Luahan Hati Seorang TTC (Trying To Conceive)
Sedar tak sedar, dah masuk bulan Julai.. bulan cinta kami suami isteri.. bulan yang terdapat hari yang terlalu indah untuk dikenang sehingga akhir hayat..
Masa tahun pertama berkahwin, relaks jer lagi bila orang tanya.. masih awal.. masuk tahun kedua, aku still boleh relaks lagi.. dan masuk tahun ketiga berkahwin, aku still boleh relaks lagi..
Relaks maksud aku bukan relaks tanpa usaha! relaks maksud aku ialah tak mahu stress dan serabutkan diri dengan terlalu memikir perkara ni sampai ganggu hubungan aku dan Encik Adiey..
Aku sentiasa fikir untuk membahagiakan perkahwinan kitaorang.. sentiasa fikir macam mana nak buatkan Encik Adiey happy.. sentiasa fikir macam mana nak bagi hubungan kitaorang sentiasa mesra.. itu lagi penting!
Tipulah kalau kata aku tak pernah rasa stress atau sedih.. pernah jer rasa.. tapi, aku memang betul2 bertuah sebab suami, family & kawan2 sentiasa bagi kata2 semangat kat aku.. asal rasa sedih or stress jer, aku cepat2 call/sms diaorang.. time tu jugak dapat luah dan time tu jugak rasa lega..
Mungkin orang nampak aku relaks.. sampaikan ada yang kata aku ni tak berusaha untuk dapat anak.. siap kata yang kalau dia jadi aku, dia akan ikhtiar sehabis baik untuk dapat anak.. perasaan aku masa tu?? marah la!!
Marah sebab dia tak tau apa yang aku usahakan.. dia tak nampak apa yang aku buat.. dia tak tau betapa letihnya berjumpa doktor setiap bulan semata2 untuk berusaha mendapatkan seorang anak! dia tak tau berapa duit aku habis untuk ikhtiar supaya badan aku ready untuk ada anak..
Bila aku bagitau apa yang aku ikhtiarkan, dia boleh pulak jawab kenapa aku tak pernah cerita semua tu.. gilerrrr.. tak kan semua benda aku nak share dengan orang lain??? mana privacy hidup aku suami isteri??
Sebenarnya, keadaan sekeliling yang membuatkan aku & rakan2 TTC lain yang stress.. sebab pertanyaan yang tak berhenti daripada daripada orang sekeliling la yang membuatkan kitaorang rasa rendah diri.. kalau orang tak tanya, kitaorang masih boleh bertenang lagi..
Kadang tu ada yang melabel kami ni "anti-sosial".. sebab banyak majlis gathering tak nak hadir.. kalau dah pergi gathering, reunion or majlis kahwin yang kitaorang pergi orang asyik tanya "datang berdua ke?", "belum ada anak ke?", "tak jeles ke tengok kawan2 lain dukung anak?".. kalau dah asyik soalan tu jer yang korang tanya, manalah kami tak jadi "anti-sosial".. tapi, setakat ni aku masih boleh join semua gathering if betul2 aku & Encik Adiey free.. kalau dah tak free, tak kan nak join jugak kan? tu yang agaknya ada yang kata kami TTC ni "anti-sosial" kot..
Kalau persoalan "bila nak ada anak ni?" tu ditanya, boleh tak kitaorang tanya balik soalan, "bila nak meninggal dunia ni?".. nampak macam kasar kan soalan kita tu??
Tapi maksud tersiratnya adalah, "kita tak tau apa yang Allah aturkan untuk hidup dan mati kita.. kita tak tau apa yang Allah nak beri pada kita.."
Niat nak tulis entry ni bukan nak mintak simpati apatah lagi nak mengharap orang faham kami TTC ni 24 jam.. cuma minta agar ada sedikit kesedaran untuk kita lebih berhati-hati dengan soalan yang bakal kita ajukan..
Soalan tentang bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak tambah anak, bila nak cari kerja yang gaji lagi besar, bila nak beli rumah dan segala soalan yang terlalu peribadi better kita tak perlu tanya.. sebab setiap orang berbeza keadaannya..
Siapa yang tak nak ada pasangan hidup? siapa yang tak nak ada anak lepas berkahwin? siapa yang tak nak gaji besar? siapa yang tak nak ada rumah mewah? semua orang nak.. tapi, tak semua orang boleh dapat segala apa yang dia nak.. sebabnya, "ALLAH AKAN BERI APA YANG KITA PERLU DAN BUKAN APA YANG KITA NAK"..
