Monday, June 2, 2014

Jalan-Jalan Cari Makan Di Langkawi

Sebenarnya sebelum ke Langkawi, banyak review tentnag kedai makan yang aku dah buat.. tapi tak sempat pun nak pergi semua tempat.. ada yang dah nak pergi tapi nak pergi shopping chocolate la pulak.. ada tu nak pergi tapi try cari balik review dah tak jumpa.. hehehe.. 


Kalau nak shopping chocolate biasanya memang dekat Pekan Kuah la kan? pilih jer HIG atau Idaman Suri.. harga lebih kurang.. tapi kalau banyak masa, sila bandingkan harga.. ada sesetengah barang beza dekat RM2 gak la.. so, kalau banyak masa boleh la bandingkan harga.. tapi harga chocolate selalunya sama jer.. harga barangan macam periuk, sudu, pinggan mangkuk tu yang berbeza cikit..

Malam first macam yang aku dah cerita awal2 hari tu, kitaorang dinner dekat Restaurant Haji Ramli, Pantai Chenang.. memang ramai blogger cadangkan tempat ni.. so since tak jauh daripada resort kitaorang, jalan kaki jer ke sana.. harga berpatutan, rasa boleh tahan, fresh!


Since kitaorang dah ambik heavy breaksfast, tengahari selalunya tak rasa lapar lagii.. so kat Langkawi tak de makan tengahari sangat.. just makan yang ringan2 jer.. berhenti beli kuih muih kat kedai2 tepi jalan.. but jujurnya, semua kuih muih kat sana sedap2 dan murah!!! 

Malam kedua kitaorang makan dekat Baron Bistro.. yang ni dekat area Pekan Kuah.. lokasi tak jauh daripada Dataran Lang.. kitaorang cari berpandukan google maps.. hehehe.. agak jauh ke belakang kedai, so kalau dari jalan raya besar tu agak susah nak jumpa..  



Lokasi kedai sangatlah best! tepi laut! even waktu malam ko x kan nampak laut tu, tapi bunyi ombak tu boleh dengar.. serius best! kitaorang malam tu betul makan dengan tenang.. dating puas2 malam tu.. hehehe.. ditemani cahaya lampu yang romantis, makan lak tepi pantai memang syokkkk.. 


Untuk menu malam tu, kitaorang order Baron Bay Chicken Chop.. sebab ramai yang review kata sedap, so haruslah cuba kan.. sos memang sedap.. ayam tu lembuttttttt dan digrilled dengan sempurna.. hasil perapan buatkan rasa chicken chop bertambah sedap!



Harga makanan kat situ berpatutan.. servis pun ok, xdelah tunggu lama even masa tu ramai orang.. so, memang restaurant ni sangat2lah dicadangkan yer.. memang tak rugi pergi makan kat sini yer.. 

Untuk malam terakhir dah plan nak makan seafood dekat Restaurant Nelayan, Bukit Malut.. tak jauh daripada Hospital Langkawi.. tapi sebab malam last tu aku tak berapa sihat, so tak jadi ke sana.. rasa ralat sangat tapi Encik Adiey tak berani nak ambik risiko bawak aku keluar dengan keadaan aku x berapa sihat.. migrain aku tu kalau nak datang, ubatnya tido jer! hehehe..

Last day kat Langkawi, kitaorang nak makan la Laksa Power dekat airport tu.. tunggu punya tunggu sekali tak bukak.. som kitaorang makan kat gerai sebelahnya tu.. makan chicken wing! sedap!!! rasa nak gie Langkawi jer setiap kali teringat.. hehehe.. order Charr Koay Teow goreng kat gerai sebelah chicken wing tu.. pun sedappppp.. makan lak tepi pantai, angin pantai pulak kuat time tu.. memang seronok sangat2!



So, siapa yang ke Langkawi, gerai makan tepi laut yang mengahala ke airport tu wajib pergi ok! banyak gerai kat sana.. tinggal pilih jer gerai mana yang korang nak.. since ramai review tentang Laksa Power tu, so make sure korang try tau.. aku pun kalau repeat ke Langkawi memang nak makan laksa tu.. hehehe.. lagipun makan kat situ bertambah best bila kita makan menghadap laut.. dengan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.. memang best!



Sebenarnya, banyak jer tempat makan yang best2 kat Langkawi ni.. cuma tengok masa & jalan la.. kalau ada kesempatan masa, boleh la terjah banyak kedai makan.. dan kalau tau jalan senang la jugak nak cari.. hehehe.. tapi jangan risau, gunakan kecanggihan teknologi yang ada.. guna waze atau google maps.. macam aku memang prefer google maps.. lagi senang nak cari.. 

So, hope dapat bagi sedikit info untuk mereka yang mencari lokasi tempat makan best di sekitar Langkawi.. sorry jugak kalau info ni tak berapa lengkap.. nanti kalau korang ada tempat makan yang best kat Langkawi tu, boleh la share.. so kalau aku repeat gi Langkawi lagi boleh la pergi.. *eh, macam nak pergi lagi jer bunyinya tu.. hahahaha.. 

Habis sudah entry cuti2 di Langkawi... legaaaaaaaa... *ada beberapa entry percutian bakal menyusul.. tunggu yer.. :)




Photobucket

11 comments:

  1. boleh buat rjukan nanti.

    terliur tgk gmbr mknn..huhuhu

    ReplyDelete
  2. lamanya tak pi langkawi. last sekali pi 10 tahun lepas kot.... :)

    ReplyDelete
  3. entry zana ni bikin perut lapar.... heheheh :-)

    ReplyDelete
  4. Beli stok byk2 lepas tue meniaga coklat. Haha.

    Singgah http://blogoutofmind.blogspot.com untuk byk info menarik

    ReplyDelete
  5. banyaknya stok cekelat..memang sinonim sangat dah kalu gi langkawi..hehe..

    ReplyDelete
  6. Hj Ramli memg best kak, murah pun murah, kita pun rasa laksa power tu cendol special dia terbaik wok ! dgn angin sepoi2 bahasa hehe...

    ReplyDelete
  7. beshkan jalan2 cari makan..tu yg kalau blik dri bercuti blh gaining weight tu..ehhehe

    ReplyDelete
  8. Nak tanya tempat yg best sarapan berdekatan dgn hotel one helang kat airport tue.....

    ReplyDelete
  9. kat mana tempat sarapan yg best sekitar hotel one helang kat airport tue.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat sarapan zana x berapa past sebab zana sarapan dekat tempat menginap jer.. :)

      Delete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..