Thursday, March 31, 2011

Hari Terakhir Berkursus

Bangun pagi dengan senyuman lebar.. perasaan yg berbunga2.. lebih2 lagi bila dapat morning call dari encik suami.. wah, bahagianya!!!! (sorry entry over jiwang pulak)

Petang nanti akan jumpa encik suami setelah 3 hari berjauhan.. rindu!! sesekali berjauhan macam ni, teringat kenangan masa zaman bercinta dulu.. hihihi..


Tuesday, March 29, 2011

Kehabisan Stok

Semalam sempat menerjah ke Vincci Alamanda.. niat di hati nak beli handbag baru.. last week ada nampak handbag yg comel kat Vincci, so semalam bertekad nak pergi membeli handbag tu.. balik kerja terus ajak encik suami ke Alamanda..

Sampai Vincci terus hampa.. sebab handbag tu dah kehabisan stock!!!!!!!

Adoi, punah harapan.. baru nak feeling2 bawak handbag baru gie kursus tapi x ada stock la pulak.. oleh kerana encik suami tengok mulut isteri muncung ke depan, lalu dibelikannya kasut kat Vincci tu.. katanya 'xdapat handbag baru, kasut baru pun ok lah kan"..

Tapi part yg paling x bestnya, bila malam tadi tido termimpi2 handbag tu.. parah betul la aku ni!!

Monday, March 28, 2011

PJJ

Ingat lagi entry yg aku pernah buat tentang PJJ?? perhubungan jarak jauh.. bukan pengajian jarak jauh yer..

Perhubungan jarak jauh.. esok sekali lagi aku akan merasai pengalaman PJJ ni.. tapi kali ni perasaan risau melalui saat2 berjauhan dah kurang cikit.. maklumlah dah ada pengalaman sebelum ni..


Sekali lagi aku akan berkursus selama 3 hari di Melaka.. kursus bermula esok sehinggalah Khamis nanti.. sekali lagi encik suami akan ditinggalkan..demi tanggungjawab, terpaksalah berkorban kan..


First time berjauhan memang agak menyeksakan.. part paling nak menyeksakan bila nak tido.. pusing kanan, pusing kiri, pusing kanan balik tapi still x boleh lelap.. ingatkan aku sorang yg susah nak tido, rupanya encik suami pun susah nak tido.. hope kali ni xkan terjadi lagi la yer kes susah nak tido ni..

So segala persiapan encik suami untuk ke tmpt keje selama 3 hari nanti aku dah siapkan.. as usual, gerenti encik suami akan makan kat kedai la sebab mesti dia xde mood nak masak untuk diri dia sorang kan.. bab rumah pun x perlu dirisaukan sebab orang yg suka selerakkan rumah adalah orang yg pergi kursus.. hihihihi..

InsyaAllah aku akan cuba update blog macam biasa sepanjang 3 hari ni nanti guna phone aku k.. but x janji dapat blogwalking sepenuhnya kat blog korang semua.. insyaAllah ada masa terluang aku akan cuba blogwalking & drop comment kat blog korang k..

Keep blogging guys!!


Friday, March 25, 2011

Aktiviti di hari gaji


Semalam kan orang keje government dapat gaji.. so bila hari gaji tu macam2 la planning yg keluar kat kepala ni kan.. mulalah fikir nak beli tu, nak beli ni..

Semalam lepas balik kerja terus siap2 untuk keluar jalan.. xdelah jalan mana pun, pergi Jusco Cheras Selatan tu jer.. sajer cuci mata sambil cuci2 duit dalam purse cikit.. hihihi.. semalam x ramai orang sangat kat Jusco tu even tengah ada sale.. tapi aku yakin weekend ni mesti ramai orang x kiralah kat shopping complex mana pun..


Penat cuci mata & purse, encik suami ajak makan dekat Secret Recipe.. sajer la tu nak mintak dibelanja.. xpelah, next week turn aku pulak cuci purse dia.. hihihihi.. sharing is caring kan..



Masa nak balik, lalu depan The Mines.. tetiba nampak macam ada bazar kat situ.. ramai pulak orang kat situ.. terus encik suami berhenti.. rupanya bazar larut malam yer.. memang ramai orang, sampai pusing 3 kali nak cari parking..

Bazar ni baru start 1 Mac hari tu.. memang ramai orang.. tapi kebanyakan kedai kat situ jual baju.. ada jugak la yg jual barangan rumah, makanan, barangan peribadi.. sape bercadang nak pergi bazar ni, sila pergi pukul 10 malam ke atas sebab dah nama pun bazar larut malam kan, so diaorang bukak kedai lewat cikit la.. bazar ni berhadapan The Mines yer, senang jer nak cari..


Siapa lagi yg dapat gaji semalam sila angkat tangan tinggi2 cikit supaya senang aku nampak.. hihihi.. gurau jer.. apa aktiviti or planning korang pulak??