Tuesday, January 20, 2015

Selamat Hari Lahir Sayang

Selamat Hari Lahir sayang......

Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati kehidupan sayang setiap saat yang dikurniakan oleh-Nya.. Semoga sentiasa dikuatkan iman, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, bahagia selalu dan beroleh kesejahteraan serta kejayaan hidup di dunia dan di akhirat..

Terima kasih mak mertua yang melahirkan Encik Adiey.. 32 tahun membesarkan dengan penuh kasih sayang.. sentiasa menjadi pendengar yang setia dan selalu memahami kehendak anak menantunya.. Terima kasih mak...

Alhamdulillah.. tahun ni berpeluang sambut ulangtahun kelahiran Encik Adiey semasa tengah bercuti di Krabi, Thailand :)

Salam sayang,
~ Zana Adieyza ~ 


Photobucket

Thursday, January 15, 2015

Sebulan Bersama Anak Dara Tersayang

Sebulan anak sedara tersayang duduk rumah aku.. lepas SPM terus culik dia ke Putrajaya.. memang tak nak bagi terus kerja, bagi dia rehat kejap sebelum dia nak sambung untuk ambik test MUET.. Seronok bila dia ada kat rumah.. ada teman bergaduh.. dan dia ni jugak pewaris nombor 1 "pink lover" macam aku.. pewaris nombor 2 kita serah dekat anak sedara lagi sorang, Alya.. 




Tak pasal2 layan gak 1 siri drama korea 18 Episod tajuk I Can Hear Your Voice masa dia ada kat rumah tu.. best jugak la citer ni.. aku layan drama ni waktu malam.. kalau bosan, dia ajak tengok Running Man pulak.. gelak2 tengok sampai Encik Adiey geleng kepala sebab dia x faham.. hahaha..




Budak sorang ni agak susah nak bergambar sebenarnya.. tapi dia suka ambik gambar muka dia sorang.. kalau dengan kita kemain la payah.. tapi selalu kena paksa sebab nak hantar gambar kitaorang bila berjalan ke mana2 dekat mama, atok dan nenek dia.. bila tanya nape x suka bergambar? dia jawab, "kakak pemalu".. huhuhu..




Bila rindu, tengok balik semua gambar2 yang ambik berdua dengan dia.. hilang la sekejap rindu kat dia.. lepas tu whatsapp dia kata rindu lah.. nanti dia akan balas, "tak rindu".. budak sorang ni memang suka buat kita merajuk tau.. nyampah!




Kalau dia ada rezeki masuk Uviversiti, harapnya dapatlah dekat dekat kawasan KL dan Selangor.. senang nak jenguk budak manja sorang ni.. nama jer anak sulung dan cucu sulung, tapi kemain manja! Manja dan pemalu.. masih single yer.. bagus, tak macam Acu dia yang dah mula bercinta sejak sekolah.. hahahaha..




Tak sangka sangat sebenarnya aku ada anak sedara yang dah habis SPM.. tetiba rasa umur semakin meningkat dewasa sangatttt.. beza 11 tahun yang mungkin membuatkan kitaorang masih boleh rapat macam kawan2.. dari kecik pulak tu dia memang tinggal dengan mak dan abah selama 11 tahun, so memang agak manja la dengan aku sebab kat rumah mak abah memang banyak masa aku luangkan dengan dia..




Ada rezeki, masuk Universiti sampai Master la yer.. sebab Acu dulu sampai Ijazah yer.. lepas tu dah gatal nak kahwin.. hahaha.. jadi, sila belajar lebih tinggi daripada Acu.. lepas tu kerja dan boleh kahwin.. eh? nanti Acu dapat cucu sedara la eh? Oh no!!!!! rasa muda lagi dah nak jadi Nek Cu.. *pengsan!

