Showing posts with label PengaLaMaN. Show all posts
Showing posts with label PengaLaMaN. Show all posts

Friday, June 19, 2015

Pengalaman dan Perkongsian - Jangan Pertikai Cara Orang Lain Menguruskan Rumahtangga Mereka

Tahun kelima berpuasa sebagai isteri.. masa tahun pertama tu baru 3 minggu bergelar isteri.. agak kelam kabut tak reti nak sesuaikan masa.. ada yang terbangun awal sangat, ada yang terbangun lambat sangat, ada yang masak terlebih, ada yang masak cukup2 jer dan macam2 lagilah.. tapi tu semua pengalaman berharga.. mengajar untuk jadi lebih matang dalam menguruskan hal rumahtangga..

Aku ni jenis senang jugaklah bangun pagi.. dengar bunyi jam boleh terus bangun la.. maybe jugak Encik Adiey jenis bunyi jam pun akan boleh tersedar, so kira dua2 boleh alert la kan.. setakat ni la, rasanya ada sekali dua jer kot terbangun lewat ckit.. tu pun lewat setengah jam sebelum habis waktu sahur.. 

Balik kerja 4.30 petang terus balik rumah.. masak jer lauk walaupun simple dan berulang2.. hehehe.. kuih2 boleh goreng yang frozen ataupun buat manisan yang mudah macam kek batik, cheesekut, puding roti atau agar2.. makan pun berdua, Encik Adiey pulak jenis tak memilih makan so senang cikit la..

Masa tahun pertama memang banyak beli.. sebab masa tu memang tak berapa yakin memasak time puasa sebab tak boleh rasa.. hehehe.. tahun kedua dah mula jarang ke Bazar Ramadhan melainkan balik lambat atau tak berapa sihat.. dan kalau pergi pun untuk beli makanan yang setakat nak rasa.. tahun ketiga dan keempat memang sekali dua jer pergi Bazar Ramadhan sebab nak beli apa yang teringin.. since kat cafe ofice pun ada jualan makanan, so beli gak kuih muih kat situ..

Berdua memang jimat beli orang kata.. jimat masa, tak penat.. jimat dari segi kewangan tu susah nak cakap.. sekarang ni harga semua dah naik.. pergi bazar tu bawak RM10 untuk 2 orang pun hanya dapat seberapa, apatah lagi kalau yang ada anak2.. jadi, ramai yang beli bahan basah dan masak sendiri ikut selera dan kuantiti yang kita nak.. rasanya macam lagi jimat.. 

Dari segi rasa bila kita beli ni ikut nasib la.. kalau kedai tu kita biasa beli masa bukan bulan Ramadhan, insyaAllah sedap dan puas hati.. memang berbaloi.. tapi kalau kedai tu kita tak biasa dan hanya berniaga waktu Bazar Ramadhan, untung nasib la.. kalau nasib baik sedap la, kalau kurang bernasib baik kadang tu tak sedap, basi dan harga memang mencekik! so kena pandai pilih kedai yang menjual tu, kalau memang dah tau sedap, tak salah membeli.. balik kerja petang tu tinggalkan panaskan jer lauk.. 

Tapi mungkin dari aspek kepuasan bila memasak tu memang lain.. rasa seronok tengok suami dan anak2 makan bertambah2..  walaupun kadang rasa masakan tu biasa2, tapi bila nampak keluarga makan rasa lebih seronok.. padahal kadang tu mungkin diaorang makan bertambah sebab lapar.. hehehe.. pai tak kisahlah, janji yang kita masak habis.. 

Apapun, jangan rumitkan benda yang senang.. kalau senang masak, masak.. kalau senang beli, beli.. ikut keadaan masing2.. 

- balik dah dekat pukul 7 tapi nak masak jugak, boleh jer tapi bahan dah siap2 perap dan sediakan sebelum pergi kerja pagi tu jadi balik tinggal masuk dalam kuali dan masak..
- balik dah dekat pukul 7 then nak beli, beli jer asalkan jangan membazir..
- balik kerja awal tapi ada yang nak rehat dan mungkin lebih menumpukan pada ibadah lain, jadi beli jer asalkan jangan membazir.. 
- balik kerja awal dan rasa nak masak, masak jer.. 


Kita jangan pertikai kenapa orang lain balik awal tapi tak masak.. sebab? semua orang ada alasan masing2.. kita tak tau, diaorang yang melaluinya.. tak semestinya memasak tu menjadikan kita sempurna, cuma mungkin yang memasak tu kita nampak lebih bijak mengatur rumahtangga.. tak semestinya tak memasak menjadikan kita tak sempurna, sebab kita ada alasan yang tersendiri.. banyak aspek lain selain memasak yang kita boleh tengok.. mungkin hari biasa dia tak masak tapi hujung minggu dia masak dan ajak ramai2 orang berbuka puasa dekat rumah dia.. siapa tau kan? so, berhenti berkata tentang orang lain..

