Friday, November 30, 2012

Bila Anak Dara Makin Membesar Dan Pandai Melaram

Semalam sempat bawak anak dara (anak buah) kat rumah tu keluar pergi The Mines.. niat di hati nak hilangkan rasa boring anak dara tu la.. kesian dia dah 3 malam aku x bawak dia jalan.. 

Masa masuk Watsons, macam-macam anak dara ni cari.. macam-macam jugak yang dia beli..  kebanyakan barang yang dia beli, adalah barang yang aku mula beli masa kerja dulu.. maknanya, dia lagi advance daripada aku.. dia baru Tingkatan 3, tapi barang penjagaan diri dia dah macam orang bekerja!! adoiiiii anak dara sekarang.. maintenance tinggi sungguh!!!

Aku pakai pencuci muka Olay masa kat zaman Universiti.. tapi dia sekarang dah pakai barangan Olay! pencuci Olay, krim muka Olay!! adoiiii anak dara aku tu.. terasa cepatnya masa berlalu.. sedar2 dah makin membesar anak buah aku yang sorang tu..

Aku ni start belajar pakai foundation pun masa zaman Universiti.. tu pun sebab terpengaruh dengan kawan2 asrama.. masa zaman sekolah x ada maknanya aku nak tepek segala macam jenis produk kat muka aku ni.. tapi dia baru Tingkatan 3 dah pandai pakai BB cream, foundation dan compact powder segala.. 

Nampak sangat mak cu dia masa zaman sekolah dulu x pandai jaga kecantikan kan?? hahahhaha.. eleh, x jaga pun pak cu tetap sayang tau!! daripada sekolah bercinta, walaupun dulu mak cu x pakai segala mak nenek pencuci muka mahal dan segala macam BB cream, pak cu tetap sayang jer sampai sekarang.. hehehehe..

Nota cinta: bila anak dara membesar, belanja pun makin besar kan?? lagi2 kalau dapat yang jenis suka melaram!! hehehe..


Photobucket

Thursday, November 29, 2012

Allah Maha Mengetahui - Motivasi Indah Menghadapi Ujian

Tertarik dengan satu perkongsian ayat motivasi dalam entry blog rakan TTC.. 

"Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. 

Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita."

Setiap ujian yang datang pasti ada hikmah yang tersirat.. siapalah kita untuk mempertikaikan tentang ujian yang diberikan? bersyukurlah kerana ujian itu menjadikan kita lebih menghargai setiap apa yang berlaku disekeliling kita.. kerana ujian itu menjadikan kita lebih dekat pada-Nya.. 

Nota cinta: kadang2 lemah dalam menghadapinya.. kadang2 luluh hati bila melihat "impian" kita menjadi realiti kepada orang lain.. tapi perlu beringat bahawa segala yang berlaku pasti ada sebabnya.. kadang2 yang kita rasa baik untuk kita bukanlah terbaik untuk kita.. :)


Photobucket

Kisah Tidur Awal Di Musim Hujan

2 hari lepas, mata aku ni terlebih manja.. sebabnya, belum pukul 9 malam tapi mata aku dah terlelap.. sungguh manja mata ni sebab asyik rasa nak terlelap jer.. 

Hari Isnin boleh bertahan sampai pukul 12 malam sebab first time terpengaruh tengok cerita korea dengan anak buah.. 

Hari Selasa pukul 9 aku terbaring atas sofa sambil tengok tv.. last2 aku sedar pukul 10.30 malam sebab Encik Adiey suruh tidur dalam bilik.. 

Semalam lagi teruk!!! pukul 8.30 aku dah terlelap depan TV sambil duduk.. gilerrrr sungguh!!! tengah sedap2 duduk tengok TV boleh tertido!! sedar2 Encik Adiey jerit "gol!!!!".. tengok jam dah pukul 10 malam.. game bola sepak pun dah dekat nak habis masa tu.. parah sungguh mata aku 2 hari ni..

Yang peliknya, dekat office x ada pulak aku rasa mengantuk! balik kerja x ada pulak aku rasa letih! sebelum pukul 8 malam tu, bukan main segar lagi mata aku.. tapi masuk pukul 8 malam jer, automatik mata ni macam kena gam.. pelik sungguh!!! ke tido awal ni sebab musim hujan eh??

