Sambungan entry Cuti-Cuti Kuala Lumpur
Memandangkan cuti tu adalah bersama anak2 kecil, maka harus mencari tempat yang menarik minat diaorang.. kena bijak pilih tempat supaya diaorang x mudah rasa bosan.. selain dari tempat, kena fikir jugak soal aktiviti yang diaorang boleh buat.. sebab x nak la bawak tempat yang best tapi diaorang x boleh join/buat aktiviti kat situ..
Makanya, cuti-cuti KL diteruskam dengan membawa anak2 buah ke Desa Waterpark Kuala Lumpur!
Sampai jer theme park, anak2 buah dah menggelitik nak mandi.. x sabar2 ok! theme park ni lebih kepada aktiviti untuk kanak2.. ada jugak untuk dewasa cuma x banyak la.. tapi still best terutamanya bila mandi kat pantai yang ada ombak tiruan.. syok gilerrrrrr.. walaupun ombak tiruan, but rasanya memang serius hebat!
Game untuk budak2 memang banyak.. banyak gak gelongsor yang pusing2 untuk diaorang.. ada tempat untuk diaorang luncur.. ada jugak tempat untuk diaorang berenang dan berendam..
Ada game yang aku macam x berani nak buat.. so encik adiey kenalah temankan anak buah sulung aku untuk join game kat situ.. entah kenapa hati aku takut nak join game tu padahal sebelum ni aku pernah buat dengan encik adiey (masa zaman bercinta pernah datang sini, masa tu berani jer, apa kes dah kahwin jadi penakut????)..
Tapi ada 1 game yang aku cuba sebab nampak kat billboard tu macam gempak jer.. THUNDERBOLT - Asia Longest Uphill Water Roller Coaster.. terpanjang di asia so haruslah cuba..
Nasib baik naik ramai2, so xdelah aku ni takut sangat.. tapi tu pun still kena paksa dengan encik adiey, anak buah & abang ipar aku.. diaorang perli sebab ada budak kecik pun naik game tu, so apa kes aku nak takut????
4 jam lebih dalam theme park.. nasib baik cuaca mendung, kalau panas dah tentu2 aku makin rentung.. dah la sedia gelap kan.. budak2 tu macam biasa lah, bila dah dapat mandi mana nak balik.. mula2 cakap "jap, lagi 10minit".. lepas dah habis 10 minit, "jap, lagi 5 minit".. bila dah habis 5 minit, "jap,lagi seminit".. dah lepas seminit mintak kita kira 100 kali pulak.. ah sudah, kalau x kena marah memang x kan balik budak2 ni.. dah kena marah2 baru terhegeh2 nak salin baju, tu pun dengan muka masam!
So, pada sesiapa yang nak bawak anak2 atau anak buah, maybe boleh pilih untuk bawak ke Desa WaterPark KL.. budak2 mesti suka sebab banyak game yang diaorang leh buat..
Tips Pelawat:
1- pandai2lah bawak makanan dalam bag yer.. hihihi.. biasalah, harga makanan kat theme park mana pun memang mahal kan..
2- untuk game ThunderBolt, siap sedia pukul 2 petang kat tempat beratur tu.. sebab diaorang hanya akan bukak game tu pukul 2 petang.. x payah takut sebab aku yang penakut ni relaks jer naik game tu.. hahahhahha..
3- untuk mandi kat pantai yang ada ombak tiruan tu, rajin2lah tanya pekerja kat sana pukul bape ombak tiruan tu start.. selama 4 jam aku kat sana, ada 4 kali ombak tiruan tu.. so maybe sejam sekali kot diaorang on oambak tiruan tu..
4- x payah risau pasal bilik mandi/persalinan baju sebab tempat persalinan tu memang besarrrrrrrr & banyak bilik.. selesa!
5- memang kena sewa tube (pelampung) sebab baru best nak join game terutamanya nak mandi kat pantai yang ada ombak tiruan.. terlambung2 dek ombak dalam tube memang syok!
6- untuk maklumat lanjut, leh tengok website theme park ni yer..
Nota Cinta: seronok layan karenah budak2 kecik yang suka mandi manda!
Ida datang berdessup! hihi ~ Ida dah beli tiket prmosi nak g theme park ni.. TQ zana untuk tips tips pelawat itu.. hehee~!
ReplyDeletehehhe...teringat masa chinta datang cni dulu..masa masuk dalam gelonsor tu kan ley plak chinta lepaskan tangan kat pelampung konon2 nak buat yang pelik la..sekali.........deshhhhhhhhh!!!!terpelanting 2 2 orang kat dalam tu..pelampung entah kemana..orang entah kemana...kihkihkihkih...sib baik dah dekat nak sampai da..pas2 kena hempap lak ngan orang selepas kami..masing2 tergolek jatuh dalam kolam....pengalaman yang paling chinta x dapat lupakan masa datang cni...;)
ReplyDeletebestnyeeee..dah lame teringin nak pegi sini..tapiiiiiiii takkkk pegi2 juga..huhhh!!
ReplyDeleteamboi btol2 pusing k.l nih . pas ni wt trip tuk fadh plak bole x kak ? hehe..
ReplyDeletekak, bile tgok akak ni, kecik2 comel2 mcm fadh jugak .. agagagagaga...
fadh rendah je tow ! hehe
wahhh bestnya.. teruja dgn gmbr2 hihi. teringat zmn bdk2 dulu. mmg taknak balik hihihi..
ReplyDeletezana, kita doakan awk pun akan menjadi ibu tak lama lagi.. jgn berhenti berusaha & berdoa yer dear :)
olo, adik2x dah abis cuti sek.. baru ni dioarg dtg.. tp tak tau nak bawak jalan mane.. tq zana bg tips2x.. lepas ni bole la pegi! heee
ReplyDeletebestnya bawa mandi manda..tak pernah pergi lagi sini..biasa kat sunway laggon mudah juga lah kat sini...zana...
ReplyDeletewah cam best jek ..nge
ReplyDeletebole la p jgk t :)
btw,new follower here..
jom visit mine : http://www.blogcomotmomot.blogspot.com
folo kalu sudi :)
sebelum ni dah 2 3 x datang sini...memang puas hati
ReplyDeletemakanan memang saya sorok dalam beg pakaian dan buat tak tahu je...nak beli tak berbaloi mahal tu..
best!
ReplyDeletebest!
srronok sgt2!
best kan kat sini, teringin nak pi lagi tp kn plan betul2 nak bawak family sekali, bru meriah kan..
ReplyDeleteAdoi ai, ni yang buat nak pi ni.
ReplyDeleteTapi kalau pergi kang, tak leh nak mandi berdua-duan sebab si kenit tu pun sibuk nak mandi juga.
boleh bawak makanan eh dalam ni ? kalau dekat gambang waterpark xbole bawak pun . siap cek satu2 beg nak masuk . huhuhuu~
ReplyDeletebila baca entry ni, terus sms hubby ajak gi desa waterpark gak. hubby kata ok, kalau zarif x demam..yeay!!! nak gi jugak la. :)
ReplyDeleteaih......... dh lama duk kl, x pergi2 lagi ni.. cam nak gi minggu ni jgak je..heheh
ReplyDelete