Percutian awal bulan March yang lalu.. tapi hari ni baru ada kesempatan nak update.. biasalah tuan blog ni kan.. asyik tertangguh jer cerita dia.. hehehe..
Plan ke Langkawi ni start hujung tahun 2013.. lepas selesai beli tiket semua, misi mencari resort dan kereta sewa.. rasa tak susah pun nak bercuti ke Langkawi ni sebab hotel atau resort memang berlambak.. kawasan pelancongan la katakan.. kereta sewa pun tak payah nak risau.. kalau rasa tak nak booking awal, keluar daripada airport melambak orang sewa kereta tu.. pilih jer ikut kemahuan dan kemampuan..
Flight ke Langkawi petang dalam pukul 5.. walaupun kalau boleh nak flight pagi tapi dah tu jer yang ada tiket promo, ambik jer lah.. hahaha.. tak pe, kalau pergi dah petang, nanti dah balik kita cari flight balik waktu malam.. hehehe..
Sampai airport Langkawi pukul 6 petang.. since dah lewat petang memang kitaorang tak sewa kereta pun.. sebab rugilah kan bayar kereta sedangkan sampai dah lewat petang.. so, naik teksi jer ke resort.. again, jangan risau part teksi sebab teksi kat sana dah tulis siap2 berapa charge kena bayar.. harga x kan lebih dan x kan kurang..
Keluar airport ada kaunter teksi , so korang boleh bagitau nak ke mana & buat bayaran terus kat situ.. dapat resit terus ke luar airport, teksi dah tunggu.. nombor teksi ada kat resit bayaran tadi.. senang kan? macam aku hari tu dari airport ke Pantai Chenang kena charge RM18 jer..
Untuk tempat penginapan, zana stay dekat Sandy Beach Resort, Pantai Chenang.. resort so far ok, sebab dekat dengan pantai.. hehehe.. sampai2 tengok sunset! seronoknyaaaaa la hai! kebetulan masa hari zana check in tu ada wedding artis kat resort tu.. wedding syani.. so kawasan resort tersangatlah ramai dan sesak..
Lepas selesai check in semua, lepak bilik sampai pukul 9.00 malam.. then keluar mencari makanan.. since kereta sewa tak ada, kita jalan kaki jer lah! hahaha.. tak pe, pantai chenang tu sangatlah meriah di waktu malam yer.. meriah sebab kiri kanan kedai.. kedai jual baju ada, cenderahati ada, kedai makan berlambak & spa pun banyak.. senang cerita, kalau nak meriah silalah stay di pantai chenang.. gerenti tak menyesal!
Untuk makan malam kitaorang pilih Restaurant Haji Ramli, Pantai Chenang.. dari resort jalan kaki dalam 15 minit, tapi tak rasa jauh pun sebab kiri kanan kedai so leka tengok barang2 tau2 dah sampai.. kedai sangatlah ramai orang.. tapi servis sangatlah cepat..
Bagi zana, taste kat kedai ni boleh tahan.. tak adalah sedap sangat tapi tak adalah teruk sangat.. sedang2 jer.. cuma seafood dia segar! oh, nikmatnyaaaa.. harga pun tersangatlah berpatutan.. kitaorang ambik air buah, nasi, tomyam campur, sotong celup tepung, kailan ikan masin, telur dadar, daging masak kicap, ayam masak merah, ikan bakar harga dalam RM30 jer..
Lepas makan, kitaorang sempat beli baju nak pakai esoknya.. hihihi.. cari selipar sekali sebab memang dah plan x payah susah2 nak bawak selipar dari rumah, beli jer kat Langkawi.. sampai resort tak terus tido.. borak2 sampai pukul berapa ntah.. tau2 masing2 dah tertido sendiri... hahaha..
Bersambung.... Next Percutian Ke Langkawi : Island Hopping!
*sorry gambar banyak tak ada sebab dalam DSLR.. gambar yang ada daripada kamera handphone jer.. hehehe.. nanti free2, boleh la transfer dan update semula.. :)
Hari terakhir di Grand Lexis Port Dickson..
Bangun pagi terus masing-masing cakap lapar.. lapar tapi malas keluar.. hehehe.. nasib baik bekalan makanan kat bilik tu banyak.. tu yang kata, perginya 2 hari 1 malam tapi bonet kereta penuh macam pergi 10 hari! tu semua penuh macam2 makanan..
Buffet breakfast suruh makyong & Nana jer turun.. sebab kesian pulak Adam tak ada makanan yg sesuai untuk dia pagi tu.. dan risau pulak kalau makyong x kenyang makan light2 ni.. hehehehe..
