Cendol Durian Borhan 15 yang terletak kat Dengkil memang sedap! siapa yang suka durian tu, lagilah akan rasa bertambah sedap.. yang dekat Dengkil ni salah satu cawangan yang terdekat untuk warga Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil, Salak Tinggi, Bangi & Banting.. cawangan lain ada jugak kat Sungai Besar Kuala Selangor, Gombak, Ampang (based on maklumat peniaga kedai tu) & beberapa cawangan lagi yang aku tak ingat.. hehehe..
Rasa gabungan cendol dan durian yang betul2 sebati.. kalau dapat menikmati cendol ni waktu petang2 yang tengah panas sekarang ni, memang nyaman.. cendol tu cukup rasa, lemak manis semua ada.. dalam semangkuk tu pun ada banyak isi cendol, x kedekut.. :)
Kalau dari Presint 5 Putrajaya, kedai ni terletak sebelum pekan Dengkil.. dari Taman Cabaran tu akan keluar dekat kawasan perkampungan Dengkil & lalu jirat cina di sebelah kiri, then pandang sebelah kanan since lokasi kedai di sebelah kanan.. uturn kat depan cikit untuk ke kedai ni.. kalau dari pekan Dengkil, boleh cari jalan yang menghala ke Taman Cabaran Putrajaya..
Harga yang ditawarkan berpatutan & sesuai dengan rasanya.. kalau nak makan laksa, mee kari, cucur udang atau keropok lekor pun ada.. masa datang hari tu, aku beli keropok lekor jer sebab tengah kenyang lagi.. tapi aku perasan ramai yang order laksa kat situ.. maybe sebab sedap so next time kalau singgah kedai ni boleh la cuba..
Selamat "jalan-jalan cari makan (JJCM)"
Salam sayang untuk semua
❤ Zana Adieyza ❤
nampak sedapppp tak penah try lgi..
ReplyDeletesedap kan
ReplyDeletehari² duk lalu lalang sbb umah kt dengkil je..tp blm berkesempatan nk singgah makan.. hehehe.. kiranya cendol bakar tu dh kurang laku pas ada cendol borhan ni kann..
ReplyDeleteye..nieyl dah pegi makan da..hehe~so,insya'Allah ptg nie akan ke sane lagi...hehe~
ReplyDeletesedap nyerrr lagi sedap dpt mkn time panas-panas..pergghh...
ReplyDeleteUhuk3. Sedapnye!!!! Rindu nak makan cendol.
ReplyDeleteslalu makan cendol nih. sedap. specially cendol durian+jagung
ReplyDeleteSedapnyeeee...
ReplyDelete