Ada yang kata sedondon itu nampak mesra.. ada yang kata sedondon itu nampak bahagia.. ada yang kata sedondon itu nampak serasi.. ada yang kata sedondon itu seperti boria.. ada yang kata sedondon itu seperti tiada apa..
Apapun tafsirannya, setiap orang ada pandangan yang berbeza-beza.. kita tak boleh nak kawal kata-kata dan permikiran orang lain.. apa yang kita perlu buat, hanya nikmati kehidupan kita dengan bahagia..
~ Mr Adieyza & Mrs Adieyza ~
Ada jer orang yang kata kata suami yang suka sedondon dengan isteri tu seperti di "queen control".. oh, nakalnya mulut orang tu kan.. tak pasal-pasal isteri dapat gelaran "queen control".. not good yer! isteri bukan sajer2 nak paksa suami pakai baju sedondon.. mesti isteri ada sebab tertentu.. maybe nak nampak serasi, maybe jugak nak senang cari pasangan semasa orang terlalu ramai atau maybe jugak sebab suami yang beria2 nak pakai sedondon.. macam kes aku, Encik Adiey sendiri yang beria pilih design untuk baju sedondon ni.. so, jangan cepat buat kesimpulan yang isteri "queen control" yer..
~ You Are My Everyting ~
Ada jugak yang kata untungnya dapat suami yang boleh pakai sedondon selalu.. tapi sebenarnya, untung rugi tu kita yang "cipta".. tak bermakna rugi kalau suami tak nak pakai sedondon.. tak bermakna rugi kalau suami menolak permintaan isteri untuk sedondon.. dan tak bermakna untung kalau suami suka untuk pakai baju sedondon.. tiada istilah untung rugi dalam perkahwinan!
~ King Adiey & Queen Zana ~
Ada jugak yang kata nampak mesra & serasi bila pakai sedondon.. tapi perlu diingatkan, mesranya pasangan tu tak semestinya daripada pakaian yang sedondon.. boleh jadi nampak mesranya pasangan tu bila mana suami mendokong anak kecil mereka.. boleh jadi nampaknya serasi pasangan tu bila mana suami sudi berkongsi minuman atau makanan dengan isteri.. dan boleh jadi jugak nampaknya mesra dan serasi pasangan itu bila mana mereka saling jalan berpimpin tangan walaupun mereka tak pernah nak pakai baju yang sedondon.. mesra, serasi dan bahagia itu subjektif..
Tak kisah la sedondon atau tak.. yang penting, kita suami isteri sentiasa bahagia.. bahagia itu tak boleh dilihat luaran atau fizikal semata-mata.. kadang tu ada jer yang kita nampak suami tu macam tak romantik, tapi hanya isteri dia jer yang tau betapa romantiknya suami dia tu.. sebab tak semua orang suka menunjuk sifat romantik tu depan orang lain kan? ianya kan EKSKLUSIF!
SETUJU?
Nota cinta: Baju sedondon atau tidak itu tak terlalu penting.. yang penting, hati mestilah "SEHATI SEJIWA"
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
zana.. baju tu tempah ke atau beli mmg dah sedondon..
ReplyDeleteanyway..elly suka jugak pakai sedondon. dan hubby pun tak ada masalah.tapi kami tak de tshirt2 mcm ni.cuma sedondon dari segi warna la..hehehe
elly, zana tempah dekat kawan FB.. if berminat, try call no ni, 014-9856682 (Kak Ngah)..
DeleteZana, sgt terkesan dan bersetuju sgt2 dgn pendapat zana..
ReplyDeletecomelnye semua caption kat baju2 zana...buat masa ni tak der lagi baju yang betol2 sedondon macam baju zana...selalu sama tang kaler je...pas kawen nanti maybe lah :)
ReplyDeleteAssalamualaikum yanggg, sheila setuju sangat! suami sheila pun suka baju boria dengan sheila skrg, hehehhe. comel sangat baju2 awak tu. heeeee
ReplyDeletecute
ReplyDeleteanum suka
tak penah ada baju sedondon camni, comel betol.. biasa sama dari segi warna baju jelaa.. tp suka tgk korang, romantik ;)
ReplyDeletebetui2..nampak mesra n comei jer..tapi org kata kita control en suami dan paksa..hakikatnya en hubby pun sukakan..yang penting kita happy
ReplyDeletekat mane tempah baju??
ReplyDeletesedondon gitew... tp suami saya konfem tak suka.. haha.... tang color sedondon no problemo... hehehe....