Salam sayang,
~ Zana Adieyza ~
Photobucket

Wednesday, January 14, 2015

Sunway Lagoon Theme Park - Short Vacation

Awal tahun hari tu ambik kesempatan bawak anak sedara yang baru lepas SPM ke Sunway Lagoon Theme Park.. sebenarnya anak sedara yang beria nak ke sana.. dia pulak jenis suka naik rides yang mencabar2 ni.. yang bestnya tentang Sunway Lagoon ni sebab kawasannya luas dan ada banyak theme park attractions.. keseluruhan ada 5 attractions dekat Sunway Lagoon tu..


Water Park
Amusement Park
Wildlife Park
Extreme Park
Scream Park
Kalau nak ikutkan aku, memang letih nak ke tempat macam tu.. letih menjerit! hahaha.. yerlah, rides banyak yang mencabar, so mestilah nak jerit kan.. aku kan penakut dengan rides yang mencabar2 ni.. hahaha.. nasib baik Encik Adiey nak ikut, so bolehlah teman Intan naik rides yang ada kat sana.. kalau nak tunggu aku, memang Encik Adiey tak ada peluang la nak jejak kaki kat Sunway Lagoon tu.. hehehe..





Sampai agak awal kat Sunway Lagoon tu, pukul 9.30 dah settle beli tiket semua.. untuk makluman, tiket masuk untuk dewasa adalah RM90 untuk semua 5 attractions yang ada kat dalam Sunway Lagoon tu..  sebelum masuk, pihak Sunway Lagoon adalah buat persembahan kat depan pintu masuk tu,, comel jer tengok maskot Sunway Lagoon tu menari2.. 




Pukul 9.45 Sunway Lagoon dah open gate untuk pengunjung masuk.. so, kalau nak best datang la awal pagi.. tak ramai orang dan nak naik rides pun selesa tak payah tunggu lama.. 





First kitaorang ke Wildlife Park.. tempat ni memang jadi "kegilaan" untuk Encik Adiey.. hehehe.. dia kalau dapat masuk zoo macam ni memang sehari suntuk pun tahan.. paling best kat sini, boleh tengok singa putih dan harimau belang secara dekat.. memang sangattttt dekat! pemisah dinding kaca yang membolehkan kita berdepan dengan harimau dan singa tu secara dekat.. seronok!!!! Ada jugak burung2 kat Wildlife Park Sunway Lagoon ni.. iguana pun ada, ular besar pun ada, merak dan macam2 lagilah.. 





Dekat sejam gak kot kat sini sebab nak bagi Encik Adiey ambik mood sebelum nak mandi manda nanti.. hahaha.. kemain seronok dia kat situ.. cuma kat sini x buat style petting zoo macam kat Tambun dulu.. kat Tambun best sebab kita boleh pegang banyak jenis haiwan.. :)




Lepas tu, kitaorang ke Amusement Park.. naik ride yang biasa jer.. sebab kebanyakan Amusement Park ni untuk kanak2.. tapi orang dewasa boleh jer naik.. ada gak rides yang nampak x mencabar tapi bila tengok benda tu berpusing lajuuuu jer.. huhu.. sekejap jer kat sini sebab anak sedara aku lagi excited nak naik rides yang lebih mencabar..




So, proceed terus ke Extreme Park.. kat sini anak sedara dan Encik Adiey jer yang main games kat situ.. aku, tunggu kat bawah sambil layan whatsapp customer Shaklee.. hahaha.. x kuasalah nak sakitkan tekak dengan jerit2 naik rides yang mencabar semua tu.. baik duduk kat kerusi jer tunggu diaorang.. *padahal penakutttt! So gambar masa dekat Extreme Park ni x adalah sebab dioarang tak bawak DSLR dan phone pun.. 

Lepas diaorang dah naik rides kat Extreme Park, beria ajak aku masuk Scream Park.. adoiiii.. acik ni dah la penakutttt, nak masuk rumah hantu lak tu.. kena jalan kaki lak tu.. tak suka betul la.. tapi sebab dah kena paksa, masuk jugaklah.. dekat 20 minit kat dalam tu kalau jalan slow2, tapi sebab kitaorang jalan laju, x sampai 15 minit dah keluar.. hahahahaha..




