayaan.. 

Positif!! Positif!! Positif!!


Photobucket

Tuesday, January 8, 2013

Pisang Kampung Halaman : Pelbagai Khasiat Pelbagai Manfaat


Buah tangan dari mak abah di kampung untuk anak menantu!! 

Setiap kali balik kampung or mak abah datang menjenguk ke Putrajaya, mesti ada bekalan pisang.. yummy2!! lagi sedap bila yang tanam tu mak abah sendiri.. lagilah sedappppp!! kitaorong suami isteri memang suka pisang.. 

Jom terjah khasiat pisang!!

Ketua Dietetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit!! 


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Monday, January 7, 2013

Isnin Yang Sangat Melegakan Hidup Saya!!!

Hari Isnin yang ceria!!

Baru jer mulakan kerja di hari Isnin dah dapat berita yang bagi aku agak melegakan.. salah satu kerja tambahan yang aku kena buat setiap hari dah tak perlu nak buat lagi.. lega yang seolah-olah lepas 1 perkara yang menyesakkan jiwa dan raga aku..
Tau kenapa aku lega sangat?? sebab kerja tu masa cuti pun aku buat.. memang mengganggu waktu cuti aku.. walaupun sebenarnya aku boleh suruh orang lain tolong buat, tapi sebab aku tau benda ni agak leceh dan aku pulak x nak susahkan orang lain, so aku rela buat jugak walaupun tengah cuti.. tapi dengan syarat semua orang bagi kerjasama dekat aku..

Tapi, masalahnya x semua sudi bagi kerjasama yang baik.. aku suruh hantar pukul 8 pagi, pukul 10 pagi baru nak hantar.. padahal aku nak kena submit laporan tu cepat sebab aku nak keluar.. kata cuti kan.. mestilah banyak urusan nak buat.. kadang-kadang rasa sedih sebab diaorang seolah-olah x faham yang aku ni nak bercuti.. tapi ye lah.. diaorang ni semua pangkat pegawai so nak cakap lebih2 pun siapalah aku ni kan.. terima jer lah.. lagipun tu kerja diaorang.. aku ni hanya tolong kumpulkan maklumat then sediakan laporan lengkap hasil daripada maklumat tu jer setiap hari.. 

So, bila lepas ni diaorang semua kena buat sendiri guna sistem, haruslah aku rasa lega.. lega ok, bukan happy! *nanti ada pulak orang office yg baca blog ni ingatkan aku ni x suka buat kerja!! lega tu beza dengan happy tau!!.. 

Sebab bila tu dah memang kerja yang aku kena buat, so aku happy jer buat kerja tu.. cuma rasa sangat2 lega sebab dapat bayangkan betapa nikmatnya cuti aku tanpa diganggu.. hampir 2 tahun aku diganggu time cuti.. akhirnya, lepas jugak satu perkara yang menyesakkan kepala otak aku ni setiap kali nak bercuti..

Terus aku x rasa macam hari ni hari Isnin.. happy mengalahkan hari Jumaat tau!!  terus bersemangat nak buat semua kerja.. serius, aku betul2 LEGA untuk plan cuti aku tahun ni!!!
Photobucket

Friday, December 21, 2012

Buku Celik Mata & Jiwa Bersama Dr Muhaya Mohamad


Buku motivasi "Celik Mata & Jiwa" yang baru mula dibaca malam tadi.. buku yang banyak memberikan kita kesedaran tentang tujuan kehidupan kita di muka bumi Allah ni.. 


Banyak kata-kata renungan yang membuatkan aku tersedar bahawa selama ni banyak perkara yang aku "tak celik".. mungkin sebab tu kadang-kadang masih ada perasaan kecewa dan sedih dalam diri aku apabila berlaku sesuatu perkara yang aku tak duga dan minta..

Ada jugak contoh-contoh cerita yang membuatkan aku tersentak.. terkena batang hidung sendiri!! lepas tu mula berfikir kebenarannya.. hakikatnya, tiada manusia yang sempurna.. tapi, x salah kalau kita cuba untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari..

