Thursday, July 5, 2012

Cuti Cinta Lost World of Tambun - Tiger Valley & Swan Lake

Lepas kejadian seram di Kepura Cave, kitaorang terus pergi Tiger Valley.. masa aku gie tu, 2 ekor harimau tu tengah syok berendam!! maklumlah cuaca tengah panas kan, memang sesuai berendam! sambil berendam, mata melilau pandang orang keliling.. takut lak aku duduk lama2 kat situ.. hihihi..


Tiger feeding show adalah pada pukul 3 petang & 4 petang.. aku x sempat nak tengok feeding show ni pun.. pukul 3 kitaorang baru jer start nak bermandi manda sebab pukul 2.30 tu kitaorang balik hotel untuk solat dulu.. dah leka mandi manda, lupa pulak nak pergi yang show pukul 4 petang tu.. rugi betul rasanya.. 




So kalau korang pergi sini, jangan lupa time untuk feeding show ni k! aku rasa macam bersalah sebab x ingat second show tu sebab encik adiey beria nak tengok tiger feeding show ni.. agak2 kat zoo negara ada x tiger feeding show? nak bawak encik adiey tengok la kalau ada kat zoo negara.. hihihi.. 



Tapi harimau kat situ sentiasalah berlegar2.. jadi senang jugak nak bergambar berlatar belakangkan harimau ni.. kalau kat zoo biasa tu kebanyakan harimau asyik tidooooo jer kan.. kat sini harimau terlebih aktif.. asyik la berlegar2  sampai aku pulak yang rasa penat tengok harimau tu berpusing2 keliling kawasan sangkar tu..


Depan Tiger Valley ni, ada Lost World Swan Lake.. masa aku sampai kat situ, memang tepat2 pukul 1 tengahari.. maka, kitaorang memang x berhasrat langsung nak naik swan paddle tu.. matahari terpacak atas kepala.. x sanggup pulak nak bercinta kat tengah panas tu.. 



Lepak kat Swan Lake tu memang best.. angin bertiup sepoi2 bahasa.. dengar bunyi kicauan burung.. rasa tenang jer lepak depan lake tu.. sambil lepak2 tu, boleh tengok swan2 (kelakar pulak panggil swan2 ni.. hahaha) bermandi manda kat lake tu.. ikan pun banyak kat situ.. serius rasa tenang bila dapat lepak depan Swan Lake ni..



Kononnya petang2 nak naik la swan paddel tu kan.. tapi bila petang, dah penat main water theme park, jangan kata nak naik swan paddle, nak berjalan naik ke hotel pun dah x larat.. hahahhaha.. 




2 tempat ni banyak aku x dapat tengok & buat.. rasa rugi gak la.. encik adiey beria gak la nak tengok feeding show tu tapi x ada rezeki kan.. aku pulak beria menolak pelawaan encik adiey naik swan paddle tu waktu tengahari sebab nak naik waktu petang tapi sekali petang aku lak yang ngada2 x larat nak naik.. nasib baik encik adiey x merajuk! hihihi..

Next entry - Petting Zoo Lost World of Tambun





www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

8 comments:

  1. rasanye kt zoo takde...hehe..

    **cam best plak tengok gambar zana ni...^^

    ReplyDelete
  2. ee nak pegi nak pegi la lost world of tambun ni..best jer tgok review akak ni tau..
    kene masokkan dalam aim tahun ni nihhh ! huhu..

    kak nape xnk bawak fadh hr tu g sini..kakakaka(mcm la sibling nk bawak2 kan)

    ReplyDelete
  3. zana, tgk pagar tu macam boleh lepas je rimau tu lompat..seram!

    ReplyDelete
  4. wow bestnya.. seronok jalan2 sama suami kan sis

    ReplyDelete
  5. Haishh nak pergi nih... Bila lah nak dpt deal murah ni.. Hihihi.. Tp dh nk posa la.. :(

    ReplyDelete
  6. Hehe bestnye.. rasa tak sabar nak g sana..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