Sepanjang jalan aku berdiri kat tengah.. sebelah kiri pegang tangan anak sedara, sebelah kanan pegang tangan Encik Adiey.. anak sedar la paling kesian sebab hantu banyak keluar dari tingkap kat sebelah kiri kita.. Encik Adiey kat kanan banyak dinding, tapi still banyak hantu gak! atas kiri kanan semua kacau kita.. mencik betul.. kat bahagian pocong sangat mendebarkan sebab banyak giler pocong then ko tak tau mana 1 pocong jadian tu.. sekali dia kat depan sekali belah kanan.. tanjat ok!! kat dalam ni aku banyak jalan pandang bawah jer.. hahaha.. tapi best la rumah hantu ni! *best sebab ko tak nampak hantu sangat kan zana??




Lepas dah masuk semua park tu, kitaorang naik jambatan gantung yang panjang kat dalam Sunway Lagoon tu.. mula2 macam ok, tapi bila dia mula bergoyang aku mula cuak.. rasa x selesa nak jalan, dah la kayu kat jambatan tu jarang2, nampak air kat bawah.. seram oii.. tak tinggi, tapi sebab bergoyang2, cuak la kan.. 






Kalau kat atas tu tak ramai orang, tak terasa sangat bergoyang.. tapi, bila ramai yang jalan sekali atas tu, haruslah bergoyang2 sampai rasa nak jalan pun tak boleh sebab terhuyung-hayang.. tapi dalam takut2 tu, ambik gambar masih senyum lagi.. hahaha.. posing sakan sebab rasa macam nilah pertama kali dan terakhir nak ke situ.. hahaha..





Lepas dah settle bergembira, barulah tukar pakaian untuk mandi manda.. time ni memang dah tak pegang phone dan DSLR.. semua campak dalam loker! sebab masing2 nak mandi puas2.. so gambar masa mandi manda tiada! hehehehe.. 

Rides yang mencabar2 kebanyakan sorang dan berdua.. yang paling fampus Vuvuzela tu boleh naik sampai 6 orang, tapi tak mungkin la aku nak naik.. tak sanggup nak jerit2 takut dalam tu.. hati aku sangatttt kecik.. hahahaha.. rides yang berdua dah tentu2 anak sedara naik dengan Encik Adiey.. nasib baik masa pergi hari tu tak ramai orang, so tak beratur panjang sangat la..




Rides paling best dekat water theme park adalah "The World's First Waterplexx 5D".. sangat ohsemmmmm!!!! serius best sampai masuk 2 kali.. ni kalau banyak kali pun x apa.. best sangat! duduk macam kat dalam wayang, then tengok cerita dengan pakai cermin mata 5D tu, ohsem wei... nak best duduk tengah! masa kitaorang duduk depan tak best sebab tak basah sangat, tapi bila duduk tengah habis lencun basah sebab air kiri kanan atas bawah semua ada.. terbaik!!!
Pukul 4.30 petang kitaorang dah siap2 nak tukar pakaian dan balik.. anak sedara dan Encik Adiey nak cuba flying fox tapi ramai sangat orang so kesian masing2 tak dapat naik.. kecewa budak 2 orang tu.. hehehe.. sepanjang kat dalam tu, tak makan pun yer.. makanan mahal dan lagi 1 kitaorang dah makan kenyang2 sebelum masuk Sunway Lagoon tu.. sebelum balik, sempat bergambar dengan hantu2 kat Scream Park tu.. make-up diaorang real seram ooo..






So keseluruhannya, Sunway Lagoon ni best kalau datang ramai2 dan semua jenis suka naik rides yang mencabar2 ni.. hahaha.. kalau macam aku ni rugi jer masuk sebab setakat berendam dekat air dan naik rides yang tak mencabar.. hehehe.. tapi still seronok la sebab dapat puaskan hati anak sedara yang nak sangat ke Sunway Lagoon tu.. hadiah lepas SPM katanya.. huhuhu.. 

Sedikit tips :

- Siapa yang nak bawak anak2 mandi manda kat sini oklah.. rides untuk kanak2 main banyak.. aktiviti kat water park pun banyak.. 

