Showing posts with label LoVeLyLiFe. Show all posts
Showing posts with label LoVeLyLiFe. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Sebulan Bersama Anak Dara Tersayang

Sebulan anak sedara tersayang duduk rumah aku.. lepas SPM terus culik dia ke Putrajaya.. memang tak nak bagi terus kerja, bagi dia rehat kejap sebelum dia nak sambung untuk ambik test MUET.. Seronok bila dia ada kat rumah.. ada teman bergaduh.. dan dia ni jugak pewaris nombor 1 "pink lover" macam aku.. pewaris nombor 2 kita serah dekat anak sedara lagi sorang, Alya.. 




Tak pasal2 layan gak 1 siri drama korea 18 Episod tajuk I Can Hear Your Voice masa dia ada kat rumah tu.. best jugak la citer ni.. aku layan drama ni waktu malam.. kalau bosan, dia ajak tengok Running Man pulak.. gelak2 tengok sampai Encik Adiey geleng kepala sebab dia x faham.. hahaha..




Budak sorang ni agak susah nak bergambar sebenarnya.. tapi dia suka ambik gambar muka dia sorang.. kalau dengan kita kemain la payah.. tapi selalu kena paksa sebab nak hantar gambar kitaorang bila berjalan ke mana2 dekat mama, atok dan nenek dia.. bila tanya nape x suka bergambar? dia jawab, "kakak pemalu".. huhuhu..




Bila rindu, tengok balik semua gambar2 yang ambik berdua dengan dia.. hilang la sekejap rindu kat dia.. lepas tu whatsapp dia kata rindu lah.. nanti dia akan balas, "tak rindu".. budak sorang ni memang suka buat kita merajuk tau.. nyampah!




Kalau dia ada rezeki masuk Uviversiti, harapnya dapatlah dekat dekat kawasan KL dan Selangor.. senang nak jenguk budak manja sorang ni.. nama jer anak sulung dan cucu sulung, tapi kemain manja! Manja dan pemalu.. masih single yer.. bagus, tak macam Acu dia yang dah mula bercinta sejak sekolah.. hahahaha..




Tak sangka sangat sebenarnya aku ada anak sedara yang dah habis SPM.. tetiba rasa umur semakin meningkat dewasa sangatttt.. beza 11 tahun yang mungkin membuatkan kitaorang masih boleh rapat macam kawan2.. dari kecik pulak tu dia memang tinggal dengan mak dan abah selama 11 tahun, so memang agak manja la dengan aku sebab kat rumah mak abah memang banyak masa aku luangkan dengan dia..




Ada rezeki, masuk Universiti sampai Master la yer.. sebab Acu dulu sampai Ijazah yer.. lepas tu dah gatal nak kahwin.. hahaha.. jadi, sila belajar lebih tinggi daripada Acu.. lepas tu kerja dan boleh kahwin.. eh? nanti Acu dapat cucu sedara la eh? Oh no!!!!! rasa muda lagi dah nak jadi Nek Cu.. *pengsan!

Salam sayang,
~ Zana Adieyza ~
Photobucket

Saturday, January 25, 2014

Youtube Adieyza Zana

Rakan blogger tersayang, kalau sudi jom subscribe youtube Zana.. boleh search "Adieyza Zana" yer.. insyaAllah Zana akan cuba upload lebih banyak video yang bermanfaat untuk semua..


TQ semua ;)

Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket

Monday, May 6, 2013

PRU 13: Pengalaman Kali Pertama Mengundi

Pengalaman kali pertama mengundi.. harus catat dalam blog kan.. kenangan tu babe.. macam kenangan kali pertama bercinta la kiranya.. hehehe..

Semalam, pukul 7.45 pagi lagi aku dah siap.. memang nak mengundi awal sebab aku pergi mengundi sekali dengan kakak aku yang nak balik ke Johor seawal mungkin sebab abang ipar mengundi kat Johor.. semalam pergi naik kereta abah sebab abah dan mak memang bertugas untuk menghantar dan mengambil para pengundi yang nak ke tempat mengundi.. 