Lepas breakfast, apa lagi aktiviti kan? terjun kolam la! sejukkkkk giler air dalam swimming pool tu.. terketar-ketar kitaorang mandi.. masa mandi ni Cinta beria ajar aku berenang tapi dia pun pakai pelampung.. apa citer??? hahahaha.. lepas tu dia sakat kata aku terbayang2 mandi dalam swimming pool masa first honeymoon kat Grad Lexis masa baru seminggu kahwin dulu.. over tau Cinta ni!
Lepas mandi, siap2 untuk aktiviti tukar-tukar hadiah.. sebelum bercuti, dah deal yang masing2 beli hadiah yang x lebih RM15.. then nanti kita cabut nama untuk tentukan kita dapat hadiah daripada siapa..
Masa nak cabut nama pun kemain lama.. sebab ada jer yang terambik nama sendiri.. hahaha.. mintak Adam tolong cabutkan nama & bagi kat kitaorang tapi kemain lama Adam nak bagi kertas nama tu.. hehehe..
Yana dapat hadiah daripada Cinta.. hadiah Cinta kecik tapi comel ok!!! unik!!! comel jer bila Cinta pakaikan gelang kat tangan Yana..
Yannie dapat hadiah daripada Nana.. Nana bagi shawl pashima yang cantik!!! makyong mesti suka.. sebab mak yong Yannie ni memang suka belit2 tudung & shawl.. hahaha..
Cinta dapat hadiah daripada Yana.. Yana bagi toiletries bag yang memang buatkan Cinta melompat happy sebab dia memang baru cadang nak beli.. x payah beli sebab dah dapat hadiah!
Nana dapat hadiah daripada aku.. aku belikan jam dinding yang ada gambar bear comel.. hehehe.. teruja Adam tengok jam tu ada bear comel.. siap ada bateri tu tau Nana.. hahaha
Aku dapat hadiah daripada Yannie.. ni aku rasa lebih daripada RM15 ni! hahaha.. macam2 benda dia sumbat.. fridge magnet ada 2, keychain, tudung & kitchen towel ring bentuk gajah.. comel sangat2!!
Lepas dah tukar2 hadiah, posing2 cikit2.. then masa untuk mengemas barang.. ohoii, part ni kecoh sebab nak make sure tak ada barang tertinggal.. dan nak make sure barang masing2 tak bercampur dgn barang orang lain..
Siap kemas dekat pukul 12 lebih.. check out dan berhenti makan dekat PD Waterfront.. makan seafood.. kemain banyak menu.. ikan siakap sambal la, kerabu sotong, daging masak kicap, sambal petai udang la, lala masak sambal, tom yam, sayur kailan ikan masin, telur dadar.. makan 5 orang baru RM84 siap air semua.. rasa sedap, harga murah.. cuma service lambat cikit..
Settle makan dekat pukul 2.. masa gerak balik ni mula2 panas then dah nak sampai hujan lebat. aku memang tahan mata, ngantuk wei.. aku kan memang jenis kuat tido.. hehehe.. diaorang pun dah tau perangai aku tu.. tapi sebab masing2 borak sakan, tahan la mata tu.. hahaha.. sampai Putrajaya dekat pukul 3.30.. husband masing2 dah tunggu kat bawah lobi rumah aku.. dah macam suami jemput isteri balik kem motivasi pun ada aku rasa.. hahaha..
Apapun, percutian singkat 2hari 1malam yang semenangnya best! dapat borak2, dapat masak & makan sama2.. dapat buat surprise! seronok dapat pakai tudung Aidijuma design sama cuma warna jer lain.. hehehe..
Yang penting, semua happy.. paling happy Adam kot sebab dikelilingi mommy yang ramai.. kecoh pulak tu.. nasib baik Adam ni memang jenis senang nak dengan orang.. so boleh gilir2 jer jaga dia.. x banyak meragam pun.. asyik buat muka kelakar adalah! so cute! nanti tunggu baby Yannie keluar lak.. mesti Adam lagi tunjuk macho! eh? hahahha
Jumpa lagi untuk next vacation.. insyaAllah..
Sambung kisah percutian dengan kawan2 di Grand Lexis Port Dickson semalam..
Masa tengah seronok BBQ, Cinta & Yana bagi alasan nak ke hotel untuk check in.. tapi agaenda sebenarnya adalah untuk buat surprise!
Aku, Cinta, Nana & Yana dah plan nak buat surprise untuk Yannie.. nak buat baby shower unuk dia.. kitaorang buat awal sebab rasanya ni jerlah masa yang paling sesuai nak buat.. nanti masing2 dah sibuk & dah dekat tarikh Yannie nak bersalin..