- Kerusi nak lepak2 kat pantai buatan pun banyak.. 

- Kemudahan loker disediakan dengan bayaran RM20.. 

- Tak payah sewa pelampung sebab nak naik rides semua pelampung dah disediakan.. kalau guna pun hanya dekat pool terbuka tu pun air xdelah dalam sangat.. so, mcm tak berbaloi la kalau sewa pelampung.. yang budak2 ni bawak jer pelampung dari rumah, sampai sana baru pam atau tiup.. 
- Makanan luar susah nak diseludup sebab diaorang bukak beg kita untuk check.. air mineral kat dalam tu RM4 tapi ada banyak water cooler so boleh refill air.. jimat dah kat situ.. hehehe..

- Pergi awal pagi sebab time ni naik naik rides tak perlu beratur lama..




Selamat bercuti ke Sunway Lagoon!

Salam sayang,
~ Zana Adieyza ~
Photobucket

Tuesday, January 6, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan - Warung Bunian

Edisi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di Warung Tapak Sulaiman atau nama "glamour"nya adalah Warung Bunian! Lokasi kedai yang jauh tersorok kat kawasan kampung di Sungai Merab (dekat sangat dengan Putrajaya).. Memang tak sangka ada sebuah warung kecik di kawasan pedalaman yang menjadi pilihan JJCM TV3.. 



Ni alamat lengkap Warung Bunian :

Warung Tapak Sulaiman/ Warung Bunian
No. 80 A, Jalan Jamaluddin,
Desa Putra, Sungai Merab,
43000 Kajang, Selangor.
017-3812246

Kalau nak senang, taip jer dekat Waze atau Google Maps "Warung Bunian", InsyaAllah pasti jumpa.. Memang kedai ni sentiasa ramai orang yer.. Nak makan kat sini kena buat tempahan dulu.. Tapi nasib kitaorang hari tu agak baik, sajer terjah tanpa buat tempahan.. Nasib baik diaorang terima lagi, tu pun sebab datang bertiga katanya.. Kalau ramai, tak terima dah sebab makanan yang disediakan hari tu semua ikut jumlah tempahan.. So, yang dari jauh tu silalah buat tempahan dulu yer.. 


Warung Bunian ni dibuka setiap hari untuk sarapan pagi.. Untuk makan tengahari, dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan Ahad.. So, kalau nak makan tengahari jangan pergi hari Jumaat dan Ahad yer.. 

Untuk menu makan tengahari dekat Warung Bunian ni, kita bagitau jer nak minum air apa dan makan untuk berapa orang.. tak payah pening2 nak makan lauk apa sebab semuanya dah disediakan.. semua orang yang datang ke Warung Bunian tu akan makan menu yang sama.. kiranya kalau datang hari Isnin, semua yang datang hari Isnin akan makan menu yang sama.. menu setiap hari untuk makan tengahari memang berbeza-beza..

Isnin/Khamis
Gulai Ketam, Ikan Kicap, Ayam Goreng dan Sayur 

Selasa
Gulai Udang Galah, Sambal Ayam, Ikan Goreng dan Sayur

Rabu
Gulai Ayam Kampung, Sambal Udang, Sambal Terung dan Ikan Masin Goreng

Sabtu
Salah satu menu di atas

Macam masa hari Sabtu hari tu, menu makan tengahari aku adalah Gulai Ketam, Sambal Udang, Ayam Goreng dan Sayur..


Gulai Ketam

Memang sedap sangat! kuah pekat, kuah lemak sedap dan isi ketam fresh!

Sambal Udang

Sambal udang sedap, udang besar dan fresh!

Ayam goreng

Digoreng sempurna! Memang sedap sangat even hanya Ayam Goreng.. hehehe

Sayur (ada sambal belacan dan ulam sekali, lupa ambik gambar)

Sayur rangup, sambal belacan sedap berapi!

