Showing posts with label Spontaneous Thursday. Show all posts
Showing posts with label Spontaneous Thursday. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

Bila Wanita Mula Berkata ........


Wahai wanita-wanita di luar sana, rasanya betul tak apa yang tertulis kat atas tu? bagi aku, memang betul.. walaupun jarang sekali ianya berlaku dalam kehidupan aku sendiri, tapi aku boleh katakan perkara ni kebanyakannya betul..

Biasalah perempuan kan, mana suka cakap terus terang.. suka bagi hint2.. dapat lelaki (suami) yang faham, ok lah jugak kan.. tapi kalau dapat yang tak berapa nak faham maksud tersirat tu yang agak payah..

Contohnya, kalau kalau perempuan merajuk atau terasa hati, perempuan ni akan cakap "fine" untuk elakkan perkara tu jadi lebih besar.. tapi, besarlah harapan perempuan ni agar lelaki memujuk dan menenangkannya.. dapat yang faham, dapatlah pujuk rayu kan.. dapat yang tak faham? terus ambik penyapu sapu rumah laju2 dengan hati berlagu pilu.. hahahaha...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Thursday, March 14, 2013

Spontaneous Thursday - Start Saying "I WILL"



Kata-kata semangat yang boleh membantu kita untuk mengubah diri kita untuk lebih berjaya dan maju ke hadapan..

Kadang-kadang sedikit unsur-unsur tekanan perlu diberikan untuk kita lebih cepat mencapai apa yang impikan.. kadang-kadang juga kita perlu ada satu keyakinan yang luar biasa untuk merealisasikan apa yang kita rasakan mustahil untuk kita kecapi..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

Thursday, March 7, 2013

Spontaneous Thursday - Naluri Keibuan



Walaupun belum memiliki anak sendiri, kami masih ada naluri keibuan.. jangan sangka kami yang belum ada anak ni tak sayang dekat kanak-kanak.. kadang-kadang kami ni lebih sayang dekat kanak-kanak sebab kami selalu mengimpikan kehadiran anak di dalam perkahwinan..

Belum ada anak tak bermakna kami ni bersikap kebudak-budakkan.. manja kami hanya dengan suami.. kerana hanya meluahkan rasa manja pada suami sahaja, mungkin ada yang nampak kami seperti keanak-anakan.. tapi, hakikatnya jauh di sudut hati kami dah terpendam naluri keibuan yang membuak-buak..

Kalau nak dikatakan hanya yang ada anak sahaja ada naluri keibuan, macam mana dengan kes pembuangan bayi? macam mana dengan kes penderaan kanak-kanak? mana perginya naluri keibuan sampai ada yang sanggup buang bayi? mana perginya jiwa keibuan sampai tergamak mendera anak sendiri???

Kalau nak dikatakan kami yang belum ada anak ni tak ada naluri keibuan, macam mana kami terlalu berusaha untuk bergelar seorang ibu? macam mana kami perlu tunjukkan lagi supaya kami yang belum ada anak ni dilihat ada naluri keibuan tu? perlu ke naluri keibuan tu ditunjuk dan ditayang pada semua orang? perlu ke kami bagitau semua yang kami memang ada naluri keibuan?

Walaupun kami belum ada anak, tapi kami tetap menyayangi kanak-kanak.. malah, ada antara kami yang lebih sayangkan kanak-kanak kerana kami tidak pernah merasa kehadiran kanak-kanak setiap hari dalam kehidupan kami suami isteri.. 

Jangan pernah menganggap kami yang tiada anak ini tiada naluri keibuan!! kami masih mempunyai hati dan perasaan.. bayangkan diri anda di tempat kami.. sanggupkah anda digelar wanita yang tidak mempunyai naluri keibuan??? kuatkah jiwa anda dipandang rendah oleh orang lain hanya kerana anda tiada anak??? sabarkah perasaan anda bila ada yang terlalu sibuk bertanya tentang hal perkahwinan anda???

Nota cinta: anak itu rezeki Allah.. Allah yang memberi dan Allah juga yang boleh menariknya kembali.. *peringatan untuk diri sendiri...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~

Photobucket

Thursday, February 14, 2013

Spontanenous Thursday - Jealous Woman!!