Cinta & Yana check in hotel dan terus mendeko.. time ni aku, Nana & Yannie still kat pantai lagi.. aku dah berdebar2 nak buat surprise ni.. dekat setengah jam gak la kitaorang lepak tepi pantai sementara diaorang mendeko2 tu.. nasib Yannie tak bising kena tunggu lama.. sebab time tu dia dah panas sangat lepak kat pantai lama sangat..hehehe..
Setel deko, Cinta & Yana ambik kitaorang.. masa ni dah excited sangat.. tak sabar nak tengok reaksi muka Yannie.. teruja sangat!
Sampai depan pintu bilik, suruh Yannie masuk.. dia masuk tengok deko tu terus dia diam.. SURPRISE!!!
Yannie speechless!!! kitaorang tau dia happy & teruja sampai tak terucap apa pun kat mulut dia masa mula2 tu.. dia senyum sampai ke telinga jer masa tu! hehehe.. terus dia peluk sorang2 sambil cakap TQ..
So, lepas dah drama peluk2 & gelak2 tu Nana & Yana pakaikan Yannie sash.. sash ni Cinta buat sendiri.. then pakaikan dia crown.. bagi dia pegang belon! serius, Yannie nampak berseri & cantik sangat time tu..
Deko2 ni Yana & Cinta yang banyak uruskan.. aku beli belon & tiara.. Nana uruskan untuk baju, stokin, seluar semua.. bagi bab tu kat Nana sebab dia banyak pengalaman beli baju baby... hehe.. tapi beli baju ni semua sebelum Yannie scan baby dia.. beli warna selamat tapi lebih banyak warna untuk baby boy.. hehehe..
Suruh mak yong ni posing2 dulu.. seronok sangat tengok muka Yannie time tu.. time ni Adam asyiklah cakap "antik.. antik.. (cantik.. cantik)... berulang2 kali dia sebut macam tu sambil main belon.. dia seronok sangat tengok kitaorang gelak2.. Adam buatkan suasana time tu makin meriah!
Lepas dah suruh mak yong berposing, turn posing ramai2 lak.. masa ni makin happy sebab aku set continuos shoot dekat DSLR aku.. sakan masing2 buat aksi depan kamera sambil gelak2..
Kebanyakan gambar Adam tersepit di antara kami semua.. dia pun sama gelak bila kitaorang posing.. nasib baik mood dia ok time tu.. so dapatlah kitaorang berposing tanpa risau keadaan Adam.. dia suka sangat, maybe sebab ada banyak belon.. asyik berulang "antik.. antik"..
[Boleh jenguk Album Gathering & Baby Shower ni kat FB Zana Adieyza untuk tengok gambar lebih banyak]
Dear Yannie, kami semua sentiasa doakan agar segala urusan bersalin nanti akan dipermudahkan Allah.. semoga penantian Yannie & Rizal selama ni akan lebih bermakna dengan kehadiran baby comel tu nanti.. doakan agar ada peluang untuk kami yang masih TTC ni untuk merasai nikmat mempunyai zuriat sendiri.. insnyaAllah..
Dah puas posing2, masing2 berendam dalam swimming pool.. serius best sangat2 time ni.. Adamlah yang paling teruja.. excited dia semua layan dia.. hehehe.. swimming pool ada dalam bilik, memang berendam jer la kan..
Lepas maghrib semua malas keluar.. semua nak lepak bilik.. nasib baik barang makan banyak.. so makan malam kat bilik jer.. sambil borak2.. seronok!
Adam seronok sangat sampai banyak kali mengigau.. mengigau sebut. "antik.. antik".. nampak sangat dia memang teruja dengan deko baby shower tu.. mengigau macam berenang pun ada.. comel sangat budak sorang tu!
Last entry tentang gathering ni aku akan cerita tentang aktiviti tukar2 hadiah yer.. tunggu ;)
Alhamdulillah.. weekend hari tu adalah antara weekend yang terindah untuk dikenang.. percutian dengan kawan2 yang pada awalnya hanya melalui blog.. lama2 menjadi rapat dan semakin rapat.. syukur untuk ukhwah yang terjalin ni..
Kitaorang kumpul duit sama2 nak gie holiday kali ni.. setiap bulan masuk duit dalam tabung khas.. hehehe.. budget macam nak jalan jauh jer kan? padahal PD jer uols.. hehehe..
Percutian 2 hari 1 malam di Grand Lexis Port Dickson.. pilihan hotel dibuat memandangkan masing2 nak berendam dalam swimming pool yang ada kat bilik.. lagipun nak ambik 1 bilik yang boleh muat masuk 5 orang.. tak nak bilik asing2 kononnya.. hehe..
Percutian kali ni hanya melibatkan kaum isteri.. para suami tinggal rumah sekejap.. nasib baik suami masing2 dah saling kenal & bagi keizinan.. restu suami kan penting!