Yang penting, kita memenuhi tuntutan berpuasa.. dan menjaga segala amal kebaikan sepanjang bulan Ramadhan tu.. daripada sibuk pertikai orang tu masak atau tak, orang tu rajin atau tak, lebih baik tumpukan pada ibadah dan amal kebaikan yang boleh kita buat.. 

Selamat berpuasa.. Salam Ramadhan buat semua.. 

*Perkongsian semata2 sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak.. jangan mudah menilai orang lain.. kita tak tau apa yang mereka lalui.. :)

Photobucket

Thursday, October 16, 2014

Zaman Kanak-Kanak Saya!

Aku tak berapa banyak gambar masa kecik.. masa tu susah so tak banyak gambar masa baby.. start tadika kot baru mula ada koleksi gambar.. nanti aku balik balik ambik gambar tu letak kat blog yer.. persamaan daripada zaman kanak-kanak sampai sekarang adalah pipi aku.. memang daripada kecik bulat.. hahaha..


Masa aku kecik, kakak2 semua sekolah so aku ikut mak abah pergi kebun koko.. masa tu mak abah keje kat kebun petik buah koko.. duduk bawah pokok koko main anak patung, bila ngantuk tidooooo.. tu jer lah keje aku.. tengah syok2 tido boleh pulak buah koko tu jatuh atas badan aku.. sakit ok!!!! dah la aku kecik lagi, of course terasa sakitnya kan.. bengang dengan pokok koko, tapi aku still suka makan buah koko.. sekarang dah tak ada kot kan pokok koko.. ke ada??? 

Lagi 1 kenangan yang sampai sekarang tak boleh lupa pasal udang! aku dulu hantu udang ok!!! ko janganlah bagi aku makan udang, memang sekejap jer licin! last day puasa masa darjah 1, buka puasa kat rumah atok kat kampung.. pakcik aku mancing udang galah besar2 kat sungai muar.. memang nikmat giler aku belasah makan semua udang2 tu.. kedekut lak tu makan laju2 supaya dapat makan banyak daripada orang lain..

Sekali..............

Setengah jam lepas berbuka puasa, muntah segala yang aku makan time buka puasa tu.. bau udang tu gilerrrrr kuat time aku muntah tu.. sampai sakit2 la sebab penat asyik ke toilet since rasa loya jer.. sampai pagi raya tak sedap badan.. esoknya try makan udang, muntah jugak....... try lagi sekali, baru masuk mulut dah loya tekak ni.. 

Sampailah sekarang........ dah tak boleh terima udang masuk dalam mulut.. hukhukhuk.. tu lah anak2, pengajarannya, janganlah tamak... orang tamak selalu rugi... kan aku dah rugi sampai sekarang tak dapat merasai nikmat kesedapan udang tu.. hahahha... 

Sampai aku kahwin siap pesan dengan mak jangan letak udang atas meja makan pengantin.. nanti bau udang kuat pengsan lak pengantin kat meja makan tu.. hahahha... dah jadi kenangan "ngeri" pengantin baru.. :P

Zaman kanak-kanak memang best kan?

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget
Day 19 - Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Photobucket

Wednesday, May 21, 2014

Percutian Di Langkawi - Parasailing, Pantai Chenang

Plan asalnya petang tu nak tengok sunset dan dating kat Pantai Chenang.. tapi, masa balik dariapda Island Hopping pagi tu, kitaorang ada nampak beberapa orang yang buat parasailing.. tu yang aku macam beria nak buat..

Sampai Pantai Chenang, kitaorang pun jalan2 nak carik orang yang ada buat parasailing tu.. berlambak gak la orang yang buat perkhidmatan tu, pilih jer mana yang berkenan.. tapi secara keseluruhannya, harga lebih kurang sama.. beza paling mahal pun dalam RM5 jer.. 

Kitaorang ambik yang sekali naik RM60.. terus bayar RM120 time tu.. then time tu dia akan suruh kita naik van yang disediakan untuk dia bawak ke tempat parasailing tu.. tak jauh sangatlah, naik van x sampai 5 minit dah sampai..

Kalau adik beradik atau kawan rapat, memang macam susah gak nak percaya aku buat parasailing ni.. sebab seriously, aku ni memang agak penakut orangnya.. kadang Encik Adiey pun tension kot sebab kalau nak menyeberang yang ada longkang besar cikit jer aku dah nak menangis.. panjat atau menurun tempat yang curam pun asyik nak merengek.. hahaha.. sebab tu masa aku nak buat ni, beria2 Encik Adiey tanya betul ke aku nak buat.. aku pun tak tau hantu pantai mana yang rasuk aku nak buat parasailing tu.. hahaha..

