Showing posts with label HanG OuT. Show all posts
Showing posts with label HanG OuT. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

Sunway Lagoon Theme Park - Short Vacation

Awal tahun hari tu ambik kesempatan bawak anak sedara yang baru lepas SPM ke Sunway Lagoon Theme Park.. sebenarnya anak sedara yang beria nak ke sana.. dia pulak jenis suka naik rides yang mencabar2 ni.. yang bestnya tentang Sunway Lagoon ni sebab kawasannya luas dan ada banyak theme park attractions.. keseluruhan ada 5 attractions dekat Sunway Lagoon tu..


Water Park
Amusement Park
Wildlife Park
Extreme Park
Scream Park
Kalau nak ikutkan aku, memang letih nak ke tempat macam tu.. letih menjerit! hahaha.. yerlah, rides banyak yang mencabar, so mestilah nak jerit kan.. aku kan penakut dengan rides yang mencabar2 ni.. hahaha.. nasib baik Encik Adiey nak ikut, so bolehlah teman Intan naik rides yang ada kat sana.. kalau nak tunggu aku, memang Encik Adiey tak ada peluang la nak jejak kaki kat Sunway Lagoon tu.. hehehe..





Sampai agak awal kat Sunway Lagoon tu, pukul 9.30 dah settle beli tiket semua.. untuk makluman, tiket masuk untuk dewasa adalah RM90 untuk semua 5 attractions yang ada kat dalam Sunway Lagoon tu..  sebelum masuk, pihak Sunway Lagoon adalah buat persembahan kat depan pintu masuk tu,, comel jer tengok maskot Sunway Lagoon tu menari2.. 




Pukul 9.45 Sunway Lagoon dah open gate untuk pengunjung masuk.. so, kalau nak best datang la awal pagi.. tak ramai orang dan nak naik rides pun selesa tak payah tunggu lama.. 





First kitaorang ke Wildlife Park.. tempat ni memang jadi "kegilaan" untuk Encik Adiey.. hehehe.. dia kalau dapat masuk zoo macam ni memang sehari suntuk pun tahan.. paling best kat sini, boleh tengok singa putih dan harimau belang secara dekat.. memang sangattttt dekat! pemisah dinding kaca yang membolehkan kita berdepan dengan harimau dan singa tu secara dekat.. seronok!!!! Ada jugak burung2 kat Wildlife Park Sunway Lagoon ni.. iguana pun ada, ular besar pun ada, merak dan macam2 lagilah.. 





Dekat sejam gak kot kat sini sebab nak bagi Encik Adiey ambik mood sebelum nak mandi manda nanti.. hahaha.. kemain seronok dia kat situ.. cuma kat sini x buat style petting zoo macam kat Tambun dulu.. kat Tambun best sebab kita boleh pegang banyak jenis haiwan.. :)




Lepas tu, kitaorang ke Amusement Park.. naik ride yang biasa jer.. sebab kebanyakan Amusement Park ni untuk kanak2.. tapi orang dewasa boleh jer naik.. ada gak rides yang nampak x mencabar tapi bila tengok benda tu berpusing lajuuuu jer.. huhu.. sekejap jer kat sini sebab anak sedara aku lagi excited nak naik rides yang lebih mencabar..




So, proceed terus ke Extreme Park.. kat sini anak sedara dan Encik Adiey jer yang main games kat situ.. aku, tunggu kat bawah sambil layan whatsapp customer Shaklee.. hahaha.. x kuasalah nak sakitkan tekak dengan jerit2 naik rides yang mencabar semua tu.. baik duduk kat kerusi jer tunggu diaorang.. *padahal penakutttt! So gambar masa dekat Extreme Park ni x adalah sebab dioarang tak bawak DSLR dan phone pun.. 