Aku, Yannie , Yana , Cinta & Nana memang excited la nak gie holiday sama.. sebab tak pernah lagi nak holiday sama2.. walaupun hanya kaum isteri, tapi angkut sekali sorang lelaki dalam percutian kali ni.. tak boleh tinggal sebab "bekalan minuman" dia ikut sekali.. hahaha.. Nana bawak anak bujang handsome dia, Adam.. budak Adam ni sepanjang 2 hari macam2 gelagat ok!
Gerak dari Putrajaya pukul 12.30 tengahari.. naik 1 kereta jer.. sebab nak jimat kos! bonet penuh barang macam nak bercuti 10 malam! hahaha.. dalam perjalanan singgah masjid utk solat, singgah beberapa kedai utk keperluan dan bekalan makanan..
Sampai PD terus menuju ke PD Waterfront.. kitaorang nak buat BBQ kat situ.. BBQ guna magic pan jer uols! bawak dapur gas kecik tu, then bakar ayam & kambing.. sedapppppp.. walaupun angin x bertiup kencang & cuaca sangatlah panas, tapi kitaorang happy jer..
Sambil makan, sambil borak.. sambil borak, sambil gelak2.. gelak sebab Adam ada jer perangai comel yg dia buat.. jumpa Adam kali ni bayak pulak dia tak puas hati dengan aku.. hahaha.. kalau sebelum ni ok jer, tapi kali ni asyiklah nak bergadoh! jalan2 tanpa pandang aku tapi dia cubit tangan aku.. lepas tu tunjuk2 jari kat aku macam marah sangat! kelakar ok!
Cinta yang bertanggungjawab perap ayam & kambing.. lepas tu dia gak yang membakar.. haha.. kesian dia.. makan dengan coleslaw, mash potatoes, sos black pepper.. memang sedap!
Baru perasan gambar aku tak de pun! hahaha.. sebab aku yang ambik gambar.. time ni monopod tertinggal dalam kereta malas nak ambik.. jadi sila pasrah muka aku tak ada dalam gambar.. korang memang sabotaj aku ke apa ni Yannie, Nana, Yana & Cinta??? hahahah..
Time tengah seronok makan, Cinta & Yana gie check in dulu.. sebenarnya tujuan asal bukanlah check in tapi ada agenda lain.. nak tau agenda apa? tunggu next entry yer.. hehehe..
Salam sayang untuk semua...
Lama menyepikan diri.. tuntutan kerja di pejabat & hal peribadi yang menyebabkan blog lama menyepi.. rindu nak menulis macam masa mula2 berblogging dulu..
Dulu rajin menulis tu 1 hal.. ditambah pulak masa tu balik kerja memang boleh melepak jer terus.. so memang sekejap jer nak buat entry.. entry pulak santai2 jer.. sekarang ni tanggungjawab bertambah.. dekat pejabat dengan kerja yang memang tak kan pernah habis.. balik rumah terus sibuk dengan Shaklee.. coaching, COD, postage, check stok, study info produk & follow up customer.. penat? penat tapi seronok!
Geng2 yang dulunya rajin blogging pun sekarang dah kurang berblogging.. kebanyakannya jadi suam2 kuku.. ada yang terus sejuk kematu.. hahaha.. tapi ramai jer yang masih aktif macam selalu ;)
Sebenarnya nak menulis ni kena dari hati.. bukan menulis sekadar nak make sure pengunjung datang kat blog kita.. nak tulis dari hati pulak kenalah ada mood & masa yang sesuai.. so, sekarang ni aku dah ada mood nak berblogging balik.. cuma kena adjust masa balik.. insyaAllah..
Seronok sebenarnya blogging ni.. rasa macam dapat luah perasaan.. then cerita2 dalam blog ni boleh jadi kenangan dekat kita.. nanti kalau flashback cari jer entry kat blog.. benda ni berpanjangan.. sampai bila2 pun ada.. selagi x delete blog ni la.. hehehe..
Orang kata blogging ni salah satu cara untuk meluah perasaan.. tapi yang x bestnya bila part meluah rasa x puas hati.. tapi kalau boleh jangan la semua benda nak luah kat blog ni.. sebab nanti nampak macam kita ni nak menarik perhatian pulak kan.. kalau nak bagi pandangan pun rasanya kena fikir apa pandangan orang yg membacanya nanti.. kalau yg dah kahwin tu, kena pulak fikir maruah suami/isteri & keluarga bila menulis tu..
Bagi aku, blogging ni untuk tempat aku berkongsi.. berkongsi cerita.. kalau orang suka baca, Alhamdulillah.. kalau ada yg x suka, aku pun x paksa.. lagipun blog aku ni sekadar coretat peribadi yg nak dijadikan kenangan di kemudian hari.. ;)
I LOVE BLOGGING