Kepercayaan adalah kunci dalam sesuatu perhubungan.. wanita mudah percaya pada orang yang dia sayang.. tapi, jangan sesekali cuba untuk menghancurkan kepercayaan yang diberikan.. 

Sekali wanita hilang kepercayaan kepada orang yang dia sayang, wanita itu akan mula curiga selalu.. maka, tidak hairanlah kalau setiap gerak geri orang yang dia sayang akan diperhatikan.. bermulalah episod memeriksa segala yang berkaitan hidup orang yang dia sayang.. kalah FBI ok!! hihihi

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket

Thursday, January 17, 2013

Spontaneous Thursday - Happier People!


Happier people are more successful, because they have more energy and work harder!


Kadang- kadang kita perlu untuk berusaha lebih kuat untuk memenuhi kehendak hidup kita.. kehendak yang pelbagai.. kehendak yang kadang-kadang memerlukan kita berkorban untuk mendapatkannya.. 

Tapi, setiap usaha kita pasti ada kejayaan di penghujungnya.. bila kita dapat mencapai kehendak dan segala apa yang kita hajatkan, pastinya kita akan lebih gembira..

Jadi, berusahalah.. bekerja keraslah.. kerana pasti ada kegembiran di sebalik segala yang kita telah lakukan..

 

Photobucket

Spontaneous Thursday - Positif!


Untuk berjaya, kita kena lebih positif.. banyak melakukan benda positif.. banyak mendengar kata-kata positif.. banyak bercakap tentang perkara positif..

Kadang-kadang kita dah cuba untuk menjadi positif.. cuba belajar untuk lebih bersikap positif dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup.. 

Tapi kadang-kadang muncul orang yang bersikap negatif menggangu gugat sikap positif kita.. apa kita patut buat pada orang negatif ni?? kita balas negatif tersebut dengan sesuatu yang positif.. jangan biarkan kita balas dengan sesuatu yang negatif jugak.. sebab kita kan nak berjaya.. jadi biarkan orang negatif tu terus khayal dan leka sedangkan kita tengah menempah tiket kejayaan.. 

Positif!! Positif!! Positif!!


Photobucket

Thursday, January 10, 2013

Suara Ibu Membuatkan Kita Lebih Gembira??


Jom pakat-pakat kita rajin-rajinkan jari jemari kita telefon emak/mama/ibu/ummi/mummy or apa sahaja gelaran untuk wanita yang melahirkan kita..

Walaupun masa kecik-kecik dulu selalu kita rasa macam banyaknya mak kita membebel, tapi sebenarnya bebelan tu lah menjadikan kita lebih baik dari hari ke hari.. 

Suara mereka yang menyanyikan zikir dan nasyid indah sebelum kita tidur..

Suara mereka yang memberi semangat pada kita untuk terus menjadi insan sempurna..

Suara mereka yang memberi harapan setiap kali kita dilanda resah gelisah..

Suara mereka yang sentiasa memberikan nasihat yang baik agar kita menjadi insan yang lebih baik..

Hargai mereka selagi mereka ada.. jika mereka telah tiada, sedekahlah Al-Fatihah selalu untuk mereka.. kasih mereka hingga ke syurga..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Spontaneous Thursday - Kuasa Isteri & Wanita


Betapa besarnya kuasa seorang isteri dan wanita dalam menentukan apa yang terbaik untuk ahli keluarganya..

Betapa pentingnya kuasa seorang isteri dan wanita dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan ahli keluarganya..

Betapa kuatnya kuasa seorang isteri dan wanita dalam menyediakan yang sempurna untuk ahli keluarganya..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Thursday, January 3, 2013

Amalan Kebaikan Di Awal Pagi


Untuk amalan pertama, kita digalakkan untuk memandangkan orang dengan penuh rasa kasih sayang.. bukan maksudnya berkasih sayang sampai bercinta.. *takut ada pulak yang pandang isteri orang lain dengan penuh kasih sayang sampai lupa kat isteri sendiri.. maksud kasih sayang kat sini, cuba penuhkan rasa belas kasihan, prihatin dan saling bantu membantu.. awal pagi kita dah membantu orang lain, insyaAllah kehidupan kita sepanjang hari akan lebih dipermudahkan Allah..

Untuk amalan kedua, kita jangan memandang rendah pada orang lain.. jangan hanya kerana kita ada pangkat, kita lupa pada orang bawah.. jangan ego dan somobong sampaikan orang lain terasa hati dengan sikap kita.. hulurkan senyuman seikhlas hati di awal pagi pada setiap orang.. kalau awal pagi kita rajin senyum, insyaAllah kehidupan kita sepanjang hari akan lebih gembira dan bahagia hendaknya..

Untuk amalan terakhir, kita kena selalu memaafkan kesalahan orang pada kita.. lupakan segala rasa sakit hati, dendam dan marah pada orang lain.. mintak maaf pada orang yang paling dekat dengan kita di awal pagi.. contohnya, suami memaafkan isteri bila bangun dari tidur sambil mencium ubun-ubun isteri dan berdoa yang baik-baik untuk isterinya.. kalau seawal bangun tidur kita dah memaafkan kesalahan orang, insyaAllah sepanjang hari kehidupan kita akan lebih tenang & tenteram..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket

Thursday, December 27, 2012

Spontaneous Thursday - Pertolongan Allah

Sumber : Rileks Santai

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.. yakinlah bahawa Allah mempunyai sebaik-baik perancangan untuk semua hamba-Nya..

"Kadang-kadang kita terlalu bercerita mengenai hujan yang turun.. tapi kadang-kadang kita lupa bahawa ada pelangi indah yang akan muncul selepas hujan.."

Thursday, September 20, 2012

Spontaneous Thursday - Be Yourself!



Be yourself no matter what.. Some will adore you & some will hate everything about you.. But who cares?? It's your life.. Make the most out of it!


Thursday, September 6, 2012

Spontaneous Thursday - Marriage



P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N

Saling memerlukan.. Saling melengkapi.. Saling menghormati.. Saling mempercayai...

Thursday, August 9, 2012

Spontaneous Thursday - Terlalu Berharap.....



Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu yang mungkin sukar untuk kita miliki.. 
Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu perkara itu berlaku sedangkan mungkin perkara itu sukar untuk berlaku..
Kadang-kadang kita terlalu berharap seseorang itu melakukan sesuatu demi kita sedangkan mungkin sukar untuk dia laksanakan..
Kadang-kadang kita terlalu berharap segala impian kita tercapai tanpa kita sedar ada banyak halangan yang perlu ditempuh untuk mencapai impian itu..


Lebih baik kita berharap agar segala yang kita rancangkan berjalan lancar.. 
Lebih baik kita melebihkan usaha daripada melebihkan pengharapan dan angan-angan.. 
Lebih baik kita berharap agar Allah menunjukkan dan mempermudahkan jalan bagi kita mencapai segala apa yang kita hajatkan.. 
InsyaAllah, perasaan kecewa apabila kegagalan berlaku akan dapat dikurangkan..

Mungkin kita perlu untuk tidak terlalu mengharap.. takut nanti perasaan terlalu berharap itu akan mengecewakan diri kita sendiri.. 

Thursday, July 26, 2012

Spontaneous Thursday - Hadiah Istimewa

 Sumber daripada ex-TTC,  Ma & Pa To Be


Kadang2 kita merasakan diri kita tak mampu untuk menghadapi ujian yang diberikan Allah..

Kadang2 kita merasakan diri kita terlalu kerdil tatkala melihat orang lain tidak merasai ujian seperti yang kita terima..

Kadang2 kita merasakan diri kita tak kuat untuk mengharungi ujian yang datang..

Kadang2 kita merasakan diri kita tidak sempurna di mata orang lain dengan ujian yang diberikan Allah..

Walau apa juga perasaan yang kita alami tatkala menerima ujian dari Allah Yang Maha Esa, yakinlah bahawa Allah menyayangi kita.. 

Allah mahu mendengar rintihan kita..
 Allah mahu kita lebih dekat kepada-Nya.. 
Allah mahu kita menjadi hamba-Nya yang bersabar.. 
Bersyukurlah dengan setiap yang berlaku.. kerana pasti Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..




Thursday, July 19, 2012

Spontaneous Thursday - Enjoy The Little Things In Life



 Hargai setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita.. 
Walaupun kadang kala yang berlaku tu terlalu pahit untuk dikenang, tapi anggap perkara tersebut sebagai pengajaran terbesar dalam hidup kita.. 
Walaupun kadang kala yang berlaku tu terlalu remeh untuk diingati, tapi anggap perkara tersebut sebagai kenangan yang tak mungkin boleh berulang dalam hidup kita..

Hargai setiap orang yang kita sayangi dalam kehidupan kita..
Walaupun kadang kala orang yang kita sayang melukakan hati kita, tapi anggap perkara tersebut sebagai asam garam dalam perhubungan..
Walaupun kadang kala orang yang kita sayang melakukan perkara yang remeh. tapi anggap perkara tersebut sebagai pengorbanan yang tak ternilai harganya..

Hargai setiap detik masa yang Allah kurniakan kepada kita.. insyaAllah kehidupan kita akan lebih bahagia..

Thursday, June 21, 2012

Spontaneous Thursday - Trust


Kepercayaan adalah penting dalam sesebuah perhubungan.. tak kiralah sama ada perhubungan percintaan, persahabatan atau kekeluargaan.. kepercayaan adalah antara kunci terpenting untuk memastikan perhubungan itu kekal dan sempurna.. 


Hubungan yang terjalin tanpa kepercayaan selalunya akan dilanda masalah.. mula curiga, mula syak tidak menentu, mula berfikiran negatif dan mula pudar rasa kasih sayang sepenuhnya.. 


Tanpa kepercayaan, susah untuk kita meneruskan perhubungan itu dengan sebaik mungkin.. tanpa kepercayaan, perasaan hormat juga akan luntur.. jadi jangan biarkan orang lain hilang kepercayaan kepada kita.. sekali orang lain hilang kepercayaan kepada kita, selamanya diri kita tidak akan dihormati.. 


Nota cinta: Alhamdulillah, kerana kepercayaan, hubungan cinta itu bertahan selama hampir 11 tahun.. terima kasih Ya Allah, Alhamdulillah.....


Photobucket

Thursday, June 14, 2012

Spontaneous Thursday - Happy



Percayalah! dengan membuatkan orang lain tersenyum bahagia, pastinya kebahagiaan itu akan sentiasa tersemat di dalam diri kita.. apabila kita menghulurkan senyuman kepada orang lain & orang tersebut membalas senyuman kita bermakna kita telah membahagiakan orang tersebut.. 





Kita yang menentukan sama ada kehidupan kita dipenuhi dengan kegembiraan atau kesedihan.. jika beribu dugaan mendatang sekali pun, kita sebenarnya masih boleh tersenyum.. semuanya terletak di dalam diri kita.. jika kita memilih untuk menghadapi dugaan dengan kesedihan, itu adalah pilihan kita.. jika kita memilih untuk menghadapi dugaan dengan kegembiran, itu juga adalah pilihan kita.. 

Thursday, May 31, 2012

Spontaneous Thursday - Rindu Itu Indah!

Perasaan rindu itu indah.. setiap detik kita merasai perasaan rindu, setiap detik jugalah hati kita merasai perasaan cinta yang mendalam..



Perasaan rindu itu indah.. setiap kali kita menyebut perkataan rindu, setiap kali itulah diri kita merasai pentingnya kehadiran insan tersayang di sisi...



Perasaan rindu itu indah.. setiap kali kita mengingati orang yg kita rindu, setiap kali itulah hati kita akan merasai nadi cinta..



Perasaan rindu itu indah.. setiap kali seseorang itu merindui  kita, setiap  kali itu jugalah jantung kita berdegup kencang merasai perasaan rindu itu..



Perasaan rindu itu indah.. setiap detik yang dilalui dengan perasaan rindu, setiap detik jugalah kehidupan kita menghargai makna sebenar kasih sayang..


RINDU ITU INDAH!!