Pusat mengundi aku dekat sekolah rendah aku dulu.. sebelum masuk pintu pagar, kena semak nama dekat kaunter semakan daftar pengundi.. dan diberikan sehelai kertas yang tertera nombor siri dan saluran tempat mengundi.. yang ni sebenarnya dari awal dah boleh tau, tapi prosesnya memang kena check kat kaunter tu, so kita check jer la.. tak sampai seminit urusan dekat kaunter semakan ni.. maybe sebab aku datang awal pagi kan..


Time beratur dekat saluran 5 tu, depan aku ada 10 orang jer.. 7 daripadanya ialah junior sekolah aku.. 2 orang senior aku dan sorang member sekolah aku.. memang tak ramai dan waktu menunggu kat saluran 5 ni hanyalah 10-15 minit..

Once dah masuk tempat pengundian, tetiba aku nampak yang pemerhati tu adalah anak kepada calon yang bertanding.. aku pun boleh dapat rasa dia kenal aku sebab dia senior sekolah aku.. *budget macam semua orang kenal ko eh zana??.. hahaha.. xdelah, aku rasa dia kenal plus bila sebut nama abah aku tu rasanya memang dia akan confirm kenal aku since memang nama abah tu ada 1 jer kat kampung aku..  dan aku pun boleh dapat rasa dia tau aku akan pangkah mana kot.. hukhukhukhuk.. *so adakah undi saya adalah rahsia?? hikhikhik

Masa masuk jer tempat mengundi, terus bagi IC kat pegawai yg bertugas.. bila dia check ada nama aku then terus dia baca nombor bilangan pemilih, nama & no.ic aku.. masa nama aku disebut tu, rasa macam "wah, aku ni dah dewasa sungguh! dah layak nak memilih pemimpin".. *giler poyo perasaan masa tu.. habis ko ingat ko muda lagi ke Zana sampai baru sekarang ko rasa ko tu dah dewasa?? hahaha.. 

Masa nak calit cari dengan "dakwat kekal", aku berdoa agar orang tu calit cantik jer kat jari aku.. hahaha.. risau kalau comot2 nanti nak masuk blog tak cantik.. hahahaha.. *again, statement poyo daripada aku sebagai seorang blogger.. tapi nasib baik dia calit cantik tau!

Since dah tau nak pangkah parti yang mana, terus jer pangkah X pada kotak yang berkenan.. tapi sebelum tu ada jugak belek kertas mengundi tu.. mana tau ada tanda2 or titik2 yang tak sepatutnya.. nak pangkah pun macam takut terlebih kotak or terkecik sangat.. nanti jadi undi rosak pulak.. eh, 1 undi pun berharga ok!!


Dah selesai mengundi, aku lalu dekat saluran kakak & mak aku.. panjang lagi barisan diaorang.. aku terus keluar dari pusat mengundi tu sebab memang pemerhati tak bagi yang dah mengundi berada di dalam pusat mengundi terlalu lama.. 

Sementara menunggu kakak dan mak mengundi, ambik gambar tangan dekat dalam kereta.. pelik abah tengok perangai aku.. hahhaa.. pukul 8.45 pagi dah ada kat rumah.. tu pun kalau ikutkan pukul 8.30 dah ada kat rumah tapi sebab menunggu mak dan kakak lama sangat kan.. 

Maybe aku keluar awal, sebab tu tak perlu beratur panjang.. macam abah aku, dia mengundi pukul 1 tengahari.. lagi sekejap!! maybe sebab tengahari semua orang malas nak beratur panjang2 kan.. akak aku yang nombor dua mengundi petang, ni pun tak berapa ramai.. aku rasa yang ramai tu sekitar pukul 9pagi hingga 12 tengahari.. tu rasanya time kemuncak kot kan.. 


Semalam gambar jari memang trending kat FB dan Instagram.. bagi aku ok jer.. tu menunjukkan semangat rakyat Malaysia yg keluar mengundi.. tu jugak menunjukkan yg kita yang layak mengundi telah mengundi!!! ini jugak salah satu sumbangan kita sebagai rakyat Malaysia kepada negara.. 


Jari kami suami isteri.. walaupun duduk sebelah kampung, tapi kami mengundi untuk DUN dan Parlimen yang berbeza2.. adakah kami berdua menyokong parti yang sama?? UNDI KAMI ADALAH RAHSIA!!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Monday, April 1, 2013

Kuasa Sejambak Bunga!!