Masa sampai tempat nak buat parasailing tu, Encik Adiey suruh aku buat dulu.. hey, ngada tau suruh isteri buat dulu.. alasannya, "kalau baby pengsan nanti senang abang nak tolong".. alasan tau!!! 


Masa nak buat tu diaorang masih bagi pilihan nak buat dengan instructor atau naik sekali dengan Encik Adiey.. tapi awal2 aku kata, "nak dengan instructor!".. hahhaha.. bukan apa, aku risau jer Encik Adiey kan xde pengalaman nak naik parasailing ni, so risau la jugak kan.. so nak selamat biarlah ada instructor sekali dengan kita..


Lepas dah pakai segala alat kelengkapan tu, instructor tu ajar la.. dia kata kalau nampak tali yang menghala ke bot tu menegang, sila lari laju2.. bila aku nampak jer tali tu menegang gila laju aku berlari then tau2 dah terbangggggggggggggg...


Mula2 terbang sangat2 takut & gayat.. tapi dalam 10 saat jer takutnya.. lepas tu adalah perasaan yang sangat best!!!!!!! angin bertiup kencang sangat.. memang terhuyung-hayang kat atas tu.. nak bagi elak rasa takut tu, borak la dengan budak tu.. katanya dia pun mula2 takut nak buat kerja tu, tapi sebab nak cari rezeki kenalah kuatlah semangat.. 





Dari atas tu boleh tengok pemandangan Pantai Chenang.. nampak kecikkkkkk halussss jer orang2 kat Pantai Chenang tu.. hehehehe.. seronok!


Masa nak turun adalah masa yang menyeronokkan.. serius best masa nak turun tu.. instructor tu just kata bila dah nak landing tu sila berlari2.. aku belum nak landing dah goyang2 kaki macam nak berlari.. hahaha.. nasib baik masa landing dapat landing tanpa terjatuh! syabas zana! hehehe..


Masa dah turun tu aku tanya Encik Adiey nak buat x? sebab kalau dia x nak, aku nak buat lagi sekali.. hahaha.. over tau! Encik Adiey mestilah tunjuk macho kan.. mestilah dia nak buat.. tapi sebelum buat kemain banyak soalan dia tanya aku.. macam mana nak duduk la, macam mana nak terbang la.. hehehe.. 


Encik Adiey tak puas hati sebab gambar dia nak terbang tak banyak.. silap aku gak sebab tak alert.. sebab tau2 jer brader tu dah lajuuuuuuu suruh Encik Adiey lari.. eh, kita tak sempat nak ambik gambar tau! ambik gambar dia dah nak naik jer lah.. sorry sayang.. 






Masa tunggu Encik Adiey nak landing again aku tersilap percaturan.. aku tunggu kat tempat dia naik tadi padahal dia landing kat atas.. berlari lah aku nak kejar bila dia nak landing tapi tau2 dia dah landing.. hahaha.. again, sorry sayang.. dia merajuk ok gambar dia tak banyak.. katanya nanti orang tak percaya dia buat parasailing ni.. hahahha.. sayang, jangan risau k.. biarlah orang tak percaya, yang penting silalah percaya yang isteri awak ni dah buat parasailing.. hahahahah.. kejam x statement?

Secara jujurnya, pengalaman parasailing ni maybe biasa bagi orang lain.. tapi being zana yang agak penakaut (bukan agak penakut tapi memang penakut!), adalah satu pengalaman yang mengujakan & menyeronokkan.. kalau murah dah naik banyak kali gak la.. RM60 untuk 10minit gitulah.. kalau RM60 untuk 60minit kan best.. hehehehe..

Lepas selesai buat parasailing, tak nak terus balik resort.. nak jalan2 main pasir dulu.. seronok sangat sebab pasir kat situ lembutttttt sangattttt.. serius rasa macam nak duduk lepak kat situ lama2.. 


Encik Adiey lagi over yer.. siap duduk main pasir! nasib dia tak suruh aku buat istana pasir kat situ..

Siapa yang plan nak ke Langkawi, jangan lupa yer cuba aktiviti parasailing ni.. pengalaman yang menyeronokkan dan pasti akan meninggalkan memori indah dalam kenangan percutian kita.. 

Next Entry - Langkawi Cable Car, Langkawi Wildlife Park & Dataran Lang..


Photobucket

Tuesday, October 29, 2013

Kenangan Birthday Zana 2013

[Entry yg patut keluar 2 bulan lepas.. sila maafkan tuan blog sebab suka sangat tangguh entry]


Birthday tahun ni lebih best sebab disambut pada 4 hari raya.. sejak berkahwin, inilah kali pertama dapat sambut birthday di waktu siang.. hehehe... maklumlah, masa tahun pertama kahwin jatuh pada hari pertama puasa.. tahun kedua & ketiga berkahwin kena time puasa.. dan tahun ni baru berpeluang untuk sambut birthday waktu siang..