Memang sedapppppppppp.. Portion 3 orang makan macam untuk 5 orang makan jer.. serius banyak! udang besar2 adalah dekat 10 ekor sepinggan.. ketam ada 9 ekor! ayam goreng ada dalam 8 ketul.. sayur banyak, sambal belacan pedas tapi sedap! kitaorang datang bertiga pun jenuh nak habiskan! tapi sebab sedap, makan slow2 sampai habis.. 

Since aku dan anak sedara tak makan udang, so semua udang Encik Adiey yang makan.. aku rasa sekor jer dah mula lain macam.. since Encik Adiey kenyang makan udang, dia makan ketam tu sekor jer dan anak sedara aku makan 2 ekor.. jadi aku belasah sampai 6 ekor ketam!!!! sedapnyaaaaa...

Aku tak pasti bab harga sama setiap hari atau berbeza sebab terlupa nak tanya.. tapi macam aku datang hari Sabtu dengan menu yang aku dapat tu dikira RM18 seorang.. dengan portion yang besar & rasa yang sedap rasanya berbaloi jugaklah harga tu.. so kalau nak tau hari yang korang datang berapa ringgit sekepala, call la Warung Bunian tu dulu yer.. 


( Landmark Warung Bunian, kredit blog:
http://anniesaj.blogspot.com/2013/05/warung-bunian.html )

Menu pagi katanya ada Nasi Lemak (boleh pilih nak lauk apa) dan ada Roti Canai.. Encik Adiey kata dia pergi breakfast dengan kawan2 dia kat situ pun sedap jugak.. dan memang kedai ni kalau breakfast lagi ramai orang! So kalau nak pergi time weekend tu, pergi awal2 la yer.. pukul 7 pagi sampai 10 pagi jer waktu menu breakfast kat Warung Bunian tu..


Sesiapa yang suka Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) mungkin boleh pertimbangkan untuk ke Warung Bunian tu.. setakat ni baca review dekat blog memang semua kata sedap! makan dekat warung dekat kawasan kampung dengan menu yang sedap, memang terbaik la! Selamat mencuba!

Salam sayang,
~ Zana Adieyza ~

Photobucket

Friday, January 2, 2015

Tahun Baru 2015

Hari pertama bekerja di tahun baru 2015.. orang lain sedang seronok bercuti, aku duduk jer kat office diam2.. orang belum ada anak, bagilah peluang dekat yang ada anak nak bercuti dan uruskan hal persekolahan.. nanti diaorang dah naik kerja dan budak2 dah mula sekolah, barulah yang belum ada anak ni bercuti yer.. hehehe.. 

So, tahun baru selalunya memang masing-masing penuh dengan perancangan dan harapan.. biasalah, macam zaman sekolah dulu.. awal tahun kemain la beria semangat nak pergi sekolah dan buat homework kan.. masuk pertengahan tahun nanti dah mula letih.. hehehe..

So, nak bagi semangat tu sentiasa tinggi, kita kena psiko minda kita sebenarnya.. bagitau setiap hari adalah hari baru! hari baru untuk kita berubah menjadi lebih baik.. tapi kadang penat gak nak psiko diri sendiri ni, lagi2 kalau hari sebelumnya banyak perkara kurang menyenangkan berlaku, agak payah nak kembalikan mood baru tu utk hari berikutnya.. tapi, tak cuba tak tau kan? so, jomlah anggap setiap hari adalah hari baru di tahun baru.. :)

Perancangan aku sendiri pun banyak sebenarnya.. terlalu banyak.. baru siap tulis suku jer dekat buku nota business Shaklee.. banyak lagi tak tulis.. target dan perancangan biar banyak dan tinggi.. sebab nanti usaha kita nak capai apa yang diidamkan tu pun tinggi gak.. capai tak capai, belakang kira.. yang penting ada target dan berusaha sedaya upaya untuk capai target tu..

 So, jom mulakan tahun baru dengan penuh semangat! Jadikan setiap hari adalah hari baru untuk memperbaiki kekurangan hari semalam..

Salam sayang,
- Zana Adieyza -
 
Photobucket