Thursday, April 25, 2013

Follower Blog : Banyak Atau Sedikit??


Dulu masa mula-mula blogging, kalau nampak blog tu ramai follower mesti aku pun nak follow blog tu.. follow tanpa baca entry! giler kan?? kalau aku baca entry blogger tu pun setakat 2,3 entry.. sebab aku budget blog tu mesti best sesangat!! tapi, aku rasa tak semua blog yang aku follow tu aku baca blog dia setiap hari.. so, motif aku follow?? sajer! hahaha..

So, just nak tekankan yang tak semua follower akan baca blog kita setiap hari! jangan kata setiap hari, maybe ada follower yang lepas follow dah terus tak masuk blog kita!! 

Tapi, follower ni jugaklah menyebabkan sesebuah blog tu menjadi lebih menarik.. kalau hari2 ada orang follow blog kita, mesti hari2 kita semangat nak update blog kan?? kalau dah hari2 follower tinggalkan komen dekat blog, mesti kita rasa teruja kan??

Tapi kan, banyak jer blog yang aku tak follow tapi boleh dikatakan aku baca blog dia setiap hari! ha, tu kes pelik kan? dah ko suka baca apa salahnya ko follow.. tapi, tu hak seseorang la kan nak follow ke tak.. kita sebagai blogger ada hak nak follow blog blogger lain.. dan blogger lain juga ada hak nak follow blog kita ke tak.. tak gitu??

Jangan risau kalau follower blog kita tak ramai.. berbalik pada tujuan kita berblogging la kan.. kalau blogging sebab nak hilangkan rasa bosan, so tak perlulah risau kalau blog kita ni suam-suam kuku tanpa follower.. kalau tujuan berblogging untuk kejar glamour tu maybe perlukan follower yang ramai.. tapi ada ke yang buat blog sebab nak glamour?? hahahha... tepuk dada tanya selera..

Kalau tetiba follower kita berkurang, jangan risau jugak.. maybe orang tu dah tak nak follow blog kita sebab dia pun dah malas nak berblogging.. siapa tau kan?

Apa yang penting, sesebuah blog tu akan lebih bermakna kepada tuan punya blog dengan bertambahnya bilangan follower! walaupun follower blog tu hanyalah seorang, tapi bermakna sangat sebab tuan blog akan rasa ada yang sudi membaca coretan dia dekat blog..

So, korang follow blog blogger lain sebab apa?? sebab blog dia cantik/best/cerita menarik/tu kawan korang?? ke sebab korang nak cari bahan gosip tentang orang tu?? hope tak ada yang buat perangai macam tu.. follow sebab nak cari bahan menjatuhkan orang tu.. x baik ok!!

Nota cinta: sayang semua follower blog aDieyZa!!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket

19 comments:

  1. Assalamualaikum zana. bestnya ramai followers. bermaksud kita punya blog general. semua suka. yehaaaa ;)

    ReplyDelete
  2. ermmm..follow utk networking..utk tambah ilmu & kenalan..sharing is caring..mcm baca buku...lg byk buku kita baca lg byk ilmu yg kita akan dpt..sama mcm blog..ilmu ttg kehidupan praktikal sebenar :)

    ReplyDelete
  3. orang ni macam-macam tapi mila selalu datang kat blog yang komen mila, walaupun tak semestinya kita kena follow dia...

    ReplyDelete
  4. salam Zana,
    ok tujuan zaza berblog untuk share pendapat & pandangan.. sometime nak share jg tempat2 menarik yang pernah kita pergi, begitu jg sebaliknya dengan blog lain kann.. ;)
    glamour/ follower ramai jg tak penting bg zaza sbb itu jg hak setiap individu utk baca/ menilai tanpa follow. ;)

    ReplyDelete
  5. akak pun seronok ramai rakan di alam maya zana...

    ReplyDelete
  6. selalunya buat entri syok sendiri je..so tak ambil hati pun kalau follower tak singgah dan baca :)

    ReplyDelete
  7. salam zana.. alise lau nk follow tengok juga cara penulisan ngan font.. lau kecik sgt smpi susah nak baca pon x menarik gak lau citer panjang berjela kan..

    ReplyDelete
  8. kdg2 yg kita follow tu dah tak singgah pun. yang tak follow tu hari2 singgah :)

    ReplyDelete
  9. x kisah pun org nak dtg bca ke x entri kat blog tu... sbb blog queen tu catatan kehidupan ajer.. lebih untuk tatapan anak-anak bila besar nanti...

    ReplyDelete
  10. hohohooho.. ida pun tak suka bila orang cakap "done follow u, follow me back' heyy! ida hanya folow bila ida sukaaa entry 1st yang ida baca. tapi bila baca entry 1st buat ida tak suka, ida tkkn folow. huhuhuhu....

    ReplyDelete
  11. I sama mcm ida... Will follow bila rasa seronok baca blog org tu :-) n i feel the same mcm zana... Seronok org follow blog kita coz rasa ada org lain sudi nk baca entry i yg x seberapa tu... Heehehe

    ReplyDelete
  12. kt pulak pesen kalau kt suka terus follow hahaha.. walaupun org tu x followw blog kita ni, tp kt suka cara dia menulis kt dg jer baca.. tak kisah sgt pun follower dia banyak dak.. cuma kdg² tkt nak komen jer... lps baca .. kdg blurrr pun iya hahahaha.... apa yg penting kalau follower sy dtg baca singgah komen sy utamakan balas.. jejak walaupun sy komen ...

    ReplyDelete
  13. follow blog tuh...byk benda yg memainkan peranan..
    kekadang...wlaupun org tuh slalu singgah kat blog kite...
    kite x balas kunjungan pun..kdg2 leh buat org x pegi ke blog kite lagi...
    so,rmai atau sikit...byk elemen yg mainkan peranan...:)
    Cayang akak jugakkkkk!!!

    ReplyDelete
  14. kalau ade org follow kite kite follow balik..hehehe..kalau follow blog org pun follow blog yg menarik mata n hati utk follow..;D

    sayang zana jugak...hikhikhik..

    ReplyDelete
  15. follower nory ciputt je...hukhukhuk

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..