Antara perkongsian yang hebat dan menarik untuk dihayati serta diamalkan adalah tentang "senarai kebahagiaan".. rupanya, masih banyak "kebahagiaan" yang belum aku cuba miliki.. 
InsyaAllah nanti aku kongsikan beberapa kata-kata motivasi dan inspirasi yang ada dalam buku ni.. semoga kita sentiasa berusaha untuk 'celik" dalam melalui hari-hari mendatang.. semoga kita dapat mencari kebahagiaan hidup dengan mencari kasih sayang Allah kerana InsyaAllah kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Photobucket

Wednesday, December 19, 2012

Syukur Alhamdulillah - 8A Dalam PMR

Syukur Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah

Hari ni merupakan antara hari yang paling bahagia bagi kami seisi keluarga.. linangan air mata kegembiraan mengalir tanpa diundang.. senyuman seikhlas hati dilemparkan tanpa henti.. 

Debaran kami sekeluarga sejak semalam telah berkahir.. berakhir dengan kegembiran dan senyuman.. hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku sekarang.. *sambil taip entry sambil menangis...

Anak buah sulung aku ambik PMR tahun ni.. so hari ni result PMR keluar.. awal2 dah pesan dekat kakak aku yang kalau dia berjaya dapat 8A, terus call aku.. tapi kalau dapat 7A ke bawah, just sms jer.. *dari pagi berharap akk aku call dan berharap x de 1 pun sms daripada akk aku pagi ni..

Pukul 10.45pagi ni, tiba2 handphone bunyi.. keluar nama & gambar kak long aku.. perasaan masa tu???????? berdebar tapi hati dah menangis!!!!!!! masa tu menggeletar angkat phone.. jawab jer call dengar kak long tengah nangis.. *masa tu terfikir kak long nangis sebab happy ke sebab sedih?? perrrggghh, takut beb!!

Dengar jer kak long kata, "Dik, Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah".. dengar jer macam tu, air mata pun cepat jer nak turun.. terharu sangat2.. 

Syukur Alhamdulillah, 8A milik anak buah aku...

Masa tu x dapat cakap dengan anak buah lagi sebab dia kat atas pentas.. letak jer call kak long tu, aku menderu2 call keluarga terdekat.. happy beb! dekat officemate pun aku bagitau!! happy!!!

Selang 10minit, dapat lagi call dari kak long.. tapi anak buah yang call.. dengar suara dia, terus nangissssssss.. *giler meroyan mak su dia ni.. emosi sungguh!! 

Mana x gembira, dialah anak buah sulung aku.. dialah yang paling rapat dengan aku.. terlalu sayangkan dia sampaikan rasa kalau dia nak kahwin nanti aku mesti over emosi!!! *budak tu baru PMR tapi mak su dia dah fikir dia nak kahwin?? overrrrrr mak su dia!!

So, nampak gayanya sebahagian besar duit bonus semalam akan digunakan untuk beli something special untuk anak buah tersayang.. sesekali melabur lebih cikit untuk dia.. bukan memanjakan dia dengan material atau wang ringgit, tapi sebagai tanda penghargaan atas usaha dia selama ni..  



Untuk Intan Farhana, 

"ketahuilah bahawa Mak Su sangat2 gembira dengan kejayaan kamu.. Mak Su sangat2 bangga dengan usaha kamu selama ni.. kejayaan kamu akan menjadi pendorong pada sepupu2 kamu yang lain untuk sama berjaya macam kamu..kamu sememangnya "INTAN" yang amat berharga dan istimewa di hati Mak Su dan seluruh ahli keluarga kita.. MAK SU SAYANG INTAN..." 


Ya Allah, kami sekeluarga bersyukur di atas rasa kebahagiaan ini.. kami sekeluarga memanjatkan kesyukuran di atas nikmat kejayaan yang diberikan kepada anak/anak buah/cucu sulung dalam keluarga kami..


Photobucket

Friday, December 7, 2012

Friday - Smell of Weekend!!