ReplyDeletepentingggg.. kalau boleh dgn anak2 sekali.. barulah sherashi bershama hehehe
ReplyDeletecomel tapi laki aku tak berapa suka, kalau kaler sama ok la.. tapi kalau sebiji sebijan kureng katanya! tak lomentik langsung.. hikhikhik!
ReplyDeletecomel je... mana beli couple t-shir ni...
ReplyDeleteala best apa pakai sedondon...
serasi bersama gitu...
suami saya pun tak kisah nak pakai sedondon ni.. layankan aje bini nya. asalkan jgn corak @ warna merepek la .. hehe
ReplyDeletebila sedondon ni zana orang kata sehati sejiwa gitu..
ReplyDeletesedondon itu sweet.. jgn sblm kawin jer beriya nak sedondon.. lps kawin, ampehh.... biar dah ade ank, kalau dah sblm ni sedondon biar kekalkan bende tu... bkn stiap ms tp kalau slalu lg bagus...
ReplyDeleteBagaikan buah kedongdong di belah dua!! caya lah!!
ReplyDeletesedondon tak penting, yang penting hati.. cewah.. tapi sedondon memang sweet... especially kalau hubby bekerjasama.. :)
ReplyDeleteAslkm,
ReplyDeleteSedondon itu comel...kiut je baju merah tu...=)
wah... ni mmg betul2 sedondon..design sama.. sue slalu warna baju je sama.. tapi tupun x slalu.. hehehe...
ReplyDeletewah.. nampak sgt romantik ok... kalo husband suka nk sedondon okla.. mcm kami yg dah ada anak2 ni pun kena pakai sedondon la gamaknya.. ;)
ReplyDeletetak sendodon x semestinya tak romantikkan... sbb dia takmoo tunjukkan kat org lain.. hahaha.. setuju sgt, nasib baiklah suami akak ni jenis ok jer kalau akak belika dia nak jer pakai ... nampak comel jer.. anak pun okk jer.. suka jugak .. borialah kami...
ReplyDeletesy suka tgk org pakai sedondon nmpk romantik..hehehe.
ReplyDeletesedondon la best..
ReplyDeleteSaiz u suami iisteri ideal.ok la nak pakai baju sedondon.i teringin juga.tapi suami I saiz susah cari.so memang la tak bleh sedondon.i plak suke ikut suke hati like gurl2 sket baju I.memang tak leh same ngan dia.mampu sedondon warna jek wak.jadik la kan
ReplyDeletebila baca entry zana ni eamy tergelak sorang2 teringatkan hubby. Sebelum kawen kiteorang tak kisah sangat sedondong atau tak..Tapi sbgai kekasih haruslah nak yang sedondon je kan..hihi..tapi lepas kawen laaagi la emy x alert pasal sedondon atau tak..hubby je yang beria-ria cari baju yang kaler die lebih kurang ngan baju emy.nak suruh match la konon..tapi kalau secara tak sengaja dia yang siap dulu then emy plk yang terpakai baju sama kaler ngan dia,sengeh je memanjang..lama2 tu baru la si bini ni nak g mane2 mesti nak cari baju y sedondon gak..huhu...x smua lelaki suka n x smua juga lelaki x suka kan..tp x kisah lah janji kita sama2 sayang menyayangi kat pasangan masing2 ye tak.. :)
ReplyDeletecantik..
ReplyDeletetp js puya encek abe dh xnk bersedondon nti cam anak2 plak...hehe
dulu2 suka..^^
akak kadang tu kesian plak ngan abam lan nak suh dia pakai sedondon camni.. lagipun.. akak pun segan gak... dah kertu ni takyah sedondon sgt lah.. sama kaler cukup lah. hihiks
ReplyDeleteida suka sedondon. suka sangattt. andi folow jeee.. itu tak bermaksud ida queen control yekk! hahahhaha
ReplyDeletebetul kata zana. pakaian sedondon tidak boleh dijadikan ukuran tahap keromantikan, tahap queen control dan tahap keserasian. pepandai je dorang ni serkap jarang, not good tau! cm akak kdg2 teringin juga nk pakai sedondon (kaler) dgn husband & anak2, tp jgn haraplah. kalo tetiba akak dan suami pakai bj kaler yg sama, serta-merta suami akak tukar bj kaler lain. somi akak malu kot (maklumlah dh tuo). tp akak x kecik ati pun, mcm zana ckp. x pakai bj sama x semestinya x syg kita. eh eh! hehe..
ReplyDeletetp raya hari pertama usahakan juga utk sedondon. setahun sekali apa salahnyer :) **time ni somi akak x leh tolak sbb akak dh beli siap2 bj melayu dia. strategi!
alaaa comeinyer.. kite x pernah lagi baju sedondon dgn husband :p
ReplyDelete