Sejambak bunga untuk hari yang lebih ceria.. selamat pagi semua.. semoga bulan April ini membawa lebih banyak kenangan manis buat kita semua..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Monday, March 18, 2013

2 Bulan

Permulaan Isnin yang baik untuk aku.. dalam tempoh 2 bulan ni aku tengah berusaha untuk mendisiplin diri dengan jadual yang aku buat.. macam poyo kan ada jadual bagai.. tapi tu lah yang tengah aku cuba belajar.. belajar untuk lebih teratur dalam kehidupan.. 


Banyak perkara kena aku fikirkan untuk tempoh 2 bulan ni.. boleh dikatakan tempoh ni adalah tempoh untuk bermuhasabah diri.. boleh jugak dikatakan tempoh ini adalah untuk tempoh perubahan yang lebih baik..

Bila permulaan untuk diri sendiri dah baik, tapi ada pulak yang mengganggu mood aku pagi-pagi ni, memang rasa macam nak gam jer mulut orang tu.. kenapalah suka sangat buat orang lain terasa hati.. macam orang lain ni hidup untuk menyusahkan dia.. padahal orang lain x kacau pun hidup dia.. serius aku rasa macam nak gam mulut orang tu ataupun nak ambik guni tutup muka dia.. puas hati x payah nampak orang yang suka spoiltkan mood orang lain!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Tuesday, January 1, 2013

Entry Pertama Di Tahun 2013

Mulakan tahun 2013 dengan senyuman..

Mulakan tahun 2013 dengan rasa gembira..

Mulakan tahun 2013 dengan perasaan yang bahagia..

Mulakan tahun 2013 dengan amalan yang baik dan diberkati..

Mulakan tahun 2013 dengan segala kebaikan demi diri dan insan tersayang..


Salam sayang buat semua!! 

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Wednesday, December 19, 2012

Syukur Alhamdulillah - 8A Dalam PMR

Syukur Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah

Hari ni merupakan antara hari yang paling bahagia bagi kami seisi keluarga.. linangan air mata kegembiraan mengalir tanpa diundang.. senyuman seikhlas hati dilemparkan tanpa henti.. 

Debaran kami sekeluarga sejak semalam telah berkahir.. berakhir dengan kegembiran dan senyuman.. hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku sekarang.. *sambil taip entry sambil menangis...

Anak buah sulung aku ambik PMR tahun ni.. so hari ni result PMR keluar.. awal2 dah pesan dekat kakak aku yang kalau dia berjaya dapat 8A, terus call aku.. tapi kalau dapat 7A ke bawah, just sms jer.. *dari pagi berharap akk aku call dan berharap x de 1 pun sms daripada akk aku pagi ni..

Pukul 10.45pagi ni, tiba2 handphone bunyi.. keluar nama & gambar kak long aku.. perasaan masa tu???????? berdebar tapi hati dah menangis!!!!!!! masa tu menggeletar angkat phone.. jawab jer call dengar kak long tengah nangis.. *masa tu terfikir kak long nangis sebab happy ke sebab sedih?? perrrggghh, takut beb!!

Dengar jer kak long kata, "Dik, Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah".. dengar jer macam tu, air mata pun cepat jer nak turun.. terharu sangat2.. 

Syukur Alhamdulillah, 8A milik anak buah aku...

Masa tu x dapat cakap dengan anak buah lagi sebab dia kat atas pentas.. letak jer call kak long tu, aku menderu2 call keluarga terdekat.. happy beb! dekat officemate pun aku bagitau!! happy!!!

Selang 10minit, dapat lagi call dari kak long.. tapi anak buah yang call.. dengar suara dia, terus nangissssssss.. *giler meroyan mak su dia ni.. emosi sungguh!! 

Mana x gembira, dialah anak buah sulung aku.. dialah yang paling rapat dengan aku.. terlalu sayangkan dia sampaikan rasa kalau dia nak kahwin nanti aku mesti over emosi!!! *budak tu baru PMR tapi mak su dia dah fikir dia nak kahwin?? overrrrrr mak su dia!!

