Showing posts with label Deal. Show all posts
Showing posts with label Deal. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Cuti Cinta Lost World of Tambun - Tiger Valley & Swan Lake

Lepas kejadian seram di Kepura Cave, kitaorang terus pergi Tiger Valley.. masa aku gie tu, 2 ekor harimau tu tengah syok berendam!! maklumlah cuaca tengah panas kan, memang sesuai berendam! sambil berendam, mata melilau pandang orang keliling.. takut lak aku duduk lama2 kat situ.. hihihi..


Tiger feeding show adalah pada pukul 3 petang & 4 petang.. aku x sempat nak tengok feeding show ni pun.. pukul 3 kitaorang baru jer start nak bermandi manda sebab pukul 2.30 tu kitaorang balik hotel untuk solat dulu.. dah leka mandi manda, lupa pulak nak pergi yang show pukul 4 petang tu.. rugi betul rasanya.. 




So kalau korang pergi sini, jangan lupa time untuk feeding show ni k! aku rasa macam bersalah sebab x ingat second show tu sebab encik adiey beria nak tengok tiger feeding show ni.. agak2 kat zoo negara ada x tiger feeding show? nak bawak encik adiey tengok la kalau ada kat zoo negara.. hihihi.. 



Tapi harimau kat situ sentiasalah berlegar2.. jadi senang jugak nak bergambar berlatar belakangkan harimau ni.. kalau kat zoo biasa tu kebanyakan harimau asyik tidooooo jer kan.. kat sini harimau terlebih aktif.. asyik la berlegar2  sampai aku pulak yang rasa penat tengok harimau tu berpusing2 keliling kawasan sangkar tu..


Depan Tiger Valley ni, ada Lost World Swan Lake.. masa aku sampai kat situ, memang tepat2 pukul 1 tengahari.. maka, kitaorang memang x berhasrat langsung nak naik swan paddle tu.. matahari terpacak atas kepala.. x sanggup pulak nak bercinta kat tengah panas tu.. 



Lepak kat Swan Lake tu memang best.. angin bertiup sepoi2 bahasa.. dengar bunyi kicauan burung.. rasa tenang jer lepak depan lake tu.. sambil lepak2 tu, boleh tengok swan2 (kelakar pulak panggil swan2 ni.. hahaha) bermandi manda kat lake tu.. ikan pun banyak kat situ.. serius rasa tenang bila dapat lepak depan Swan Lake ni..



Kononnya petang2 nak naik la swan paddel tu kan.. tapi bila petang, dah penat main water theme park, jangan kata nak naik swan paddle, nak berjalan naik ke hotel pun dah x larat.. hahahhaha.. 




2 tempat ni banyak aku x dapat tengok & buat.. rasa rugi gak la.. encik adiey beria gak la nak tengok feeding show tu tapi x ada rezeki kan.. aku pulak beria menolak pelawaan encik adiey naik swan paddle tu waktu tengahari sebab nak naik waktu petang tapi sekali petang aku lak yang ngada2 x larat nak naik.. nasib baik encik adiey x merajuk! hihihi..

Next entry - Petting Zoo Lost World of Tambun





Wednesday, July 4, 2012

Cuti Cinta Lost World of Tambun - Amusement Park & Kepura Cave Tambun

Lepas check in hotel, kitaorang terus decide nak masuk Lost World of Tambun Theme Park.. since pergi hari Ahad, so memang ramai orang..



Mula2 haruslah bergambar depan pintu masuk kan.. harga tiket untuk theme park kitaorang dah termasuk dalam harga deal RM258 tu.. masa check in, hotel akan bagi coupun untuk redeem tiket theme park ni kat kaunter.. 




Untuk masuk theme park ni, deposit RM10 seorang diperlukan yer.. deposit akan dipulangkan lepas kita nak keluar dari theme park..


Untuk sesiapa yang nak masuk theme park, harga tiket untuk dewasa RM45 dan kanak2 RM38.. bagi aku harga ni agak berbaloi memandangkan kat dalam theme park tu ada 7 tempat menarik (will update later).. lagipun pusing sehari dalam theme park tu memang rasa puas!


Dekat kawasan pantai buatan berdepan dengan water theme park memang best.. dapat lepak kat pantai ni sambil layan lagu2 yang dipasang di kawasan water theme park memang syokkkkk..






Amusement park kat dalam theme park x banyak.. ada dalam 5 game utama then ada beberapa buah gerai macam kat funfair tu.. 






