Entry ni patutnya dah publish minggu lepas lagi.. tapi memandangkan tuan blog punya mood blogging dah jauh ke laut, maka baru hari ni entry ni boleh dibaca oleh semua pengunjung blog aDieyZa ni.. setelah 10 hari kisah berlalu, hari ni baru berkesempatan nak cerita.. harus cerita walaupun dah berlalu lebih seminggu memandangkan ianya merupakan antara kenangan yang indah untuk diingati..
Kisahnya, aku memang dah cadang nak buat surprise birthday untuk encik adiey tahun ni.. idea datang sebulan sebelum birthday encik adiey.. since surprise ni aku cadang nak buat kat office encik adiey, maka haruslah cari orang kepercayaan kat office dia kan.. terus teringat ada sorang akak ni.. Kak Aisyah namanya..
Ada gak masalah masa aku deal dengan Kak Aisyah ni.. kadang2 deal thru sms.. kadang2 deal guna phone.. kadang2 deal kat FB jer.. ada sekali tu, masa tengah rancak merancang & bersembang kat FB, x perasan pulak encik adiey datang duduk sebelah.. tapi aku sempat minimizekan chat tu.. cuma encik adiey memang dah masam muka sebab aku x bagi dia tengok apa yang aku borakkan.. untuk elak dia terus masam muka, terus aku ajak dia masuk bilik.. eh??? hahahahahha... masuk bilik untuk tido la maknanya k...
Tapi hati aku ni kuat mengatakan encik adiey x kan berdiam diri.. gerenti dia akan siasat dengan log in FB aku.. so bangun pagi tu aku terus delete semua semua chat aku dengan Kak Aisyah.. just tinggalkan cikit2 jer perbualan antara aku dengan Kak Aisyah..
Sampailah tibanya birthday encik adiey.. pukul 12 malam tu dah nyanyi & wish birthday kat encik adiey.. lepas tu terus tido.. bangun tido encik adiey buat2 tanyalah tentang hadiah, tapi masa tu sibuk bersiap nak gie keje, so aku buat2 x dengar2 jer.. sedih gak la masa tu sebab terpaksa rahsiakan sesuatu dari suami sendiri.. huhuhu..
Tengahari masa lunch, mintak bantuan kawan baik merangkap bekas pengapit aku untuk teman aku beli kek.. masa ni banyak kali call Kak Aisyah untuk make sure encik adiey x kuar dari bilik dia.. risau kalau aku sampai office, dia keluar bilik pulak..
Lepas rehat mintak keluar office untuk ke bank.. selesai urusan kat bank, then bermulalah misi untuk ke office encik adiey.. mulanya nak call teksi jer untuk gie office encik adiey tapi x sangka kawan baik encik adiey merangkap bekas pengapit encik adiey call untuk ambik aku.. rupanya Kak Aisyah dah bagitau budak2 office encik adiey pagi tu pasal surprise ni.. kiranya encik adiey sorang jer yang x tau pasal hal ni.. bila ramai yang dah tau, plan ni makin mudah dilaksanakan..
Sampai jer office encik adiey, terpaksa pulak naik tangga ke tingkat 2.. semata2 x nak lalu depan bilik encik adiey.. kalau naik lift, potensi ke"kantoi"an adalah tinggi since keluar lift terus lalu bilik encik adiey, so nak x nak kena naik tangga.. dengan bawak kek, pakai baju kurung, pakai kasut tumit 3 inci aku naik tangga.. demi nak surprise, semuanya sanggup diredah.. huhuhu..
Sampai office encik adiey, terus keluarkan kek & pasang lilin.. lepas dah siap pasang lilin, officemate encik adiey carikan port untuk aku menyorok.. menyorok sambil pegang kek yang lilinnya dah bernyala.. kelakar ok menyorok tepi meja sambil cover nafas takut lilin terpadam!
Kerani encik adiey buat2 panggil encik adiey supaya dia keluar dari bilik.. dia x perasan lagi isteri dia dah menyorok kat tepi tu.. hahahha..
Encik adiey sampai jer, aku keluar dari meja tu sambil officemate encik adiey yang lain nyanyi lagu birthday..
Kerani encik adiey buat2 panggil encik adiey supaya dia keluar dari bilik.. dia x perasan lagi isteri dia dah menyorok kat tepi tu.. hahahha..
Encik adiey sampai jer, aku keluar dari meja tu sambil officemate encik adiey yang lain nyanyi lagu birthday..
Senyum jer ok! senyum yang sampai x terkata apa2.. lepas tiup lilin, sempat dia cubit nakal kat aku.. hihihi.. bila encik adiey cium ucap terima kasih, rasa nak nangis la pulak.. hahahha..
Lepas potong kek, encik adiey sibuk tarik2 pegang tangan aku.. then mula buat ayat2 sentimental pulak.. eh, nak manja2 lebih lak dia ni.. nak mintak hadiah la tu.. mana leh bagi hadiah terus, kena tunggu balik rumah la sebab aku rasa macam poyo lak nak bagi hadiah depan member2 dia.. hahahhaha..
Lepas selesai makan2 kat office dia, aku tanyalah encik adiey x dapat rasa ke aku nak buat kejutan.. dia kata memang x sangka.. cuma masa pagi tu dia macam terasa aku buat endah x endah tentang birthday dia.. eh, touching lebey la pulak dia kan.. tapi dia kata ada rasa pelik masa log in FB aku & baca chat aku dengan Kak Aisyah.. dia kata chat tu macam tergantung..kan betul aku kata, dia mesti baca FB aku! huhuhu..