So, nampak gayanya sebahagian besar duit bonus semalam akan digunakan untuk beli something special untuk anak buah tersayang.. sesekali melabur lebih cikit untuk dia.. bukan memanjakan dia dengan material atau wang ringgit, tapi sebagai tanda penghargaan atas usaha dia selama ni..  



Untuk Intan Farhana, 

"ketahuilah bahawa Mak Su sangat2 gembira dengan kejayaan kamu.. Mak Su sangat2 bangga dengan usaha kamu selama ni.. kejayaan kamu akan menjadi pendorong pada sepupu2 kamu yang lain untuk sama berjaya macam kamu..kamu sememangnya "INTAN" yang amat berharga dan istimewa di hati Mak Su dan seluruh ahli keluarga kita.. MAK SU SAYANG INTAN..." 


Ya Allah, kami sekeluarga bersyukur di atas rasa kebahagiaan ini.. kami sekeluarga memanjatkan kesyukuran di atas nikmat kejayaan yang diberikan kepada anak/anak buah/cucu sulung dalam keluarga kami..


Photobucket

Thursday, October 11, 2012

11 Tahun Yang Indah.. 11 Oktober Menjadi Saksi..


11 Oktober yang bermakna.. tarikh yang dinanti setiap tahun.. tarikh yang menjadi saksi perkenalan kami berdua.. dan tarikh ini juga menjadi bukti permulaan hubungan antara kami berdua..

Syukur Alhamdulillah kerana jodoh perkenalan kami berkekalan hingga ke alam perkahwinan.. syukur kerana sehingga ke saat ini, cinta antara kami berdua masih kuat di hati kami..

Siapa sangka perkenalan yang mulanya dianggap sebagai kawan bertukar menjadi serius dari hari ke hari.. tanpa disedari lahir satu perasaan yang cukup indah dalam hati kami berdua.. 

Berbulan lamanya berkenalan tanpa pernah bersua muka dan hanya telefon menjadi penghubung perkenalan kami berdua.. pertemuan pertama di rumah keluarga sendiri menjadi titik tolak kepada pertemuan seterusnya..

Pertemuan demi pertemuan diaturkan.. bibit cinta semakin mekar di hati kami berdua.. perasaan sayang yang mendalam makin dirasai dari hari ke hari.. restu keluarga dipohon bagi menjadikan hubungan kami lebih diberkati.. 

Walaupun telah sah menjadi suami isteri, namun tarikh 11 Oktober ni tetap menjadi tarikh yang bermakna di dalam diari kehidupan kami.. bukan bermakna selepas kahwin kami melupakan tarikh yang menjadi saksi perkenalan kami berdua.. tarikh ini akan tetap dikenang sehingga ke akhir hayat kami..

Terlalu banyak perbezaan antara kami berdua.. tetapi percayalah, kerana perbezaan itulah yang menjadikan kami semakin bahagia.. kerana perbezaan itulah yang membuatkan hubungan kami bertambah ceria.. 

Ya Allah, syukur di atas jodoh pertemuan ini.. kami berdua bermohon agar pertemuan dan perhubungan ini akan kekal bahagia hinga ke syurga-Mu Ya Allah.. insyaAllah....
Photobucket

Wednesday, September 19, 2012

WordLess Wednesday -Simple Photoshoot At Laman Duta, Presint Diplomatik Putrajaya


Dating sambil photoshoot!

Tarikh : 17 September 2012
Masa : 5.30 -6.00 petang
Lokasi : Laman Duta, Presint Diplomatik Putrajaya









Nota Cinta : semakin hari mengenalinya, semakin kuat perasaan cinta ini.. semakin hari bersamanya, semakin mendalam rasa kasih sayang ini.. syukur Ya Allah di atas rasa kebahagiaan ini..

Thursday, September 13, 2012

Kisah Pantang Larang Zana Adieyza


Encik Adiey suka cakap yang aku ni banyak sangat pantang larang.. hahahha.. nak tau apa antara pantang larang yang selalu Encik Adiey langgar, meh baca kat bawah ni:

- suka off suis elektrik tapi x cabut plug.. x kisah la plug tv ke, laptop ke, toaster ke, kiranya semua jenis plug la.. oh, remeh eh??? tapi bagi aku x remeh pun! sebab dah alang2 off suis tu, apa kata terus jer cabut plug tu.. kan senang! 