Aku naik 2 game jer.. 


















Game yang ni jauh beza dengan game kat Genting.. kalau kat Genting rasa gak lah takutnya.. tapi kat sini macam x ada rasa apa2.. hahahah.. berlagak la pulak! tapi kalau yang dah basah2 lepas mandi kat water theme park tu, nak baju cepat kering boleh la naik game ni.. hihihi..




yang ni best!! tapi rasa rugi pulak naik masa awal2 sebab bila dah penat menjerit, x pasal2 rasa cepat penat.. hahahahaha.. so kalau korang pergi sini, rasanya boleh main game ni sebelum balik la kot.. dah penat2 jalan & main semua game water theme park tu, bolehlah tambahkan penat tu dengan jerit2 naik game ni.. hahahaha.. 


*sebenarnya game ni best, tapi aku jer yang over jerit.. padahal orang lain relaks jer.. huhuhu

Lepas aku penat jerit main game dekat amusement park, kitaorang masuk dalam Kepura Cave.. ada kisah misteri dalam gua ni.. nak tulis pun macam seram2 sejuk ni.. 




Dalam gua ni, keadaan x adalah gelap sangat pun.. kat situ adalah beberapa info tentang sejarah gua tu.. macam biasalah, mesti ambik gambar kat dalam tu kan.. ambik gambar kat beberapa sudut dalam gua..


Tapiiiiiiiiii, ada 1 sudut dalam gua tu yang buatkan aku terus rasa macam nak nangis.... tiba2 kamera bergegar ok! tengok dekat skrin kamera pun gambar bergegar2 gak!!!!! ni bergegar yang memang2 x beragak ok! x boleh nak click button capture langsung sebab kamera bergegar teruk!!!!!!! terus aku off kamera!!!!!!!!!!!!

Bagitau encik adiey x boleh ambik gambar kat situ sebab gelap.. encik adiey kata ambik jer dulu, dia nak jugak gambar kat sudut tu!!! aku x berani la pulak nak bagitau dia apa yang sedang berlaku kan.. takut aku bagitau dia, terus ada benda yang x elok jadi ke kan..

So, buat2 ambik jer gambar kat situ padahal x ambik pun... then terus aku laju2 ajak encik adiey keluar dari gua tu.. kat luar gua aku terus cerita kat dia apa yang terjadi kat dalam gua tu tadi.. terus dua-dua diam untuk seketika.. sampai sekarang xtau nape beda tu jadi.. dan sampai sekarang aku masih x dapat lupa apa yang jadi.. serammmmmmmmmmmmmmmmmm la pulak!!!!

Next entry - Tiger Valley & Lost World Swan Lake





Photobucket

Tuesday, July 3, 2012

Cuti Cinta Lost World of Tambun - Sunway Lost World Hotel

Cuti cinta ni hanyalah percutian biasa.. yang menjadikan ianya indah, kerana pengisiannya.. kalau cuti dekat2, tapi banyak kenangan indah yang dapat dikenang, bukankah tu lebih bermakna??


Untuk cuti kali ni, kitaorang menginap dekat Sunway Lost World Hotel di Ipoh.. 




Sebenarnya, percutian ni hasil beli promosi dekat groupon.. harga yang cukup murah & berbaloi.. dengan membayar RM258, kitaorang dapat percutian yang cukup indah untuk dikenang!!



Aku beli deal ni pun sebab ada member office yang pujuk2 beli.. dia pernah beli deal ni awal tahun hari tu.. so masa ada bukak deal ni lagi, dia beria2 suruh aku beli.. katanya, sesuai untuk cuti berdua2 kat sana..

Dengan deal ni, dapat menginap 2 hari 1 malam di Lost World Hotel beserta breakfast.. dapat jugak 2 tiket masuk ke Lost World of Tambun Theme Park.. tambah keseronokan bercuti dengan 2 tiket masuk ke Lost World Hot Spring & Spa diwaktu malam! terbaik kan??

Proses nak check in hotel sangatlah mudah & lancar.. since dah booking thru phone, so masa datang nak check in tu just tunjukkan voucher belian deal.. tapi, untuk check in dengan belian deal ni, deposit RM50 diperlukan yer.. tapi jangan risau, waktu nak check out, deposit akan dipulangkan..



Bilik agak luas untuk 2 orang.. kelengkapan bilik pun ok.. kalau nak bercuti bawak anak2 pun selesa.. 





Bilik mandi pun selesa.. suka yang jenis lutsinar ni.. hihihi! 