Seronok sungguh bila muncul hari Jumaat kan?? hehehe..

Nota Cinta: Hari ni ada lawatan daripada pihak luar.. so x sempat nak buat entry.. take care guys!

Photobucket

Wednesday, December 5, 2012

Entry Bergambar : Tambah Limit Gambar Dalam Blog

Yeaaaayyyyyy!! dah boleh upload gambar dekat blog.. rupanya senang jer cara nak tambah limit letak gambar dalam blog tu.. tapi aku jer yang tak ada banyak masa nak buat.. 

Seronoknya dah boleh letak gambar dalam blog!!!! sebagai tanda happy, kita letak gambar baby Alya dengan Acu dia yang tengah happy tu.. comel kan Alya & Acu dia.. hehehe..


Nota cinta: memang x bermakna sesebuah blog bila update entry tanpa gambar.. 

Thursday, November 1, 2012

Hasil Blogging Daripada Nuffnang Kali Kedua - Karpet Merah!

Kalau hasil duit Nuffnang kali pertama aku beli kain pasang warna merah, kali ni beli karpet warna merah pulak.. duduk rumah tu dah lama, tapi baru sekarang terhegeh2 nak paksang karpet dekat ruang tamu tu.. selama ni memang kosong jer ruang tamu rumah aku tu.. memang dari awal dah plan nak beli karpet warna merah supaya hall nampak terang menyerlah! *aku kan Mak Ngah, tu yang suka warna merah... ada kaitan ke?? tapi, kan orang selalu kata, "merahnya Mak Ngah".. 

Maaf x ada gambar karpet sahaja.. dan maaf jugak sebab ni gambar masa hari raya aidilfitri 2 bulan lepas.. tu yang ada bekas kuih segala.. hehehe..

Beli karpet merah tu dekat Nilai sebab sana murah cikit.. sanggup pergi lepas balik kerja sebab kebanyakan orang cakap beli pada hari biasa harga lebih murah berbanding hujung minggu.. tapi sebenarnya ikut nasib la.. then kena pandai cari kedai.. kalau rajin, boleh bandingkan harga.. tapi sebab aku nak cepat, aku x survey pun.. hehehe...


Masuk kedai pertama dah tertawan hati kat karpet merah tu.. tanya harga then terus mintak kurang.. beria aku mintak kurang tau.. sebab harga yang dia jual tu lebih daripada budget aku.. hahaha.. nak karpet cantik dan bulu lembut tapi nak murah.. 

Last2 dapat gak aku beli karpet tu lepas orang tu bagi discount.. jangan x percaya, lepas discount harga karpet tu adalah di bawah baudget aku.. hohohoho.. murah!!! tension agaknya orang kedai tu dengan aku.. nak karpet cantik, lembut dan besar tapi nak harga murah!!! hahahaha.. 


Puas hati sangat masa dapat beli karpet merah tu.. padahal karpet sekangkang kera jer pun.. tu pun dah rasa seronok sangat.. agaknya kalau dapat karpet yang habis lembut dan seluas ruang tamu tu macam manalah rasa seronoknya tu kan??  
Nota cinta: masuk rumah nampak karpet merah jer terus ingat kat blog.. 

Kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan produk penjagaan untuk rumah, boleh click link kat bawah ni.. paling terlaris poruk Basic H Shaklee.. boleh guna untuk cuci dapur, tingkap, bilik mandi, mop lantai sampai berkilat & macam2 lagi.. kalau nak cuba pencuci dan pelembut baju pun boleh.. click jer link kat bawah ni yer.. ataupun kalau ada masalah, boleh call/whatsapp/sms Zana, 013-6065246 untuk maklumat lanjut.. 

[ SET PENJAGAAN KEBERSIHAN RUMAH ]

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket

Thursday, October 25, 2012

Selamat Pulang Ke Kampung Halaman ~Salam Aidiladha~

Selamat pagi semua!!