Aku ni cepat risau kalau plug tu x dicabut.. risau kalau ada petir ke, nanti rosak terus barang elektrik tu.. so sebagai langkah keselematan, better cabut jer plug tu.. 

- bagi duit di khalayak ramai.. oh, ni memang pantang yang boleh membuatkan seluruh urat saraf marah aku menegang2.. hahhaha... aku paling pantang kalau lepas jer keluarkan duit kat ATM, then terus nak bagi kat aku time2 tu jugak.. 

Encik Adiey suka sangat langgar pantang larang aku ni ok! dia suka lepas jer keluarkan duit, terus nak bagi aku time jugak.. kalau aku guna duit aku untuk beli barang then dia nak bayar balik, x kiralah kat mana masa tu, dia akan terus nak bagi duit kat aku time tu jugak.. macamlah x boleh bagi masa dalam kereta ke, dalam rumah ke.. adoiii!

Bahaya ok!! aku ni memang selalu fikir soal keselamatan.. jadinya aku memang risau kalau bagi2 duit di khalayak ramai ni.. so sebagai langkah keselamatan, memang sebelum Encik Adiey gie keluarkan duit, aku pesan dulu kat dia pegang duit tu sampailah aku yang mintak.. hahahha...

- cakap/borak dengan aku tapi aku x ada depan mata.. yang ni memang selalu sangat berlaku.. sedang leka aku kat dapur, tetiba macam dengar Encik Adiey bercakap2.. mula2 ingatkan dia cakap kat telefon, tapi rupanya cakap dengan aku.. eh, dia kat ruang tamu tengah tengok tv (dah tentu2 bunyi tv), aku pulak kat dapur tengah masak (dah tentu bunyi pinggan mangkuk kuali senduk semua kan) tapi dia boleh nak berborak dengan aku..

Aku hargai yang dia nak sentiasa berkomunikasi dengan aku.. tapi, aku x dengar pun sebenarnya apa yang dia cakap.. sedar2 dia kata, "baby dengar kan abang cakap apa ni?".. 

Adoi la suamiku yang super romantik, saya x dengar pun abang cakap apa.. macam mana nak dengar, dah macam2 bunyi aku dengar, so butir percakapan dia memang x dapat nak tangkap la kan.. 

Kalau tengah mandi, dia boleh bercerita kat aku tentang drama yang dia tengah tengok.. padahal aku x tau langsung jalan cerita drama tu, tetiba dengar suara dia cerita pasal drama tu.. tapi yang ni aku x marah sangat la, sebab tu tandanya Encik Adiey terlebih rajin nak berkomunikasi dengan aku.. cuma aku jadi macam blurrrrrrr... tengah syok bersyampoo tapi still dengar suara dia ulang dialog dalam drama tv tu kat aku.. motif?? supaya aku yang tengah mandi ni pun tau apa yang sedang ditonton kat tv tu ke?? blurrrrrr..

Ada lagi banyak sebenarnya.. tapi nanti panjang pulak entry ni.. bila entry panjang, orang pun malas nak baca.. hahahhaha.. sambung lagi la nanti.. tapi x janji bila.. sebab aku kan suka tangguh2 entry.. hehehe..


Apapun, jangan salah faham yer.. ni bukan maksudnya aku nak bagitau yang Encik Adiey tu salah.. dia x salah.. cuma dia selalu buat2 rasa x bersalah.. hahahha.. tapi apapun, kerana perbezaan itulah yang membuatkan kitaorang makin hari makin bahagia.. kalau semua perangai sama, bosan gak kot.. hehehe

Nota Cinta: Korang ada pantang larang x? ceciter sikit.. ke ada antara pantang larang aku tu yang sama dengan pantang larang korang?
Photobucket

Wednesday, September 12, 2012

Hadiah Birthday Zana Adieyza

Entry ni patutnya keluar sebulan yang lepas.. tapi, memandangkan tuan blog pemalas nak update, jadinya keluarlah entry ni sebulan selepas kejadian tersebut berlaku.. * hehehehe.. ampunkan tuan blog.. dia memang suka tangguh2 entry..

Sebulan yang lalu, genaplah umur tuan blog ni 26 tahun.. kali ketiga sambut birthday sebagai seorang isteri.. harapnya tahun depan sambut birthday sebagai seorang mama.. insyaAllah...