Lepas diaorang dah naik rides kat Extreme Park, beria ajak aku masuk Scream Park.. adoiiii.. acik ni dah la penakutttt, nak masuk rumah hantu lak tu.. kena jalan kaki lak tu.. tak suka betul la.. tapi sebab dah kena paksa, masuk jugaklah.. dekat 20 minit kat dalam tu kalau jalan slow2, tapi sebab kitaorang jalan laju, x sampai 15 minit dah keluar.. hahahahaha..




Sepanjang jalan aku berdiri kat tengah.. sebelah kiri pegang tangan anak sedara, sebelah kanan pegang tangan Encik Adiey.. anak sedar la paling kesian sebab hantu banyak keluar dari tingkap kat sebelah kiri kita.. Encik Adiey kat kanan banyak dinding, tapi still banyak hantu gak! atas kiri kanan semua kacau kita.. mencik betul.. kat bahagian pocong sangat mendebarkan sebab banyak giler pocong then ko tak tau mana 1 pocong jadian tu.. sekali dia kat depan sekali belah kanan.. tanjat ok!! kat dalam ni aku banyak jalan pandang bawah jer.. hahaha.. tapi best la rumah hantu ni! *best sebab ko tak nampak hantu sangat kan zana??




Lepas dah masuk semua park tu, kitaorang naik jambatan gantung yang panjang kat dalam Sunway Lagoon tu.. mula2 macam ok, tapi bila dia mula bergoyang aku mula cuak.. rasa x selesa nak jalan, dah la kayu kat jambatan tu jarang2, nampak air kat bawah.. seram oii.. tak tinggi, tapi sebab bergoyang2, cuak la kan.. 






Kalau kat atas tu tak ramai orang, tak terasa sangat bergoyang.. tapi, bila ramai yang jalan sekali atas tu, haruslah bergoyang2 sampai rasa nak jalan pun tak boleh sebab terhuyung-hayang.. tapi dalam takut2 tu, ambik gambar masih senyum lagi.. hahaha.. posing sakan sebab rasa macam nilah pertama kali dan terakhir nak ke situ.. hahaha..





Lepas dah settle bergembira, barulah tukar pakaian untuk mandi manda.. time ni memang dah tak pegang phone dan DSLR.. semua campak dalam loker! sebab masing2 nak mandi puas2.. so gambar masa mandi manda tiada! hehehehe.. 

Rides yang mencabar2 kebanyakan sorang dan berdua.. yang paling fampus Vuvuzela tu boleh naik sampai 6 orang, tapi tak mungkin la aku nak naik.. tak sanggup nak jerit2 takut dalam tu.. hati aku sangatttt kecik.. hahahaha.. rides yang berdua dah tentu2 anak sedara naik dengan Encik Adiey.. nasib baik masa pergi hari tu tak ramai orang, so tak beratur panjang sangat la..




Rides paling best dekat water theme park adalah "The World's First Waterplexx 5D".. sangat ohsemmmmm!!!! serius best sampai masuk 2 kali.. ni kalau banyak kali pun x apa.. best sangat! duduk macam kat dalam wayang, then tengok cerita dengan pakai cermin mata 5D tu, ohsem wei... nak best duduk tengah! masa kitaorang duduk depan tak best sebab tak basah sangat, tapi bila duduk tengah habis lencun basah sebab air kiri kanan atas bawah semua ada.. terbaik!!!
Pukul 4.30 petang kitaorang dah siap2 nak tukar pakaian dan balik.. anak sedara dan Encik Adiey nak cuba flying fox tapi ramai sangat orang so kesian masing2 tak dapat naik.. kecewa budak 2 orang tu.. hehehe.. sepanjang kat dalam tu, tak makan pun yer.. makanan mahal dan lagi 1 kitaorang dah makan kenyang2 sebelum masuk Sunway Lagoon tu.. sebelum balik, sempat bergambar dengan hantu2 kat Scream Park tu.. make-up diaorang real seram ooo..