Hari ni tuan blog dah mula bercuti.. semangat nak balik KAMPUNG!!! kenapa kena guna caps lock dekat perkataan kampung tu??

Sebabnya, raya tahun ni memang beraya di kampung yang betul2 kampung.. raya qurban tahun ni giliran rumah keluarga aku.. so aku bagi cadangan dekat Encik Adiey untuk balik kampung rumah atok dan nenek kat Johor.. 

Selalunya, balik kampung kat Johor bila dah seminggu raya.. kali ni, kitaorang berdua akan berpagi raya di rumah atok dan nenek di kampung.. tu lah yang namanya betul2 kampung.. pengalaman baru untuk Encik Adiey sebab dia x ada kampung yang betul2 kampung.. hehehe.. 

Paling rindu dengan suasana kampung yang sangat tenang tu.. tidur malam x payah pasang kipas sebab sejukkkkkkk sangat2.. tapi paling takut nak pergi tandas waktu malam sebab tandas kat luar rumah.. hahahha...

Sekejap lagi nak gerak balik Johor.. sajer balik awal sebab nak bawak Encik adiey pusing2 kawasan kampung.. seronok!!!! tapi kalau jalan sesak, lambatlah sampai kampung tu nanti.. doakan perjalanan kami selamat sampai yer...




Untuk yang memandu nak balik ke kampung tu, berhati2 di jalan raya.. jangan drive laju sangat yer.. kalau isteri yang duduk sebelah suami tu, borak2lah dengan suami supaya diaorang x rasa mengantuk.. jangan jadi macam aku yang cepat sangat rasa mengantuk bila masuk dalam kereta.. hehehe..

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua!!


Photobucket

Tuesday, October 16, 2012

BE Ke 11 & 12 Di Tahun 2012 - TQ Nuffnang!!



Hampir sebulan x dapat BE baru.. sekali dapat, terus 2 BE Nuffnang bagi.. seronok!! TQ so much Nuffnang!!

Sekarang ni ada 3 BE yang tengah menari2 kat blog ni.. siapa yang perasan BE tu, try click.. hehehe... 

Wahai BE-BE ku sekalian, menarilah kamu semua dengan rancaknya.. teruskan menari walaupun dah penat.. kalau nak berhenti menari pun, tunggu sampai earning tu jadi ratus2.. hohoho..

TQ Levi's sebab sudi bagi iklan kat blog ni.. kalau earning dari iklan awak banyak, nanti boleh la saya beli sehelai seluar jeans Levi's.. hihihi.. so kalau nak saya beli jenama awak, sila suruh iklan tu menari laju2 kat blog ni k..

TQ jugak pada iklan comel Drypers Sungguh Ceria kerana sudi menyinggah kat blog yg x berapa comel ni.. hihihi.. menarilah dengan terus ceria yer supaya mood nak update blog saya pun turut semakin ceria.. 

Saya belum ada anak nak beli pampers Drypers, tapi plz jangan jadikan alasan saya belum ada anak untuk awak berhenti menari kat blog saya yer.. x dapat beli pampers untuk anak, dapat iklan pampers pun ok what.. hohoho..

TQ pada semua yang sudi singgah blog yg x seberapa ni.. maaf kalau kebelakangan ni tuan blog makin malas nak update cerita2 best sebabnya tuan blog kebizian lorrr.. kat rumah pun dah kurangkan aktiviti online.. tunggu lepas raya kot baru semangat nak update.. tu pun kalau semangat tu x hilang.. semangat nak update 3 cerita cuti2 yang sekian lama tertangguh pun dah makin menghilang.. hehehe...

TQ semua!!

Photobucket

Thursday, October 11, 2012

11 Tahun Yang Indah.. 11 Oktober Menjadi Saksi..


11 Oktober yang bermakna.. tarikh yang dinanti setiap tahun.. tarikh yang menjadi saksi perkenalan kami berdua.. dan tarikh ini juga menjadi bukti permulaan hubungan antara kami berdua..

