Semanis Kurma: Anak Adalah Rezeki & Impian Bergelar Ibu & Ayah
Semalam rancangan Semanis Kurma bincang tentang topik "Wanita Tanpa Rahim".. so kat bawah ni serba ringkas tentang isu perbincangan topik tu..
Topik ni sebenarnya berkisar tentang isu ZURIAT.. setiap wanita pasti mendambakan gelaran seorang IBU! wanita mana yang sanggup bertemankan air mata setiap kali melihat wanita lain bercerita tentang soal anak2.. wanita mana yang tidak kecewa bila tidak mampu memberikan zuriat kepada lelaki yang dicintainya..
Isteri mana yang sanggup membiarkan suami sekadar mampu melihat lelaki lain ada zuriat sendiri.. isteri mana yang sanggup membiarkan suami terus mengimpikan gelaran seorang AYAH!
Tapi, semuanya itu adalah UJIAN ALLAH! siapalah kita untuk menolak setiap ujian daripada-Nya.. tapi, ingatlah bahawa "ALLAH MENGUJI MENGIKUT KEMAMPUAN KITA" dan percayalah bahawa "ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU DAN BUKAN APA YANG KITA INGINKAN"..
Antara tips yang hebat untuk dicuba adalah amalan 4S iaitu:
SABAR - sabar dengan setiap apa yang telah ditentukan.. sabar dengan segala kata2 daripada orang sekeliling.. sabar dengan semua yang berlaku..
SYUKUR - bersyukur walaupun kita belum memiliki zuriat, tapi kita masih bernyawa di muka bumi Allah ini untuk kita terus beribadat kepada-Nya.. bersyukur kerana kita masih ada suami yang sentiasa bersama kita di kala senang & susah..
SANGKA BAIK - sentiasa bersangka baik dengan Allah.. yakin bahawa Allah merancang yang terbaik untuk kita.. percaya bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan..
SENYUM - sentiasa hulurkan senyuman walaupun kita diuji dengan pelbagai ujian.. jangan stress sebab stress boleh membuatkan hormon kita menjadi tidak stabil.. elakkan stress dan dekatkan diri dengan segala bentuk kegembiraan..
Antara amalan yang boleh suami isteri lakukan adalah:
- Suami meletakkan tangan kanan pada ubun2 isteri sambil berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki untuk memperoleh zuriat..
- Berdoa sebelum bersama dan menjaga adab ketika bersama..
- Jangan cepat putus asa dan mengalah.. teruskan berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan..
- Jika ditakdirkan memang kita tak akan memiliki zuriat, REDHA KEPADA ALLAH.. redha itu besar ganjarannya.. redha itu pasti mendapat balasan yang lebih baik..
Nota cinta: kadang-kadang Allah turunkan hujan.. tetapi siapa sangka ada pelangi indah yang sedang menanti selepas hujan reda..
Ya Allah, sesungguhnya kami suami isteri menerima ujian daripada Mu ini dengan seikhlas hati dan kami bermohon agar ada sinar kebahagiaan dipenghujung penantian kami.. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin...
:) betul tuh.. :)
ReplyDeleterugi tak tengok mlm td..bg semangat kpd ibu, ister di luar sana kan..
ReplyDeleteinsyaallah zana,akan maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. :))
ReplyDeletemadam dah 4 tahun TTC.. mcm2 dugaan..
ReplyDeletetp biasanya bila madam kena sindir, betul2 dtg dr seorang perempuan yg dah bergelar ibu,
sbb tu la sedih, sbb mereka tak rasa apa yg golongan TTC rasa..
Tp kadang2 org yg menyindir tu tak sedar, Allah boleh memberi, dan Allah juga boleh menarik balik..
bukan kah?
betul2
ReplyDeleteInsyaAllah kak.. suatu hari nanti...
ReplyDelete“Bila semua sudah usaha tapi masih tak dapat zuriat maka REDHA kerana syurga ganjaran yang menanti. Dunia adalah UJIAN. Ujian yang dah ditetapkan olh Allah utk kita inshaAllah boleh lulus, jadi jangan minta ujian orang lain yang pasti kita takkan lulus”
Saya ni tak de anak lagi..cmana? ada cadangan?
ReplyDeletebest sgt tajuk SK smlm..terkena kt diri sendiri..semoga kita sama2 muhasabah diri dan in sha Allah ada rezeki kita nanti...Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hambanya...
ReplyDeleteayu pn dlm usaha unt dptkn zuriat... doakan ayu ye.. :)
ReplyDeleteakak tgk dah..tp citer dia kali ni more to perubatan lah sbb dia panggil doktor kan. tp dr harlina tu ada klinik ke yer. rasa nak jumpa lak dia
ReplyDeleteinn shaa allah..ada rezeki zana nanti..
ReplyDeletesabar ye kak..besar ganjaran org yg sabar dan redha ni..insyaAllah tiba masanyer nnt, pasti ade pelangi untuk akk..fadh doakan akk selalu ;)
ReplyDeletesenyum skit, xmo sedih2 tau..xcomel nnt ;)
amin..ayuh kita amalkan 4s
ReplyDeleteSemoga Kak Zana tabah.. btw, InsyaAllah, klaw ada rezki, xkan kemana cuma cepat atau lambat je.. ;)
ReplyDeletelmbt atau cpt tuh semua kerja Allah.Pasti ade hikmahnye kn...
ReplyDeleteyang nak sangat cam zana lom rezeki lg.tp yang lom bersedia cam ciknaa, dah tibe2 mngandung lg..pape pun sume tu dari Allah.. redha & doa byk2..
ReplyDeleteTuhan sayang orang-orang yang sabar ni.
ReplyDelete=)
-dakpink-
assalamualaikum zana..anis rse sebak bace entry zana kali ini..IN SYAA ALLAH,same2 la kite amalkan amalan 4S tu ye..semoga kite akan begelar seorang IBU & suami kite akan bgelar seorang AYAH suatu hari nanti..AMIN..
ReplyDeleteinsyaallah..kita usaha,tawakal dan doa selagi terdaya....amin
ReplyDeleteAamiin moga Allah permudahkn jln bt kita semua insyaallah..
ReplyDeletex sempat tengok la malam tu zana...thanks for sharing..insyaallah nnti ade rezeki kita kelak..aminnn
ReplyDeleteIda dah baca.. Byk tips! TQ zana =)
ReplyDeleteAssalamualaikum buat pemilik blog dan pembaca sekelian, di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan 'Anak Ramai' oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj. Semoga perkongsian ini bermanfaat
ReplyDeleteSemanis Kurma: Rezeki Anak Ramai - Dr. Harlina Halizah Siraj