Wednesday, December 19, 2012

Syukur Alhamdulillah - 8A Dalam PMR

Syukur Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah

Hari ni merupakan antara hari yang paling bahagia bagi kami seisi keluarga.. linangan air mata kegembiraan mengalir tanpa diundang.. senyuman seikhlas hati dilemparkan tanpa henti.. 

Debaran kami sekeluarga sejak semalam telah berkahir.. berakhir dengan kegembiran dan senyuman.. hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku sekarang.. *sambil taip entry sambil menangis...

Anak buah sulung aku ambik PMR tahun ni.. so hari ni result PMR keluar.. awal2 dah pesan dekat kakak aku yang kalau dia berjaya dapat 8A, terus call aku.. tapi kalau dapat 7A ke bawah, just sms jer.. *dari pagi berharap akk aku call dan berharap x de 1 pun sms daripada akk aku pagi ni..

Pukul 10.45pagi ni, tiba2 handphone bunyi.. keluar nama & gambar kak long aku.. perasaan masa tu???????? berdebar tapi hati dah menangis!!!!!!! masa tu menggeletar angkat phone.. jawab jer call dengar kak long tengah nangis.. *masa tu terfikir kak long nangis sebab happy ke sebab sedih?? perrrggghh, takut beb!!

Dengar jer kak long kata, "Dik, Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah".. dengar jer macam tu, air mata pun cepat jer nak turun.. terharu sangat2.. 

Syukur Alhamdulillah, 8A milik anak buah aku...

Masa tu x dapat cakap dengan anak buah lagi sebab dia kat atas pentas.. letak jer call kak long tu, aku menderu2 call keluarga terdekat.. happy beb! dekat officemate pun aku bagitau!! happy!!!

Selang 10minit, dapat lagi call dari kak long.. tapi anak buah yang call.. dengar suara dia, terus nangissssssss.. *giler meroyan mak su dia ni.. emosi sungguh!! 

Mana x gembira, dialah anak buah sulung aku.. dialah yang paling rapat dengan aku.. terlalu sayangkan dia sampaikan rasa kalau dia nak kahwin nanti aku mesti over emosi!!! *budak tu baru PMR tapi mak su dia dah fikir dia nak kahwin?? overrrrrr mak su dia!!

So, nampak gayanya sebahagian besar duit bonus semalam akan digunakan untuk beli something special untuk anak buah tersayang.. sesekali melabur lebih cikit untuk dia.. bukan memanjakan dia dengan material atau wang ringgit, tapi sebagai tanda penghargaan atas usaha dia selama ni..  



Untuk Intan Farhana, 

"ketahuilah bahawa Mak Su sangat2 gembira dengan kejayaan kamu.. Mak Su sangat2 bangga dengan usaha kamu selama ni.. kejayaan kamu akan menjadi pendorong pada sepupu2 kamu yang lain untuk sama berjaya macam kamu..kamu sememangnya "INTAN" yang amat berharga dan istimewa di hati Mak Su dan seluruh ahli keluarga kita.. MAK SU SAYANG INTAN..." 


Ya Allah, kami sekeluarga bersyukur di atas rasa kebahagiaan ini.. kami sekeluarga memanjatkan kesyukuran di atas nikmat kejayaan yang diberikan kepada anak/anak buah/cucu sulung dalam keluarga kami..


Photobucket

18 comments:

  1. wah tahniah tuk dia...terharu pulak

    ReplyDelete
  2. pandainya diyer. hihi.. tahniah utk Intan.. dari maksu Ieda. hikhik :D

    ReplyDelete
  3. terharunya.....rasa nak menitis air mata baca entry ni...congrats!!

    ReplyDelete
  4. Tahniah utk ank buah... Rapat hubungan ye..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah tahniah ats kejayaan intan farhana...:)

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah & tahniah ye

    ReplyDelete
  7. Taniah...SPM nanti pun kena la cemerlang juga yea..

    ReplyDelete
  8. tahniah..akak mcm tuelah setiap kali adik2 ambil result dan alhamdulilah semua berjaya

    ReplyDelete
  9. Tahniah Intan!! Auntie tumpang gembira.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah tahniah pade ank buah akk..org yg kite syg berjaya mmg kite akn rase amat2 sayu n terharu..

    ReplyDelete
  11. tahniah dik Intan Farhana.. moga success slalu :)

    ReplyDelete
  12. wahhh.. 8A.. alhamdulillah, tahniah buat Intan. Kita sama laa.. anak2 buah lagi tinggi dari mak sedara

    ReplyDelete
  13. Tahniah intan... wahhh.. bijak! lepas ni study , masuk U. keja bagus bagus.. jgn jadik macam maksudikir nk kawen jekk.. hhahhahahaha!!! ;p

    ReplyDelete
  14. tahniah intan, moga akan lebih cemerlang dimasa akan dtg...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..