So keseluruhannya, Sunway Lagoon ni best kalau datang ramai2 dan semua jenis suka naik rides yang mencabar2 ni.. hahaha.. kalau macam aku ni rugi jer masuk sebab setakat berendam dekat air dan naik rides yang tak mencabar.. hehehe.. tapi still seronok la sebab dapat puaskan hati anak sedara yang nak sangat ke Sunway Lagoon tu.. hadiah lepas SPM katanya.. huhuhu.. 

Sedikit tips :

- Siapa yang nak bawak anak2 mandi manda kat sini oklah.. rides untuk kanak2 main banyak.. aktiviti kat water park pun banyak.. 

- Kerusi nak lepak2 kat pantai buatan pun banyak.. 

- Kemudahan loker disediakan dengan bayaran RM20.. 

- Tak payah sewa pelampung sebab nak naik rides semua pelampung dah disediakan.. kalau guna pun hanya dekat pool terbuka tu pun air xdelah dalam sangat.. so, mcm tak berbaloi la kalau sewa pelampung.. yang budak2 ni bawak jer pelampung dari rumah, sampai sana baru pam atau tiup.. 
- Makanan luar susah nak diseludup sebab diaorang bukak beg kita untuk check.. air mineral kat dalam tu RM4 tapi ada banyak water cooler so boleh refill air.. jimat dah kat situ.. hehehe..

- Pergi awal pagi sebab time ni naik naik rides tak perlu beratur lama..




Selamat bercuti ke Sunway Lagoon!

Salam sayang,
~ Zana Adieyza ~
Photobucket

Wednesday, August 13, 2014

Makan-Makan & Menonton Wayang!

Entry last la yer tentang birthday.. setahun sekali jer kan, bagi peluang la nak cerita tentnag hari istimewa diri sendiri.. malam lepas solat Maghrib, menuju ke Alamanda untuk makan-makan.. lagipun nak ke dealer Apple sebab nak belajar cara guna iPod Touch yang dihadiahkan tu.. maklumlah, kami suami isteri tak pernah pakai brand ni so memang kekok nak guna.. 


Plan nak makan dekat Kenny Rogers sebab masa anniversary hari tu nak makan kat situ tapi ayam dah habisssss.. sedih betul pukul 9malam ayam dah habis.. hahahaha.. so, cakap dekat Encik Adiey silalah belanja saya makan dekat KR sebab dari bulan lepas tak dapat makan ayam KR.. hahahaha.. 

Nasib baik ayam ada lagi masa kitaorang sampai tu even ramai orang.. malam tu banyak kena paksa ambik gambar dengan Encik Adiey.. katanya tahun depan tengok balik gambar ni, bandingkan dengan muka tahun depan.. makin nampak bulat ke x.. jahatttttttnyaaaa kamuuuuuuu....




Kita nak makan pun orang tu sibuk ambik gambar... dah kenapa nak buat kita "kencing manis" sebab awak sweet sangat hari tu.. hahaha.. orang dah lapar nak makan dia sibuk snap2 gambar kita.. habiskan ayam KR orang tu nanti baru tau!


TQ la yer sebab banyak bagi kita rasa "manis" hari tu..

Lepas makan menuju ke dealer Apple.. dapat belajar cikit2 jer sebab kedai ramai orang.. cuma tak sempat survey harga casing iPod Touch ni.. aku ni dah la ganas sikit jaga barang.. takut terlepassss jer iPod tu dari tangan.. semalam pun dah nak terlepassss, nasib baik atas katil.. hukhukhuk.. kecik & ringan sangat, tangan pulak besar.. hahahaha..

Then ingatkan nak terus balik.. sekali ada orang ajak tengok wayang pulak.. dah lama giler tak dating tengok wayang sama2.. awal-awal kahwin selalu gak la.. then lepas tu semua download jer dari internet.. hahaha.. kantoi download movie kat internet.. 


