Monday, March 10, 2014

H.A.T.I

Tak mudah nak memuaskan HATI semua orang.. Kadang2 kita ada tersilap perbuatan atau percakapan.. manusia, semua tak boleh lari daripada kesilapan..


Kadang kita lupa wujudnya perhubungan bukanlah kerana persefahaman tapi kerana "HATI".. jika HATI kita suka, berselisih faham bukanlah besar mana.. jika HATI kita sayang, jarang bertemu pun masih kekal di ingatan.. 

Kerana HATI yang mengikat sesebuah perhubungan sama ada perhubungan kekeluargaan mahupun hubungan persahabatan.. biarlah HATI kita saling mengingati dan saling menyayangi.. kemudian, datanglah apa jugak keadaan pasti ianya tak memberi kesan pada kita.. sebab HATI kita saling percaya.. HATI kita saling ingat mengingati..

Peringatan untuk diri sendiri : Didik HATI untuk saling memahami.. meletakkan diri kita di tempat dan HATI orang lain agar kita lebih memahami bahawa tak semua perkara yang kita buat akan memuaskan hati semua orang..

~ Salam sayang drpd Zana ~

Photobucket

5 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..