 
Kebetulan tengah raya lagi masa tu... so memang meriah sebab ramai adik beradik yang ada.. sambut dekat 2 rumah dengan 2 kek yang berbeza.. memang kenangan yang indah untuk dikenang..

 
Tengahari tu sambut kat rumah mak mertua.. bestnya bila menu tengahari tu ayam hutan yang diburu oleh ayah mertua pulak tu.. mak mertua masak lemak cili api pulak tu.. memang menggoda selera betul! masa ni memang lupa apa itu istilah diet.. dah kata tengah raya kan? hahaha..
 

Petang tu, adik2 ipar & biras ajak pergi karaoke pulak.. layankan jer.. orang nak belanja kan.. hehehe.. seronok sebab jarang dpaat luangkan masa bersama diaorang.. masing2 dah keje & berkeluarga, so masa berjumpa agak limited.. sekali dapat keluar sama2 memang meriah!


Malam, sambut birthday dengan keluarga sendiri pulak.. mak masak bihun goreng kesukaan aku.. 



Kek birthday malam tu sangat2lah sedap.. sampai sekarang teringat2.. tapi tak tau kek tu beli kat mana sebab orang yang sponsor tu main rahsia2 pulak.. hehehe... meriah sangat malam tu sampaikan kitaorang lepak2 makan sampai pukul 1 pagi..

 

Bab hadiah sebenarnya aku dapat seminggu awal sebelum birthday.. hehehe.. x aci kan? Encik Adiey bagi awal sebab kononnya aku boleh pakai masa raya.. walaupun aku x reti nak pakai DSLR, Encik Adiey belikan jugak DSLR tu.. yang bestnya, sampai sekarang aku reti pakai guna mood auto jer.. x reti nak sentuh2 yang lain.. hahaha..
 
27 tahun dah sebenarnya aku tahun ni.. tahun yang dulunya aku target untuk ada seorang anak... nama pun target.. lagi pulak tu target yang tak boleh dikawal & bergantung pada rezeki daripada Allah.. so, bila target tu belum tercapai, kita berdoa jer la agar target tu akan tercapai & dipermudahkan oleh Allah... insyaAllah, masanya akan tiba..
  
Salam sayang untuk semua!!!
 
With love,
~ aDieyZa ~
  
 
Photobucket

Friday, July 19, 2013

Tips Alam Perkahwinan : TERIMA KASIH

Hati perempuan memang mudah tersentuh dengan perkara-perkara kecik kan? 

Rasanya sekarang ni kebanyakan suami memang memahami tanggungjawab suami isteri.. tak bermakna semua kerja rumah diselesaikan oleh isteri.. tak semestinya semua urusan di dapur disempurnakan oleh isteri.. tak bererti semua urusan menjaga anak diuruskan oleh isteri..

Lelaki zaman sekarang ni nampak lebih memahami dan bertolak ansur.. maybe banyak perkongsian motivasi di media terutamanya media sosial tentang peranan seorang suami dan isteri.. ada jugak hikmahnya bila ustaz/ustazah/pakar motivasi tulis sesuatu yang baik di media sosial kan?
Masa mula berkahwin, Encik Adiey pelik sebab aku banyak ucapkan TERIMA KASIH kat dia.. dia tolong buang sampah aku cakap terima kasih.. dia tolong letak balik apa yang dia ambik kat tempat asal pun aku cakap terima kasih.. dia tolong basuh 1 cawan yang dia guna untuk minum pun aku ucap terima kasih..



TERIMA KASIH.. nampak perkataan yang simple tapi banyak keajaibannya! cuba bayangkan kalau suami tak tolong buang sampah? mesti nanti ada bau sampah kat rumah kan? cuba bayangkan suami tak letak barang di tempat sepatutnya? mesti nanti rumah makin selerak kan? cuba bayangkan suami tak tolong basuh peralatan yang dia guna? penuhlah sinki kat dapur tu kan?

Memang semua benda tu isteri boleh buat sendiri.. tapi kalau suami bantu bukan ke lebih mudah urusan rumahtangga? kalau suami bantu bukan ke isteri boleh gunakan masa yang ada untuk berehat sekejap? kalau suami bantu bukan ke isteri boleh guna masa yang ada untuk mempersiapkan diri sebelum bersama dan bermanja dengan suami serta anak2?