Nota cinta: entry ni untuk peringatan diri sendiri jugak.. sama2 mengingati & berpesan2..
Salam sayang untuk semua!!!
With love,
~ aDieyZa ~
anum yakin zana kuat
ReplyDeleteSabar ye u. I pun dalam situasi yang sama dengan u.
ReplyDeletesedihnyaaa...zana sabar ek.. mummy doakan zana kuat, tabah hadapi semua2 tu k.. insyallah ada rezeki zana nanti k..
ReplyDeletemuahhh
sabar kak..fadh tau akk kuat !!! fadh sentiasa support akk !!
ReplyDeletesabar ye zana..memang orang yang tak pernah melalui takkan faham perasaan kita, even kawan baik kita sendiri pun takkan faham kalau dia tak pernah merasa
ReplyDeletesaya sebenarnya dapat rezeki yang satu ni lepas 3 tahun lebih kahwin
faham sangat perasaan TTC ni macamana
saya doakan zana dan rakan2 TTC lain...mesti ada rezekinya..Allah dah aturkan yang terbaik
sekadar nak berkongsi,
mungkin zana boleh mencuba...masa kita nak TTC kita tak boleh stress, kadang2 kita dah cuba elakkan stress, tapi keadaan sekeliling yang buat kita rasa tertekan dan marah tambah2 lagi dengan mulut orang...saya cadangkan zana kurangkan dulu atau deactivate facebook, etc untuk satu tempoh masa..sebab kadang2 kita tak perasan yang laman sosial ni tak banyak, sikit2 akan buat kita stress..insyaallah disamping berdoa, ada rezeki, insyaallah
Betul tu zana. Saya setuju. Zana dan en adiey org yg kuat. Kita sama2 doakan untuk kebahagiaan bersama. Amiin~~
ReplyDeleteteruskan bersabarz zana..ramai lagi dekat luar sana yg TTC.. btl mcm zana ckp, just relax..biarkan mereka2 nak berkata apa sekali pun.. hanya allah dan zana suami isteri saja yg tahu :)
ReplyDeleteSalam..entry yang menarik kerana ianya mewakili luahan perasaan kite sbg warga TTC ni. Saya juga kerap kali dilabel anti-sosial atas sbb yang sama. Tapi bagi saya, biarlah mereka nak label apa sekali pun, yang pengting hati tak payah sakit dengan soalan yang menyakitkan dari mereka 2. Bosan bile setiap kali berjumpa,itu sahaja yang nak diorang tanya,kan?
ReplyDeleteApa pun, marilah kite sama2 kekal positif lebih2 lagi di bulan penug barakah ini, moga Allah merahmati setiap perjuangan TTC kita..insyaallah! Amin
http://journeytottc.blogspot.com/
pedulikan apa org kata zana...kuatkan ati tuh
ReplyDeleteSetuju dengan Pn Anonymous...
ReplyDeleteMe pun after 3 years maried baru lekat... mmg org keliling ada yg paham n ada yg suke push2.. tanye soal anak... Me pun begitu juga Zana, merasai ape yg Zana alami skrg ni..
itu semua kehendak Allah swt.. Dia maha-mendengar-mengetahui-dan-melihat.. tapi me tak setabah Zana, Me cepat sentap, Me kalo org tanya.. me ckp lepas, sebab Me bengang... dgn soalan bangang tu... sampai Me ckp, " Kalau ada, ada lah..." kau tunggu je la sampai kucing bertanduk" kasar kan... tapi bile dah terlepas ckp tu menyesal la... hihihi.. boleh ckp cam tu... yea la.. dah kite sentap, biar dah juga rasa sakit hatinye.. hahaha... jgn ikut perangai Me tau... Siapa tahu berkat Bulan Ramadhan.. ada rezeki yg satu itu...Sabar itu separuh iman kita...InshaAllah....One Day or Another...
Sabar ye zana...InsyaAllah rezeki tu akan ada..Cuma cepat atau lambat je..Peduli la kate org lain...Yg penting kita happy..:)
ReplyDeletesedihnya...sabar je...wawa follow blog zana dari zana sebelum kawen lagi...hope kuat dan bersabar
ReplyDeletesy pun TTC jugak..still tak dapt...redha je...rezeki tu ketentuan Allah kan :)
ReplyDeleteSabar ye zana...
ReplyDeleteentry akak ni terbaek sukaaaa gilaaa..
ReplyDeleteBetul tu Zana..setuju sangat..kita suami isteri ni boley bertenang & rileks tak pikir sangat soal anak sebab anak tu rezeki Allah..tapi bile gi majlis2 kawen ke,reunion ke mula ar kuar soklan2 cepumas ni..rasa nak penampaq je kat orang yang tanya tu..nak je bagi ceramah kat orang yang tanya tu..takkan le kita nak berciter apa yg kita buat utk dapat anak..dorang paham ke,dorang nak dengar ke kita gi jupe Dr.,buat test tu buat test ni..even dah explain pun,lepas tu sure dorang akan tanya balik soklan yang sama..hah, tu yg kenkadang mcm malas je nk gi majlis2 kenduri kendara/reunion ke?malas....malas nak dengar orang tanya soklan tu..
ReplyDeleteapa yg awak rasa, memang sy pun rasa. apa yg saya buat, sy n suami terus x aktif fb dah..coz kalu letak pic berdua mesti ada yg bertanya,,,,,eh berdua lg ke? bila nk bertiga?........malas dah nak letak2 pic terbaru kami...terus private..senyappp terusss...semua org tak tau perkembangan kami even rakan2 baik pun....yg penting sy, suami n family tahu ttg kami, apa yg kami buat...FAMILY sahaja yg penting....itu saja yg terdaya sy buat utk elakkan hati bersedih....Ya ALLAH kurniakan kami zuriat...
ReplyDeletesabar zana....
ReplyDeletemulut org....
kita bkn blh tutup....
b strong.....
betul tu zana dear..mulut org kan..even ain yg ade anak ni pon kene..mase anak satu dlu..sibukla tnya bila nak tambah anak lg?? hadoilah!
ReplyDeletetakde anak tanya..ada anak pun tnya..typical sungguh!
p/s : sabar yek..sabar itu indah..pasti Allah akan balas kesabaran zana sekeluarga..insyaAllah..amin ;)
bykkan bersabar..insyaAllah nt ada rezeki yg berlipat kali ganda..
ReplyDeleteDear Zana...
ReplyDeleteIt's true..semua yg Zana tulis n luah semua Hanis setuju n pernah alami..termasuklah pertanyaan2 org, keadaan org2 sekeliling, pandangan org2 sekeliling mmg sedikit sebanyak membuatkan kita mls nk keluar@join apa2 event. Kdg2 yg tanya2 tu org yg belum kawen n x memahami lgsung perasaan org2 cm kita ni. Ada juga makcik2 yg kdg2 bercakap seolah2 mengutuk2 n menyindir mcm dia sorg aje bertuah dikurniakan cahaya mata. Tapi Hanis redha, sedikit sebanyak pertanyaan2 dorg tu merupakan doa utk kita, juga utk Allah buktikan pd mereka balik. Diorg x kan paham. Hanya kita n suami yg memahami situasi kita kan? Sabar ye sayang... :)
be strong zana...
ReplyDeletekak jue sentiasa menyokong zana...
manusia mulutnya berbisa...
kena batang hidung sendiri baru tahu pedihnya...
insayallah sampai masa ada rezekinya
inshaa ALLAH akan ada rezeki bat zana dan suami nnti. ALLAH dah ade rancangan terbaik utk zana tu :)
ReplyDeletekuatkan semangat zana, insyaallah .. rezeki zana mungkin ada di tempat lain ... belum lg untuk ber 3 rancangan allah adalah perancangan yg terbaik..
ReplyDeletesalam zana...dah penah rasa apa yg zana rasa, nadia penah keguguran sekali .at the same time mak mertua pon mengandung jugak ..haha (rare case).. setiap kali balik sana, tiap kali tu la diorg tanya..dah ada belum? rasa hina nya..terasa hanya allah je yang tau. mcm2 pk, MIL yg umo 45 pon boleh lg ngandung, ni pulak nadia ..mcm dah bersaing..serious, stress..husband pon stress..nangis kat husband..alhamdulillah, husband memahami. lepas 2 bulan keguguran, rezeki kami. melekat .skrg dah 7 bulan. masa ngndung, morning sickness teruk..nadia boleh makan pelam muda je.. FIL & MIL selalula x kasi makan benda tu, takut apa apa jadi kat baby.. hm..
ReplyDeletesabar jela hati..insyaallah, ada sinar kembali. nadia faham apa yg zana lalui.mmg pedih.tapi allah aturkan sesuatu yg lebih indah untuk kita :) zana bnyakkan sedekah & berdoa ye :)
Salam dear.. i nak tanya .. u ada ambil ubat folic acid atau obimin tak? Cubala.. insyaAllah.pil warna merah... dia akan stabilkan darah n rahim kita.. cuba dan yakinla..
ReplyDelete