Syukur Alhamdulillah kerana jodoh perkenalan kami berkekalan hingga ke alam perkahwinan.. syukur kerana sehingga ke saat ini, cinta antara kami berdua masih kuat di hati kami..

Siapa sangka perkenalan yang mulanya dianggap sebagai kawan bertukar menjadi serius dari hari ke hari.. tanpa disedari lahir satu perasaan yang cukup indah dalam hati kami berdua.. 

Berbulan lamanya berkenalan tanpa pernah bersua muka dan hanya telefon menjadi penghubung perkenalan kami berdua.. pertemuan pertama di rumah keluarga sendiri menjadi titik tolak kepada pertemuan seterusnya..

Pertemuan demi pertemuan diaturkan.. bibit cinta semakin mekar di hati kami berdua.. perasaan sayang yang mendalam makin dirasai dari hari ke hari.. restu keluarga dipohon bagi menjadikan hubungan kami lebih diberkati.. 

Walaupun telah sah menjadi suami isteri, namun tarikh 11 Oktober ni tetap menjadi tarikh yang bermakna di dalam diari kehidupan kami.. bukan bermakna selepas kahwin kami melupakan tarikh yang menjadi saksi perkenalan kami berdua.. tarikh ini akan tetap dikenang sehingga ke akhir hayat kami..

Terlalu banyak perbezaan antara kami berdua.. tetapi percayalah, kerana perbezaan itulah yang menjadikan kami semakin bahagia.. kerana perbezaan itulah yang membuatkan hubungan kami bertambah ceria.. 

Ya Allah, syukur di atas jodoh pertemuan ini.. kami berdua bermohon agar pertemuan dan perhubungan ini akan kekal bahagia hinga ke syurga-Mu Ya Allah.. insyaAllah....
Photobucket

Tuesday, October 2, 2012

Friend Alphabets


Jika mengharapkan kawan yang baik, kita juga perlu menjadi kawan yang baik.. Jika kita perlukan kawan berada di sisi kita di saat gembira mahupun sedih, kita juga perlu sentiasa berada di sisi kawan kita di waktu mereka gembira dan sedih..

Persahabatan yang baik akan terjalin jika kita bijak menghargai persahatan.. tidak semestinya perlu mencari kawan yang mempunyai persamaan sahaja, sesekali berubah mencari kawan yang berlawanan dengan diri kita... dari situ, kita boleh belajar menerima kelebihan dan kekurangan..

Thursday, September 27, 2012

BE Ke 10 - TQ Semua!

Syukur Alhamdulillah... dapat lagi 1 BE yang menari2 riang dekat blog aku ni.. teruslah menari wahai BE "Libresse Barometer".. menarilah dengan rancaknya yer.. hehehe... 

TQ Nuffnang! TQ Libresse!

Ini merupakan BE ke 10 bagi tahun 2012.. sekarang ni ada 2 BE yang seronok menari2 kat blog aku.. menari style apa tak dapat dipastikan.. yang pasti, aku happy bila iklan2 tu sudi singgah kat blog aku.. 

Follower x ramai xpe.. jumlah views x ramai pun xpe.. yang penting aku happy blogging.. dari hari ke hari, makin sayang dengan blog ni.. banyak kenangan yang aku dah tulis dalam blog ni.. selalu membayangkan anak cucu aku akan baca blog ni nanti.. *padahal anak pun belum ada, dah berangan sampai ada cucu.. hehehe..

Nota Cinta : TQ pada semua yang sudi singgah blog yang x seberapa ni.. luv u guys!!

Wednesday, September 19, 2012

WordLess Wednesday -Simple Photoshoot At Laman Duta, Presint Diplomatik Putrajaya


Dating sambil photoshoot!

Tarikh : 17 September 2012
Masa : 5.30 -6.00 petang
Lokasi : Laman Duta, Presint Diplomatik Putrajaya









Nota Cinta : semakin hari mengenalinya, semakin kuat perasaan cinta ini.. semakin hari bersamanya, semakin mendalam rasa kasih sayang ini.. syukur Ya Allah di atas rasa kebahagiaan ini..