Since hari gembira, layan cerita santai2 jer la.. cari cerita yang kelakar2.. Adnan Sempit Sawadikap.. memang banyakkkkk gelakkkk la layan citer ni.. gelak daripada bunyi sampai gelak tak bunyi.. hilang stress jap... 

Habis wayang pukul 12.. so tamatlah hari yang indah.. tahun depan baru boleh sambut lagi dan rasa diraikan.. itupun kalau masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ni.. apapun, bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai kebahagiaan sepanjang hari tu.. semoga Allah memberkati segalanya..

TQ so much semua yang menceriakan saya sepanjang hari Isnin hari tu.. ucapan, doa dan ingatan kamu semua amatlah dihargai.. terlalu bermakna semuanya.. 

Untk suami tersayang, "Terima kasih yang teramat sangat.. Semoga Allah jadikan abang sebagai suami yg sentiasa penyayang dan boleh membimbing sayang ke jalan-Nya.."

Photobucket

Wednesday, January 29, 2014

Farm In The City Seri Kembangan - Teaser


Teaser aktiviti di Farm In The City Seri Kembangan.. nanti aku update cerita best tentang tempat tu yer.. ;)



Nota cinta: bz cikit hujung bulan ni.. tapi jangan risau, zana still akan update k.. dah promise tak nak tinggalkan blog lama2.. 



Photobucket

Monday, January 13, 2014

Trend Dress dan Skirt Jadi Pilihan


Hampir setahun rasanya cuba merubah diri untuk nampak lebih "matang".. memandangkan ketinggian tak berapa nak tinggi, kalau pakai seluar & tshirt memang ramai la yang kata macam budak2.. ni bukan kes perasan muda yer, tapi memang selalu sangat orang cakap macam budak2.. 

Last year, dah mula membiasakan diri dengan dress, blouse & skirt bila keluar untuk berjalan or gathering.. seluar jeans memang jarang sangat2 kecuali travel yang memerlukan aktiviti berjalan lebih daripada aktiviti bersantai.. sampaikan mommy Shakle, Ana Lyana pun cakap susahnya nak nampak aku pakai seluar.. hehehe..


Lepas tu sekarang ni suka beli baju yg rasanya kalau pregnant pun boleh pakai.. hahaha.. boleh gitu? lepas tu suka pakai biar orang kata aku pregnant.. mana tau masin mulut diaorang.. mana tau diaorang doakan aku betul2 pregnant ke kan dan masa tu Allah dengar doa dariapda diaorang.. Alhamdulillah.. *kalau dulu touching tau orang kata "eh, baju tu nampak macam ko pregnant la".. tapi sekarang lagi suka.. hihihihi.. 

Masih tak banyak koleksi dress dan skirt yang ada.. tapi xpelah, lama2 nanti banyak la kan.. *ada alasan nak shopping la macam tu kan? hihihi..

- Salam sayang untuk semua -

❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket

Friday, January 3, 2014

Bila Anak Dara Semakin Meningkat Remaja


Bila ada anak buah yang lagi tinggi daripada mak cik, boleh membuatkan mak cik ni rasa sentiasa muda sebab nampak kecik & boleh jugak membuatkan mak cik ni rasa makin bertambah usia sebab anak buah sendiri dah besar panjang.. *ohhhhhh, macam x percaya yang saya ada anak buah yg nak ambik SPM tahun ni..


Rasanya macam baru jer aku ambik SPM.. hahaha.. 11 tahun lepas kot..  tetiba tahun ni kitaorang sekeluarga berperang dgn perasaan takut bila anak buah sulung & merangkap cucu sulung nak ambik SPM.. terasa pantasssssnya masa berlalu.. lepas habis SPM, masuk U, lepas tu kerja, lepas tu kahwin.. oh, nanti aku jadi nenek la eh??? giler jauh imiginasi aku.. hahaha..