Untuk yang berdua, boleh main nyorok2 lagi.. hahahhaha..



So siapa2 yang cuti2 kat Ipoh, boleh jugak stay kat hotel ni.. lagipun sekitar hotel ni banyak kemudahan.. bank ada, McD ada, Giant ada, kedai runcit ada, kedai makan ada.. so kalau agak2 lapar waktu malam, seberang jalan ada McD..

Next entry, sekitar Lost World of Tambun Theme Park!


Tuesday, June 26, 2012

Teaser Lost World Petting Zoo - Kami Pecinta Haiwan!



Aci x kalau buat teaser lagi? sebabnya balik dari cuti, ada banyak kerja yang menanti.. huhuhu.. waktu rehat dapat tido 15minit rasa macam 5jam uolssss... penat sungguh!!

Ada pulak yang kata, "cuti kat Perak pun nak kecoh macam cuti kat Paris.. x kan honeymoon kat Perak jer?".. tak apalah.. biarlah orang nak kata apa.. saya x kisah.. 

Bagi saya, setiap hari adalah honeymoon buat kami berdua.. setiap hari adalah hari beromantik bagi kami berdua.. setiap percutian berdua adalah percutian cinta kami berdua.. setiap masa berdua adalah masa yang terlalu berharga buat kami berdua..

Nota cinta: semakin hari semakin mesra.. semakin hari semakin bahagia.. itulah impian dalam setiap perkahwinan!
Photobucket

Teaser Cuti Cinta aDieyza - Lost World of Tambun, Ipoh Perak


Percutian yang indah untuk dikenang.. will update later

Friday, February 17, 2012

SILA BELI DEAL GOLD COAST MORIB RESORT NI!!!






Saya dengan ini mencadangkan kepada anda untuk membeli deal bercuti di Gold Coast Morib Resort ni.. 

Kenapa saya cadangkan?? sebab saya dah rasa pengalaman best bercuti di sana.. kalau x percaya, sila rujuk balik semua entry Cuti Gold Coast Morib Resort saya.. 

Jangan lepaskan peluang best ni!! percutian budget yang best.. rugi kalau x mencuba menginap di sana.. 

Nota Cinta: kalau buat gathering kat situ pun best.. tetiba nak plan gathering kat situ pulak.. hihihihi..

Nota tambahan : sebagai excited nak cerita, lupa pulak nak bagi link untuk yang nak beli deal ni.. pada yang berminat, click link ni ok!

Deal Gold Coast Morib


Photobucket

Thursday, February 16, 2012

Gold Coast Morib Resort - Water Theme Park

Lepas dah puas berjalan sekitar Gold Goast Morib Resort, berposing dalam Studio Suite with private jacuzzi & bercanda di tepi pantai morib tibalah masanya untuk merendamkan diri..


Sebenarnya yang membuatkan aktiviti di GCMR ni lebih best, bila ada water theme park dalam resort ni.. memang mengujakan! walaupun hanya ada 6 game dalam water theme park tu, tapi tetap best!!



Mula2 macam takut jugak nak cuba game tu, tapi encik adiey paksa jugak naik.. lagipun daripada dalam bilik lagi dah mengadap water theme park tu, jadi haruslah hati teruja nak cuba kan.. takut tolak tepi.. 


Lagipun kat dalam water theme park tu, boleh nampak yang semua game tu budak2 pun berani naik.. so, xnak lah malukan diri sendiri kan.. hihihi..


Petang tu memang syok habisssssssss.. asyik ulang2 naik semua game.. sebab memang x ramai orang pun kat water theme park tu.. cuma ada dalam 10 orang jer.. so, setiap kali nak main game memang x payah nak beratur pun.. sampai 1 game tu boleh main lebih dari 10 kali.. huhuhu..



Game yang paling mendebarkan, slide yang segitiga ni.. mula2 nak meluncur tu macam ok gak la.. tapi masa dah kat tengah2 tu, memang terasa gerunnnnnnnnn... 


Aku x baring pun masa turun slide ni, aku duduk sebab kalau baring lagilah rasa takut.. yang buatkan aku jeles sebab encik adiey boleh buat aksi baring tapi kepala turun dulu.. gabra aku tengok! 



Slide yang 3 ni pun best gak.. mula2 ingatkan macam gelongsor jer.. tapi bila dah main, rasanya x sama macam gelongsor, lebih feel gerun cikit.. tapi best! slide ni paling banyak kali aku naik sebab rasa gerun dia best.. hihihi..