Kesian dekat anak buah aku yang baru 3 hari stay kat rumah aku.. dah la siang aku keje.. petang jer boleh manja2 dengan dia..*still manja2 walaupun umur dia dah 15 tahun! hari Isnin jer dapat luangkan masa dengan dia.. so nekad hari ni mesti keluar rumah!! mesti jalan2!! 

Hari Selasa kononnya memang nak keluar, tapi Encik Adiey ada hal pulak.. lagipun time tu hujan renyai2, so better lepak kat rumah jer.. semalam nak keluar jugak, tapi sebab hujan lebat sangat so mood malas tu menjadi2 pulak.. 

So hari ni, kalau hujan pun aku tetap nak keluar!! takut kalau x keluar, belum sempat Buletin Utama bersiaran, aku dah tertido lagi agaknya.. nasib baik tengah "bendera jepun", kalau x risau jugak Isya' aku terlajak sampai 12 malam! hihihi..

Aku tanya anak buah dia bosan x duduk rumah jer? dia kata "x bosan langsung! sebab Internet ada 24 jam!!!".. tu lah budak2 sekarang kan.. internet manjang! sanggup x makan sebab sibuk dengan internet.. pelik sungguh aku dengan budak2 remaja sekarang ni.. *terasa macam dewasa sangat jer bila bercerita ttg anak2 remaja sekarang.. hehehe...

Nota cinta: x seronoknya entry x bergambar.. masih x ada masa untuk tambah limit gambar nak letak dalam blog.. hujung tahun banyak kerja!! 


Photobucket

Wednesday, November 28, 2012

Entry Tanpa Gambar? Resign Jadi Blogger?

Tiada entry bergambar sehingga aku khatam study tutorial untuk tambah limit storage dalam picasa album aku.. nyampah tau tengah syok2 nak update gambar, tetiba bagitau dah habis limit.. *dah guna benda free nak sentap ke zana oiiii?? 

Untuk sesiapa yang tau tentang tambah limit letak gambar dalam blog, boleh cuba terjah tutorial dalam blog Qaseh Honey ni. aku x sempat nak cuba lagi tutorial tu.. nanti kalau tetiba aku update entry baru siap gambar tu, maknanya aku dah berjayalah follow tutorial tu yer.. 

Nota cinta: apalah ertinya update blog tanpa gambar.. terasa x lengkap sungguh!! kalau resign jadi blogger macam mana? hehehehe...
Photobucket

Tuesday, November 27, 2012

Bekerja Secara DIVA, Bukan Berlagak Macam DIVA!!!

Apa perasaan korang kalau ada orang yang sanggup menipu demi nak nampak hebat di mata orang lain??

Apa perasaan korang kalau ada orang yang sanggup tunding jari menyalahkan orang lain sedangkan hakikatnya dia yang bersalah??

Serius aku jadi tak faham dengan orang yang suka membodek ni!!! aku jadi tak faham kenapa ada orang yang sanggup menipu demi nak nampak diri dia sempurna di mata orang lain sedangkan hakikatnya dia ni jenis "depan cakap lain, belakang cakap lain"!!

Berubahlah mengikut peredaran masa.. janganlah bekerja dengan cara kerja yang diamalkan 10-20 tahun lepas.. amalan bodek-membodek ni hanya akan membuatkan orang lain membenci kita.. 

Janganlah kerana nak nampak sempurna sampai sanggup ko ganggu periuk nasi orang lain!! janganlah kerana nak nampak ko tu terlebih rajin sampai sanggup ko pertikaikan kerja orang lain sedangkan hakikatnya kerja yang orang tu buat adalah kerja ko!!!

jangan sampai aku gantung wall hanging ni dekat bilik orang tu sudah!!

 Nota cinta: 
bekerjalah secara DIVA!! mahir dalam banyak perkara, tau dalam segala segi, bijak dalam berfikir dan berkata.. tetapi elakkan diri berlagak macam DIVA!! cakap semua nak menang dan hebat, tapi hakikatnya orang pandang kita seperti tunggul kayu!! *peringatan untuk diri aku sendiri jugak!

Photobucket