Rezeki, Anak dan Ujian Allah
Semalam tak sempat nak update blog.. tuntutan kerja yang mendesak.. semalam meeting dengan big boss.. mula2 meeting pasal keje macam biasa.. tapi nak habis meeting tu macam ada sesi motivasi cikit la.. terkesan gak kat hati semua pegawai dalam bilik meeting tu.. banyak perkara yang big boss nasihatkan.. aku just tulis main point jer la eh then aku olah sikit ayat sebab ayat big boss aku tu panjang sangat.. sebab aku rasa apa yang dia kongsikan boleh bagi sumber inspirasi dekat orang lain..
- jangan pernah benci, tak suka atau stress dengan kerja kita.. kita kerja untuk menampung kehidupan.. hasil yang kita dapat daripada kerja tu untuk diri kita dan keluarga.. kenapa perlu benci dengan sesuatu yang kita lakukan demi diri sendiri dan keluarga??
- jangan pernah bandingkan diri kita dengan orang lain yang lebih kaya atau lebih daripada kita..takut kita asyik membanding, nanti diri kita yang merana sebab rasa serba kekurangan.. setiap orang berbeza-beza.. percaya ke kita orang yang kaya raya itu bahagia hidupnya?? percaya ke kita bahawa ada orang yang kaya raya tapi ada masalah keluarga yang bertimpa-timpa??
- jangan pernah pandang rendah pada kekurangan orang lain.. rezeki setiap orang berbeza-beza.. mungkin orang tu tak ada apa yang kita ada.. tapi, jangan pernah perlekehkan kehidupan yang orang lain miliki.. yakin ke kalau kita ada anak berderet tapi semua anak kita menjadi anak yang soleh/solehah? yakinkah kita anak-anak kita yang akan mengusung jenazah kita ke liang lahad?? atau perlukan orang luar yang tiada kaitan dengan kita untuk menguruskan jenazah kita??
- hidup kita ni cuma sekali.. jadi, sentiasalah bergembira dan ceria.. kenapa kita perlu serabutkan fikiran kita dengan perkara-perkara yang tak mendatang keuntungan untuk diri kita.. senyumlah selalu sebab senyum boleh membahagiakan kita..
Banyak lagi kata-kata positif daripada big boss semalam.. tapi ada yang aku lupa jugak.. masa dia bagi2 kata-kata semangat ni, semua dalam bilik meeting tertunduk diam.. terkesan kat hati masing-masing..
Paling sedih part bila dia cakap pasal orang tak ada anak.. banyak kali mata dia pandang mata aku.. sedih babe.. terharu bila ada big boss yang sentiasa memahami apa yang orang bawahan dia rasakan.. tersentuh hati ni..
Bila dia kata ada mak cik dia yang tak ada anak meninggal dunia.. tapi walaupun tak ada anak, jenazah arwah diuruskan sebaik mungkin oleh anak-anak buah arwah.. dia jugak cerita ada kenalan dia yang ada anak 7 orang tapi bila dia meninggal, anak-anak tak uruskan jenazah tapi jiran-jiran yang uruskan.. bayangkan suasana masa tu bila anak yang dilahirkan, dididik dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang tapi bila sampai ajal ibunya, tiada anak yang hiraukan untuk uruskan jenazah ibunya.. masa ni hati aku betul-betul sayu.. *taip ni pun rasa nak menangis..
Itulah yang dikatakan rezeki setiap orang berbeza-beza.. ada yang dapat rezeki anak.. ada yang dapat rezeki kahwin awal.. ada yang dapat rezeki kerja baik.. ada yang dapat rezeki harta melimpah ruah..
Jadi, kita hidup ni jangan pernah pertikaikan apa yang Allah berikan pada diri kita.. ujian yang Allah bagi kat kita adalah petanda bahawa Allah sayangkan kita.. ujian tu sebagai usaha untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Allah.. bersyukur kalau Allah bagi ujian.. itu tandanya Allah ingat dekat kita!!
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
jugak terkesan di hati ini bila bce. betul kata2 big boss tu zana. ape Allah tulis dah cantik.
ReplyDeleteAssalamualaikum zana, insyallah rezeki kita akan sampai juga suatu hari nanti. banyakkan bersabar dan berdoa :)
ReplyDeleteSalam & Morning.. dtg menyinggah pagi2 kat sini ;)
ReplyDeletenway, Always +ve yer :)
sebak baca entri ni..nice sharing sis :)
ReplyDeleteAssalamualaikum zana, insyallah rezeki kita akan sampai juga suatu hari nanti. banyakkan bersabar dan berdoa :)
ReplyDeletesetiap orang semasa dilahirkan dah didatangkan dgn rezeki memasing.. jd jgn gundah.