Tahun ni dapat 2 hadiah daripada Encik Adiey.. syukur Alhamdulillah..


Encik Adiey macam tau2 pulak yang aku memang tengah nak cari kasut masa tu.. maklumlah masa birthday aku tu kan nak dekat raya.. 

Kasut tu aku pernah survey dan try beberapa bulan sebelum birthday aku.. tapi masa tu x nak beli sebab x ada offer.. hahahha... x mo bayar mahal, sanggup nak tunggu offer la kononnya.. tapi, kalau dah rezeki namanya, last2 x payah tunggu offer pun dah dimurahkan rezeki dapat sebagai hadiah..

Memang design yang sama cuma warna jer beza.. yang aku cuba warna grey, tapi yang aku dapat warna gold.. Encik Adiey kata warna grey x ada size aku.. hehehe.. gold pun ok what?

Encik Adiey beli heel pun still aku x dapat nak berdiri sama tinggi dengan dia.. hahaha.. kasut ni selesa sangat ok! kalau pakai lama pun x rasa macam pakai heel.. terbaik!

Encik Adiey juga seolah2 tau yang aku perlukan wallet baru.. agaknya sebab aku selalu belek2 wallet masa tengah shopping.. * ni boleh dikatakan strategy aku menjadi la.. hahhaha.. sssshhhhhh, jangan bagitau Encik Adiey strategy aku tu k...


Wallet baru ni aku rasa sangatlah menepati cita rasa aku.. simple but nice! pandai jugak Encik Adiey pilih.. padahal sebelum ni x ada pun aku survey wallet kat butik CR.. 

Walaupun hadiah ni bukanlah harga ribu2, tapi sebagai isteri tanda ingatan daripada suami tu dah cukup membahagiakan.. semoga kasih sayang kami akan terus berkekalan hendaknya.. Amin...

Nota cinta: terima kasih juga pada semua yang wish birthday dekat saya.. luv u guys!


Photobucket

Wednesday, July 25, 2012

Thursday, April 12, 2012

Spontaneous Thursday - Rainbow


 
Kadangkala kesusahan dan keperitan yang kita alami akan membawa lebih banyak kebaikan kepada kita.. menjadikan kita lebih dekat pada-Nya.. menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita.. menjadikan kita yakin bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..



Kadangkala kita sendiri tak pernah terfikir kenapa kita diberikan ujian daripada-Nya... kadangkala kita jadi lemah dengan ujian-Nya.. kadangkala kita jadi kuat dengan ujian-Nya.. tapi yang pasti, kita kena yakin bahawa ada tersembunyi seribu satu rahsia di atas apa yang kita alami.. hanya Dia yang mengetahui.. perancangan Dia adalah yang terbaik..

Nota Cinta: bila kena lebih positif, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan..


Photobucket

Monday, January 2, 2012

Teaser Malam Tahun Baru 2012



Sambutan malam tahun baru 2012 bersama geng blogger, TTC Corner! Pengalaman yang cukup menarik, indah & bermakna..

Nota Cinta: Cerita penuh akan menyusul kemudian


Photobucket

Thursday, December 8, 2011

Spontaneous Thursday - Maaf



Maaf!

Perkataan yang ringkas namun kadang kala sukar untuk diluahkan.. perkataan yang kadang kala boleh menyakitkan dan kadang kala boleh membawa kebahagiaan..

Maaf!

Belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain walaupun kesalahan tu terlalu pedih untuk diingat.. cuba untuk memaafkan keselahan orang lain walaupun hati kita terluka sehingga meninggalkan parut yang tidak mungkin dapat hilang selamanya di hati kita.. 

Maaf!

Memaafkan kesalahan orang lain dengan seikhlas hati.. untuk merasa ketenangan dan kebahagiaan..
Photobucket

Monday, December 5, 2011

Diari - Masih Relevan?

Bila nak tahun baru, mulalah sibuk cari diari dan kalendar baru.. diari percuma dari pejabat hanyalah untuk kegunaan pejabat.. untuk kegunaan peribadi, haruslah cari yang lain.. last week masa beli produk Safi, dapat 2 diari dan kalendar percuma..