Slide pusing2 kat situ sama macam kat water theme park lain jugak.. tapi yang buatkan best, sebab aku & encik adiey leh naik semua game banyak kali tanpa perlu langsung beratur.. kalau kat water theme park lagi, gerenti dah beratur panjang kan.. dah nama pun pergi bercuti masa weekday, maka haruslah x ramai orang kan.. 


Water theme park kat GCMR ni nampak simple jer.. tapi bila dah start main, rasa nak main jer.. faktor terbesar yang buat aku layan semua game ni sebab tak ramai orang.. so nak jerit pun x segan.. hihi.. tapi mula2 jer jerit.. dah naik 2,3 kali gelak2 adalah..



Pagi hari ke2 tu, lepas breakfast kitaorang bergambar kat water theme park.. masa ni memang x ada orang pun kat theme park.. awal pagi lagi kan..  



Ternyata, GCMR bijak menarik perhatian pengunjung.. selalunya hotel atau resort ada swimming pool jer kan.. tapi bila ada water theme park ni, memang best la kan.. budak2 gerenti suka stay hotel ni since diaorang boleh main game kat situ sepuas-puasnya.. mana x puasnya, dari check in sampai check out leh main game kat situ kan..


So, aku sarankan pada parents untuk bawak anak2 pergi bercuti kat resort ni.. sekurangnya2 anak2 boleh main game kat dalam tu.. memang diaorang x kan rasa bosan la.. maybe kena paksa diaorang naik bilik adalah kot sebab syok sangat main.. hihihi..



Pengantin baru yang nak honeymoon pun boleh stay kat resort ni.. banyak aktiviti dalam air bersama pasangan yang boleh dilakukan.. hihihi..

Nota Cinta: rasanya ni last part untuk Cuti-Cuti di Gold Coast Morib Resort.. nanti aku akan cuba buat entry untuk jawab semua soalan yang ditanya di kotak komen.. bukan apa, senang sebagai rujukan bagi sesiapa yang nak bercuti kat kat sini.. 



Photobucket

Tuesday, February 14, 2012

Gold Coast Morib Resort - Studio Suite

Promosi deal untuk percutian di Gold Coast Morib Resort ni membolehkan aku menginap di bilik jenis Studio Suite.. urusan check in dengan menggunakan deal ni sama macam check in biasa.. cuma since beli promosi melalui deal, jadi kena tunjukkan nombor siri voucher yang kita terima lepas beli deal tu.. memang mudah!

On the way nak pergi check in, berharap sangat dapat bilik menghadap water theme park.. risau kalau dapat bilik menghadap jalan raya atau bangunan resort.. hihihi.. masuk jer bilik, suka sangat sebab memang studio suite tu menghadap water theme park..

Lepas letak jer barang, haruslah posing dalam bilik kan.. 

Studio suite yang kitaorang dapat ni bagi 2 single bed.. tapi malam haruslah cantumkan jadi 1 kan.. hihihi..


Kemudahan dalam bilik memang memuaskan hati.. siaran tv ok, fridge, aircond, kipas dan peti besi berfungsi dengan baik.. tambah best bila ada balkoni yang cukup selesa untuk lepak2 & bersantai..



View dari bilik ni sangat best.. boleh lepak2 sambil tengok orang mandi manda.. boleh borak berdua di tengah malam dengan ditemani bunyi ombak dan angin sepoi2 bahasa..


Ada tingkap comel antara katil dan bilik mandi.. boleh jenguk pasangan masa tengah mandi?? hihihi..



Part yang paling best, ada private jacuzzi!!! memang syokkkkkk... dah lama x berjacuzzi bersama encik adiey... hihihi.. last rasanya kat D'Aura Spa bulan 11 tahun lepas.. haruslah seronok kan bila bilik tu ada jacuzzi.. feeling2 romantis makin menjadi2 la kan... hihihi (gelak nakal!!)


Secara keseluruhannya, memang studio suite di resort ni memuaskan hati.. kemudahan, design dan dekorasi sangat menarik serta cantik.. kebersihan resort ni memang boleh dipuji.. memang rasa berbaloi stay kat resort ni..


Nota Cinta : next entry, sekitar pantai morib dan makan2..

- sambil2 baca entry ni, boleh tolong like gambar anak buah saya x? tolong like gambar melalui link kat bawah ni yer.. TQ semua!!

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=128386253979494&set=a.128005964017523.29275.100004243603738&type=3&theater



Photobucket