ReplyDeletebetul lah tu apa kata boss zana tu. Kita kerja ni pun utk family kita.. eh..tak buleh nak ckp pepanjang lah pasal ni ..sensitip uolsss... haha
setiap ujian Allah tu ada kebaikan utk kita yg kita x tahu... bykkan bersabar yer.. moga kuat & tabah
ReplyDeleteterharu juga ni.. harap2 rezeki yang Allah swt dah tentukan memberi seribu manfaat
ReplyDeletebetul tu kak, rezeki stiap org tu berbeza2..Allah lebih mngetahui, jd kite sbgai hamba die sntiasa kne bersangka baik..mgkn ade rezeki kte nty..inshaAllah...
ReplyDeletemila baca pun mila terkesan di hati kak, setiap orang diuji tidak sama, mungkin bahagian ni kurang bahagian tu lebih tapi2 apa-apa pun syukur dengan kurniaannya...
ReplyDeletezana..yg mmbace ni pun bertangkuk dh air mata...alhamdulillah msh ade org yg amik berat yg phm kead. kita kan..
ReplyDeletethanks for sharing this:)
falsya sokong sgt3 ape yg boss zana tuh ckp...ape yg die ckp semua betul...kata2 positif dr boss zana tuh, zana pegang okayh..so kalau ade mulut2 xinsurance yg duk sebut psl anak, at least bile tingat ayat2 boss zana tuh, zana akan jd berganda2 kuat..;))
ReplyDeletesetiap org punya kelebihan dan kekurangan masing².. apa yg allah berikan itulah yg terbaik buat k dan pasti ada hikmahnya....
ReplyDeleteRezeki Allah tu ade kat mane2 dik. Macam2 care, macam2 jenis. Kadang secara yang kite nampak kadang2 secara kite tak sedar. Mudahan kite tak putus asa sentiase berdoa untuk sentiase memohon pada Nya dik.
ReplyDeleteSalam Zana, me leh bayangkan perasaan Zana ketika itu, syukur Zana dpt big bos yg memahami dah prihatin terhadap anak buahnya...
ReplyDeleteZana, me paham perasaan Zana yg masih menantikan rezeki Anak, InsyaAllah.. Allah pasti dengar doa kita, pasti dia kabulkan...
kita hanya perlu sabar atas sabar n usaha atas usaha.. Mudah2an... suatu hari nant,
pst: mesej kt Me tadi kan..? sori tak leh reply, Okey je makan ost tu... rasa sihat, Alhamdulillah.. moga kekal la hendaknya...
oh dear zana, kenapa lah artikel ni keluar time yani tgh stress dgn kerja....oh my! Takpe2...insaf sekejap tang rezeki kerja dan mengeluh/stress tu. Yani suka kerja Yani (ulang 1000x dalam hati).
ReplyDeleteoh dear zana, kenapa lah artikel ni keluar time yani tgh stress dgn kerja....oh my! Takpe2...insaf sekejap tang rezeki kerja dan mengeluh/stress tu. Yani suka kerja Yani (ulang 1000x dalam hati).
ReplyDeletesalam rabu
ReplyDeletesinggah sini
:)
itulah dia zana rezeki kita ni pelbagai-bagai...
ReplyDeletemotivasi dari bos sekurang-kurang akan terbuka minda kita untuk berfikir...fikir yang positif..
Sebak la plak dgn kata2 nasihat bos zana tu.. mmg terkesan di hati dan rasa lebih bersyukur ke atas nikmat yang Allah telah bagi pada kita..
ReplyDeleteinsyaALLAH.. ada rezekinya tu.. entah bila kita tak tahu.. sabar ye..
ReplyDeleteMembandingkan life sendiri dengan orang tu memang selalu I buat. ;p Almaklomlah, kdg2 jelous je tengok orang yang senang ni.
ReplyDeletesama sama kita panjatkan doa kepadaNya setiap kali lepas solat, supaya di anugerahkan sifat Qanaah..merasa cukup dgn rezeki yg sedikit, dan sentiasa bersyukur atas limpahan rezeki yg banyak...
ReplyDeleteAlhamdulilah,Insya-Allah..
ReplyDeletesetuju...mmg terbaik utk sharing...kadang2 terlupa apa yg tlh dimiliki dan blm dimiliki...
ReplyDeleteSabar ye Zana...hanis sentiasa doakn zana n kwn2 lain dpt apa yg selama ini setiap insan ppuan nantikan. InshaAllah masa tu akan tiba nanti.cuma kita tak tau bl..Allah tak beri apa yg kt mahu, sebaliknya Allah beri apa yg kt perlu..ape pn sentiasa positif.biarlh ape pn persepsi org terhadap kt....
ReplyDeletesetuju sangat..
ReplyDeleterezeki kita lain2..
org lain mungkin lebih kat situ,
tapi kita ade kelebihan kat part lain...
kak zana, meh yaya peluk kak zana mehh :)
ReplyDeletepositif ;))
ReplyDeleteTerkesan di hati ;( sama-samalah ambil positif :)
ReplyDelete