Comel jer diari tu!! mudah nak bawak ke mana2 sebab saiznya kecik.. sumbat dalam handbag sentiasa la lepas ni..

Korang rasa diari ni masih digunakan sepenuhnya ke? Masa zaman muda remaja dulu, memang aku rajin tulis apa yang berlaku setiap hari dekat dalam diari.. lepas tu sorok diari tu dalam almari yang berkunci sebab takut family baca.. hihihi.. semua benda nak ditulis masa tu..

Masa dah masuk zaman U, memang xde langsung diari.. rasa macam dah matang so apa curlassssss tulis dairi.. apakah?? sungguh poyo jer kan..

Masuk je alam pekerjaan, terasa diari tu penting la pulak.. penting untuk catat mesyuarat apa kena attend, kursus apa dah pergi, cuti rehat tinggal berapa hari.. semua nak kena catat dalam diari.. lepas tu catat semua keje yang masuk supaya dapat elak dari keje x siap.. bila bukak diari dan nampak keje masuk banyak tapi x siap2, rasa sangat x seronok!! tapi bila semua keje masuk dah dihighligtkan merah (melambangkan keje dah siap) rasa sangat lega..

Sebelum kahwin, bizi bawak diari perancangan untuk kahwin ke hulu ke hilir.. masa tu kalau x bawak diari perancangan tu, memang rasa x best! Tapi lepas kahwin, buat diari peribadi untuk perancangan suami isteri pulak.. perancangan cuti2 malaysia, perancangan beli barangan rumah, perancangan servis kereta dan macam2 perancangan la.. aku lebih prefer catat benda yang penting2 jer.. lagi2 kalau perkara tu perlukan banyak urusan untuk diselesaikan so segala info aku sumbat dalam diari tu untuk rujukan..



So masa dapat diari percuma dari Safi tu, satu diari dah mula diconteng2 untuk perancangan aktiviti suami isteri, percutian dan beberapa perancangan lain yang dijangka untuk tahun depan.. seronok bila nampak diari tu dah tercatat beberapa perancangan.. apapun, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan.. cuma berharap agar segala perancangan dipermudahkan Allah hendaknya..

P/S: korang rasa diari tu penting? kenangan atau cerita diari korang macam mana pulak?


Photobucket

Tuesday, November 8, 2011

Sambutan Hari Raya Aidiladha aDieyZa

Sambutan Raya Aidiladha tahun ni biasa2 jer.. kali ni turn beraya di rumah mertua.. tapi kejap2 aku balik rumah mak & abah aku sebab diaorang x berapa sihat.. so haruslah balik untuk pastikan diaorang makan ubat on time.. nampaknya abah & mak makin sihat.. Alhamdulillah.. diaorang kata makin sihat bila dapat tengok anak2, menantu2 & cucu2 balik beraya.. terharu jer dengar.. betapa sukanya parents bila kita dapat tengok diaorang kan..

Abah kuatkan jugak semangat layan cucu2 yang aktif walaupun x berapa sihat.. siap ajak cucu2 main bunga api lagi.. super cool la atok ni.. hihihi.. mak pulak gagahkan diri masak macam2 menu2 untuk raya walaupun still batuk teruk.. yang kelakarnya, menantu2 boleh pulak panjat pokok rambutan waktu mak mertua diaorang tengah batuk.. so mak dapat tengok jer kitaorang makan rambutan.. tapi mak batuk teruk pun sebab banyak makan rambutan sebelum kitaorang balik beraya tu..

Pagi raya kat rumah mertua biasa2 jer.. lepas sembahyang raya, semua sibuk ke surau untuk acara korban.. since ayah mertua yang uruskan acara korban tu, so adik beradik encik adiey semua kena pergi surau untuk tolong uruskan acara korban.. menantu perempuan sibuk kat rumah.. sibuk online!! hahahahaha.. eh x lah, menantu duduk rumah teman mak mertua.. takut ada tetamu datang, nanti kesian pulak kat mak mertua kena layan tetamu sorang2.. 

Jom layan gambar kami suami isteri di pagi raya!

 


P/S: kali ke 4 beraya berdua.. Ya Allah, kami redha di atas segala ketentuan dari-Mu Ya Allah..



Photobucket