Sempena birthday encik adiey tahun ni, aku hadiahkan sesuatu yang dia asyik survey2 jer.. asal pergi shopping complex, mesti nak singgah kedai yang jual benda tu.. so aku rasa tu lah hint dia untuk hadiah birthday dia.. huhuhuhu..
Ray Ban L.A! jenuh nak pilih sebab beli tanpa bawa tuan badan.. main agak2 sesuai jer dengan bentuk muka & warna muka dia.. hihihi.. nasib baik dia suka.. walaupun dah beli time sale, tapi macam x rasa sale pun.. hahahaha..ternyata betullah hint yang dia bagi selama berbulan2 ni.. dia kata sajer buat2 survey supaya aku x payah susah fikir nak hadiahkan dia apa.. hihihi..
Walaupun kejutan ni x delah kejutan besar, but aku still rasa happy.. rasa happy melihat senyuman terukir di wajah suami bila mana melihat isterinya membuat kejutan.. rasa happy mendengar berkali2 ucapan terima kasih dari suami bila mana isterinya mampu membuat dirinya berasa bertuah di hadapan rakan2nya.. rasa happy membuat suami asyik bercerita tentang kejutan dari isterinya.. syukur Ya Allah di atas rasa kebahagiaan ini..
Nota Cinta: ada lagi kejutan birthday untuk encik adiey.. next entry k!
wah....kalau la en suami buat kat chinta gitew..kompem pengsan 3 hari hehhehe...
ReplyDeletesalam zana...sooooooooooo sweeeeeeeeeeeettttttttttttttt.Itulah yg mampu k.atie katakn kpd zana & Encik Adiey,pasangan bahgia & romantis nie.
ReplyDeleteSemoga kalian berdua sentiasa berbahgia & loving forever...Aminnnnnnnnn
hahahaha. lawak la chinta!!!
ReplyDeletesweet btol zana n adiey ni. kna tiru ni ;)
so sweet!! kalau i dapat macam ni akan ku ingat sampai mati
ReplyDeleteAlololo...sweetnye...=)
ReplyDeletesuprise..suprise...
ReplyDeleteso sweet...
Romantic sgt akk bdua.. Hihihi... :)
ReplyDeleteKakak suka N3 ini. Seronok dgn staff office hubby yg juga supporting....
ReplyDeleteUntung encik adiey sbb dapat bini macam kak zana.. so sweetlah.. klaw zwan jadi encik adiey pown, mesti zwan terharu gila and makin sayang kat kak zana.. HAHA.. :)
ReplyDeletewahhh... sweeetnyaaa suprise2 birthday ni..
ReplyDeletewahhhhh...
ReplyDeleteromantik la akak..sweet cm gula2 sungguh neh..hehhe
hadiah tu besttt...ila dh keja nak hadiahkan cm tu gak la..heheh
serious.... sweetttt sangattttt.... i like.....
ReplyDeletesweet nyer. Haha. Akak coming beday abg Lan bln 2 ni pun tatau nak buat apa. Kek ada la - beli kt Mydeal. Tp tatau nak buat camana tah. Nenati lah pikir. Adiah pun rasanya nati tanya ke dia la nak apa since baru je bagi adiah anibesari tu ari.
ReplyDeletemane aci leh gi wat surprise birthday party kat office encik suami. saya kalau pegi tempat hubby, sampai kat pak guard pon dah kene soal siasat mcm polis.
ReplyDeletehuhu..anyway, mmg xsalah suami u proud dapat u sebagai isteri!!
that so sweetttttttttttttttttttt
ReplyDeletesuker2x laki jrng tunjuk kata suka or surprise but dlm hati mesti dia happy ngee
wahhhhhhhhhhh ! sweet giler kot . bena wat kejutan xde kek pun dekat manager . hahahah :) ehem ! cepat2 ape kejutan lain tu kak zana ? hehehe :)
ReplyDeleteAlahai, touching lah pula baca post ni.*emo telebey suda!!
ReplyDeleteSweet je Zana ni lah buat surprise tok En. Adiey. =)
Uols mmg sweet couple. HB En. Adiey. Moga bahagia hingga ke syurga ya dgn wifey tercinta dan moga semua impian ditunaikanNya. Amin.
suka .....tp takut js plak pengsan...hehe
Deleteselamat hari lahir untuk suami zana..semoga hubungan kalian bahagia hingga ke akhir hayat...
sgt sweet..tetibe terharu..best tgk zana n adiey..romantik sangat!
ReplyDeleterasenye kalo hubby nana buat kat nana sure dah nangis ni..
kalau nana buat kat hubby nana pon rasenye nana jugak yg nangis..haha dasar cengeng!
yay! ray ban! hpy bday mr adiey!
ReplyDeleteyay! ray ban! hpy bday mr adiey!
ReplyDeletewah !!! romantiknye!!!
ReplyDeletekalau saye pon bangge dpt isteri mcm zana ni !!
sanggup berkasot tinggi naik ke tingkat 2 tu !! hehe
sweetnye..moge bahagia smpai akhir hayat..Aminnn... =)
ReplyDeleteso sweet...mesti hubby zana touching kan..semoga bahagia ke syurga...amin....
ReplyDeleteso sweet! untung si suami..huhu
ReplyDeletesemoge kekal bahagia..;)
ungtung wooo suami..
ReplyDeletehappy bfday utk suami ye.. ;)
baru bace hr ni . sweet giler la bt surprise kt opis..untung en.adiey dpt wife romantik mcm kak zana kiter ni . hihi..semoga rumahtanggan akak kekal aman bahagia dan dimurahkan rezeki hendakNya..aminnn...
ReplyDeleteso sweet :-)
ReplyDeletedah baca ni pun terharu tau, smoga kekal bahagia..