Resepi Cheesekut
Beberapa bulan lepas, memang sana-sini fenomena chhesekut.. sebab nampak sedap, jomlah kita buat.. since tak perlu nak membakar segala kan, so memang pejam mata jer buat.. *ceh, ayat macam pro sangat jer memasak.. hahaha.. so kat bawah ni aku ada bagitau resepi cheesekut.. manalah tau ada yang terasa nak buat tapi tak tau caranya kan.. resepi cheesekut ni sangat mudah yer!
Bahan-bahan sangat2lah senang nak cari.. kat kedai runcit biasa pun boleh cari.. jangan pening kepala yer.. sesuai sangat untuk aku yang tak berapa nak rajin dan mahir buat segala jenis kek.. kalau nampak bahan susah jer terus malas nak buat.. hehehe..
- Nak sedap memang guna biskut Hup Seng Deluxe Crackers.. rasa lemak manis masin tu akan buat cheesekut tu lagi sedap yummy2.. aku pernah gak try biskut kering biasa.. tak sedap la.. rasa tak berapa nak "masuk"..
- Susu HL Marigold tu aku prefer perisa stoberi.. lagi sedap perisa stoberi daripada pure susu sebab akan buat rasa cheesekut tu ada rasa stoberi yang boleh membuatkan kita membayangkan kita berada di Cameron Highlands.. eh? hahaha..
- Susu pekat manis jangan dilupakan.. x kisah nak beli jenama apa pun asalkan susu pekat manis..
- Dan yang paling penting cream cheese.. nak sedap guna jenama Philadelphia.. tapi sebab stok kat rumah ada yang jenama Tantura, so aku pakai tu jer.. tapi sedap jer cheesekut aku buat tu.. hehehe..
Cara-cara membuat cheesekut:
1) Mula2, putarkan cream cheese.. aku guna spearuh jer sebab memang nak buat dalam bekas kecik jer.. hehehe.. putarkan sampai kembang tapi jangan terlalu cair sangat..
2) Lepas tu masukkan setengah susu pekat manis dalam adunan cream cheese tu tadi.. kalau kuat manis, letak la lebih cikit.. mixkan dua-dua bahan (cream cheese & susu pekat manis) tadi.. time ni boleh rasa sama ada aduanan tu ok ke x.. kalau kurang manis, tambahkan susu pekat manis tu..
3) Masukkan dalam 3 sudu susu HL stoberi tu ke dalam adunan tadi.. putarkan lagi sikit aduanan tu.. pastikan step 1,2,3 ni dibuat sekali dengan memastikan adunan tak terlalu pekat & tak terlalu cair.. pekat ok lagi, tapi kalau cair kurang menjadi nanti..bancuh adunan ni sekejap jer sebenarnya, sebab tu jangan sampai cair yer..
4) Asingkan susu HL stoberi tu dalam 1 bekas.. then celupkan dulu biskut ke dalam susu HL stoberi tu.. celup jer yer, jangan rendam.. celup dalam 2 saat jer untuk basahkan cikit biskut tu.. jangan sampai lembik pulak biskut tu yer..
5) Susun biskut yang dah dicelup dengan susu HL stoberi dalam bekas yang sesuai.. kemudian lapiskan adunan cream cheese tadi ke atas lapisan biskut.. then mulalah menyusun biskut dalam bekas & lapiskan dengan adunan cream cheese tadi selapis demi selapis, di selang selikan dengan biskut..
6) Untuk topping boleh la letak ikut selera masing2.. boleh letak taburan oreo chocolate yang dihancurkan.. sedap.. nak tabur milo pun boleh.. chocolate chips pun boleh.. ikut selera masing2.. nak letak buah pun boleh jer...
7) Lepas dah letak topping tu, boleh la sejukkan dalam peti untuk semalaman.. kalau tak sabar sangat, lepas sejam dua boleh la keluarkan dan hidangkan.. makan sejuk2 memang sedapppp... *sambil taip ni pun aku terliur2 gak ni.. hehehe..
Resepi yang sangat mudah & cepat untuk disediakan.. bahan pun senang nak dapat.. rasa cheesekut tu tak perlu cakaplah, memang sedap sangat2.. setakat buat bekas kecik tu, sekejap jer dah boleh habis.. yummy2 ;)
Selamat mencuba!
* Lepas makan kek bercheese semua ni ada rasa risau berat badan naik? boleh click link di bawah untuk rahsia penurunan berat badan dengan kos yang rendah dan hasil yang terbaik.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)
SET PENURUNAN BERAT BADAN SECARA SIHAT!
Salam sayang untuk semua
❤ Zana Adieyza ❤
"A Miracle is Another Word for Effort"
sedapnya nanti nak cuba la
ReplyDeleteterbaik memang sedapkan...
ReplyDeletetelan air liur jugak ms bace ni..senang yo!ann pn mencari resepi yg xyh nak bakar bagai..Ok, boleh cuba ni nnti..tq zana:)
ReplyDeletedapnya
ReplyDeletesalam kenal dari fifi..
ReplyDeletelamenye tak buat.. sedap..
mmg nampak tempting..method pun senang je.. nak try la :)
ReplyDeletehaaa ida nak!! nak buat sendiri malas. sbb andi bukan suka manis2 nii.. kang ida makan sorang, xmo aaa.. zana buatkannn. kikikiki,, eh eh tupperware zana ade lagi dgn ida! HAHAHA
ReplyDeleteNak try buat la
ReplyDeleteTq resepi
Nak try la
ReplyDeleteMcm sedap n senang
Tq for recipe
Google2 memang nak carik resepi ni.. hihii... nak try wat nanti... t.q dear!
ReplyDeleteLaa senang je kak.. boleh buat time raya nanti.. terima kasih kak bagi resepi
ReplyDelete