Budak ni dah berangan nak masuk U yang dekat2 dengan area Selangor, KL & Putrajaya supaya nanti senang dia nak lepak umah aku.. alasan lain adalah senang nak pow duit mak cik dia ni.. hahaha.. budak tengah nak membesar ni, taste dia pun makin besar.. dah tau nak bergaya & nampak cantik sentiasa.. bersiap bukan main lama lagi anak dara sorang ni tau..


Masa cuti sekolah hari tu dekat 2 minggu dia ni stay kat rumah aku.. kalau dah stay kat rumah aku tu memang habis banyak masa tengok internet jer la budak sorang tu.. ada la jugak hari tu dating berdua dengan dia gie Mid Valley.. bawak jalan sebab nak belikan dia baju & barang sekolah.. cerewet minah ni.. nasib baik la dia jer anak buah yg paling manja dengan aku.. bagus jugak yg lain x manja dengan aku.. hahaha.. kalau 16 orang semua manja manja dia, pengsan aku! 


Budak sorang ni suka sangat beli barang kecik2 macam aksesori tu.. gelang, brooch, sepit rambut, keychain & macam2 lagi la benda yg kecik2 tu.. owh, dan semestinya semuanya dia nak warna pink.. pengaruh siapa la tu kan? hehehe..


- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket

Tuesday, June 11, 2013

Aktiviti Riadah Cuti Sekolah Bersama Anak Buah Tersayang

Cuti sekolah hari tu, rumah aku memang betul2 meriah.. ramai anak buah yang "berkampung" kat rumah tu.. bila ramai askar2 dalam rumah tu, dah tentu2 suara akulah yang paling banyak sekali kedengaran..


Nasib baik la ada bunga yang menyerikan di antara askar2 tu semua.. kan Alya? tapi yang perempuan pun sama melasak jugak.. budak baru dapat kaki ni tak reti nak rehat/tido.. asyik nak berjalan jer.. 


Lasaknya masing2.. menakutkan tengok diaorang main gaduh2 sampai tertonggeng2.. hehehe.. kakak2 aku asyik mintak maaf sebab anak2 diaorang menyepahkan rumah.. tapi, aku tak kisah pun pasal rumah berselerak tu.. sebabnya bukan selalu diaorang ada kat rumah aku tu.. budak2 tengah membesar memang rumah selerak.. normal la tu kan.. lagipun, boleh kemas pun.. 


Cumanya, jangan sesekali menconteng dinding & melompat atas sofa! tu memang aku tak berapa nak suka.. setakat ni semua anak2 buah tau peraturan tu.. baru nak lompat, mata Acu dia dah buntang dulu.. terus tak jadi buat.. hahahahaha..



Waktu riadah kat taman permainan & swimming pool memang seronok sangat2.. masing2 nak bermanja.. tapi, bukan manja dengan aku.. tapi manja lebih dengan Encik Adiey.. huhuhu.. 



Maklumlah, diaorang kata aku terlebih garang sedangkan Encik Adiey terlebih baik hati.. ye lah kan, Encik Adiey tu rajinlah melayan karenah diaorang.. aku ni, sibuk nak bergosip dengan kakak2 aku, jadi biarlah Encik Adiey jer yang melayan.. huhuhu.. 



Tu pun masing2 berebut nak tido sama dengan Encik Adiey.. dah, kalau korang nak tido sama dengan Pak Cu korang, Mak Cu nak tido mana??? atas sofa??? hukhukhuk..


Bila diaorang dah balik rumah masing2, memang sunyi sangat2.. terasa sangat.. bukan bermakna aku & Encik Adiey kat rumah diam membisu jer.. selalu jer main kejar2 dengan dia.. eh?? hahahah.. tapi, bila ada budak2 tu meriah dia lain macam kan.. kalau ada anak mesti meriah rumah aku tu.. *insyaAllah masanya akan tiba..

Nota Cinta: kadang2 cemburu bila anak buah lebih rapat dengan Encik Adiey.. tapi, rasa happy sebab dapat tengok sikap penyayang Encik Adiey kat budak2 tu.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket