Wednesday, March 6, 2013

Wordless Wednesday - Anak Buah Perempuan Zana Adieyza


Alya yang makin membesar dengan bijak dan lasak.. nampak jer muka cute, tapi lasakkkkkk sungguh! ngeri aku tengok dia panjat meja & kerusi kat rumah aku tu... harap pakai baju pink jer la ko ni Alya, tapi lasakkkkkknya.. huhuhu.. 

Tapi budak kecik ni suka tersenyum!! bangun tido senyum, mandi senyum, makan senyum, main senyum, nak tido pun senyum.. risau Acu bila ko dah besar nanti ramai pulak nak mengurat ko Alya oiiii...


Intan yang makin membesar dengan cerdik & cantik.. anak dara sorang ni memang jenis lemah lembut, sopan & soft spoken.. susah nak dengar dia naikkan suara.. susah nak nampak dia melawan.. 

Makin dah besar, makin matang nampaknya.. bab jaga adik kalah aku ok!! memang teror dia jaga adik-adik dia.. mandikan adik dia, bagi adik dia makan, ajar adik dia, kemaskan keperluan adik dia.. * Acu ko x ada adik.. so bab nak jaga adik2 ni x boleh lawan ko la Intan.. hihihi..

Tahun depan dia dah ambik SPM.. aku teringin sangat nak dia belajar kat Universiti dekat2 dengan aku.. tapi kalau tetiba dia dapat kat negeri lain macam Penang or Johor tu, x kan aku nak halang kan.. sebab aku memang nak dia dekat dengan aku.. kalau ada rezeki, harapnya perkara ni akan jadi kenyataan.. *sayang sangat kat anak buah yang sorang ni.. eh, bukan berat sebelah.. sayang jugak dengan anak-anak buah yang lain.. cuma.. eerrrmmm.. susah nak describe perasaan tu..

Eh, bukan tajuk wordless ke??? ah, lantaklah!! hihihi.. 

Nota cinta: perasan x anak buah perempuan Zana pakai baju warna pink! Acu diaorang kuat pengaruh warna pink tu.. kalau boleh memang nak diaorang mewarisi minat warna pink tu.. hahhaha.. overnya Acu sorang ni!!!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Tuesday, March 5, 2013

Tempahan Chocolate Fountain Daripada Blogger

Siapa yang ada merancang untuk buat majlis kahwin, pertunangan, aqiqah, birthday, housewarming, jamuan raya atau sebarang jenis majlis, mungkin boleh ambik pakej sewa Chocolate Fountain daripada rakan blogger kita, EIDA...


Sekarang ni memang tengah famous oooo Chocolate Fountain ni.. rasanya kebanyakan majlis sekarang ni ada diletakkan Chocolate Fountain di satu sudut.. jangan kata budak2 suka, yang mak bapak budak mesti suka!!


Chocolate Fountain ni boleh menjadikan sesebuah majlis tu bertambah meriah.. meriah la kan bila ramai yang hantu chocolate serbu Chocolate Fountain ni.. budak2 gerenti repeat 2-3 kali kat situ.. budak2 happy, majlis pun mesti jadi bertambah best!!


Jom review pakej sewa yang Eida tawarkan.. harga pastinya berbaloi.. 

Pakej Sewa RM150
Sewa Mesin Chocolate Fountain untuk 1 hari (3 tier mesin)
2 kg Chocolate
Urus sendiri/Self handling
Mesin perlu di pulangkan dalam tempoh 24jam after pick up
Pick up location, Cheras area (MCD Bandar Tun Hussien Onn)
Mesin TAK perlu dibasuh selepas guna
Deposit Keselamatan diperlukan RM200 --- deposit akan dipulangkan jika mesin dikembalikan dalam keadaan baik


Pakej Kasih RM200 (50pax - 100pax)
Sewa Mesin Chocolate Fountain untuk 1 hari (3 tier mesin)
2 kg Chocolate
500 gram marshmallow
500 gram biskut jejari (stick biscuits)
Cupcake coklat moist 20pcs
Urus sendiri/Self handling
Mesin perlu di pulangkan dalam tempoh 24jam after pick up
Pick up location, Cheras area (MCD Bandar Tun Hussien Onn)
Mesin TAK perlu dibasuh selepas guna
Deposit Keselamatan diperlukan RM200 --- deposit akan dipulangkan jika mesin dikembalikan dalam keadaan baik


Pakej Rindu RM350 (100pax - 200pax)
Sewa Mesin Chocolate Fountain untuk 1 hari (3 tier mesin)
3 kg Chocolate
1 kg mix fruit -- strawberry & anggur
1 kg marshmallow
1 kg biskut jejari (stick biscuits)
Cupcake coklat moist 20pcs
Tisu & Pinggan kecil disediakan
Urus sendiri/Self handling
Mesin akan dihantar ke rumah (area KL & Selangor only)
Mesin perlu dipulangkan dalam tempoh 24jam selepas diterima
(hantar ke Cheras area or MCD Bandar Tun Hussien Onn)
Mesin TAK perlu dibasuh selepas guna
Deposit Keselamatan diperlukan RM200 --- deposit akan dipulangkan jika mesin dikembalikan dalam keadaan baik


Pakej Sayang RM500  (200pax - 400pax)
Sewa Mesin Chocolate Fountain untuk 1 hari (3 tier mesin)
4kg Chocolate
2kg mix fruit -- strawberry & anggur
2kg marshmallow
2kg biskut jejari (stick biscuits)
Cupcake coklat moist 30pcs
Tisu & Pinggan kecil disediakan
Urus sendiri/Self handling
Mesin akan dihantar ke rumah (area KL & Selangor only)
Mesin perlu dipulangkan dalam tempoh 24jam selepas diterima
(hantar ke Cheras area or MCD Bandar Tun Hussien Onn)
Mesin TAK perlu dibasuh selepas guna
Deposit Keselamatan diperlukan RM200 --- deposit akan dipulangkan jika mesin dikembalikan dalam keadaan baik


Pakej Cinta RM800  (400pax - 700pax)  **selalunya untuk wedding
Sewa Mesin Chocolate Fountain untuk 1 hari (3 tier mesin)
6kg Chocolate
4kg mix fruit -- strawberry & anggur
3kg marshmallow
3kg biskut jejari (stick biscuits)
Cupcake coklat moist 100pcs
100 stick donut
Tisu & Pinggan kecil disediakan
Mesin akan dihantar ke rumah (area KL & Selangor only)
Pembantu untuk menjaga booth
Simple deco mengikut tema perkahwinan

Untuk tempahan boleh melalui email Eida  : iedand23@gmail.com
Call/SMS/WhatApps  012-2334792 (Eida)


Photobucket

BE March 2013 Daripada Nuffnang!

Syukur Alhamdulillah.. pagi tadi check akaun Nuffnang nampak ada 1 BE baru yang sudi menyinggah kat blog ni.. walaupun jarang update blog, dapat jugak BE daripada Nuffnang.. ni yang sayang Nuffnang  lebih ni.. hehehehe..


BE ketiga di tahun 2013.. walaupun belum ada anak, dah beberapa kali jugak BE berkaitan baby yang aku dapat.. padahal entry pasak budak2 kurang sungguh kat blog ni.. kalau ada pun citer tentang anak2 buah.. rezeki kan.. so dengan lapang hati aku menerimanya..

Menarilah sepuas-puasnya wahai BE "Huggies Review Contest" di dalam blog saya ni.. menari sampai kamu betul2 letih.. jangan cepat sangat lari daripada blog saya.. hehehe..

TQ Nuffnang! TQ readers!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Monday, March 4, 2013

Instagram Encik Adiey - Dalam Hati Ada Taman!

Encik Adiey ni dia bukan jenis yang rajin nak ber"instagram".. tapi dia memang jenis yang suka mengambil gambar.. sebab tu kalau tengok dah dekat sebulan dia buat akaun instagram dia tapi baru 4 keping gambar jer ada.. seminggu satu kekdahnya tu.. hahaha..


Baru perasan yang gambar dalam instagram Encik Adiey majoritinya gambar pokok & bunga.. 3 daripada gambar adalah gambar pokok dan bunga? maksudnya? DALAM HATI ADA TAMAN!! hihihi..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket

Friday, March 1, 2013

Karnival WOW Putrajaya 2013


Jom meriahkan Karnival WOW Putrajaya 2013.. weekend ni kalau x ada rancangan nak ke mana2, boleh la singgah ke Putrajaya.. untuk yang berada di kawasan berhampiran Putrajaya, jomlah meriahkan karnival ni..

Mak, abah & 2 family kakak2 aku dah nak datang rumah aku hari ni.. orang luar pulak yang lagi suka pergi karnival kat Putrajaya ni.. hehehe.. tapi best gak bila dapat pergi karnival ni dengan family.. meriah!!

Kalau ada sesiapa yang terserempak dengan aku tu, boleh la hello2 yer.. *budget ko artis ke apa Zana orang kenal ko?? hahhaha.. kalau ada yang datang menyinggah ke karnival ni pun boleh la roger2 aku eh.. *budget semua orang nak simpan no.telefon ko ke Zana oiiii?? 


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket