Monday, February 13, 2012

Pati Delima - Pelbagai Khasiat, Pelbagai Manfaat

Minggu lepas aku & encik adiey cuba mulakan 1 minuman berkhasiat.. minuman pati delima jenama Gulsan.. beli daripada member yang sama2 berusaha untuk hamil (TTC)..



Sebenarnya, pati delima ni bukan saja sesuai untuk orang yang merancang untuk hamil, tapi sesuai untuk pelbagai peringkat golongan.. jom kita tengok khasiat pati delima ni..
1. Melancarkan peredaran darah
2. Melancarkan proses penghadaman
3. Membersihkan sistem perkumuhan
4. Menguatkan daya tahan tubuh utk melawan serangan penyakit
5. Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (melangsingkan badan)
6. Melancarkan proses penghadaman makanan, membersih usus dan mengeluarkan keracunan badan
7. Membakar kalori dgn cepat, meningkatkan tenaga dan memulih keletihan
8. Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (mencegah penyakit gout)
9. Mengelak daripada rasa mual (ketika hamil), melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan terutama untuk ibu mengandung
10. Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid
11. Mencuci darah kotor,mencantikkan kulit muka dan badan dari dalam
12. Menegangkan payu dara, membentuk perut dan punggung yg lebih kemas
13. Dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (utk suami-isteri)
14. Sesuai dijadikan sebagai ubat batuk, boleh menghapuskan kahak
15. Merapat dan menyuburkan rahim = kembali dara. I tell you.. memang ketat! di samping memelihara kesimbangan cairan pd vagina (mencegah kekeringan vagina)
16. Mampu menurunkan kadar/paras glukosa/gula dalam darah (baik untuk pesakit kencing manis)
17. Mencegah serangan angin ahmar bagi warga tua
18. Mampu megurangkan risiko penyakit jantung
19. Melancarkan fungsi buah pinggang
20. Mengurangkan tekanan darah tinggi
21. Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak
22. Menyihatkan fungsi jantung dan hati, melancarkan kerja2 mengepam darah utk keperluan sel2 badan
23. Lain-lain khasiat berguna untuk merawat penyakit-penyakit ringan seperti demam panas, cirit-birit serta kegunaan kecantikan yang mampu memutihkan kulit.
24. Awet muda.. amal dari sekarang.. tengok lah dlm 10 tahun lagi (kalau umur panjang), anda pasti menghargai dan bersyukur.. InsyaAllah..
25. Anda hamil? Ambil lah pati delima ini utk menambah-cantik-gebu kulit bayi anda, di samping membantu proses tumbesaran janin..

Ternyata macam2 khasiat dan manfaat pati delima kan.. so, rasanya minuman berkhasiat ni boleh dijadikan sebagai amalan harian kita seisi keluarga.. rasa pati delima ni masam2 manis.. encik adiey suka pulak minum pati delima ni.. siap curi2 minum.. sedap sangatlah tu kan..


Sabtu hari tu, jumpa Yanie kat The Mines untuk ambik pati delima yang aku kirim dari dia.. jumpa sekejap jer.. tapi borak x henti2.. ni kali ke2 jumpa Yanie.. aku hargai2 sangat usaha Yanie ni untuk belikan pati delima untuk aku dan sanggup jumpa aku untuk pass pati delima ni.. sedaya upaya dia nak tolong belikan & jumpa untuk bagi aku cuba pati delima ni..
Masa beli dari Yanie (member TTC), harga pati delima ni RM16.. lepas ni rasanya x perlu susahkan Yanie beli lagi sebab Eida (member TTC jugak) bagitau yang dekat Alamanda pun ada jual pati delima ni.. so, kalau dah habis pati delima tu, boleh la terjah Alamanda untuk beli..
Pada sesiapa yang sukakan minuman berkhasiat dan mementingkan kesihatan tubuh badan, boleh la cuba pati delima ni.. manfaat dari pati delima ni memang banyak, jadi x salah kalau kita mencuba kan..

Nota Cinta : semoga ada berita gembira untuk aku & geng TTC di tahun 2012.. insyaAllah..




Photobucket

Gold Coast Morib Resort - Sekitar Resort

Percutian selama 2hari 1 malam di Gold Coast Morib Resort(GCMR) ternyata percutian santai yang indah untuk dikenang!

Secara jujurnya, aku x pernah tau tentang kewujudan GCMR ni.. tau tentang resort ni masa tengah cuci mata tengok deal kat Everyday.. dengan harga RM200/night, memang buatkan hati ni teruja sangat nak pergi.. dengan RM200 tu, dapat bermalam di studio suite yang ada private jacuzzi, 2 set dinner, 2 set breakfast & 2 water theme park ticket.. murah kan? berbaloi sangat harga tu!

Kitaorang ambik keputusan untuk ke GCMR pada cuti Hari Wilayah, 1 Februari 2012.. memang nak pergi weekdays.. kalau weekend terlalu ramai orang, so kurang privacy.. hihihi..

Gerak ke GCMR pukul 11 pagi.. ikut Dengkil dan Banting untuk ke sana.. perjalanan memakan masa sejam dari Putrajaya ke Morib.. jalan lengang sebab weekdays kan.. cuma banyak lori since kitaorang ikut jalan kampung..




Sampai GCMR terus jalan2 sekitar resort.. since belum masa untuk check in, tu yang kitaorang ambik peluang untuk bergamabr sekitar resort..





Jumpa tempat makan yang cantik di tepi pantai, The Pier.. tempat makan ni hanya bukak waktu malam.. so masa kitaorang sampai tu, memang masuk untuk bergambar jer..



Cantik sangat tempat makan ni.. menghadap laut.. ada gazebo yang cantik.. serius jatuh cinta dengan pemandangan kat The Pier tu..



Dengan angin yang kuat masa tu, x rasa langsung terik matahari walaupun masa tu pukul 12 tengahari.. dekat sejam lebih lepak kat The Pier tu.. sambil bergambar, sambil layan perasaan romantis tepi pantai.. feeling2 pengantin baru.. hihihi..



Pantai sekitar resort ni memang cantik.. banyak pokok2 yang cantik sekitar resort ni.. duduk berdua di bawah pokok di tepi pantai memang best!


Pukul 1.30 kitaorang terus check in.. sepatutnya check in pukul 3 tapi sebab x ramai orang, so pekerja resort tu bagi kitaorang check in awal.. lagi untung sebab kitaorang dapat studio suite yang mengadap theme park! syokkkkkk..


Mood pengantin baru makin menjadi2 lak time cuti kat Morib ni.. hihihi..



Nota Cinta : next entry Studio Suite with private jacuzzi..




Photobucket

Rujukan Pautan - Google


Peningkatan yang agak baik.. kalau dulu, hanya blogger yang selalu terjah blog ni.. now, pengunjung yang mencari maklumat pun ada terjah masuk blog ni.. rujukan pautan dari google nampaknya lebih dari blogger.com..

Awal tahun hari tu, tinggi carian tentang kalendar 2012.. awal bulan ni, tinggi pulak carian tentang Gold Coast Morib Resort.. nampaknya, kena teruskan semangat untuk berblogging walaupun mood tu kadang2  hilang ntah ke mana.. hihihi..

Nota Cinta: minggu ni semangat nak bekerja!! jadi entry yang di post kebanyakan adalah auto publish.. kunjungan balas ke blog hanya akan dilakukan selepas waktu bekerja.. harap maklum..

Photobucket

Sunday, February 12, 2012

Tips Membersihkan Barangan Kosmetik

  • Bersihkan barang seperti botol, tiub dan bekas mekap dengan tisu atau kapas yang dicelup air. Anda juga boleh menggunakan cecair permbersih mekap yang tidak berminyak.
  •  
  • Bersihkan habuk pada bekas pembayang mata dan pewarna pipi dengan kapas yang dilembapkan dengan air.
  • Bersihkan penajam pensil mekap (sharpener) dengan kapas selepas setiap kali digunakan. Ini dapat mengelakkan ia daripada berkarat dan tumpul.
  • Bersihkan cermin bedak padat dengan kapas yang dicelup air. Biarkan kering seketika dan sapukan sekali lagi dengan kapas kering.
  • Cuci span atau paf bedak dengan sabun lembut, tekan dengan tuala untuk mengeluarkan air berlebihan dan biarkan ia kering sendiri. Sebaiknya gantikan dengan span atau paf bedak yang baru.
  • Cuci berus pembayang mata, pemerah pipi, berus kening mahupun berus untuk loose powder dengan menggunakan sabun lembut, bilas dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hanya gosokkan berus secara lembut dengan tangan untuk mengelakkan bulu berus dari tercabut.

  • Jika mendapati permukaan mekap berkerak atau berselaput kilat, anda hanya perlu mengikisnya. Selaput ini hanyalah kesan minyak muka. Mekap dibawahnya masih baik dan boleh digunakan.



Hujung2 minggu macam ni, kalau tak ada benda nak buat, boleh la cuba tips ni.. selalunya kita ni asyik ber"make up" jer sampai lupa penjagaan barangan make up tu kan.. so dengan ada tips berguna dari Avon Paradise tu, barangan make up kita akan lebih tahan lama.. selamat mencuba!

Photobucket

Friday, February 10, 2012

Gold Coast Morib Resort - Intro


Dah seminggu lebih balik dari bercuti di Gold Coast Morib, tapi entry tentangnya masih belum dibuat.. sorry yer.. banyak emel dan sms dari kawan2 tentang Gold Coast Morib ni.. nampaknya ramai yang bercadang nak bercuti ke sana.. kebanyakannya dah berkahwin & ada anak kecil.. 
 
 
Aku memang cadangkan diaorang pergi situ untuk bawak anak2 bercuti.. syok! diaorang boleh main theme park dari pagi sampai petang dan selagi belum check out untuk balik.. syok habis!!! nak lagi best, pergi weekdays.. masa aku gie hari tu, xpayah beratur langsung untuk main semua theme park! hanya ada beberapa keluarga jer yang bercuti kat situ.. 
 
Untuk yang dah kahwin, boleh la feeling2 honeymoon lagi.. studio suite dia best! tambah best bila ada private jacuzzi.. bertambah romantik u!!!!! 
 



InsyaAllah aku akan publish cerita tentang Gold Coast Morib tu dalam masa terdekat.. walaupun tu hanyalah percutian santai, namun tetap best!!!

Nota Cinta: seronok bila kita pergi satu2 tempat then ramai yang tanya info tentang tempat tu..

Photobucket