Bila mudah urusan rumahtangga, insyaAllah keadaan rumah akan lebih kemas, teratur dan sentiasa selesa.. bila isteri dapat berehat sekejap, insyaAllah isteri akan lebih bertenaga untuk buat segala tugasan rumah lepas tu dan siap pakej dengan senyuman sepanjang masa sebab suami sudi nak membantu.. bila isteri ada masa untuk mempersiapkan diri untuk bersama suami serta anak2, insyaAllah isteri akan sentiasa kelihatan cantik dan menawan di hati suami & anak2.. 




Bila isteri atau suami rajin ucapkan TERIMA KASIH, insyaAllah pasangan akan sentiasa menghargai dan rasa ingin sentiasa menolong.. pasangan akan rasa segala yang dilakukan tu bermakna dan dihargai oleh pasangan.. bila pasangan rasa dihargai, insyaAllah hubungan akan lebih mesra..

Memang kadang2 suami menolong tapi hasilnya tak seperti yang kita harapkan.. tapi jangan perlekehkan usaha diaorang.. macam aku, Encik Adiey kalau tolong lipat baju memang agak "kelam-kabut".. dah macam roti canai kirai dia lipat.. dalam kata mudahnya dia memang tak pandai lipat baju.. 

Tapi sebab dia nak tolong, aku hargai dan cuba tak kutuk hasil dia lipat baju tu.. sebab kalau kita kutuk2, dia jadi malas nak tolong & rasa tak dihargai.. just cakap TERIMA KASIH dan bagitau lepas ni biar kita buat sendiri sebab kita tak nak susahkan dia.. then, kalau dia faham maksud tersirat kita, dia akan cuba bantu dengan buat benda lain.. macam Encik Adiey sebab dia tak pandai lipat baju, dia ambik alih tugas basuh & sidai baju.. toleransi tu penting kan?

So, kalau nak pasangan rajin membantu, kita pun kena rajinkan diri untuk menghargai setiap perkara kecik yang pasangan kita buat.. rajinkan diri untuk ucapkan TERIMA KASIH walaupun pertolongan yang pasangan buat tu terlalu kecik/remeh/biasa.. insyaAllah daripada perkataan TERIMA KASIH tu kita akan dapat lebih banyak kebaikan bersama dalam perkahwinan..

Nota cinta: TERIMA KASIH sebab sudi baca entry saya! hehehe

Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Monday, July 15, 2013

Iftar Bersama Keluarga Mertua

Sabtu hari tu terasa betul meriahnya Ramadhan.. 3 hari berbuka berdua-duaan, tapi Sabtu hari tu dapat buka beramai-ramai dengan in law.. seronok!

Pagi Sabtu dah pergi ke pasar nak beli barang2 nak memasak.. gabra! sebab aku tak pernah beli barang memasak untuk sekali banyak untuk lebih 10 orang.. yang datang berbuka dalam 14 orang.. masa nak beli asyik la terfikir, cukup ke tak, cukup ke tak.. nampak sangat tak pandai nak manage dapur kan.. hahahaha..

Nasib baik jugak la aku ada 2 orang biras yang sangat2 membantu.. tengahari tu ambik diaorang kat Klang sebab suami diaorang kerja Sabtu tu.. diaorang la banyak bantu kat dapur petang tu.. kalau harap aku sorang, mau terbalik dapur tu.. hahaha.. Thank you so much Nurul & Fairuz!

Dah la puasa kan.. tak boleh nak merasa2 makanan.. lepas tu masak sekali banyak.. memang aku risau sangat.. risau makanan tak cukup.. risau rasa tak sedap.. macam2 aku fikir kat dapur tu.. dengan nak make sure pinggan, mangkuk, cawan, senduk, sudu & segala peralatan nak makan nanti cukup.. ohoiiiiii, gabra babe! nampak sangat jarang ke dapur ni sampai skill nak uruskan jemputan makan2 kat rumah pun tak pandai.. 

Mak mertua datang dah pukul 6 lebih.. masa tu tinggal nak goreng popia & buat kuah popia jer.. yang lain dah siap.. tinggal nak hidang kat bawah jer.. sebab ramai sangat kan, so makan kat bawah jer la hari tu.. dah tu mana nak sumbat semua dekat meja makan yang muat 6 orang tu jer kan? hehehe.. 


Menu berbuka hari tu, 

- ayam masak sambal
- sambal goreng tempe (Jawa Version)
- kobis masak lemak putih
- siput sedut masak lemak
- sayur campur
- telur dadar
- sambal belacan
- ulam raja
- homemade popia & sos
- karipap
- tembikai susu
- jus buah


Time berbuka semua makan senyap jer.. tak tau senyap sebab sedap ke sebab tak sedap ke atau sebab lapar berpuasa.. hehehe.. tapi diaorang makan bertambah & lauk habis memang lega la.. dan nasib baik jugak mak mertua bagitau sedap.. oh, leganyaaaa rasa.. 


Lepas solat Maghrib semua, sambut birthday adik ipar bongsu.. since semua dah ada kan, so boleh la makan kek sama2.. sekejap jer kek boleh habis sebab ramai yang makan.. 


Memang meriah sangat bila dapat berkumpul ramai2.. riuh rendah dengan suara anak2 buah yang comel.. masing2 berlari tak reti duduk diam.. yang adik beradik sibuk citer tentang game Candy Crush.. hahaha.. serius tak boleh bla.. mak & ayah buat muka pelik apa lah yang anak menantu borak kan.. hehehe..


So, happy sangat weekend hari tu.. walaupun rumah aku kecik, rumah kuarters jer pulak tu diaorang masih sudi nak berbuka sama2 kat rumah aku.. maybe salah satu sebab nak buka rumah aku sebab aku tak ada anak lagi kot.. so, nak bagi peluang lebih kat aku untuk memasak tanpa gangguan anak kecik.. hehehe.. 

Nota cinta: pengalaman menerima tetamu yang ramai untuk tumpang tidur di rumah dah pernah merasa.. pengalaman menerima tetamu yang ramai untuk berbuka puasa di rumah pun dah merasa.. pengalaman yang berharga!

 Salam sayang untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Wednesday, July 10, 2013

Pengalaman Berpuasa Sebagai Isteri



Syukur Alhamdulillah... masih bernafas di bumi Allah hari ni.. masih berpeluang untuk merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan.. masih diberi kesempatan waktu untuk menunaikan Rukun Islam Ketiga..

Tahun ni merupakan tahun keempat berpuasa sebagai seorang isteri.. bulan pertama berkahwin & bergelar isteri dah bertemu bulan Ramadhan.. kebetulan pulak, hari pertama berpuasa tahun 2010 tu adalah ulangtahun kelahiran aku yang ke 24 tahun.. memang perasaan yang indah ketika tu..

Tahun pertama berpuasa sebagai isteri agak mendebarkan! memandangkan sebulan berkahwin dah menempuhi bulan Ramadhan, so masa tu memang kekok jugak la.. kalau sebelum ni just tolong mak untuk siapkan hidangan bersahur, kali ni aku pulak yang kena uruskan semuanya sendiri sorang2.. bangun pagi tak ada masalah.. maybe aku memang jenis yang bunyi alarm terus bangun.. tapi part nak memasak di awal pagi tu yang aku bermasalah.. gabranya!!!

Time nak berbuka lagi gabra tak ingat.. balik kerja tunggang langgang dapur tu.. risau tak sempat masak la kononnya kan.. sebab masa tu mestilah nak tunjuk skill terhebat dekat suami kan.. baru berkahwin la katakan.. hehehe.. tapi separuh daripada waktu berbuka tahun pertama tu aku banyak pergi bazar Ramadhan sebab masih tak berapa rajin nak ke dapur.. hehehe..

Tahun kedua berpuasa sebagai isteri, dah mula pandai budget masa.. dah tau jugak menu kesukaan suami bila bersahur & berbuka.. paling penting nasi & lauk mesti panas.. masa berbuka pun dah mula pandai budget masa.. cuma macam biasa, still rasa macam tergopoh-gopohnya buat kerja kat dapur.. tahun kedua boleh dikatakan 30% membeli di bazar Ramadhan.. kurang ke bazar sebab rasa masak kat rumah lagi sedap dan jimat!

Tahun ketiga berpuasa sebagai isteri dah makin matang.. dah makin bijak uruskan persiapan bersahur dan berbuka untuk suami.. dah siap sediakan bahan memasak untuk bersahur sebelum tidur malam.. dah siapkan sediakan bahan memasak untuk berbuka selepas bersahur..  so senang balik petang tu nanti tinggal masuk jer semua bahan dalam kuali.. jimat masa!!! plus tahun ketiga berpuasa aku dah mula rasa yang skill memasak tanpa merasa makanan terlebih dahulu dah bertambah baik.. hahaha.. kalau tak kan, asyik la tak yakin memasak tanpa merasa terlebih dahulu..  dan pada tahun ketiga ni aku ke bazar Ramadhan hanya 2 kali sahaja.. itupun sebab nak beli murtabak.. selebihnya, hanya bersederhana dengan masakan yang dimasak di rumah.. 

Since aku ni tak adalah pandai sangat memasak, so menu masakan memang banyak berulang.. tapi, nasib baik Encik Adiey jenis yang menyokong.. dia kata janji ada nasi & lauk yang panas.. kadang tu ada jugak la dia request nak menu apa.. kalau menu yang aku tau kira oklah.. kalau menu yang aku pernah makan tapi tak pernah masak memang rasa macam "arrggghhh, napelah aku tak pandai masak lauk tu??".. tapi nasib baik "encik google" ada.. hahaha.. dan nasib baik jugak selalunya menjadi.. hehehe..  

Tahun keempat ni aku harapkan yang lebih baik untuk kami sekeluarga.. sahur pagi tadi ada orang tu terlebih baik hati bangun waktu yang sama.. bila kita tanya nak gie mana dia jawab, "nak masak nasi".. oh, kenapa tetiba nak sweet sangat ni??? tapi aku tak sampai hati.. aku suruh jer dia tido dulu & dah settle nanti aku kejut.. 

Maybe semuanya nampak biasa sebab kitaorang masih berdua.. tak ada anak yang perlu dijaga di waktu tengah sibuk memasak.. tak ada anak yang perlu dijaga di meja makan sewaktu bersahur dan berbuka puasa.. tapi, sebenarnya jauh di sudut hati kami mengharapkan agar kami merasai pengalaman manis itu.. semoga ianya termakbul suatu hari nanti..

Salam 1 Ramadhan untuk semua!!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Monday, June 17, 2013

Pengalaman Ke Kelantan

Badan masih letih dan sedikit lesu.. perjalanan ke Kelantan untuk majlis perkahwinan adik ipar yang membuatkan seluruh urat badan ni lenguh2.. orang tak biasa jalan jauh gitu la gamaknya kan..

Selalu balik kampung sejam setengah dah boleh sampai.. kalau gerak dari office pukul 5.00 petang hari Jumaat tu, pukul 6.30 petang dah boleh sampai.. ada masa setengah jam kat luar rumah untuk teman abah siram pokok bunga & teman mak bersembang kat atas buaian.. hahahaha..




Tabik pada yang kampung jauh2 tu.. mesti lagi penat kan.. aku ni yang naik bas pun rasa letih melampau.. macamlah aku yang bawak bas kan?? padahal dalam bas banyak tido jer.. bak kata biras2, "yelah, kak ngah boleh tido lena sebab peluk angah.. kitaorang tak leh tido lena sebab bawak anak2".. hehehe.. 




Biras2 bawak anak kecik, kena bagi perhatian lebih cikit.. sebab tak nak bagi diaorang bosan & menangis kat atas bas tu.. bapak2nya masing2 boleh main game candy crush.. hahaha.. mak2 jugak yang berkorban jaga anak.. tapi nasib baik budak2 kecik tu ok.. ada lah nangis cikit2.. 


Kitaorang sampai Gua Musang sebelum Subuh.. sementara nak tunggu kenduri tengahari, semua bantai tido dekat rumah penginapan yang disediakan.. masa ni rasa nikmatnya dalam melunjurkan badan.. hehehe..


Pak cik driver tu bawak laju betul time nak pergi tu.. aku pegang kuat2 tangan Encik Adiey.. nak tido pun tak berapa nak lena.. time balik tu ok cikit la.. maybe sebab separuh perjalanan waktu siang kan.. 

Time balik tu, pak cik driver pasang filem Karak time lalu kat highway Karak.. adoiiiiii, sajer la pak cik driver ni tau!! seram!


Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan Allah.. nanti ada masa aku cerita la cikit majlis kahwin adik ipar aku.. masalahnya, majlis kahwin adik ipar yang kahwin bulan 8 tahun lepas pun aku x update lagi, ni kan pulak nak update cerita adik ipar yang baru kahwin bulan ni.. ntah tahun bila aku nak update.. hahahah..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Monday, June 10, 2013

Usia Perkahwinan : Baru atau Lama?



Last week aku update 1 status kat FB tentang usia perkahwinan.. keluar status tu pun sebab ada persoalan daripada beberapa orang rakan baru yang kenal dekat blog then add dekat FB tentang dah berapa lama aku kahwin..

Aku biasanya akan jawab, "baru setahun", "baru 2 tahun" dan utk this year jawapan aku "baru 3 tahun"..

Kenapa aku jawab "baru 3 tahun" dan bukannya "dah 3 tahun"? sebab aku sentiasa rasa baru berkahwin dengan Encik Adiey.. aku rasa banyak benda lagi yang aku kena belajar tentang alam perkahwinan.. aku rasa setiap hari ada jer benda baru yang aku belajar tentang Encik Adiey tu..

Maybe bagi sesetengah pihak, 3 tahun tu dah kira lama.. tapi, ada jugak yang rasa 3 tahun tu baru.. x kisah baru atau lama, yang penting kita tau macam mana nak uruskan perkahwinan tu.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Monday, May 6, 2013

PRU 13: Pengalaman Kali Pertama Mengundi

Pengalaman kali pertama mengundi.. harus catat dalam blog kan.. kenangan tu babe.. macam kenangan kali pertama bercinta la kiranya.. hehehe..

Semalam, pukul 7.45 pagi lagi aku dah siap.. memang nak mengundi awal sebab aku pergi mengundi sekali dengan kakak aku yang nak balik ke Johor seawal mungkin sebab abang ipar mengundi kat Johor.. semalam pergi naik kereta abah sebab abah dan mak memang bertugas untuk menghantar dan mengambil para pengundi yang nak ke tempat mengundi.. 

Pusat mengundi aku dekat sekolah rendah aku dulu.. sebelum masuk pintu pagar, kena semak nama dekat kaunter semakan daftar pengundi.. dan diberikan sehelai kertas yang tertera nombor siri dan saluran tempat mengundi.. yang ni sebenarnya dari awal dah boleh tau, tapi prosesnya memang kena check kat kaunter tu, so kita check jer la.. tak sampai seminit urusan dekat kaunter semakan ni.. maybe sebab aku datang awal pagi kan..


Time beratur dekat saluran 5 tu, depan aku ada 10 orang jer.. 7 daripadanya ialah junior sekolah aku.. 2 orang senior aku dan sorang member sekolah aku.. memang tak ramai dan waktu menunggu kat saluran 5 ni hanyalah 10-15 minit..

Once dah masuk tempat pengundian, tetiba aku nampak yang pemerhati tu adalah anak kepada calon yang bertanding.. aku pun boleh dapat rasa dia kenal aku sebab dia senior sekolah aku.. *budget macam semua orang kenal ko eh zana??.. hahaha.. xdelah, aku rasa dia kenal plus bila sebut nama abah aku tu rasanya memang dia akan confirm kenal aku since memang nama abah tu ada 1 jer kat kampung aku..  dan aku pun boleh dapat rasa dia tau aku akan pangkah mana kot.. hukhukhukhuk.. *so adakah undi saya adalah rahsia?? hikhikhik

Masa masuk jer tempat mengundi, terus bagi IC kat pegawai yg bertugas.. bila dia check ada nama aku then terus dia baca nombor bilangan pemilih, nama & no.ic aku.. masa nama aku disebut tu, rasa macam "wah, aku ni dah dewasa sungguh! dah layak nak memilih pemimpin".. *giler poyo perasaan masa tu.. habis ko ingat ko muda lagi ke Zana sampai baru sekarang ko rasa ko tu dah dewasa?? hahaha.. 

Masa nak calit cari dengan "dakwat kekal", aku berdoa agar orang tu calit cantik jer kat jari aku.. hahaha.. risau kalau comot2 nanti nak masuk blog tak cantik.. hahahaha.. *again, statement poyo daripada aku sebagai seorang blogger.. tapi nasib baik dia calit cantik tau!

Since dah tau nak pangkah parti yang mana, terus jer pangkah X pada kotak yang berkenan.. tapi sebelum tu ada jugak belek kertas mengundi tu.. mana tau ada tanda2 or titik2 yang tak sepatutnya.. nak pangkah pun macam takut terlebih kotak or terkecik sangat.. nanti jadi undi rosak pulak.. eh, 1 undi pun berharga ok!!


Dah selesai mengundi, aku lalu dekat saluran kakak & mak aku.. panjang lagi barisan diaorang.. aku terus keluar dari pusat mengundi tu sebab memang pemerhati tak bagi yang dah mengundi berada di dalam pusat mengundi terlalu lama.. 

Sementara menunggu kakak dan mak mengundi, ambik gambar tangan dekat dalam kereta.. pelik abah tengok perangai aku.. hahhaa.. pukul 8.45 pagi dah ada kat rumah.. tu pun kalau ikutkan pukul 8.30 dah ada kat rumah tapi sebab menunggu mak dan kakak lama sangat kan.. 

Maybe aku keluar awal, sebab tu tak perlu beratur panjang.. macam abah aku, dia mengundi pukul 1 tengahari.. lagi sekejap!! maybe sebab tengahari semua orang malas nak beratur panjang2 kan.. akak aku yang nombor dua mengundi petang, ni pun tak berapa ramai.. aku rasa yang ramai tu sekitar pukul 9pagi hingga 12 tengahari.. tu rasanya time kemuncak kot kan.. 


Semalam gambar jari memang trending kat FB dan Instagram.. bagi aku ok jer.. tu menunjukkan semangat rakyat Malaysia yg keluar mengundi.. tu jugak menunjukkan yg kita yang layak mengundi telah mengundi!!! ini jugak salah satu sumbangan kita sebagai rakyat Malaysia kepada negara.. 


Jari kami suami isteri.. walaupun duduk sebelah kampung, tapi kami mengundi untuk DUN dan Parlimen yang berbeza2.. adakah kami berdua menyokong parti yang sama?? UNDI KAMI ADALAH RAHSIA!!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~